Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Saya nak beri anda RM120 untuk anda pergi bercuti

February 19, 2018 by Sabree Hussin Leave a Comment

Bila agaknya kali terakhir anda bawa keluarga dan insan yang tersayang pergi bercuti ya? Agak-agak tahun ni dah pergi bercuti kat mana-mana ke?

 

Atau masih belum ada perancangan lagi?

 

Saya faham, kos untuk pergi bercuti bukannya murah. Ada macam-macam perkara yang anda perlu pertimbangkan dan banyak juga kos-kos yang perlu anda sediakan. Misalnya kalau pergi ke tempat percutian tu dengan memandu kenderaan sendiri, anda perlu fikirkan kos untuk petrol dan juga tol.

 

Kalau nak lebih jimat, mungkin boleh guna pengangkutan awam. Tapi kalau guna pengangkutan awam ni, mungkin pergerakkan akan jadi agak terhad. Kalau nak lebih selesa dan tak ada rasa terbatas untuk pergi ke sini dan ke sana, memang lagi mudah kalau memandu kenderaan sendiri.

 

Sebenarnya faktor murah ke mahal ni, semuanya terpulang kepada destinasi pilihan anda. Kalau anda pilih tempat yang jauh, misalnya anda di Kuala Lumpur, tetapi nak pergi bercuti di Kundasang Sabah… maka kosnya pasti agak tinggi.

bercuti-di-sabah

Pergi bercuti ni, boleh mengembalikan semangat dan memulihkan tenaga. Itupun jika dibuat dengan betul. Kita pergi bercuti sebab nak berehat-rehat.

 

Kita nak keluar dari himpitan kerja dan kesibukkan hidup di bandar. Kalau boleh masa bercuti ni, kita nak tenangkan minda, nak recharge semula tenaga, supaya kita dapat kembali bertenaga dan kuat semula untuk mendepani cabaran hidup yang tak pernah surut menguji kita.

Ada ketikanya, kita tak perlupun pergi ke tempat-tempat yang jauh dan mewah. Mungkin ada antara pembaca blog ini, yang cukup bertuah kerana tinggal di tempat yang tak begitu jauh dengan kawasan pantai.

 

Malaysia pun ada banyak kawasan pantai yang sering menjadi tumpuan para pengunjung beriadah dan meluangkan masa bersama keluarga.

 

Pergilah bercuti di Port Dickson. Pantainya juga tak kurang menariknya, dan tempat tu juga tak begitu jauh dengan Kuala Lumpur, itupun kalau anda tinggal di Kuala Lumpur.

 

Sekiranya anda mencari suasana dingin di kawasan peranginan yang terletak di tanah tinggi…

ladang-teh-cameron-tea-valley

Cameron Highland mungkin sesuai dijadikan tempat percutian pilihan.

 

Anda pilihlah mana-mana satu destinasi pilihan yang sesuai dengan anda. Itu semua terpulang dan hak anda untuk buat pilihan.

 

Jika anda baca blog ini, maka saya ingin berikan sesuatu yang anda boleh manfaatkan untuk digunakan sewaktu anda pergi bercuti nanti. Sila ke halaman ini untuk dapatkan travel credit bernilai RM120.

diskaun-airbnb

Sekiranya anda tekan pada butang Sign up to claim your credit diatas, anda akan dibawa ke halaman yang menawarkan anda travel credit bernilai RM120, yang anda boleh gunakan untuk buat tempahan di mana-mana tempat penginapan yang disenaraikan di laman web Airbnb.

 

Travel credit bernilai RM120 ini, mungkin tak begitu banyak… namun ia pasti akan berguna untuk menjimatkan perbelanjaan anda ketika pergi bercuti nanti.

 

Saya sendiri, beberapa kali menggunakan travel credit ini untuk buat booking di laman web Airbnb. Memang sangat jimat dan seronok bila ada travel credit ni.

 

Kali pertama saya guna travel credit, adalah semasa saya bawa keluarga pergi bercuti di Port Dickson.

