Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Percutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 Malam

April 25, 2019 by Sabree Hussin 6 Comments

Siapa suka pergi bercuti ke Pulau Langkawi, kita geng!

 

Boleh dikatakan setiap tahun saya akan datang bercuti ke Pulau ini. Kadang-kadang orang dekat sekeliling bertanya, “best sangat ke Pulau Langkawi tu?”

 

Saya tak tahu nak jawab macam mana. Cuma pada saya, kalau tak best, tak kan saya sanggup datang bercuti ke sini setiap tahun?

 

Bagi yang belum pernah menjejakkan kaki di Pulau Lagenda ini, bolehlah cuba-cuba book ticket flight ke sini. Sama ada anda nak bercuti di Pulau Langkawi selama 3 hari 2 malam, atau kalau nak buat macam yang saya buat pun boleh.

pengalaman-naik-kapal-terbang

Saya pilih untuk bercuti 5 hari 4 malam di Langkawi sebab nak lebihkan masa berehat-rehat. Bila ada banyak masa, tak adalah rasa macam terkejar-kejar untuk pergi ke tempat-tempat menarik yang terdapat disini.

 

Macam biasa, saya menaiki penerbangan dengan syarikat Air Asia. Booking lebih kurang setahun yang lalu. Dapat tiket promo, terus beli. Cuma bila beli setahun awal ni, anda kena selalu alert dengan emel pemberitahuan dari Air Asia.

 

Flight yang saya naik ni, kena retime dah beberapa kali. Terpaksalah berurusan dengan bahagian pre-flight untuk atur balik masa yang sesuai dengan jadual perjalanan saya. Apapun semuanya dah selesai.

ketibaa-ke-pulau-langkawi

Posting kali ini, saya nak kongsikan serba sedikit antara aktiviti yang saya lakukan sepanjang bercuti di Langkawi selama 5 hari 4 malam.

 

Kalau anda masih belum pernah datang bercuti ke sini, boleh tengok-tengok jadual percutian yang saya kongsikan ini. Manalah tahu ada tempat-tempat yang saya kongsikan dalam posting ini, yang anda pun boleh kunjungi nanti.

 

HARI PERTAMA PERCUTIAN KE PULAU LANGKAWI

Dekat airport Langkawi memang ada banyak kaunter yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa. Tak cukup dengan kaunter, ada juga orang perseorangan yang akan datang approach untuk tawarkan kereta sewa.

 

(1) Ambil kereta sewa dengan Annox Travel

Kebiasaannya, kereta sewa saya akan tempah lebih awal. Saya menggunakan perkhidmatan kereta sewa dari Annox Travel. Ya, sama seperti sebelum ini.

kereta-sewa-murah-langkawi

Kereta yang saya pilih ialah Honda City. Kononnya sebab nak jimat minyak. Dalam masa 5 hari di sini, saya isi minyak RM70.

 

Percutian ke Pulau Langkawi pada kali ini, saya plan nak buat aktiviti Snorkeling dekat Pulau Payar. Kali pertama saya terjebak dengan aktiviti snorkeling ni masa pergi bercuti dekat Sabah sebelum ni.

 

Saya ada cerita dalam posting saya sebelum ni, aktiviti snorkeling di Pulau Manukan dan Pulau Sapi.

 

Pakej snorkeling ke Pulau Payar ni sebenarnya kita boleh tempah in advance melalui beberapa laman web. Ini antara laman web yang saya tahu, yang boleh anda gunakan untuk buat tempahan.

(1) Shopee – Masuk ke laman web shopee dan anda taip sahaja Pulau Payar. Akan keluar beberapa seller yang jual pakej ini.

(2) Adventoro – Melalui website ini anda boleh pilih macam-macam aktiviti untuk ditempah

(3) Travelog.MY – Lebih kurang sama macam adventoro. Dari segi harga nampak lebih murah.

 

Walaubagaimanapun, saya pilih untuk beli pakej snorkeling di Pulau Langkawi. Beberapa hari sebelum berangkat ke Langkawi, saya ada buat semakan ramalan cuaca dan pada waktu tu diramalkan cuaca tak berapa baik.

 

Jadi saya buat keputusan untuk beli sahaja pakej snorkeling sebaik sahaja tiba di Langkawi.

