Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Mencari tapak perkhemahan di Taman Negeri Selangor, Hutan Lipur Sungai Tua

December 6, 2017 by Sabree Hussin Leave a Comment

Bagi mereka yang meminati aktiviti perkhemahan, namun masih tak pasti nak buat aktiviti tersebut dimana, mungkin anda boleh baca posting ini dari mula sampai habis.

 

Untuk makluman anda, posting ini adalah kesinambungan bagi posting saya sebelum ini yang berjudul Makan tengahari dan main air sungai di Taman Negeri Selangor, Hutan Lipur Sungai Tua.

taman-negeri-selangor

Kalau anda masih belum baca perkongsian tersebut, saya rasa baik anda luangkan dalam 3 minit sahaja untuk baca yang tu dulu ya.

 

Salah satu tujuan saya ke sini, sebenarnya saya nak cari tapak yang sesuai untuk buat aktiviti perkhemahan. Di sini, di Hutan Lipur Sungai Tua ni, memang ada tapak perkhemahan yang telah disediakan untuk para pengunjung yang meminati aktiviti luar seperti ini.

 

Kebiasaannya, kalau nak buat aktiviti perkhemahan, orang akan cari tempat yang berdekatan dengan sungai ataupun di tepi pantai. Kali ini, saya nak kongsikan dengan pembaca sekalian, satu tempat perkhemahan di tepi sungai yang mungkin sesuai untuk anda.

 

Inilah dia campsite yang terdapat di Hutan Lipur Sungai Tua.

tapak-perkhemahan-taman-negeri-selangor

Tapak perkhemahan disini memang dah disediakan petak tersendiri. Ianya juga sedikit lebih tinggi dari paras lantai.

 

Mungkin untuk mengelakkan khemah dimasuki air, kalau kebetulan semasa kita berkhemah tu hujan turun dengan lebat dan kawasan sekitar pula banjir.

 

taman-negeri-selangor-camping

Jom kita tengok sampai ke belakang lagi.

 

Tapak perkhemahan ni memang cukup luas. Dalam satu-satu masa, boleh dikatakan banyak juga khemah yang boleh didirikan di tapak perkhemahan ni.

Kalau nak buat program macam perkhemahan sekolah pun sesuai nak buat kat sini.

 

tapak-camping-tepi-sungai

Saya rasa, satu masalah paling ketara kat tempat ni ialah line telefon tak berapa baik.

 

Susah jugak nak cari line. Kena pergi ke kawasan yang lebih tinggi. Pada masa yang sama, bila line telefon dan data tak berapa ok, kita boleh berehat dan fokus untuk buat aktiviti bersama keluarga bila berada disini.

 

Satu perkara yang buatkan saya tertarik dengan tapak perkhemahan ni ialah, ianya dekat dengan sungai.

Dari tapak perkhemahan, ada satu tangga yang boleh beri kita akses terus ke sungai.

 

Kalau nak ambil air pun senang.

 

Nak terjun main air dalam sungai pun mudah.

Dekat tapak perkhemahan ni, kita boleh lihat ada pelbagai saiz petak yang disediakan. Ada yang besar, ada yang kecik dan ada yang jenis memanjang. Maklumlah, khemah yang dijual dipasaran pun ada pelbagai saiz kan.

 

Memang sesuai sangatlah kalau saiz petak yang disediakan pun ada pelbagai.

Ada petak untuk saiz khemah dua orang.

 

Dari sini boleh nampak ada sebuah pondok yang disediakan bagi tujuan memasak. Siap ada binaan yang boleh dijadikan para.

 

Dekat situ kalau nak buat barbeque pun nampak sesuai.

Kalau dalam satu-satu masa, kebetulan tapak perkhemahan ni ada ramai pengunjung, mungkin penggunaan pondok ini dikira sebagai first come first serve basis.

 

Orang kita, nak ke berkongsi tempat?

 

Dekat sekitar kawasan tapak perkhemahan ni juga ada disediakan tandas dan juga ruang serbaguna.

Ruang serba guna ni kita boleh bersihkan dan jadikan tempat solat, ataupun boleh digunakan sebagai ruang berkumpul untuk buat aktiviti.

 

Nampak sesuai kan?

