Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Pakej percutian 4 hari 3 malam ke Phuket Thailand dengan kos yang jimat

November 9, 2018 by Sabree Hussin 5 Comments

Pulau Phuket merupakan salah satu destinasi tumpuan pelancong yang cukup terkenal dimata dunia.

 

Pulau Phuket ini terletak di Lautan Andaman, dan ia merupakan pulau terbesar yang terdapat di negara Thailand. Phuket dikelilingi oleh banyak lagi pulau-pulau lain, dan antara yang popular adalah Krabi, Pulau Phi Phi dan beberapa pulau yang lain.

 

Peminat filem hollywood pasti pernah dengar tentang James Bond Island, yang merujuk kepada salah satu pulau yang dijadikan tempat penggambaran bagi salah satu filem James Bond, iaitu The Man with the Golden Gun yang disiarkan pada tahun 1974.

Phang-Nga-Bay-phuket-island

Kemudian pada tahun 1997, pulau ini sekali lagi muncul di layar perak menerusi filem James Bond berjudul Tomorrow Never Dies. Pada hari ini, jika kita melancong ke Phuket, bila sebut tentang Pulau James Bond, maknanya kita akan dibawa ke Phang Nga Bay, iaitu salah satu tempat tumpuan pelancong disini.

 

Bagaimana cara nak ke Phuket?

Terdapat dua cara untuk kita pe Phuket. Pertama, adalah menerusi jalan darat. Kita boleh memandu sendiri dari Kuala Lumpur melalui Padang Besar. Dari situ kita masuk ke Hatyai, menuju ke Krabi dan seterusnya ke Phuket.

 

Masa perjalanan mengambil masa lebih kurang 14 jam (atau lebih) bergantung kepada keadaan trafik dan berapa lama anda singgah di sesuatu tempat.

 

Cara kedua, dan cara yang lebih jimat masa adalah menggunakan pengangkutan udara. Ada beberapa syarikat penerbangan yang anda boleh pilih untuk pergi bercuti ke Phuket, antaranya Air Asia, MAS Airlines, Scoot Airlines, dan Malindo Air.

 

Antara dua cara ini, saya lebih syorkan anda menggunakan kapal terbang, sebabnya ia lebih jimat masa, dan lebih selamat. Maklumlah, kalau memandu sehingga berbelas-belas jam ini, badan akan jadi letih dan bimbang nanti, kita tak dapat nak nikmati percutian di Phuket nanti.

bercuti-ke-phuket-thailand

Pakej percutian ke Phuket, Thailand

Bila nak pergi bercuti ke Phuket, sudah tentu kita nak dapatkan tawaran pakej percutian yang terbaik, betul tak?

 

Rancang percutian anda dengan sebaiknya. Kalau silap perancangan, anda mungkin terpaksa bayar lebih mahal bagi menampung kos keseluruhan perjalanan anda. Kali ini, saya nak tunjukkan salah satu cara bagaimana anda boleh dapatkan pakej percutian yang menjimatkan untuk ke Phuket.

 

Saya akan gunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak Traveloka.

pakej-percutian-ke-phuket

Bagi mereka yang tak pernah lagi sampai ke Phuket, bolehlah cuba gunakan khidmat yang disediakan oleh pihak Traveloka ini. Saya pasti, ia akan memudahkan anda untuk merancang percutian anda nanti.

 

Saya akan tunjukkan satu per satu, bagaimana cara untuk gunakan laman web ini. Saya akan buat booking untuk dua orang ke Phuket bagi penerbangan dua hala, dari Kuala Lumpur ke Phuket pada tarikh 2 Januari 2019 dan balik pada 5 Januari 2019. Alang-alang nak pergi bercuti, kita duduk di Phuket at least 3 malam ya.

 

Masukkan tarikh dan juga destinasi yang bakal dituju.

rancang-percutian-ke-phuket

Seterusnya kita tekan butang Search Flight + Hotel.

 

Kita boleh buat tempahan tiket penerbangan dan juga tempat penginapan secara berasingan. Misalnya, untuk tiket penerbangan, kita boleh terus buat tempahan di laman web syarikat penerbangan yang kita pilih manakala untuk tempat penginapan, kita boleh terus ke laman web yang berkaitan.

 

Tapi kali ini, saya akan gunakan Traveloka bagi menjimatkan masa dan jimatkan duit. Bila booking tiket flight dan hotel secara pakej, jumlah yang perlu dibayar akan jadi lebih jimat. Kalau tak percaya, anda boleh buat sendiri perbandingan harga kemudian.

 

Ini adalah hasil daripada carian yang saya dapat setelah menggunakan laman web Traveloka.

travel-to-phuket-thailand

Ada beberapa pilihan hotel yang saya boleh pilih. Ada hotel 4 bintang, 3 bintang dan sebagainya. Pilihan harga juga berbeza mengikut bintang hotel tersebut.

 

Dekat atas ni ada Tri Trang Beach Resort by Diva Management (RM843.05) dan juga Novotel Phuket Kamala Beach (RM1,763.82). Selain pilih hotel berdasarkan harga yang paling jimat, kita juga boleh lihat dulu mana satu yang mempunyai review yang baik dari pengunjung sebelum ini.

