Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Pantai Sri Purnama Port Dickson untuk percutian bersama keluarga

December 30, 2018 by Sabree Hussin 1 Comment

Artikel sebelum ini, saya cerita tentang tempat penginapan yang saya tempah semasa bercuti di Port Dickson, iaitu Ocean View Resort.

 

Walaupun nama resort ini ialah Ocean View, tapi sebenarnya dari apartment langsung tak nampak laut. Mungkin sebab kedudukannnya yang agak jauh, ataupun boleh jadi sebab unit yang saya sewa tu pemandangannya terhalang dengan bangunan lain.

 

Kalau anda nak cari tempat penginapan yang senang untuk nampak laut, dan yang saya pernah pergi, boleh cuba salah satu dibawah ini.

(1) Pengalaman menginap di PD Paradise Lagoon Apartment di Port Dickson

(2) Pengalaman menginap di Lexis Water Chalet Port Dickson

(3) Pengalaman menginap di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort Port Dickson

 

Ketiga-tiga tempat yang saya pernah check in sebelum ini, memang dekat dengan laut. Kalau di Lexis tu pulak, chaletnya dibina memang atas laut.

 

Aktiviti hari ini ialah, mandi laut! …. or mandi pantai. Entahlah… kadang saya pun confuse, nak gunakan istilah yang mana satu, mandi laut ke mandi pantai.

 

Dari Ocean View Resort, kita boleh jalan kaki sahaja untuk ke Pantai Sri Purnama.

pantai-sri-purnama-boleh-jalan-kaki

Selama ini, saya cuma dengar-dengar je orang bercerita tentang Pantai Sri Purnama. Tapi saya tak pernah lagi sampai ke situ.

 

Alhamdulillah, kali ini ada peluang untuk rasa sendiri pengalaman main air di Pantai Sri Purnama.

tempat-letak-kereta-pantai-sri-purnama

Pantai Sri Purnama ini merupakan pantai awam. Orang ramai boleh datang ke tempat ini tanpa sebarang sekatan, misalnya sekatan berbentuk “hanya untuk tetamu sahaja”.

 

Tempat parking juga ada disediakan, namun tidaklah begitu banyak. Satu lagi yang saya rasa kurang bagus ialah, tiada kotak parking dilukis atas jalan. Nampaknya akan ada kereta yang parking terlebih ruang. Harap satu masa nanti, akan ada pihak yang akan ambil tanggungjawab untuk lukis petak parking supaya susunan parking itu nanti lebih teratur.

kemudahan-pantai-sri-purnama

Kemudahan asas seperti tandas dan juga gerai menjual makanan turut tersedia. Saya tak singgah ke gerai ini, untuk lihat apa menu yang dihidangkan. Maklumlah masa turun ke pantai ini, perut dah kenyang.

 

Mari saya kongsikan beberapa gambar yang sempat saya rakamkan di sekitar Pantai Sri Purnama.

keunikkan-pantai-sri-purnama

Gambar-gambar ini saya ambil pada pagi hari ahad.

 

Hari ahad, biasanya memang agak ramai pengunjung di pantai ini, memandangkan ia merupakan hari cuti bekerja dan sesi persekolahan juga masih belum dibuka.

 

Keadaan dan suasana di pantai agak meriah dengan suara anak-anak kecil yang seronok dan asyik bermain di tepi pantai.

Walaubagaimanapun, ia masih lagi tidak sepadat jika nak bandingkan dengan keadaan di Teluk Kemang. Pada pendapat saya, pantai ini sesuai untuk mereka yang sukakan suasana yang agak tenang, dan tak terlalu ramai dengan orang asing.

balai-cerap-baitul-hilal

Dari Pantai Sri Purnama ini juga, kita boleh nampak bangunan Balai Cerap Teluk Kemang.

Balai Cerap Teluk Kemang yang mempunyai kubah dan menghadap ke perairan Selat Melaka dilengkapi dengan teleskop bersaiz 24 inci dan uniknya ia berkemampuan membuat cerapan sehingga 0 darjah bagi tujuan cerapan hilal ataupun anak bulan. Kompleks Baitul Hilal menjadi pusat rujukan dan penyelidikan penting bagi pelbagai kegiatan seperti melihat anak bulan, kaji bintang dan planet terutama bagi menjana pembangunan dan kemajuan ilmu astronomi.

Sumber: Portal Rasmi Majlis Perbandaran Port Dickson

 

Waktu pagi, dengan suasana masih redup, mudahlah untuk cari port yang sesuai untuk bentangkan tikar.

camping-site-pantai-sri-purnama

Pada waktu ini, air laut masih lagi surut.

Tengok gambar dekat bawah ini. Perbezaan dari segi bentuk pasir itu menandakan sempadan air pasang di Pantai Sri Purnama.

pemandangan-pantai-sri-purnama

Salah satu aktiviti popular disini ialah mencari ketam. Namun ketam hanya sesuai dicari ketika waktu malam, semasa air surut. Mungkin satu hari nanti, saya akan kesini lagi dan cuba rasai sendiri pengalaman cari ketam.

main-pasir-pantai-sri-purnama

Ada pengunjung yang hanya duduk santai sambil menemani anak mereka bermain pasir.

aktiviti-bersama-keluarga-pantai-sri-purnama

Ombak dikawasan ini tidak begitu kuat, jadi tak bahaya untuk anak-anak kecil bermain air. Namun kena ada pengawasan orang dewasa juga.

keadaan-pantai-sri-purnama

Mungkin yang tak berapa best dengan pantai ini ialah, pantainya ada banyak batu. Ada batu yang licin dan ada juga batu yang tajam.