 

(2) Pantai Chenang

Lepas dapat kereta, saya terus pandu ke Pantai Chenang. Dekat tepi-tepi pantai dan sekitar Chenang Walk, ada banyak syarikat yang jual pakej Island Hopping, Pakej Snorkeling dan water sport activities. Pilih je nak beli yang mana satu.

pakej-island-hopping-pulau-langkawi

Tahun sebelum ini, saya pernah beli pakej Island Hopping dari Malibest Resort. Selain Island Hopping, boleh juga beli pakej Snorkeling, Mangrove Tour dan macam-macam lagi aktiviti melalui Malibest. Dulu pernah berurusan dengan mereka, jadi saya rasa lebih yakin nak beli lagi pakej aktiviti dengan mereka.

 

Kalau nak beli dengan Malibest, kena pergi dekat kaunter dia. Masa tu saya tak tau yang kaunter dekat lobi Malibest dibuka pada jam 1.00 petang. Sementara nak tunggu kaunter tu buka, saya jalan-jalan dulu sekitar Chenang.

 

Tengok-tengok masa masih banyak lagi.

 

(3) Makan tengahari di Restoran Kak Yan Nasi Campur

Sambil nak tunggu masuk pukul 1, saya terus set waze dan pergi ke Kak Yan Nasi Campur. Restoran Kak Yan Nasi Campur ni terletak di Jalan Ulu Melaka.

restoran-nasi-campur-kak-yan

Ini merupakan kali pertama saya datang makan di restoran ini. Sebelum ini, setiap kali nak datang, restoran ini asyik tutup. Mungkin waktu saya datang bercuti ke Pulau Langkawi dulu tak berapa kena dengan waktu operasi restoran ini.

 

Restoran ini merupakan salah satu restoran terbaik yang menghidangkan masakan nasi campur. Ada BANYAK pilihan makanan dan harganya juga tak begitu mahal. Kalau anda rajin cari maklumat tentang tempat makan di Pulau Langkawi, anda pasti jumpa ada banyak blog yang rekemen tempat ini.

 

(4) Beli pakej snorkeling Pulau Payar di Malibest Resort

Selesai makan tengahari di sini, saya kembali ke Pantai Chenang untuk uruskan tempahan pakej snorkeling.

snorkeling-pulau-payar

Saya pilih tarikh 12 April untuk pergi snorkeling. Hari jumaat pulak tu, terlepas peluang nak solat Jumaat dekat Langkawi.

 

(5) Check in di Labu-Labi Residence, Tanjung Rhu

Settle urusan dengan Malibest, saya pun teruskan perjalanan ke Tanjung Rhu. Untuk dua malam yang pertama, saya check in di Labu Labi Residence.

menginap-di-labu-labi-residence

Pada saya, apa yang menarik dengan Labu Labi Residence ni ialah biliknya yang mengadap laut. Selak je langsir terus nampak laut.

 

Jalan beberapa langkah dah boleh sampai ke laut. Pemandangan waktu senja dan waktu matahari baru nak terbit, memang sangat lawa.

 

Suasana dekat sini lebih tenang. Ianya tak begitu padat kalau nak bandingkan dengan Pantai Chenang. Memang sesuai untuk mereka yang sukakan suasana kedamaian dan lebih privasi. Kalau anda ada peluang, datanglah check in dekat sini.

 

(6) Urut kaki dan bahu

Saya pernah cerita tentang Kak Azura dalam posting percutian ke Langkawi sebelum ini. Akak ni buat perkhidmatan mengurut di Telaga Ayer Hangat.

urut-kaki-pulau-langkawi

Setiap kali datang ke Pulau Langkawi, biasanya saya dan isteri pasti akan datang singgah ke Telaga Ayer Hangat untuk mengurut dengan kak Azura ni. Tahun sebelum ini, kak Azura ada bagitahu yang dia sebenarnya ada ofer servis mengurut ke bilik hotel.

 

Kalau buat urutan di bilik hotel, ianya lebih privasi dan kalau nak, boleh urut satu badan. Kalau cuma nak urut kaki dan bahu sahaja pun boleh.

 

Kebiasaannya kak Azura ni cuma urut orang perempuan sahaja kalau nak urut dalam bilik. Kalau yang lelaki nak urut juga, kena pastikan ada isteri dekat sebelah ye.

 

Andai kata anda nak minta Kak Azura ni datang bilik hotel dan mengurut dalam bilik, boleh cuba call dan buat temujanji ya.

