Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Tempat makan yang saya kunjungi semasa bercuti di Kundasang dan Kota Kinabalu

November 18, 2018 by Sabree Hussin 5 Comments

Waktu awal-awal dulu, semasa saya baru pertama kali nak datang bercuti ke Sabah, saya ada rasa sedikit risau kalau-kalau sepanjang berada di Sabah nanti, susah nak cari tempat makan. Maklumlah, saya tak pernah lagi ada pengalaman datang ke Sabah pada waktu tu.

 

Dalam kepala saya fikir, citarasa orang di Sabah mungkin berbeza dengan selera saya, yang memang dah terbiasa dengan masakan di semenanjung.

 

Tapi sebenarnya, kerisauan saya tu tidak berasas. Makanan yang biasa saya makan semasa di semenanjung semuanya ada di Sabah. Malahan tak salah kalau saya katakan, ada masakan dan makanan di Sabah yang lebih sedap berbanding apa yang saya pernah makan di tempat saya.

 

Kali ini, saya ingin kongsikan kepada pembaca dan pelawat blog ini, tentang tempat-tempat makan yang saya kunjungi sepanjang saya berada di Sabah.

 

(1) Tempat yang dituju: Jambatan Gantung Tamparuli

Tempat makan: Restoran & Katering UMI Masakan Melayu 

 

Ini merupakan tempat pertama yang saya singgah semasa bercuti di Sabah pada bulan Oktober 2018. Niat dihati, cuma nak lihat pemandangan disekitar jambatan tamparuli sahaja.

tempat-makan-dijambatan-gantung-tamparuli

Semasa nak naik ke kawasan jambatan gantung Tamparuli, terbau aroma masakan yang cukup sedap, dan dengan tak semena-mena, perut terasa lapar pula.

 

Jadi sejurus selesai sight seeing di atas jambatan, ambil gambar dan sebagainya, kami terus singgah makan disini.

makan-tengahari-di-tamparuli

Ini menu yang saya order. Set nasi ayam. Saya suka rasa sos pada ayam dan juga supnya.

 

(2) Tempat yang dituju: H Benjamin Residence

Tempat makan: Restoran H Benjamin Residence

 

Menu makan malam, pada hari pertama menginap disini adalah set steamboat.

makan-steamboat-kundasang

Dalam set ini, ada juga disediakan bahan-bahan untuk memanggang. Ada ayam, daging dan juga makanan laut. Rasa tomyamnya juga boleh tahan sedap.

tempat-makan-di-kundasang

Set diatas ini sesuai untuk dua orang makan. Ya, memang mengenyangkan. Selain pakej steamboat, ada juga disediakan pakej BBQ & Grill.

 

Yang itu saya tak sempat nak cuba. Tengoklah nanti, manalah tahu kalau ada rezeki nak datang sekali lagi kesini, mungkin waktu tu saya akan cuba rasa BBQ Set pula.

 

(3) Tempat yang dituju: Kundasang @ Pekan Kundasang 

Tempat makan: Intan’s Restoran & Cafe

 

Gambar restoran ini saya ambil pada tahun 2017. Bulan Oktober 2018 yang lalu, saya sekali lagi datang makan disini.

tempat-makan-murah-di-kundasang

Harga makanan dekat sini boleh dikatakan tidak begitu mahal dan rasa masakannya juga sedap. Ada jual nasi campur, sup dan pelbagai lagi masakan goreng-goreng. Kalau nak jimat, makan sahaja disini.

 

Tempat makan: Sekitar Pekan Kundasang dan juga di Restoran Intan 

Apabila bercuti ke sekitar Kundasang, cubalah rasa sayap panggang yang memang cukup popular disana. Ada gerai yang jual sayap panggang semata-mata.

sayap-ayam-panggang

Setiap gerai yang menjual sayap panggang ini, menggunakan resipi istimewa untuk menyediakan ramuan sayap panggang ini.

