Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor

February 13, 2020 by Sabree Hussin Leave a Comment

Pertama kali menjejakkan kaki di Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor.

 

Saya terus jatuh cinta.

best-ke-pulau-pangkor

Serius, Pantai Teluk Nipah ni cantik.

 

And I am wondering, kenapalah saya tunggu begini lama untuk jejakkan kaki ke Pulau Pangkor. Patutnya dua atau tiga tahun lepas lagi dah datang bercuti ke sini.

 

Pantai ini ada suatu getaran yang lain daripada yang lain, berbanding pantai-pantai lain yang saya pernah kunjungi.

teluk-nipah-beach-pulau-pangkor

Pasir pantai yang putih kekuningan, bertukar warna seakan kuning keemasan tatkala senja kian hampir.

 

Alunan ombak manja yang sesekali menghempas pantai.

pangkor-island-beach

Menyerlahkan lagi keindahan panorama di Pantai Teluk Nipah.

teluk-nipah-beach

Bercakap dari segi kebersihan, saya dapat katakan pantai ini cukup bersih. Airnya cukup jernih dan mudah-mudahan ianya kekal begitu sampai bila-bila, walau berjuta pelancong datang bercuti di pulau ini.

 

Aktiviti yang sesuai dilakukan di Pantai Teluk Nipah

Saya rasa cukup puas hati tatkala dapat duduk bersantai ditepi pantai sambil menikmati keindahan panorama. Namun, saya faham mungkin ada pengunjung yang ingin lakukan aktiviti di pantai ini.

 

Untuk makluman anda, dipantai ini dengan mudah kita boleh berurusan dengan pengendali aktviti sukan air.

giam-island-watersport

Sama ada anda ingin berkayak, bermain banana boat, big mable mahupun bumper ride, semuanya boleh diatur.

 

Malahan jika anda ingin buat aktiviti snorkeling juga boleh berurusan dikaunter yang sama.

aktiviti-snorkeling-pulau-pangkor

Sebarang aktiviti snorkeling dijalankan di Pulau Giam yang tak berapa jauh dengan Teluk Nipah.

 

Di Pulau Giam, anda boleh snorkeling puas-puas tanpa ada had masa. Terpulang pada anda, nak bersnorkeling berapa lama. Asalkan jangan lebih daripada masa operasi pengendali aktiviti sukan air ini. Saya difahamkan, aktiviti snorkeling dan Island Hopping di Pulau Pangkor sehingga jam 6.30 petang sahaja (lebih kurang).

 

Kalau anda mulakan aktiviti snorkeling pada waktu pagi, anda boleh duduk lebih lama di Pulau Giam.

giam-island-snorkeling

Nanti kalau dah bosan (atau mungkin dah penat) call sahaja mereka dan mereka akan datang jemput anda untuk balik ke Teluk Nipah.

 

Andai kata anda sukakan sesuatu yang lebih mencabar, boleh berkayak sahaja ke Pulau Giam.

pantai-teluk-nipah-di-pangkor

Anda boleh berkayak sampai ke Pulau Giam, kemudian singgah sebentar untuk buat snorkeling atau sekadar mandi-manda.

 

Saya tak pasti berapa harga untuk sewa kayak, tapi kalau anda benar-benar berminat boleh runding harga dengan beach boy yang menjadi pengendali aktiviti sukan air disini.

 

Sepanjang saya berada di Teluk Nipah ini, saya tak nampak pula ada ombak besar macam dekat Cherating tu. Kat sini pantainya nampak calm (tenang) je. Perfect untuk orang yang tak pandai berenang.

 

Menikmati pemandangan matahari terbenam dengan suasana romantik

Pada pengamatan saya, di Pantai Teluk Nipah ini adalah salah satu lokasi yang bagus untuk melihat pemandangan yang cantik ketika matahari terbenam.

teluk-nipah

Biasanya bermula jam 6.00 petang, ada banyak kedai-kedai makan yang mula dibuka.

 

Banyak juga kedai-kedai disini yang menyusun meja dan kerusi betul-betul tepi pantai.

makan-malam-tepi-laut

Kalau anda tak bercadang untuk makan, cukup sekadar order air dan duduk santai disini sambil menghayati pemandangan.

nipah-bay

Suasana seperti ini memang susah nak dapat.