Azura Indah 017- 419 6228

 

Ataupun kalau nak jumpa akak ni, bolehlah pergi ke Telaga Ayer Hangat.

Atas ini adalah pondok yang Kak Azura gunakan untuk tawarkan khidmat mengurut bahu dan tapak kaki di Telaga Ayer Hangat.

 

HARI KEDUA PERCUTIAN KE PULAU LANGKAWI

Hari pertama memang saya tak pergi kemana-mana. Lebih kepada nak berehat-rehat. Lagipun badan rasa penat sebab tidur pun sekejap je. Dalam pukul 3 pagi macam tu dah kena gerak ke airport.

 

Saya terus sambung cerita aktiviti hari kedua la ya.

 

(7) Aktiviti Snorkeling di Pulau Payar

Aktiviti hari ini ialah snorkeling dekat Pulau Payar. Seperti yang dijanjikan, seawal jam 8.00 pagi saya dah kena standby dekat lobi di Labu Labi Residence.

 

Ada bas yang akan datang ambik dan bawa ke jeti kuah. Pakej Snorkeling yang saya bayar adalah termasuk servis ambil dan hantar ke hotel.

 

Kalau anda nak beli pakej snorkeling Pulau Payar, kena pastikan betul-betul, apa sebenarnya yang anda bayar. Kalau terlalu murah, mungkin ada beberapa servis yang tak dimasukkan sekali.

 

Sebagai contoh, tiada servis ambil dan hantar ke hotel dan makan tengahari di Pulau Payar.

pulau-payar-snorkeling

Perjalanan menaiki feri untuk ke Pulau Payar ni mengambil masa lebih kurang satu jam.

pengalaman-pulau-payar-langkawi

Dah sampai di Pulau Payar.

 

Macam biasa, untuk pakej snorkeling ini kita akan dapat set snorkeling secara percuma.

snorkeling-pulau-payar-langkawi

Dekat Pulau Payar ni ada juga disediakan locker berkunci, tapi anda kena bayar kalau nak guna locker tersebut. Selain itu, kalau nak pakai goggle yang ada power, juga akan dikenakan bayaran tambahan.

 

Dekat Pulau Payar ni aktiviti utama dia ialah snorkeling, berenang bersama ikan, ambik gambar dan sebagainya.

Baca lagi disini: Pengalaman melakukan aktiviti Snorkeling di Pulau Payar, Langkawi

 

(8) Makan malam di Medan Selera Nelayan Bukit Malut

Bila dah tengok banyak sangat ikan, malam tu saya rasa nak makan ikan pulak.

restoran-nelayan-bukit-malut

Untuk makan malam, saya pilih untuk pergi ke Medan Selera Nelayan Bukit Malut.

menu-makanan-restoran-nelayan

Konsep tempat ini, kita pilih makanan laut yang kita nak mengikut kuantiti yang kita nak kemudian timbang. Lepas tu kita bagi tahu apa masakan yang kita nak.

 

Dari segi harga, saya rasa ianya masih lagi murah kalau nak bandingkan dengan harga di Chenang. Contohnya untuk ikan siakap yang saya order ni, harga 100gram ialah RM4.50 sahaja. Kalau dekat Chenang, ada restoran yang jual dengan harga RM7 untuk 100 gram.

 

Lepas ini kalau teringin nak makan makanan laut, bolehlah pergi ke Medan Selera Nelayan Bukit Malut ini.

 

(9) Window Shopping HIG Kompleks

Selesai makan malam, saya terus menuju ke HIG Kompleks.

tempat-shopping-pulau-langkawi

Ada masa terluang ni, saja jalan-jalan survey harga. Nanti boleh buat price comparison dekat kedai duty free lain yang banyak terdapat di Langkawi. Ini salah satu sebab kenapa patut duduk Langkawi lama sikit, sebab nak bagi masa untuk survey harga.

 

Menginap di Tanjung Rhu, saya tak risau sangat bab nak cari tempat parking kereta, sebab kawasan itu tak begitu ramai orang. Lepas siap urusan dekat HIG, saya jalan-jalan dulu.

 

Niat di hati nak tengok pemandangan di Pantai Pasir Tengkorak pada waktu malam. Manalah tahu ada rezeki boleh nampak entiti.