 

Kalau masih belum jumpa, teruskan scroll ke bawah.

phuket-thailand-travel-tours

Kita ada lagi pilihan seperti Pullman Phuket Panwa Beach Resort (RM2,041.89) dan juga The ASHLEE Plaza Patong Hotel & Spa (RM1,249.84).

 

Teruskan lagi scroll down sampai dapat jumpa tawaran yang kena dengan citarasa dan bajet.

best-deal-phuket-island

Sebenarnya senarai pilihan yang ada memang agak panjang. Saya rasa, dalam banyak-banyak tu, saya berkenan dengan Hawaii Patong (RM760.18).

pengalaman-hotel-phuket

Sekarang ini, kita dah dapat bilik yang kita berkenan. Sebelum nak teruskan dengan pembayaran, ada beberapa perkara yang saya kira kita patut perhatikan.

 

Lihat pada bahagian yang saya tandakan dengan kotak berwarna merah tu. “Change Flight” dan juga “Change Room”.

 

Secara default, sistem tempahan Traveloka ini tawarkan saya untuk ambil penerbangan pada jam 8.10 malam (20:10) dari Kuala Lumpur ke Phuket. Saya ni pula sebenarnya lebih suka kalau dapat naik penerbangan waktu pagi.

 

Bila naik penerbangan waktu pagi, boleh sampai lebih awal dan saya akan ada lebih banyak masa untuk jalan-jalan di sekitar Phuket nanti. Apa yang saya perlu buat ialah klik pada change flight untuk ubah masa penerbangan.

 

Untuk pengetahuan anda, kita bukan sahaja boleh ubah masa penerbangan, malahan kita juga ada pilihan untuk ubah syarikat penerbangan. Kita boleh travel ikut masa yang kita suka!

travel-package-tour-to-phuket

Carilah mana-mana syarikat penerbangan yang dapat memenuhi masa dan juga kos untuk perjalanan anda nanti. Oleh kerana saya suka penerbangan pada awal pagi, jadi saya pilih penerbangan dengan Air Asia pada jam 7:05 pagi.

 

Ini setelah saya tukar waktu penerbangan.

phuket-flight-itinerary

Untuk penerbangan waktu balik, saya tak buat sebarang penukaran sebabnya waktu tersebut memang sesuai dengan saya. Untuk penukaran waktu penerbangan ini, ada kebarangkalian anda akan dikenakan bayaran tambahan, itupun kalau terdapat perbezaan harga tiket antara tiket yang dicadangkan oleh pihak Traveloka dengan tiket yang masih available yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan.

 

Lihat contoh dibawah.

pakej-ke-phuket-thailand

Memandangkan tiada perbezaan harga tiket, maka amaun yang ditunjukkan ialah +RM0.00

Maknanya? Tiada sebarang caj tambahan dikenakan. Tapi kalau anda tukar airline lain, ia mungkin menunjukkan satu jumlah disitu.

 

Selesai bab tiket penerbangan untuk ke Phuket Island. Apa langkah seterusnya?

phuket-tour-packages

Sebelum teruskan kepada pembayaran untuk memuktamadkan tempahan ini, saya syorkan anda baca dulu tentang bilik yang anda tempah.

 

Dalam contoh ini, bilik yang saya pilih adalah di Hawaii Patong. Bilik yang ditawarkan ada 3 jenis semua sekali.

bilik-hotel-di-phuket

(1) Executive Twin

Ada dua katil single. Sesuai ambik bilik jenis ini kalau travel dengan kawan.

 

(2) Executive Double

Ada satu katil jenis double. Sesuai untuk mereka yang nak honeymoon.

 

(3) Family Suite

Selesa untuk tiga orang pengunjung. Kalau nak ambil bilik jenis ini perlu tambah RM1.79 untuk setiap orang.

 

Sudah tentu saya akan pilih bilik yang dari jenis Executive Double tu.

phuket-travel-tour-deals

Sekarang ni bilik dah jadi 1 x Executive Double.

 

Tiket penerbangan dah ok dan dah ikut masa yang saya nak. Bilik pun dah ikut jenis yang saya perlukan. Barulah boleh teruskan ke step pembayaran.

 

Berapa jumlah keseluruhan yang perlu dibayar untuk tiket penerbangan dan bilik hotel untuk bercuti ke Phuket Thailand?

Saya ada tunjukkan tadi, jumlah yang perlu dibayar.

 

Tapi saya rasa mungkin ramai yang tak perasan, jadi saya tunjukkan sekali lagi.

phuket-flight-hotel-deal

Jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak RM1,514.21 sahaja.

Jika anda buat tempahan secara berasingan, anda perlu bayar RM1,583.18

Dekat sini ada penjimatan sebanyak RM68.97

 

Setelah anda confirm dengan semua maklumat penerbangan, bolehlah teruskan dengan pembayaran. Anda kena isikan maklumat perhubungan untuk dapatkan e-vouchers dari Traveloka.

phuket-travel-tours-package

Selepas tu masukkan juga maklumat individu yang bakal pergi bercuti.

