Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Nasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, Selangor

October 25, 2017 by Sabree Hussin 6 Comments

Pengunjung yang datang beriadah di Sungai Kedondong, Batang Kali ni ada macam-macam jenis. Bukan sahaja terdiri daripada pelbagai peringkat usia, malahan ada pelbagai kaum.

 

Bila dah macam-macam latar belakang, ragam dan perangai pun ada macam-macam juga.

 

Ada yang datang ke sini, untuk beriadah dan berkumpul bersama keluarga. Bertolak dari rumah masing-masing pada awal pagi, dan sebelah petang bersiap-siap untuk balik. (saya la tu)

piknik-di-sungai-kedondong

Ada juga yang memilih untuk datang disebelah petang. Biasanya orang yang datang petang ni sebab dia nak bermalam di Sungai Kedondong. Tempat ini memang sesuai untuk lakukan aktiviti camping.

 

Kemudian, ada juga yang datang singgah sekejap sahaja. Datang ambik gambar, makan bekalan yang dibawa dari rumah, kemudian dalam masa tak sampai satu jam, dah mula bergerak ke destinasi seterusnya.

 

Jika anda ingin berpiknik bersama keluarga di tempat ini, saya sarankan anda buat benda-benda ni. Ini juga untuk memastikan anda seronok dan selesa sepanjang berada di Sungai Kedondong, Batang Kali.

 

Apa dia?

 

(1) Sila siap sedia dari segi mental dan emosi untuk temui kekotoran yang ditinggalkan oleh pengunjung sebelum ini

Pada mulanya, saya mula rasa agak menyesal sebab datang ke Sungai Kedondong ni. First impression saya, kotor betul tempat ni! Ada sekurang-kurangnya 3 tempat kesan sampah dari sisa makanan dibakar disini.

 

Ianya sangat kotor dan menjijikkan. Bukan sahaja mengeluarkan bau yang busuk, malahan dah berulat. Ada sisa makanan, tulang-tulang dari BBQ, tin sardin, pampers budak, semua tu dilonggokkan di satu tempat dan dibakar.

 

Biar betul? Apa ingat tin sardin ni boleh cair ke bila dibakar? Kaca dari botol minuman yang dipecahkan juga bersepah-sepah.

 

Pemandangan seperti ini sangat menyakitkan mata. Ulat dan lalat, tak perlu cakap la. Memang ada banyak sangat. Kami datang nak beriadah, bukan nak jadi tukang cuci. Solution paling cepat, kumpulkan semua sampah-sampah ni dan bakar sekali lagi.

 

Mungkin ada pengunjung sebelum ni yang pernah cuba bakar sampah-sampah ni, tapi tak habis terbakar.

 

Saya tahu, ini bukan kaedah paling baik untuk lupuskan sampah-sampah ni. Tapi jujur saya katakan, saya tak ready nak berhadapan dengan keadaan kotor seperti ini, pada mula-mula saya datang ke sini. Saya ingatkan tempat ni bersih, seperti lain-lain sungai dan waterfall yang saya pernah pergi sebelum ni.

 

(2) Siap sedia dengan plastik sampah untuk uruskan sampah sendiri

Saya tak suka nak uruskan sampah orang lain. Saya yakin, orang lain pun tak suka nak kutip sampah-sampah yang saya tinggalkan.

 

To be fair, apa kata kita uruskan sampah sendiri.

 

Aku uruskan sampah-sampah aku, ko pulak uruskan sampah-sampah ko. Dah besar, kan? Tak kan sampai sekarang masih tak pandai nak uruskan sampah sendiri. Faham-faham je la, kalau datang ke tempat rekreasi macam ni, dengan membawa pelbagai makanan, sudah tentu kena fikir untuk uruskan sisa makanan juga.

 

Benda ni tak susah. Tapi kalau sikap tu memang buruk, benda yang senang akan jadi susah. Serius, orang pengotor sepatutnya tak masuk kat tempat-tempat seperti ini.

 

(3) Cari lokasi-lokasi tong sampah yang telah disediakan

tempat-buang-sampah-sungai-kedondong

Sebagai salah satu kawasan tumpuan dan tempat riadah, sudah tentu Sungai Kedondong ni ada menyediakan kemudahan untuk buang sampah. Ya, sudah tentu ada tong sampah disediakan. Saya pelik, tong sampah ni tak penuh.

 

Kalau lihat disekitar, banyak sampah bertaburan atas tanah. Pihak Majlis Daerah Hulu Selangor dah cukup baik, sebab sediakan tempat untuk buang sampah. Seterusnya, pengunjung kenalah jadi cerdik dan uruskan sampah-sampah dengan baik.

 

Bukannya main buang merata-rata.