 

Bila dah sampai kat Pasir Tengkorak, suasana sekitar sangat gelap dan nampak macam tak ada tempat untuk masuk ke pantai tu. Saya teruskan perjalanan sampai la tersesat pulak ke The Datai Langkawi. Sepanjang jalan memang gelap gelita!

 

Lampu jalan memang ada, tapi ada juga yang tak menyala.

 

HARI KETIGA PERCUTIAN PULAU LANGKAWI

Hari ketiga ni special sikit sebab mak dan ayah mentua saya dari Kedah akan join sama percutian kali ini. Diorang naik feri dari Kuala Kedah.

 

Dari Kuala Kedah, diorang naik feri yang paling awal. Jadi sebelum jam 9.00 pagi mereka dah sampai ke Jeti Kuah.

 

(10) Sarapan pagi di Menghulu Corner, Kuah

Pagi tu, masing-masing belum lagi sarapan pagi. Saya pun tak berapa tahu, dekat mana tempat nak sarapan pagi kalau di sekitar Kuah. Kalau dekat Chenang, tak ada masalah sangat sebabnya dekat situ ada banyak tempat makan.

tempat-sarapan-pagi-langkawi

Kalau anda juga berada Kuah, dan tak tahu nak cari tempat makan yang best, ada banyak pilihan dan tempat parking kereta yang luas, saya syorkan anda pergi ke Menghulu Corner ini.

 

Ada banyak gerai-gerai tepi jalan yang menghidangkan juadah untuk sarapan pagi.

 

(11) Lawatan ke MARDI Agrotechnology Park Langkawi

Aktiviti pada hari ketiga, saya mulakan dengan lawatan ke MARDI Agrotechnology Park Langkawi. Tahun lepas memang saya dah pernah sampai ke tempat ini. Tapi masa tu pergi dengan group lain.

 

Mama dan abah tak pernah lagi masuk ke tempat ni, jadi kat sinilah kami bawa mereka jalan-jalan.

mardi-langkawi

Dekat MARDI Langkawi ni kita akan dibawa melawat ladang buah-buahan. Akan ada pegawai yang bertugas akan ikut kita sama.

mardi-langkawi

Kalau anda rajin, rasa nak tambahkan pengetahuan bolehlah tanya tentang pokok-pokok yang ada dekat ladang ni. Mungkin anda minat nak tahu tentang spesies tumbuhan, jenis baka, baja yang digunakan dan sebagainya. Kalau cuma nak ikut jalan-jalan sambil makan buah di stesen pertama pun boleh.

 

(12) Oriental Village dan Langkawi Cable Car

Next, layan Langkawi Cable Car.

 

Untuk naik cable car ni, kita kena pergi ke Oriental Village yang letaknya di Jalan Telaga Tujuh, Langkawi.

 

Saya dah beberapa kali datang ke Langkawi, dan setiap kali datang tu mesti tak dapat nak naik cable car. Biasanya tak dapat naik sebab pihak pengendali syarikat cable car ni sedang jalankan maintenance.

kereta-kabel-langkawi

Tahun ini pun sebenarnya saya hampir-hampir tak dapat naik cable car disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan ini.

pengalaman-cable-car-langkawi

Kalau nak naik cable car ni, kita boleh pilih apa pakej yang kita nak. Anda boleh rujuk laman web mereka di http://www.panoramalangkawi.com/ untuk lihat apa lagi pakej yang anda boleh beli dari mereka.

 

Untuk pengetahuan anda, anda juga boleh beli pakej cable car ini melalui laman web ini.

pakej-cable-car

Kelebihan kalau beli melalui laman web tersebut ialah anda akan dapat open ticket yang boleh digunakan pada bila-bila masa dan paling penting tak perlu susah payah nak beratur panjang bila dah berada di Oriental Village.

 

Dalam lawatan kali ini, saya beli pakej yang termasuk skycab, time travel, 3D Art Gallery dan juga SkyRex.

ed-art-langkawi

Antara beberapa gambar yang sempat saya rakamkan di 3D Art Gallery.

muzium-3d-langkawi

Bagi mereka yang suka bergambar tu, kat sinilah tempatnya untuk anda serlahkan bakat dan kreativiti anda. Kalau pandai posing, banyak gambar cantik-cantik yang boleh dapat.

 

Dalam banyak-banyak pakej tu, saya tak pergi ke SkyRex.

