Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Pengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, Pahang

January 25, 2018 by Sabree Hussin 7 Comments

Permulaan tahun baru 2018, saya berkesempatan pergi bercuti ke Cameron Highland, Pahang. Seperti biasa, laman web Airbnb dijadikan pilihan untuk cari tempat penginapan dengan harga yang mampu milik.

 

Sebenarnya kalau nak cari hotel di Cameron Highland, kosnya juga tidaklah begitu mahal. Tetapi, oleh sebab percutian ini, adalah percutian bersama keluarga, jadi saya lebih prefer untuk menginap di homestay.

bercuti-di-ladang-teh-boh

Lagipun, homestay sekarang ni kebanyakkannya cantik-cantik. Kalau pandai cari, anda boleh dapat homestay yang lebih cantik dan lebih berbaloi berbanding hotel. Tak percaya? Boleh baca posting saya sebelum ini tentang homestay Silatiga di Wangsa Maju.

 

Tahun ini, In Shaa Allah bila ada kesempatan, nak buat booking di Silatiga untuk acara family gathering. Kalau tahun lepas, saya dan semua ahli keluarga dapat pergi bercuti ke Port Dickson, tahun ini mungkin agak susah.

 

Tapi kalau setakat nak berkumpul di sekitar KL, patutnya tak ada masalah.

 

Homestay Eliz ni terletak di Tanah Rata, Cameron Highland. Ia merupakan sebuah kediaman jenis apartment.

homestay-cameron-highland-tanah-rata

Dari apa yang saya perhatikan, ada banyak juga rumah-rumah disini yang disewakan sebagai homestay.

 

Kalau anda layari laman web Airbnb, anda juga mungkin akan temui beberapa homestay atau guesthouse yang sebenarnya terletak di kawasan yang sama. Cuma blok sahaja yang mungkin berlainan.

 

Saya bersama keluarga, menginap disini selama dua malam. Nak tahu berapa jumlah yang saya perlu bayar untuk menginap di sini?

 

Jumlahnya ialah RM103.08 sahaja.

 

Ya, itulah jumlah yang saya bayar untuk menginap selama dua malam di homestay ini. Ini buktinya.

homestay-murah-di-tanah-rata-cameron-highland

Anda nak tahu, macam mana saya boleh dapat harga macam ni?

 

Jawapannya ialah, saya menggunakan travel credit (atau Gift Credit) semasa membuat tempahan untuk homestay ini. Anda juga boleh dapat harga yang super jimat seperti yang saya perolehi ini, jika anda membuat tempahan menggunakan travel credit.

diskaun-airbnb

Anda boleh dapatkan travel credit anda menerusi halaman ini. Seterusnya buat tempahan macam biasa, dan secara automatik, anda akan dapat diskaun untuk tempahan yang anda lakukan.

 

 

Homestay di Cameron Highland bawah RM100

Mungkin ada terlintas di fikiran anda, berbaloi ke sewa homestay disini?

 

Pada saya, dengan bayaran serendah RM103.08 untuk dua malam, ianya sangat berbaloi. Kalau kita bahagi dengan dua, seolah-olah kos penginapan disini menjadi RM51.54 sahaja untuk satu malam.

 

Kiranya, bawah RM100 la kan. Itu sebabnya saya suka buat tempahan menggunakan Airbnb. Kita boleh guna travel credit.

 

Dalam homestay ini, ada 3 bilik semua sekali.

homestay-golden-hills

Ini dibahagian ruang tamu.

 

Sofa ni, keras. Kalau duduk, kena duduk slow-slow. Sapa yang jenis duduk style pakai hentam je, memang akan menyesal la.

 

Saya masih ingat lagi, masa mula-mula masuk ke dalam homestay ini, dia punya sejuk kat lantai tu… fuh~ dalam kepala duk fikir, tuan rumah ni tak tutup aircond ke sebelum keluar tadi? 

