Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Mandi air panas di Kolam Air Panas Poring – Poring Hot Spring

December 25, 2018 by Sabree Hussin Leave a Comment

Kadang-kadang kita sukar untuk menjangka keadaan cuaca pada hari-hari tertentu. Ya, kita boleh sentiasa merujuk kepada ramalan kaji cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

 

Tapi ada waktunya ramalan tersebut tidak tepat.

 

Nama pun ramalan, pasti ianya tidak 100% tepat. Proses ramalan cuaca dilakukan menggunakan kaedah saintifik dan teknologi bagi meramal perubahan atmosfera untuk lokasi tertentu.

 

Pada percutian ke Sabah pada bulan Oktober 2018 baru-baru ini, saya ada rancang untuk sekali lagi melawat ke Poring Hot Spring.

bercuti-ke-sabah

Plan asal bukan untuk mandi di kolam air panas, sebab dah pernah mandi sebelum ini, masa percutian pada tahun 2017. Untuk pengetahuan anda, dekat Poring Hot Spring ini, masih ada beberapa lagi tarikan lain yang boleh dicuba.

 

Lihat pada papan kenyataan dibawah ini.

apa-yang-menarik-poring-hot-spring

Pengunjung ke Poring Hot Spring ini boleh merasai pengalaman berada Canopy walkway, berjalan-jalan di Orchid and Tropical garden, melihat bunga rafflesia, dan bersiar-siar di Butterfly Farm.

 

Tapi apa kan daya, cuaca pada hari itu tidak mengizinkan. Jadi, kat sini saya nak kongsikan pengalaman saya di Poring Hot Spring semasa saya bercuti ke Sabah pada tahun 2017 yang lalu.

 

Beginilah keadaan diluar kawasan Poring Hot Spring.

pemandangan-sekitar-poring-hot-spring

Terdapat kedai-kedai yang menjual barangan runcit, pakaian untuk mandi, pelampung dan sebagainya.

 

Bayaran masuk ke Poring Hot Spring

Bayaran ini adalah semasa tahun 2017. Pada waktu itu, GST masih lagi digunapakai dalam sistem percukaian di negara kita.

 

Saya tak pasti, adakah terdapat perubahan harga kerana bermula 1 June 2018, kerajaan Malaysia mula memperkenalkan kadar Good & Service Tax (GST) 0%, dan selepas itu diperkenalkan pula cukai Sales & Service Tax (SST).

bayaran-masuk-poring-hot-spring

Kalau ada perubahan harga sekali pun, saya percaya ianya tidak begitu banyak beza. Saya perasan perkara yang lebih kurang sama, semasa melawat ke Desa Dairy Farm. Memang terdapat perubahan harga semasa zaman GST dengan zaman SST, namun tak banyak beza.

 

Ini dia tiket untuk dewasa.

bayaran-masuk-hotspring-ranau

Kalau untuk warga emas, harga tiketnya hanyalah RM1 sahaja.

 

Untuk masuk ke kawasan kolam air panas, kita akan melalui jambatan yang merentasi sebatang sungai. nampak macam seronok kalau dapat main air dekat sini.

sabah-poring-hot-spring

Cuma mungkin atas faktor keselamatan, tempat ini tidak dibuka untuk pengunjung bermain air. Jadi kita teruskan masuk ke kawasan air panas poring sahaja.

ranau-hot-spring-sabah-vacation

Kemudahan yang disediakan di Poring Hot Spring juga dijaga dengan baik. Ada surau untuk memudahkan kita yang beragama Islam untuk menunaikan kewajipan. Surau ini tak begitu besar, tapi cukup selesa untuk digunakan.

 

Boleh buat solat Jamak dan Qasar dulu, sebelum nak main air atau buat sebarang aktiviti disini.

kemudahan-poring-hot-spring

Tandas dan tempat persalinan baju yang selesa juga ada disediakan buat para pengunjung disini. Poring Hot Spring ini memang merupakan antara destinasi tarikan pelancong, sama ada dari dalam mahupun luar negara. Jika bernasib baik, anda mungkin akan bertemu dengan kumpulan pelancong dari negara asing, turut datang bersantai dan menikmati kehangatan kolam air panas poring ini.