Boleh baca tentang guesthouse yang saya tempah pada posting saya yang lalu bertajuk Pengalaman menginap di PD Paradise Lagoon Apartment Port Dickson.

 

Bila dah pergi bercuti menggunakan travel credit Airbnb buat kali pertama, jadi seronok pula. Kemudian pada bulan Januari yang lepas, saya sekali lagi buat tempahan menggunakan travel credit airbnb.

 

Anda boleh baca perkongsian saya menerusi posting Pengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland Pahang.

 

Saya pergi bercuti pun, tempat yang dekat-dekat sahaja. Sebenarnya kalau anda buat carian di laman web Airbnb, ada banyak juga tempat-tempat yang tak kurang hebatnya, yang anda boleh pergi di sekitar KL sahaja.

 

Cuma kalau bercuti di KL tu, saya mungkin akan cari tempat yang tak terlalu sesak dan ada swimming pool yang best, contohnya macam di SilaTiga Guesthouse Wangsa Maju.

 

Baiklah.

 

Itu sahaja yang saya nak kongsikan. Alang-alang anda dah baca perkongsian saya ini, jangan lupa untuk claim travel credit anda di halaman ini.

Jom kita pergi bercuti, kita release tension dan kembalikan semula semangat nak bekerja yang makin lama makin pudar tu.

 

 

Baca juga...

  • Cara berjimat sehingga RM120 untuk tempat penginapan apabila pergi bercuti dalam dan luar negaraCara berjimat sehingga RM120 untuk tempat penginapan apabila pergi bercuti dalam dan luar negara
  • Rancang percutian pendek dengan mudah menerusi laman web AirbnbRancang percutian pendek dengan mudah menerusi laman web Airbnb
  • Masjid Bandaraya Kota Kinabalu – juga dikenali sebagai Masjid Terapung LikasMasjid Bandaraya Kota Kinabalu – juga dikenali sebagai Masjid Terapung Likas
  • Pengalaman Pertama Kali Ke Zoo MelakaPengalaman Pertama Kali Ke Zoo Melaka
  • Percutian ala kampung 2 hari 1 malam di Sekinchan bersama keluargaPercutian ala kampung 2 hari 1 malam di Sekinchan bersama keluarga
  • Kisah perjalanan ke Teluk Bayu Water Chalet, Kota Kuala Muda, KedahKisah perjalanan ke Teluk Bayu Water Chalet, Kota Kuala Muda, Kedah
  • Homestay Murah Di Pulau Pinang Bawah RM200Homestay Murah Di Pulau Pinang Bawah RM200
  • Time Tunnel – Terowong Masa Menggamit Kenangan Silam di Cameron HighlandTime Tunnel – Terowong Masa Menggamit Kenangan Silam di Cameron Highland
  • Taman Negeri Selangor – Makan tengahari dan main air sungai di Hutan Lipur Sungai TuaTaman Negeri Selangor – Makan tengahari dan main air sungai di Hutan Lipur Sungai Tua
  • Pantai yang selamat nak cari pepahat di Selangor?Pantai yang selamat nak cari pepahat di Selangor?
  • Pengalaman menginap di H Benjamin Residence semasa bercuti di Kundasang, SabahPengalaman menginap di H Benjamin Residence semasa bercuti di Kundasang, Sabah
  • Lawatan ke Muzium Lukut semasa bercuti ke Port DicksonLawatan ke Muzium Lukut semasa bercuti ke Port Dickson
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Umum Tagged With: airbnb, cara tempah homestay airbnb, tempahan airbnb, tips jimat bercuti, travel credit airbnb

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, Pahang
  • Pemilihan lokasi yang strategik untuk bisnes homestay - Blog Sabree Hussin on Percutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 Malam
  • Zul on Nasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, Selangor
  • munirah on Pengalaman menginap di Teluk Bayu Floating Chalet, Kota Kuala Muda, Kedah
  • FAUZIAH on Hutan Rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik?

Copyright © 2025 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in