 

Mungkin kedudukan tong sampah ni tak berapa strategik. Waktu saya datang ke tempat ni, ada kereta yang parking sehingga menutup tong sampah ni. Saya cadangkan pindah tong ni di tempat lain, ataupun banyakkan lagi tong sampah.

 

Letakkan tong sampah di tempat-tempat yang mudah dilihat. Setidak-tidaknya, orang yang baru sampai, akan nampak tong sampah dulu. (dengan harapan mereka akan buang sampah yang dihasilkan di tong yang disediakan)

 

(4) Jaga kebersihan alam sekitar dan tolong jangan cemarkan sungai

Bila saya eksplore tempat ni, saya ternampak pemandangan macam ni. Sampah dibiarkan di tepi batu. Orang yang tinggalkan sampah ni, sebenarnya nak suruh siapa yang buangkan?

 

sungai-kedondong-photo

Ada juga yang selitkan pampers dekat celah-celah batu. Apa sebenarnya yang orang macam ni fikirkan? Selitkan pampers kat celah batu?!

 

Saya ada terbaca dari beberapa laman web yang menyiarkan berita tentang Sungai Kedondong, yang sebelum ini ia pernah diarahkan tutup disebabkan oleh penularan virus leptospirosis atau juga dikenali kencing tikus.

Tidak mustahil, tempat ini akan ditutup sekali lagi jika kejadian yang sama berulang. Bila tempat rekreasi dah kena arah tutup, banyak pihak yang akan susah.

 

Pengunjung seperti saya dan anda, tak dapat nak nikmati keindahan alam sekitar. Para peniaga yang berada disekitar tak dapat nak buat bisnes. Kerja-kerja pembersihan akan memakan kos yang mahal. Semua ini boleh dielakkan apabila kita sama-sama menjaga kebersihan.

beli-makanan-di-sungai-kedondong

Adakah menjaga kebersihan tu susah sangat? Bukankah aspek menjaga kebersihan ni, sebenarnya telahpun dididik sejak kita masih kecil lagi?

 

Kalau sikap pengunjung macam ni, langsung tak ada rasa bertanggungjawab dan bebal, macam mana tak jadi penyakit?

 

Dulu saya rasa pelik juga, macam mana boleh datang penyakit kencing tikus ni? Tetapi apabila saya melihat keadaan tempat ni yang penuh dengan sampah sarap, sisa makanan dibuang di tebing-tebing sungai, memang patut pun tikus datang ke sini.

 

Adakah ini satu hukuman kepada manusia yang merosakkan keindahan alam?

 

Kalau sikap pengunjung tak mahu berubah, dah sampai masa jadikan tempat ni sebagai tempat rekreasi berbayar. Buat macam kawasan air terjun Gunung Ledang.

 

Parking kereta kena bayar RM2.

Setiap orang yang nak masuk kena bayar RM1.  

 

Walaupun kena bayar, yang penting sebagai pengunjung, kita puas hati sebab tempat tu bersih dan dijaga dengan elok. Tak jadi beban la kepada pengunjung. Lagipun kita bukan nak datang ke tempat ni hari-hari. Dalam setahun, mungkin akan datang sekali atau dua kali sahaja.

 

Ikut logik, bila tempat tu mula mengenakan bayaran, pihak yang menguruskan akan ada dana untuk upah pekerja pembersihan. Boleh sediakan lebih banyak tong-tong sampah.

 

Selain menyediakan tong sampah, pihak pengurusan juga boleh sediakan plastik-plastik sampah kepada pengunjung. Ini untuk memudahkan pengunjung yang “terlupa” bawa plastik sampah sendiri untuk uruskan sisa buangan masing-masing.

 

Sungai Kedondong ni cantik.

Baca juga: Sungai Kedondong, Batang Kali, Selangor – Tempat PILIHAN untuk luangkan hujung minggu bersama keluarga

lokasi-sungai-kedondong

Jika ada masa, ada kesempatan, ada rezeki, saya teringin nak datang sekali lagi kesini. Kali ini, saya nak bermalam disini.

 

Saya mengharapkan, pada waktu tu, keadaan disini akan jadi lebih baik. Sampah-sampah yang mengotorkan tebing-tebing sungai, dapat diuruskan dengan baik.

 

Semasa saya menulis tentang Pantai Remis Kuala Selangor, saya ada cerita tentang Program Pembersihan Pantai Negeri Selangor. Program seperti ini memang baik. Semoga dapat anjurkan program untuk bersihkan kawasan sungai dan tempat rekreasi sekali.  

 

Jangan sampai, kita kehilangan khazanah alam dan tempat rekreasi yang begitu berharga seperti Sungai Kedondong ini. Masa tu, nak menyesal pun dah tak berguna.