 

Lagipun masa tu perut dah lapar. Kami skip makan tengahari waktu ni sebab masih kenyang. Sebelum pergi ke MARDI Langkawi, kami dah makan di Menghulu Corner.

 

Masa dekat MARDI pula, dah makan buah-buahan yang dihidangkan. Memang keluar dari MARDI dalam keadaan perut kenyang.

 

(13) Makan laksa di Hafiz Rojak, Pantai Kok

Petang tu, sebagai alas perut, kami singgah ke Hafiz Rojak.

laksa-sedap-langkawi

Kalau nak makan laksa di Langkawi, saya lebih suka makan di Hafiz Rojak. Setengah orang lebih suka makan di Laksa Airport, Laksa Power ataupun Laksa Ikan Sekoq yang tak jauh dari kawasan airport.

 

Ikutla, selera masing-masing kan. Saya dah cuba semua tu, dan saya rasa tekak saya lebih suka laksa yang dihidangkan oleh Hafiz Rojak ni.

 

(14) Check in di Malibest Resort

Dah siap makan di Hafiz Rojak, saya terus check in di Malibest pula.

malibest-resort

Kalau dua malam sebelumnya saya check in di Tanjung Rhu, untuk dua malam yang terakhir saya bermalam di Pantai Chenang pula. Bilik ini juga mengadap laut seperti di Labu Labi Residence.

 

Untuk tempahan bilik di Malibest Resort ini, saya menggunakan laman web Airbnb dan sekiranya anda juga ingin buat tempahan disini, boleh tebus dulu travel credit bernilai RM120 disini untuk dapatkan penjimatan.

 

(15) Makan malam di Restoran Shell Out Chenang

Suasana di Chenang memang lebih happening kalau nak bandingkan dengan suasana di Tanjung Rhu. Dekat Pantai Chenang, nak cari tempat makan pun senang.

 

Nak makan sedap? Cuma kena sediakan duit secukupnya.

tempat-makan-shell-out

Malam tu kami bawa mama dan abah makan di restoran Shell Out.

 

Selesai makan malam, lepak-lepak, sembang-sembang dah nak masuk pukul 10. Tapi keadaan di Chenang waktu ni masih lagi ramai orang.

 

(16) Shopping di Warisan Duty Free

Kedai-kedai pun masih banyak yang buka.

duty-free-shop-langkawi

Kami singgah sekejap di Warisan Duty Free. Ada beberapa barang yang lebih murah kalau nak bandingkan dengan di HIG.

 

Ada juga barang yang dijual di sini, tapi tak ada dijual di HIG. Kalau anda ada banyak masa, bolehlah buat perbandingan harga.

 

HARI KEEMPAT PERCUTIAN KE PULAU LANGKAWI

Bangun awal pagi. Lepas siap solat Subuh kalau boleh tak payah la tidur balik.

 

Siap-siap dengan baju mandi untuk mandi laut. Pukul 7.00 pagi macam tu, biasanya susasana dah terang dan dah ramai yang mula mandi laut pada waktu ini.

 

Kalau kebetulan cuaca baik, biasanya dalam pukul 8.30 pagi macam tu dah mula panas. Jadi saya cadangkan kalau anda nak mandi di Pantai Chenang tu, mandilah awal pagi sekitar jam 7.00 pagi hingga 9.00 pagi macam tu. Waktu ni kalau nak mandi tanpa pakai sun block pun tak ada masalah.

 

Kalau waktu petang pula, boleh mula turun ke laut pada pukul 6.00 petang sampailah dekat-dekat waktu maghrib. Nasihat ini untuk elakkan anda kena sun burn.

 

(17) Sarapan pagi di Bella Restaurant Pantai Cenang

Selesai mandi, baru pergi cari sarapan pagi.

sarapan-pagi-bella-restaurant

Kalau anda tak biasa dengan kedai-kedai yang terdapat di Chenang, saya syorkan anda pergilah ke restoran Bella ini. Menu untuk makan pagi ada macam-macam.

 

Ada menu tempatan macam mee goreng, bihun goreng, dan nasi lemak. Ada juga menu western. Kalau nak makan pizza pun ada.

 

Hari keempat ni tak banyak aktiviti yang saya lakukan. Lebih kepada nak rehat-rehat sahaja. Lagipun hari ini mama dan abah akan check out dan nak balik ke rumah.