 

Semasa lawatan saya dan keluarga ke sini, kami bertemu dengan kumpulan pelancong dari China.

tempat-percutian-di-ranau

Pihak pengurusan Poring Hot Spring telah membina pondok-pondok, bagi kemudahan para pengunjung menikmati kehangatan air panas di sini.

 

Pemilihan pondok adalah berdasarkan first come first serve basis. Kalau anda terjumpa pondok yang masih belum ada orang, bolehlah pilih pondok tersebut.

tempat-menarik-poring-hot-spring

Kami dah jumpa pondok kami. Mula-mula rasa agak terkejut juga bila tengok keadaan sekitar yang sebegini. Kolam air panas yang saya pernah pergi, selalunya berkonsepkan kolam terbuka.

 

Tapi dekat sini, agak lain keadaannya. Ya la, kalau tak pergi tempat orang, mungkin sampai bila-bila saya tak akan tahu adanya konsep kolam air panas yang sebegini.

 

Kalau anda travel dalam kumpulan yang ramai, ambilah dua tab mandi. Kalau tak ramai, ambil satu dah cukup. Satu tab mandi ini, pada saya selesa untuk dua orang guna dalam satu masa.

ranau-poring-hot-spring

Terdapat dua kepala paip. Satu paip mengeluarkan air panas (dari telaga air panas), manakala yang satu lagi air sejuk (dari air sungai).

 

Kalau jumpa tab mandi yang memang dah ada air, saya syorkan anda keringkan dulu air tu. Jangan nak terus terjun je dalam tu, kononnya nak jimatkan masa menunggu air penuh. Kita tak tau, apa pengunjung sebelum ini buat dalam tab mandi tu ok…

 

Tak payah nak concern sangat tentang isu jimat air dan sebagainya.

menarik-di-poring-hot-spring

Kita boleh adjust ikut citarasa sendiri, nak panas atau sekadar suam-suam.

air-panas-poring

Kalau cuma buka kepala paip yang mengalirkan air panas sahaja, memang tak tahan panas dia. Sama ada anda nak rendam satu badan, atau sekadar nak rendamkan kaki sahaja, semuanya terpulang pada anda. Cuma pada saya la kan, rendamlah satu badan. Kita dah datang sini jauh-jauh, lepas tu tak tau bila lagi nak datang ke sini lagi, tak kan cuma nak rendam kaki semata?

 

Nasib baiklah ada pondok-pondok dekat sini. Rupa-rupanya cuaca dekat sini boleh tahan panasnya. Bukan sekadar air dia je yang panas, cuaca pun panas juga. Bila ada pondok, adalah tempat untuk berteduh dan berlindung dari cahaya matahari yang terik tu.

 

Saya kira, inilah dia sumber air panas tadi.

kolam-air-panas-poring

Ada nampak kan, pihak pengurusan ada letakkan saluran paip disitu.

tempat-percutian-sabah-yang-menarik

Kawasan ini dipagar sedemikian rupa, supaya pengunjung tidak mandi disini. Air dekat sini memang sangat panas. Pagar yang dibuat ini, adalah bagi tujuan keselamatan. Kalau berani, cubalah celup jari dekat air panas tu.

 

Ataupun, celup dulu dengan kain apa-apa, lepas tu anda rasa sendiri. Kalau rasa can not go, jangan memandai-mandai nak terjun situ. Melecur kulit pulak nanti.

 

Telaga Air Panas Sulfur

Air panas telaga sulfur terbentuk oleh aktiviti kawasan gunung berapi yang kurang aktif. Air panas ini merupakan hasil akhir kehilangan haba oleh batu igneus (batu habluran) di perut bumi, yang mana terus menerus membebaskan wap panas dan gas ketika menyejuk. Fasa gas ini yang sebahagian besar darinya adalah wap yang tersangat panas kehilangan sebahagian daripada habanya ketika naik ke permukaan bumi, mengembang dan bertukar menjadi cecair membentuk mata air panas .