 

Kena berhati-hati semasa berjalan dalam air.

pantai-sri-purnama

Kalau yang berkaki ayam tu, mungkin akan tercedera kalau terpijak batu.

mandi-pantai-port-dickson

Ada kawasan yang berbatu, ada yang tak ada batu. Kena pandai-pandai cari dan anggarkan sendiri.

aktiviti-air-pantai-sri-purnama

Aktiviti air seperti bermain banana boat juga turut ditawarkan disini.

aktiviti pantai purnama

Saya pun tak pernah lagi cuba main benda ni. Nampak macam seronok, tapi bila nak cuba sendiri, rasa malas pulak.

memancing-pantai-seri-purnama

Dari jauh terlihat seseorang sedang memancing di Pantai Sri Purnama ini. 

 

Kalau pantai yang tak padat dan tak berapa sibuk dengan aktiviti pengunjung lain, ok la kalau nak memancing. Saya cukup tak suka dengan sesetengah pemancing, yang sibuk nak memancing dekat tempat yang ada ramai orang mandi.

 

Kalau nasib tak baik, dan mata kail tu terkena dekat orang yang tengah mandi, macam mana?

 

Port Dickson merupakan salah satu destinasi percutian yang paling kerap saya dan keluarga kunjungi. Dari segi kedudukan, ianya tak berapa jauh dengan Kuala Lumpur dan Selangor.

 

Memandu sekitar 1 jam setengah atau mungkin dua jam sudah boleh sampai di PD. Tak boring ke kalau asyik bercuti ke Port Dickson?

 

Mungkin masih ramai yang tak tahu atau tak perasan, yang sebenarnya di Port Dickson ada banyak pantai-pantai yang menarik dan menawarkan pengalaman percutian yang berbeza.

 

Pandai-pandailah kita rancang percutian supaya dapat merasa pengalaman yang berbeza apabila bermain air di pantai-pantai Port Dickson. Kalau setiap kali datang bercuti ke Port Dickson, asyik pilih pantai yang sama, mesti tiada kelainan dalam setiap percutian yang dilalui.

Pada usia seperti saya sekarang ini, saya lebih menghargai dan mengutamakan masa berkualiti bersama keluarga dan orang yang tersayang, berbanding lokasi tempat percutian yang bakal dipilih.

 

Ya, memang betul ada banyak lagi pantai dan pulau lain yang lagi best dari PD, misalnya Pulau Manukan dan Pulau Sapi. Tapi kalau tak semua orang boleh berkumpul bersama, apalah maknanya tempat yang menarik kalau terpaksa bercuti sendirian.

 

Alright, apa pun, semua orang seronok, semua orang dapat enjoy masa berkualiti bersama keluarga. Semoga dimasa akan datang, kami semua dapat berkumpul dan bercuti bersama-sama sekali lagi, sebagai satu keluarga yang besar dan harmoni.

 

Jom, bercuti ke Port Dickson!

 

 

Baca juga...

  • Windmill PD Farm – Tempat mesti pergi jika bawa anak-anak bercuti ke Port DicksonWindmill PD Farm – Tempat mesti pergi jika bawa anak-anak bercuti ke Port Dickson
  • Fun Fair Teluk Kemang Port Dickson – Hiburan seisi keluarga pada waktu malam di PDFun Fair Teluk Kemang Port Dickson – Hiburan seisi keluarga pada waktu malam di PD
  • Pantai Tanjung Gemok – Tempat mandi semasa bercuti di Port DicksonPantai Tanjung Gemok – Tempat mandi semasa bercuti di Port Dickson
  • Lawatan ke Muzium Lukut semasa bercuti ke Port DicksonLawatan ke Muzium Lukut semasa bercuti ke Port Dickson
  • Pulau Burung Pantai Cahaya Negeri Port Dickson – Jom Explore!Pulau Burung Pantai Cahaya Negeri Port Dickson – Jom Explore!
  • Pantai Cahaya Negeri – Salah satu pantai POPULAR di Port DicksonPantai Cahaya Negeri – Salah satu pantai POPULAR di Port Dickson
  • Pengalaman menginap di Lexis Water Chalet Port DicksonPengalaman menginap di Lexis Water Chalet Port Dickson
  • Apa yang menarik di Pantai Corus Paradise Port Dickson?Apa yang menarik di Pantai Corus Paradise Port Dickson?
  • Pengalaman menginap di Glory Beach Resort Port DicksonPengalaman menginap di Glory Beach Resort Port Dickson
  • Royal Floria Putrajaya 2018 – 10 Wonders of FloriaRoyal Floria Putrajaya 2018 – 10 Wonders of Floria
  • Workshop Lazada Affiliate Program di Pullman Hotels Kuala LumpurWorkshop Lazada Affiliate Program di Pullman Hotels Kuala Lumpur
  • Rancang percutian pendek dengan mudah menerusi laman web AirbnbRancang percutian pendek dengan mudah menerusi laman web Airbnb
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Pantai Tagged With: bercuti ke port dickson, pantai seri purnama, pengalaman bercuti di port dickson, pengalaman pantai sri purnama

Trackbacks

  1. Ciri-ciri Program Affiliate yang PERFECT untuk anda sertai - Blog Sabree Hussin says:
    May 25, 2019 at 4:02 pm

    […] pada satu sela masa yang konsisten, jadi lagi mudah untuk kita atur rancangan, sama ada untuk pergi bercuti bersama keluarga, bayar hutang dan […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Strategi memberikan Pengalaman Penginapan TERBAIK kepada tetamu homestay - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Hard sell atau soft sell - Nak guna yang mana? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Adakah blog masih relevan? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Berkesan ke promosikan bisnes homestay menggunakan blog? - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in