Teringin pulak rasanya nak datang ke pulau ini sekali lagi.

 

Tempat penginapan di Pantai Teluk Nipah

Dekat sini ada banyak tempat penginapan yang anda boleh pilih. Boleh jadi lebih banyak berbanding di Pantai Pasir Bogak.

 

Ada satu masa tu, ketika saya sedang makan, saya rasa seperti diperhatikan.

hornbill-pulau-pangkor

“Kau apahal pandang aku macam tu?” 

 

Kalaulah dia faham.

 

Burung hornbill atau dikenali juga dengan nama burung enggang. Ini merupakan spesies burung yang agak banyak dekat tempat ini.

 

Boleh jadi burung ini datang dari resort berhampiran.

 

Hornbill Resort Teluk Nipah

 

hornbill-resort-teluk-nipah

Jangan main-main, kat sini hornbill ada resort sendiri.

 

Anda boleh bermalam dekat resort ini, kalau nak tengok lebih banyak hornbill dengan lebih dekat. Ada pengunjung yang diberi peluang untuk bergambar bersama dengan hornbill dan beri makan kepada burung ini dari jarak yang sangat dekat.

 

Definitely unforgetful moment.

 

Kalau ada yang nak tahu berapa kos bermalam di hornbill resort ini, boleh semak dekat sini.

 

Anjungan Beach Resort

Anjungan ini adalah resort yang saya pilih untuk penginapan di Teluk Nipah.

anjungan-beach-pangkor-swimming-pool

Anda boleh baca review dan pengalaman saya menginap di Anjungan Beach Resort di Pulau Pangkor ini disini.

 

Selain dua ini ada tempat lain yang anda boleh pilih, misalnya Pangkor View Beach Resort, Nipah Bay Villa, dan banyak lagi. Anda boleh guna Agoda untuk buat tempahan.

 

Cuma untuk makluman anda, tiada resort yang lokasinya betul-betul tepi pantai. Kebanyakkan adalah roadside, dan kena lihat betul-betul peta lokasi, sebab ada resort yang nampak macam dekat tapi sebenarnya kena jalan agak jauh.

 

Aktiviti waktu malam di Teluk Nipah

Saya agak risau kalau-kalau pantai ini “mati” pada waktu malam.

 

Tapi mujurlah telahan saya salah.

apa-yang-menarik-di-teluk-nipah

Di sekitar Teluk Nipah ada banyak kedai-kedai yang menjual cenderamata, barangan runcit dan kedai makan.

Anda risau kalau-kalau tak cukup baju? Atau mungkin tertinggal pakaian yang sesuai untuk aktiviti air?

 

Dekat sini ada kedai yang menjual pakaian.

Harganya tak terlalu mahal dan tidak juga murah. Pretty standard kalau bandingkan dengan pantai-pantai lain.

surau-teluk-nipah

Anda nak solat berjemaah bersama penduduk setempat? Disini juga ada surau yang anda boleh kunjungi hanya dengan berjalan kaki.

 

Andai kata bilik hotel yang anda tempah terlalu sempit untuk solat, boleh datang ke Surau Haruniah ini.

 

Ada kedai makan yang dibuka hanya untuk sarapan pagi dengan makan tengahari, dan ada juga kedai makan yang hanya dibuka disebelah malam.

 

Kalau anda teringin nak merasa ikan bakar dan lain-lain seafood, anda boleh order sahaja dari mana-mana satu kedai yang anda rasa berkenan.

Bagi mengelakkan sebarang kejutan yang tak diingini, pastikan anda tawar-menawar terlebih dahulu atau setidak-tidaknya anda confirmkan dulu harga sebelum order.

 

Oh by the way, kena pastikan tukang ambik order tu betul-betul faham yang anda serius nak order. Kalau tak nanti jadi macam saya.

 

Penat je tawar-menawar, tunggu lebih satu jam, rupanya staf restoran tu tak sediakan pun order saya. Siap salahkan saya balik, katanya saya tak confirm nak order. Macam-macam la..

aktiviti-malam-di-pulau-pangkor

Waktu malam hari, tak perlu nak duduk terperuk dalam bilik sahaja.