 

Sungai Kedondong ini terletak di area Batang Kali. Kalau nak cari penginapan yang betul-betul di sekitar sungai memang agak sukar, tapi kalau cari area Batang Kali memang agak banyak. Boleh cari penginapan di Batang Kali disini.

 

Pada saya, lebih mencabar kalau kita boleh menginap style camping disini. Kena cari geng yang sama minat, baru seronok bermalam dalam hutan macam di Sungai Kedondong ini.

 

 

Baca juga...

  • Cari spot terbaik untuk pasang khemah di Sungai Kedondong, Batang KaliCari spot terbaik untuk pasang khemah di Sungai Kedondong, Batang Kali
  • Sungai Kedondong Batang Kali Selangor – Tempat PILIHAN untuk luangkan hujung minggu bersama keluargaSungai Kedondong Batang Kali Selangor – Tempat PILIHAN untuk luangkan hujung minggu bersama keluarga
  • Pantai Remis Kuala Selangor – Menikmati suasana waktu senja yang mendamaikanPantai Remis Kuala Selangor – Menikmati suasana waktu senja yang mendamaikan
  • Beriadah bersama keluarga di Pantai Bagan Lalang, SelangorBeriadah bersama keluarga di Pantai Bagan Lalang, Selangor
  • Pengalaman Snorkeling di Pulau Payar Marine Park LangkawiPengalaman Snorkeling di Pulau Payar Marine Park Langkawi
  • Sedikit Kenangan Kecil Rumah P RamleeSedikit Kenangan Kecil Rumah P Ramlee
  • Pantai Tanjung Tuan – Salah satu pantai menarik di Port DicksonPantai Tanjung Tuan – Salah satu pantai menarik di Port Dickson
  • Pulau Burung Pantai Cahaya Negeri Port Dickson – Jom Explore!Pulau Burung Pantai Cahaya Negeri Port Dickson – Jom Explore!
  • Taman Negeri Selangor – Makan tengahari dan main air sungai di Hutan Lipur Sungai TuaTaman Negeri Selangor – Makan tengahari dan main air sungai di Hutan Lipur Sungai Tua
  • Travelog Bercuti ke Pulau Pangkor 2020 – Melawat Tempat Menarik di Pangkor pada hari ketigaTravelog Bercuti ke Pulau Pangkor 2020 – Melawat Tempat Menarik di Pangkor pada hari ketiga
  • Time Tunnel – Terowong Masa Menggamit Kenangan Silam di Cameron HighlandTime Tunnel – Terowong Masa Menggamit Kenangan Silam di Cameron Highland
  • Pantai Sri Purnama Port Dickson untuk percutian bersama keluargaPantai Sri Purnama Port Dickson untuk percutian bersama keluarga
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Kawasan Rekreasi Tagged With: air terjun sungai kedondong, air terjun sungai kedondong batang kali, lokasi sungai kedondong, sungai kedondong batang kali, sungai kedondong batang kali photo, sungai kedondong batang kali selangor, sungai kedondong batang kali selangor malaysia, sungai kedondong selangor, sungai kedondong ulu yam, tempat menarik di Selangor

Comments

  1. mazan says

    April 25, 2018 at 1:55 pm

    salam nk tny…… sg kedondong skg mmg dah open eh

    Reply
    • Sabree Hussin says

      May 4, 2018 at 10:03 pm

      Saya pergi ni tahun 2017, ramai je yang mandi manda kat sini 🙂

      Reply
  2. A Hamid says

    May 12, 2018 at 10:52 am

    Satu cara supYa pengunjung bawa balik sampah ialah dengan cara kenakan bayaran masok, beri plastik bag TETAPIbila pengunjung keluar, setiap beg platik yg di bawa keluar penuh berisi sampah akan dipulangkan semula bayaran masok yang telah dibayar semAsa masok tadi.

    Reply
  3. Cheah says

    December 6, 2019 at 12:18 pm

    visited the waterfall last week, same old issues happened, We can see left over foods, plastic bags, used cna, rusty BBQ metal net with sharp pointy and even different brands of used baby diapers, meaning different families came here to enjoy the waterfall, had a good time then just left their rubbish behind. Very disappointed and angry about the mentally of such visitors!

    Reply
    • Sabree Hussin says

      December 11, 2019 at 5:01 pm

      That is so sad… I wish there is system that can be used to banned this kind of people from visiting this place.

      Reply
  4. Jeme says

    March 19, 2022 at 11:07 pm

    Baru je singgah tadi.. Toilet semua rosak kecuali satu je boleh guna..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • FAUZIAH on Hutan Rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik?
  • Kelebihan Bisnes Homestay kepada komuniti setempat - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Sabree Hussin on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • nazira binti jarib on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • Strategi Content Marketing untuk Bisnes - Panduan untuk orang baru - Sabree Hussin Dot Biz on Senarai tempat menarik di Kota Bharu

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in