 

Kebanyakan mata air panas mengandungi karbon dioksida dan hidrogen sulfida pada kadar yang berbeza-beza dan garam mineral sentiasa wujud terlarut dalam air panas di telaga-telaga sedemikian oleh kerana Itulah sulfur didapati di telaga air panas sulfur.

rock-pool-poring-hot-spring

Selain kawasan pondok yang ada disediakan tab mandian, dekat sini juga ada kolam renang. Namanya Rock Pool. Masa ini kebetulan tak ramai yang mandi dalam kolam ini.

 

Kolam ini tak begitu besar. Kalau setakat nak basahkan badan, rendam-rendam sikit tu ok la.

poring-hot-spring-menarik

Nampak gayanya, kalau ada peluang sekali lagi untuk datang bercuti ke Sabah, saya akan datang ke tempat ini sekali lagi. Kali ini, saya nak cuba rasai pengalaman berjalan di Canopy Walk pula.

 

Lagi satu, bila sebut tentang lawatan ke tempat-tempat menarik di Sabah, orang akan bercerita juga mengenai bunga rafflesia. Sayangnya pada waktu kami datang ke sini, tak nampak kelibat bunga tersebut. Mungkin ia masih belum berkembang.

 

Baiklah, itu saja yang saya dapat kongsikan tentang Pengalaman di Poring Hot Spring. Jemput baca artikel-artikel lain yang saya pernah tulis tentang percutian ke Sabah dalam blog ni ya.

 

 

Baca juga...

  • Makan Lokan Bakar di Kampung Salut, Jalan Sulaman, Kota KinabaluMakan Lokan Bakar di Kampung Salut, Jalan Sulaman, Kota Kinabalu
  • Masjid Bandaraya Kota Kinabalu – juga dikenali sebagai Masjid Terapung LikasMasjid Bandaraya Kota Kinabalu – juga dikenali sebagai Masjid Terapung Likas
  • Ladang Teh Sabah Tea – Jom bersiar-siar disekitar ladang tehLadang Teh Sabah Tea – Jom bersiar-siar disekitar ladang teh
  • Kinabalu Park – Jalan-jalan menikmati udara sejuk kawasan pergununganKinabalu Park – Jalan-jalan menikmati udara sejuk kawasan pergunungan
  • Pengalaman bersiar-siar di Jambatan Gantung Tamparuli, SabahPengalaman bersiar-siar di Jambatan Gantung Tamparuli, Sabah
  • Panduan Airbnb – Perkara yang anda WAJIB TAHU apabila menyewa homestay dan guesthouse di AirbnbPanduan Airbnb – Perkara yang anda WAJIB TAHU apabila menyewa homestay dan guesthouse di Airbnb
  • Homestay di Kota Kinabalu – ED Homestay menawarkan tempat penginapan berdekatan Airport Kota KinabaluHomestay di Kota Kinabalu – ED Homestay menawarkan tempat penginapan berdekatan Airport Kota Kinabalu
  • Perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu Sabah – Cara mudah nak berjimat apabila bercuti ke SabahPerkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu Sabah – Cara mudah nak berjimat apabila bercuti ke Sabah
  • Ingin bercuti ke Sabah? Ini dia tentatif percutian 4 hari 3 malam ke Sabah dengan bajet minimaIngin bercuti ke Sabah? Ini dia tentatif percutian 4 hari 3 malam ke Sabah dengan bajet minima
  • Pantai Pasir Tengkorak dan Hutan Lipur Pasir Tengkorak, LangkawiPantai Pasir Tengkorak dan Hutan Lipur Pasir Tengkorak, Langkawi
  • Taman Agroteknologi MARDI Cameron HighlandTaman Agroteknologi MARDI Cameron Highland
  • Apa yang menarik di Pantai Corus Paradise Port Dickson?Apa yang menarik di Pantai Corus Paradise Port Dickson?
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Kawasan Rekreasi Tagged With: air panas poring, bayaran masuk ke poring hot spring, bercuti ke sabah, kolam air panas, poring hot spring, tempat menarik di ranau, tempat menarik di sabah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, Pahang
  • Pemilihan lokasi yang strategik untuk bisnes homestay - Blog Sabree Hussin on Percutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 Malam
  • Zul on Nasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, Selangor
  • munirah on Pengalaman menginap di Teluk Bayu Floating Chalet, Kota Kuala Muda, Kedah
  • FAUZIAH on Hutan Rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik?

Copyright © 2025 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in