 

Lebih menambahkan selera, apabila sayap panggang ini dicicah menggunakan sos pencicah yang disediakan khas. Setiap gerai menggunakan sos yang berbeza. Jadi rasanya pasti tak sama antara satu gerai dengan gerai yang lain.

sayap-ayam-panggang-kundasang

Kalau di semenanjung, memang biasa kita lihat terutamanya dipasar-pasar, orang menjual kepak ayam seperti ini.

sayap-panggang-kundasang

Cubalah rasa yang di Kundasang ini pula. Pasti ada kelainannya.

 

(4) Tempat dituju: Desa Dairy Farm, Kundasang

Bila dah masuk tempat ini, jangan lupa untuk cuba susu segar dan juga aiskrim.

makanan-sedap-desa-dairy-farm

Terasa rugi pula beli satu bekas je aiskrim tu. Bukannya selalu boleh datang ke sini.

 

(5) Tempat yang dituju: Restoran makanan laut area Kota Kinabalu

Ada beberapa tempat yang menjual makanan laut di sekitar Kota Kinabalu. Tempat yang saya pergi ini, adalah disekitar kawasan Pasar Filipina.

 

Parking sahaja kereta dikawasan yang sesuai dan jalan kaki ke sini.

 

Kawasan pasar ini, ada menjual pelbagai barangan. Ada yang jual produk kraftangan, makanan ringan, cenderahati, t-shirt dan banyak lagi. Tapi itu bukan tujuan kami ke sini.

 

Kami ke sini sebab nak makan. Ya, lebih tepat lagi sebab nak cari lobster yang kononnya lebih murah kalau nak dibandingkan dengan harga di semenanjung! 

 

Betul ke murah? Maaf ya. Saya pun tak ada jawapannya. Saya bukannya penggemar lobster dan ini merupakan kali pertama saya makan lobster. Tapi dari pembacaan, tanya pada kawan-kawan yang biasa makan lobster di KK, mereka akui harga dekat sini lebih murah kalau nak compare dengan harga di semenanjung.

makan-seafood-murah-di-sabah

Ada banyak gerai yang menghidangkan lobster. Contoh macam gambar dekat atas ini, lobster ini masih mentah.

 

Ada gerai yang mempamerkan lobster dan lain-lain makanan laut yang telah siap dipanggang. Saya diberitahu, ini cuma panggang separuh masak sahaja.

tempat-makan-seafood-di-kota-kinabalu

Apa beza dengan yang belum dipanggang dengan yang sudah dipanggang?

Sudah tentu ada beberapa perbezaan.

 

Saya nak kongsikan kepada pembaca beberapa tips secara rawak, yang mungkin berguna untuk anda.

(1) Kalau yang dah siap dipanggang, mungkin ada antaranya yang merupakan stok semalam yang tak habis. Kalau anda memang pandai bezakan, antara yang fresh dengan yang tak begitu fresh, saya kira lebih mudah untuk lihat yang masih belum kena api.

 

(2) Kalau dari segi harga, antara yang dah siap panggang dengan yang belum siap, tak banyak beza pun. Tak perlu segan untuk buat perbandingan harga. Saya singgah setiap kedai dan tanya harga. Orang Sabah rileks je kalau kita dah tanya harga, lepas tu beli dan makan dekat kedai sebelah.

 

(3) Semua makanan laut yang dihidangkan memang nampak sedap, tapi kalau boleh jangan terlalu ikut nafsu ya. Berpada-padalah. Bukan apa, rugi nanti kalau makan tak habis.

 

(4) Kalau anda pilih makanan laut yang masih fresh, masa menunggu untuk masakan disiapkan lebih lama berbanding kalau anda pilih yang dah siap dipanggang separuh masak.

seafood-kota-kinabalu

Atas ni namanya ialah sotong katak. Macam sotong biasa, cuma dia pendek-pendek.

 

Dekat sini, saya lebih tertarik dengan ikan bakar. Maklumlah waktu siangnya, saya habiskan masa untuk buat aktiviti snorkeling. Bila tengok ikan besar-besar berenang-renang dekat sebelah saya, malam tu saya rasa nak makan ikan.

port-makan-seafood-kota-kinabalu

Penjual tu rekemen dekat saya Parrot Fish kalau tak silap. Rasanya memang sedap, manis dan ada rasa macam isi ketam pun ya.