 

Kita boleh jalan-jalan sekitar Teluk Nipah dengan yakin, sebab kawasan ini agak hidup dan ada ramai orang.

Daripada duduk dalam bilik je, lebih baik kita lepak-lepak dekat luar, tengok pemandangan, lihat gelagat pelancong asing yang turut datang bercuti ke Pulau Pangkor ini sambil makan-makan.

 

Kalau anda datang bercuti dengan kumpulan yang agak besar, mungkin dalam 5 – 6 orang, saya rasa lebih seronok kalau bentang tikar tepi pantai dan duduk ramai-ramai dekat situ.

 

Ada satu malam tu, saya ada terserempak dengan sekumpulan remaja yang buat macam tu. Just bentang tikar, letak lampu pelita, dan sama-sama makan apa bekalan yang dibawa.

 

Pantai Teluk Nipah atau Pantai Pasir Bogak?

Mana satu yang lebih best kalau nak bandingkan antara Pantai Teluk Nipah dengan Pantai Pasir Bogak?

 

Kali pertama saya datang ke Teluk Nipah, saya rasa saya lebih sukakan pantai ini. Lain orang kan lain citarasanya.

 

Mungkin next time, saya akan cuba menginap di sekitar Pasir Bogak, just untuk dapatkan pengalaman yang berbeza tu. In Shaa Allah.

Baca juga: Suatu petang di Pantai Pasir Bogak

 

Baiklah saya ucapkan terima kasih sudi baca pengalaman saya di Pantai Teluk Nipah. Saya harap semoga apa yang saya kongsikan disini ada manfaat untuk anda.

 

 

Baca juga...

  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itineraryPercutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary
  • Suatu petang di Pantai Pasir Bogak Pulau PangkorSuatu petang di Pantai Pasir Bogak Pulau Pangkor
  • Travelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 – Hari pertama di PangkorTravelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 – Hari pertama di Pangkor
  • Cara berjimat sehingga RM120 untuk tempat penginapan apabila pergi bercuti dalam dan luar negaraCara berjimat sehingga RM120 untuk tempat penginapan apabila pergi bercuti dalam dan luar negara
  • S’Corner Central Market – Tempat shopping di Cameron HighlandS’Corner Central Market – Tempat shopping di Cameron Highland
  • Homestay di Tangkak yang selesa dengan harga berpatutanHomestay di Tangkak yang selesa dengan harga berpatutan
  • Windmill PD Farm – Tempat mesti pergi jika bawa anak-anak bercuti ke Port DicksonWindmill PD Farm – Tempat mesti pergi jika bawa anak-anak bercuti ke Port Dickson
  • Kinabalu Park – Jalan-jalan menikmati udara sejuk kawasan pergununganKinabalu Park – Jalan-jalan menikmati udara sejuk kawasan pergunungan
  • Pantai Tanjung Tuan – Salah satu pantai menarik di Port DicksonPantai Tanjung Tuan – Salah satu pantai menarik di Port Dickson
  • Homestay di Kota Kinabalu – ED Homestay menawarkan tempat penginapan berdekatan Airport Kota KinabaluHomestay di Kota Kinabalu – ED Homestay menawarkan tempat penginapan berdekatan Airport Kota Kinabalu
  • Chalet Terapung di Kota Kuala MudaChalet Terapung di Kota Kuala Muda
  • Panduan Airbnb – Perkara yang anda WAJIB TAHU apabila menyewa homestay dan guesthouse di AirbnbPanduan Airbnb – Perkara yang anda WAJIB TAHU apabila menyewa homestay dan guesthouse di Airbnb
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Pulau Tagged With: apa yang best pantai teluk nipah, bercuti di pulau pangkor, pantai teluk nipah atau pasir bogak, teluk nipah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Panduan Bisnes Homestay bagi orang yang baru nak bermula - Blog Sabree Hussin on Cameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum teh
  • Tempat Masuk Percuma Dan Shopping Murah di Cameron Highlands - Cuti Viral on S’Corner Central Market – Tempat shopping di Cameron Highland
  • Strategi memberikan Pengalaman Penginapan TERBAIK kepada tetamu homestay - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Hard sell atau soft sell - Nak guna yang mana? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in