 

Tapi sebenarnya, dekat cameron highland ni, mana ada disediakan aircond. Semua memang semulajadi sejuk.

homestay-tanah-rata-cameron-highland

Dekat ruang tamu ada disediakan set televisyen dengan siaran astro njoi.

 

Ruang tamu ni juga cukup luas, kalau nak hampar tilam dengan toto. Manalah tahu, dalam bilik tak cukup ruang.

 

 

Ini pula di masterbedroom.

homestay-cameron-highland-4-bilik

Ada katil besar, almari pakaian dan tempat untuk bersolek.

 

Dalam masterbedroom ni juga ada bilik air dan tandas.

Tak perlu susah payah nak guna bilik air yang dekat luar.

 

Ini pula bilik yang kedua.

hoemstay-di-tanah-rata

Dalam bilik nombor dua ni pun ada katil besar, almari pakaian dan meja solek.

 

Kemudahan yang asas memang disediakan oleh pemilik homestay ni.

 

Bawah ni pula bilik nombor tiga.

Dalam bilik ketiga ni, ada katil single, almari pakaian dan juga meja solek.

 

Satu yang saya rasa tak berapa best, dengan tempat ni ialah, tuan rumah tak berikan kelengkapan untuk memasak. Kalau ikut daripada perbincangan dengan tuan rumah, dia kata, kalau datang ke Cameron Highland, lebih baik makan di luar sahaja.

 

Tak perlu susah payah nak masak. Lagipun, makanan di Cameron Highland tidaklah begitu mahal.

 

Jadi, kalau anda mencari tempat penginapan jenis homestay dan tak kisah tentang tak boleh masak tu, bolehlah menginap disini.

 

 

Layari laman web Airbnb dan cari Homestay Eliz.

sewa-homestay-di-cameron-highland

Tapi sebelum nak buat tempahan tu, pastikan anda dah dapatkan travel credit anda disini. Pastinya akan dapat lebih banyak penjimatan.

 

By the way, kalau anda rasa, homestay ni tak berapa sesuai dengan keperluan anda dan keluarga, di laman web Airbnb, ada banyak lagi tempat penginapan yang anda boleh pilih.

 

Pada masa tu, saya pilih homestay ni pun sebab kebanyakkan homestay yang ada di Cameron Highland, dah penuh pada hari yang saya dan keluarga nak datang bercuti.

 

Malam pertama menginap di homestay ni, suasana agak berkabus pada sebelah petang.

Masa ni sekitar jam 7 petang kalau tak silap. Saya dan keluarga baru balik dari Pasar Malam Cameron Highland di Golden Hill, Tanah Rata.

 

Masa ni, ada gerimis turun. Tak lama lepas tu, terus berkabus macam ni.

 

Tapi kabus ni sekejap je.

Sekitar jam 8 keatas macam tu, kabus dah hilang.

 

Waktu malam pun, masih ada banyak parking lot yang kosong. Malam pertama dekat sini, nampaknya macam tak ramai orang yang datang bercuti di Cameron. Tapi malam kedua, baru nampak ada banyak kenderaan yang di parking kat sini.

 

Mungkin, kebanyakkan unit-unit rumah yang ada disini, disewakan untuk dijadikan homestay.

 

Baiklah, jika anda ingin bercuti ke Cameron dan masih belum decide nak menginap dimana, bolehlah nanti anda pertimbangkan untuk menginap disini ya.

 

Selamat bercuti ke Cameron Highland! Kita jumpa pula dalam artikel seterusnya. Saya akan kongsikan tentang beberapa tempat-tempat menarik di Cameron Highland pula.

Baca juga

1. Homestay 3 bilik di Tanah Rata Cameron Highland

2. SophiaRose Muslim House – Homestay PREMIUM Mesra Keluarga di Tanah Rata Cameron Highland

 

 

Baca juga...