 

Sementara nak tunggu jam 12 tu, bolehlah rehat-rehat dekat bilik.

 

(18) Jalan-jalan di Chenang Mall dan makan tengahari di HBL Food Corner

Kemudian bila dah siap check out, kami jalan-jalan dulu dalam Chenang Mall dan lepas tu terus pergi makan tengahari di HBL Food Corner yang terletak di Jalan Pandak Mayah di Kuah.

makan-tengahari-murah

Restoran ini adalah salah satu restoran yang best kalau nak makan tengahari. Pertama sebab menu yang disediakan sangatlah banyak dan dari segi harga, ianya sangat murah.

 

Harga macam kat kedai ini memang tak akan dapat kalau kat tempat lain. Kalau nak makan sedap tapi murah, bolehlah datang ke sini untuk makan tengahari.

 

(19) Shopping perfume di World of Perfumes

Dah siap makan tu, kami jalan kaki sahaja ke kedai-kedai duty free yang ada berhampiran.

shopping-perfume-murah-pulau-langkawi

Sempat juga kami kunjungi kedai World Of Perfumes dan beli beberapa botol minyak wangi.

 

Siap urusan dekat sini, saya terus hantar mama dan abah ke Jeti kuah. Petang tu, mereka akan naik feri untuk balik ke Kuala kedah.

 

Saya pulak, teruskan perjalanan ke lokasi tumpuan pelancong yang terdapat di Langkawi.

 

(20) Hutan Lipur Pasir Tengkorak

Saya pun baru tahu yang dekat sini ada hutan lipur. No wonder la malam tu gelap semacam…

pasir-tengkorak-pulau-langkawi

Saya jangkakan pantai ini senyap sunyi dan tak ramai yang akan datang berkunjung ke sini. Sekali saya silap.

 

Masa ini ada ramai juga pelancong luar dan juga penduduk sekitar yang lepak santai disini. Yang mandi laut pun ramai juga.

Nantilah saya share lagi gambar-gambar yang saya sempat rakamkan di Pantai Pasir Tengkorak. Nama tempat ni memang agak seram, tapi pemandangan dekat sekitar sini memang sangat cantik.

 

HARI KELIMA PERCUTIAN KE PULAU LANGKAWI

Hari ni merupakan hari terakhir percutian saya di Pulau Langkawi. Rasa sayang pulak nak tinggalkan pulau ni dan kembali ke Kuala Lumpur. Kalau boleh nak stay sini lama-lama.

 

Tapi nak buat macam mana kan. Nak tak nak mestilah kena balik juga. Lagipun masih ada banyak kerja yang belum diselesaikan yang menanti di Kuala Lumpur.

 

(21) Galeria Perdana

Pada hari yang kelima, dengan masa yang masih berbaki ini, saya gunakan untuk melawat ke Galeria Perdana yang terletak di Jalan Ayer Hangat.

galeria-perdana-tun-m

Kali pertama saya masuk ke tempat ini adalah pada tahun 2015 dan pada ketika itu, Tun Mahathir adalah seorang bekas Perdana Menteri Malaysia. Tapi kunjungan saya pada kali ini Tun Mahathir merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh!

 

Saya menjangkakan akan ada kelainan dalam Galeria Perdana ini, dan ternyata jangkaan saya betul!

 

Sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, saya singgah dulu di HIG Kompleks. Beli coklat dan sedikit buah tangan untuk dibawa balik.

 

(22) Restoran Nasi Ayam Pak Ya

Kemudian saya juga singgah di Restoran Nasi Ayam Pak Ya yang terletak di Persiaran Mutiara 2.

restoran-nasi-ayam

Nasi ayam dekat sini memang sedikit berbeza, sebabnya kita boleh pilih sama ada nak nasi ayam biasa atau nasi ayam spesial. Kalau nak yang spesial, ayam tu akan dibalut dengan telur dadar macam dalam gambar diatas tu.

 

Baiklah, setakat ini dulu perkongsian saya tentang percutian ke Pulau Langkawi. In Shaa Allah nanti saya kongsikan lagi dengan lebih details tentang tempat-tempat yang saya kunjungi ya.

 

Jemput baca juga artikel-artikel lain yang saya dah kongsikan dalam blog ini. Selamat bercuti!

 

 

Baca juga...