Kalau nak jadikan tempat ni sebagai surau misalnya, kena pastikan anda ada bawa kompas kiblat, supaya tak tersalah arah pulak nanti.

 

Sekitar tapak perkhemahan ni juga ada banyak pokok-pokok. Walaupun bukan semua tempat ada pokok, tapi dah cukup untuk buatkan kawasan ni jadi tak terlalu panas bila waktu tengahari.

 

Untuk masuk ke tapak perkhemahan Hutan Lipur Sungai Tua ni, kita akan melalui jambatan gantung. Untuk keluar pun kita perlu gunakan laluan yang sama.

 

Buat masa ni, saya belum ada kesempatan nak bermalam kat sini lagi. Tengoklah dulu macam mana, mungkin bila ada peluang, saya akan bermalam kat tempat ni.

 

Hutan Lipur Sungai Tua ni tak berapa jauh dengan Batu Caves. Kalau nak cari tempat bermalam yang selesa, memang ada banyak kat sekitar Batu Caves.

 

Kalau nak cari yang siap ada swimming pool juga ada banyak.

Anda boleh gunakan laman web Airbnb ini untuk cari tempat penginapan yang bagus-bagus dengan harga yang berpatutan. Sekiranya anda klik pada pautan ini, anda boleh claim travel credit yang boleh digunakan sebagai diskaun untuk penginapan anda.

 

Akan tetapi, kalau nak rasa pengalaman berada dekat dengan alam, tidur dalam khemah adalah pilihan yang paling tepat.

 

 

Baca juga...

  • Taman Negeri Selangor – Makan tengahari dan main air sungai di Hutan Lipur Sungai TuaTaman Negeri Selangor – Makan tengahari dan main air sungai di Hutan Lipur Sungai Tua
  • Hutan Lipur Sungai Tua – Pengalaman camping tepi sungai di Taman Negeri SelangorHutan Lipur Sungai Tua – Pengalaman camping tepi sungai di Taman Negeri Selangor
  • 7 Aktiviti BEST di Pantai Morib. Aktiviti No.7 paling ramai orang tak tau!7 Aktiviti BEST di Pantai Morib. Aktiviti No.7 paling ramai orang tak tau!
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Langkawi beserta dengan itinerary pada 2018Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Langkawi beserta dengan itinerary pada 2018
  • Lawatan ke Muzium Lukut semasa bercuti ke Port DicksonLawatan ke Muzium Lukut semasa bercuti ke Port Dickson
  • Apa Yang Menarik Di Taman Botani Pulau PinangApa Yang Menarik Di Taman Botani Pulau Pinang
  • Aloha Suite – Guesthouse pilihan semasa bercuti di Bandaraya Kota KinabaluAloha Suite – Guesthouse pilihan semasa bercuti di Bandaraya Kota Kinabalu
  • Workshop Lazada Affiliate Program di Pullman Hotels Kuala LumpurWorkshop Lazada Affiliate Program di Pullman Hotels Kuala Lumpur
  • Perkhidmatan Kereta Sewa yang boleh dipercayai di Kota KinabaluPerkhidmatan Kereta Sewa yang boleh dipercayai di Kota Kinabalu
  • Pasar Malam Cameron Highland – Apa yang menarik ada disini?Pasar Malam Cameron Highland – Apa yang menarik ada disini?
  • Pengalaman menginap di Homestay Melaka Bukit Katil bersama keluargaPengalaman menginap di Homestay Melaka Bukit Katil bersama keluarga
  • Bagaimana cara berurusan di Airport KLIA 2 bagi penerbangan domestik Air AsiaBagaimana cara berurusan di Airport KLIA 2 bagi penerbangan domestik Air Asia
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Kawasan Rekreasi Tagged With: campsite taman negeri selangor, hutan lipur sungai tua, taman eko rimba sungai tua, taman negeri selangor, tapak perkhemahan hutan lipur sungai tua, tapak perkhemahan taman negeri selangor, tempat camping tepi sungai

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, Pahang
  • Pemilihan lokasi yang strategik untuk bisnes homestay - Blog Sabree Hussin on Percutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 Malam
  • Zul on Nasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, Selangor
  • munirah on Pengalaman menginap di Teluk Bayu Floating Chalet, Kota Kuala Muda, Kedah
  • FAUZIAH on Hutan Rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik?

Copyright © 2025 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in