  • SophiaRose Muslim House – Homestay PREMIUM Mesra Keluarga di Tanah Rata Cameron HighlandSophiaRose Muslim House – Homestay PREMIUM Mesra Keluarga di Tanah Rata Cameron Highland
  • Cameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum tehCameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum teh
  • Homestay 3 bilik di Tanah Rata Cameron HighlandHomestay 3 bilik di Tanah Rata Cameron Highland
  • Taman Agroteknologi MARDI Cameron HighlandTaman Agroteknologi MARDI Cameron Highland
  • Makan malam di Medan Selera Nelayan Bukit Malut Pulau LangkawiMakan malam di Medan Selera Nelayan Bukit Malut Pulau Langkawi
  • Bolehkah Beli Tiket Bas Secara OnlineBolehkah Beli Tiket Bas Secara Online
  • S’Corner Central Market – Tempat shopping di Cameron HighlandS’Corner Central Market – Tempat shopping di Cameron Highland
  • Aktiviti Jungle Trekking di Hutan Lipur Sungai TekalaAktiviti Jungle Trekking di Hutan Lipur Sungai Tekala
  • Shopping produk berasaskan gamat di Nusantara Maju EnterpriseShopping produk berasaskan gamat di Nusantara Maju Enterprise
  • Kinabalu Park – Jalan-jalan menikmati udara sejuk kawasan pergununganKinabalu Park – Jalan-jalan menikmati udara sejuk kawasan pergunungan
  • Apa Yang Menarik Di Taman Botani Pulau PinangApa Yang Menarik Di Taman Botani Pulau Pinang
  • Terasa rindu nak pergi bercuti ke Cameron HighlandTerasa rindu nak pergi bercuti ke Cameron Highland
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Homestay/ Guest House Tagged With: bercuti ke cameron highland, cameron highland, homestay cameron highland tanah rata, homestay di cameron highland, homestay di tanah rata cameron highland, senarai homestay di cameron highland

Comments

  1. Asyraf says

    February 19, 2018 at 8:27 pm

    Bestnya ! Tengok gambar pun dah macam terasa kesejukan malam Cameron. Wow, murah tu bawah RM100 je.

    Okay nak daftar cepat ni Air Bnb .. rugi Ooo. Serius lah 2 malam plak tu .. huii ..thanks sangat for info Admin ..

    Reply
    • Sabree Hussin says

      February 20, 2018 at 9:20 am

      Memang sejuk masa ni 🙂 Dapat juga peluang merasa pengalaman berada dalam kawasan yang berkabus macam ni. Biasa tengok kabus bila memandu dekat highway je 🙂

      Reply
      • Firdaus says

        December 13, 2018 at 12:10 pm

        Sabree nk bayar perlu isi postal code.. ape poster code tu? Please help

        Reply
        • Sabree Hussin says

          December 14, 2018 at 9:49 am

          Postal code? Poskod?

          Reply
          • Firdaus says

            December 14, 2018 at 3:41 pm

            Yup.. sy cube buat bayaran di website Airbnb melalui kad kredit dan kad debit dua2 mintak masukkan maklumat kad.. No kad, tarikh luput kad, sekurity kod dan ‘postal code’.. ada kaedah lain ke tuan selain bayaran guna kad kredit atau debit sebab dua2 tak berjaya

          • Sabree Hussin says

            December 18, 2018 at 9:28 am

            Kalau pihak Airbnb minta postal code, postal code merujuk kepada poskod kita, atau alamat kita tinggal. Setakat ini, kaedah bayaran adalah kad kredit @ debit sahaja.

Trackbacks

  1. Cameron Tea Valley - Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum teh - Xplorasi Destinasi says:
    February 7, 2018 at 1:08 pm

    […] ni saya ambil disekitar kawasan homestay tempat saya menginap di Cameron Highland tempoh […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Strategi memberikan Pengalaman Penginapan TERBAIK kepada tetamu homestay - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Hard sell atau soft sell - Nak guna yang mana? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Adakah blog masih relevan? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Berkesan ke promosikan bisnes homestay menggunakan blog? - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in