  • Pengalaman Snorkeling di Pulau Payar Marine Park LangkawiPengalaman Snorkeling di Pulau Payar Marine Park Langkawi
  • S’Corner Central Market – Tempat shopping di Cameron HighlandS’Corner Central Market – Tempat shopping di Cameron Highland
  • Pengalaman menginap di Labu Labi Residence Tanjung Rhu, Pulau LangkawiPengalaman menginap di Labu Labi Residence Tanjung Rhu, Pulau Langkawi
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itineraryPercutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary
  • Padang Besar, Perlis – Jom Shopping dan tengok apa yang menarik disiniPadang Besar, Perlis – Jom Shopping dan tengok apa yang menarik disini
  • Pengalaman menginap di Glory Beach Resort Port DicksonPengalaman menginap di Glory Beach Resort Port Dickson
  • Pengalaman menginap di Royal Agate Beach Resort semasa bercuti di Pulau LangkawiPengalaman menginap di Royal Agate Beach Resort semasa bercuti di Pulau Langkawi
  • Pengalaman Pertama Kali Ke Zoo MelakaPengalaman Pertama Kali Ke Zoo Melaka
  • Menjejaki kawasan penting pelbagai spesies burung di Taman Alam Kuala SelangorMenjejaki kawasan penting pelbagai spesies burung di Taman Alam Kuala Selangor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Langkawi beserta dengan itinerary pada 2018Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Langkawi beserta dengan itinerary pada 2018
  • Pengalaman menginap di Lexis Water Chalet Port DicksonPengalaman menginap di Lexis Water Chalet Port Dickson
  • Saya nak beri anda RM120 untuk anda pergi bercutiSaya nak beri anda RM120 untuk anda pergi bercuti
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Pulau Tagged With: bercuti ke langkawi, jadual percutian pulau langkawi, pakej snorkeling pulau payar, pengalaman bercuti di pulau langkawi, percutian pulau langkawi

Comments

  1. letsvitaminstravel says

    September 30, 2020 at 3:42 pm

    Selalu kalau ke Langkawi wajib ke Haji Ismail Group je untuk coklat..lain kali boleh try ke Warisan Duty Free pulak..tak pernah tau ni..haha..Terima kasih 🙂

    Reply

Trackbacks

  1. Pantai Pasir Tengkorak dan Hutan Lipur Pasir Tengkorak, Langkawi - Xplorasi Destinasi says:
    May 6, 2019 at 11:14 am

    […] nak sambung perkongsian tentang percutian ke Pulau Langkawi dan kali ini, saya ingin bawa anda semua ke salah satu tempat tumpuan pengunjung yang terdapat di […]

    Reply
  2. Lawatan ke MARDI Agrotechnology Park Langkawi semasa percutian ke Langkawi - Xplorasi Destinasi says:
    May 8, 2019 at 2:50 pm

    […] Ada banyak tempat menarik yang boleh kita kunjungi apabila pergi bercuti ke Pulau Langkawi. […]

    Reply
  3. Shopping produk berasaskan gamat di Nusantara Maju Enterprise - Xplorasi Destinasi says:
    May 11, 2019 at 2:41 pm

    […] anda pernah baca posting saya sebelum ini, saya ada cerita tentang Kak Azura yang menawarkan perkhidmatan mengurut di Telaga Ayer […]

    Reply
  4. Promosi bisnes homestay menggunakan platform Media Sosial | Blog Sabree Hussin says:
    December 2, 2019 at 7:08 pm

    […] Baiklah, apa pun saya ucapkan terima kasih kerana kesudian anda membaca posting saya kali ini. Jika ada antara pembaca yang minat nak baca pengalaman saya jalan-jalan di Pulau Langkawi dan bercuti 5 Hari 4 Malam disana, jemputlah baca perkongsian saya dis…. […]

    Reply
  5. Nak cari Hotel MURAH? Guna dan amalkan tips ini - Xplorasi Destinasi says:
    December 18, 2019 at 9:12 pm

    […] Dalam contoh ini, saya pilih untuk pergi bercuti ke Pulau Langkawi. […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Strategi memberikan Pengalaman Penginapan TERBAIK kepada tetamu homestay - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Hard sell atau soft sell - Nak guna yang mana? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Adakah blog masih relevan? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Berkesan ke promosikan bisnes homestay menggunakan blog? - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in