Pastikan maklumat yang diisikan adalah TEPAT dan sama seperti dalam passport anda.

 

Jom bercuti ke Phuket Thailand bersama Traveloka!

Jika anda berminat untuk mendapatkan Phuket Tour Packages seperti yang saya ceritakan dalam posting ini, bolehlah buat tempahan di laman web Traveloka.

 

Sekarang ini, kita boleh cari tempat penginapan beserta tiket penerbangan menggunakan laman web Traveloka. Gunakanlah laman web ini untuk dapatkan tawaran terbaik dengan harga yang paling jimat.

 

Dengan adanya fungsi combo ini, iaitu tiket penerbangan dengan bilik hotel, kita tak perlu lagi nak buat tempahan secara berasingan apabila nak pergi bercuti.

 

Jom bercuti ke Phuket!

 

 

Baca juga...

  • Pengalaman menginap di Anjung Pool Villa semasa bercuti di SekinchanPengalaman menginap di Anjung Pool Villa semasa bercuti di Sekinchan
  • Homestay di Kota Kinabalu – ED Homestay menawarkan tempat penginapan berdekatan Airport Kota KinabaluHomestay di Kota Kinabalu – ED Homestay menawarkan tempat penginapan berdekatan Airport Kota Kinabalu
  • Mandi air panas di Kolam Air Panas Poring – Poring Hot SpringMandi air panas di Kolam Air Panas Poring – Poring Hot Spring
  • Tempat penginapan untuk pengunjung di Taman Alam Kuala SelangorTempat penginapan untuk pengunjung di Taman Alam Kuala Selangor
  • Pantai Sri Purnama Port Dickson untuk percutian bersama keluargaPantai Sri Purnama Port Dickson untuk percutian bersama keluarga
  • Chalet Terapung di Kota Kuala MudaChalet Terapung di Kota Kuala Muda
  • Desa Dairy Farm Kundasang – Rasa rugi kalau tak singgah bila dah bercuti di KundasangDesa Dairy Farm Kundasang – Rasa rugi kalau tak singgah bila dah bercuti di Kundasang
  • Comfortable and affordable prices Homestay at TangkakComfortable and affordable prices Homestay at Tangkak
  • Saya nak beri anda RM120 untuk anda pergi bercutiSaya nak beri anda RM120 untuk anda pergi bercuti
  • Tempat makan yang saya kunjungi semasa bercuti di Kundasang dan Kota KinabaluTempat makan yang saya kunjungi semasa bercuti di Kundasang dan Kota Kinabalu
  • Mencari tapak perkhemahan di Taman Negeri Selangor, Hutan Lipur Sungai TuaMencari tapak perkhemahan di Taman Negeri Selangor, Hutan Lipur Sungai Tua
  • Taman Agroteknologi MARDI Cameron HighlandTaman Agroteknologi MARDI Cameron Highland
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Tips Travel Tagged With: bercuti ke phuket, pakej pelancongan ke phuket, pengalaman phuket, phuket travel package

Trackbacks

  1. Kerja dekat luar negara memang nampak hebat, kan? - Sabree Hussin Dot Biz says:
    November 13, 2018 at 7:14 pm

    […] Mungkin negara pertama yang saya akan kunjungi ialah di Thailand dan bercuti di Phuket. […]

    Reply
  2. Kerja part time bina applikasi permainan dan potensi pendapatan - Sabree Hussin Dot Biz says:
    December 5, 2018 at 5:31 pm

    […] traveloka, Agoda dan […]

    Reply
  3. Kerja sambilan menjual barang di laman web Shopee – Kerja Sambilan Dari Rumah says:
    December 6, 2018 at 12:49 am

    […] Untung inilah yang kita namakan sebagai untung bersih. Manalah tahu, dengan duit untung ini nanti, bila dikumpul-kumpul, boleh bawa anda pergi bercuti ke Phuket! […]

    Reply
  4. Tips Cari Tiket Penerbangan Murah untuk percutian anda - Xplorasi Destinasi says:
    March 4, 2019 at 11:16 am

    […] Baca juga artikel berkaitan pakej penginapan kombo dengan tiket kapal terbang: Pakej percutian 4 hari 3 malam ke Phuket Thailand dengan kos yang jimat […]

    Reply
  5. Jana Pendapatan Pasif melalui Program Affiliate - Sabree Hussin Dot Biz says:
    March 30, 2019 at 4:08 pm

    […] syarikat yang turut bekerjasama dengan Involve Asia ialah seperti Lazada, Zalora, Trivago, Traveloka, Time Internet, Shopee, Agoda, dan banyak lagi. Anda boleh tengok sendiri di bahagian browse […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Sabree Hussin on Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Beli Kereta Baru on Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, Pahang
  • Pemilihan lokasi yang strategik untuk bisnes homestay - Blog Sabree Hussin on Percutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 Malam
  • Zul on Nasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, Selangor

Copyright © 2025 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in