 

Ini pula lobster dan udang yang telah siap dimasak.

restoran-seafood-sabah

Ada sayur campur, yang terdiri daripada rumpai laut, dan… maaflah dah tak ingat. Tapi memang sedap.

tempat-makan-seafood

Semua tu makan dengan nasi kosong. Air asam untuk menambahkan lagi rasa sedap makanan laut yang kita pilih.

makan-malam-seafood

Satu pinggan nasi memang tak cukup tau.

 

(7) Tempat yang dituju: Kepayan Perdana Commercial Centre

Tempat makan: Grill Patio

 

Masa ini, saya ada urusan dengan syarikat kereta sewa Global Lepa.

makanan-western-dekat-kota-kinabalu

Saya ada ambil pakej Island Hopping dengan mereka, tapi tak sempat nak buat bayaran. Jadi lepas check out di guesthouse yang kami tempah di KK, saya terus ke ofis Global Lepa.

 

Selesai buat bayaran, saya terus singgah untuk isi perut disini.

makan-tengahari-ala-western

Dalam satu pinggan ada burger, ada lamb chop dan juga kentang.

 

(8) Tempat yang dituju: Kampung Salut, Jalan Sulaman

Tempat makan: Gerai-gerai menjual Lokan Panggang

 

Dekat tempat ini, ada banyak gerai yang menjual Lokan Panggang. Pilih saja mana-mana satu kedai yang berkenan dihati. Harganya juga lebih kurang sama, antara setiap kedai.

 

Ini lokan yang masih mentah.

tempat-makan-lokan-di-sabah

Tahun 2017, saya dah pernah datang ke sini, dan saya ada ceritakan dalam posting saya yang bertajuk Pengalaman percutian di Sabah (9) – Sekitar Kota Kinabalu dan hari terakhir di Sabah

 

Saya rasa gerai yang saya pilih kali ini, berbeza dengan gerai sebelum ini.

sedap-ke-lokan-bakar

Cara presentation lokan yang dah siap dibakar juga agak berbeza. Seingat saya, rasanya juga ada sedikit kelainan.

 

Walaubagaimanapun, dari segi menu, lebih kurang sama sahaja. Boleh dikatakan hampir setiap gerai, yang menjual lokan, ada juga jual air kelapa muda.

air-kelapa-muda-di-restoran-lokan-bakar

Kalau anda nak cuba kelapa bakar juga boleh.

air-kelapa-kota-kinabalu

Dah pernah rasa air kelapa bakar? Kalau belum pernah, silalah datang ke tempat ini. Masa datang ke tempat ini, saya pilih gerai yang nampak berseri-seri, dan yang senang nak dapat tempat parking.

 

(9) Tempat yang dituju: Pulau Manukan 

Semasa saya buat tempahan pakej Island Hopping, saya ambil pakej yang didatangkan bersamanya set makan tengahari.

 

Inilah makanan yang dihidangkan.

pakej-buffet-island-hopping

Saya lebih suka kalau ambik pakej beserta dengan makan tengahari. Lebih mudah dan kita tak perlu susah payah nak bawa sendiri makanan.

 

(10) Tempat dituju: Sabah Tea 

Tempat makan : Sabah Tea Restaurant & Tea Shop

 

Saya ke tempat ini pada kali pertama saya datang ke Sabah, iaitu pada tahun 2017

restoran-sabah-tea-shop

Masa ini, keadaan cuaca tak begitu baik untuk saya jalan-jalan disekitar ladang teh. Masa tu tengah gerimis.

 

Jadi sementara tunggu hujan berhenti, kami singgah dulu ke sini sambil minum teh dan makan scone.

sabah-tea-restaurant-tea-shop

Makanan dekat sini agak mahal. Lepas keluar dari tempat ini, saya dan keluarga singgah di restoran intan untuk makan tengahari.

 

(11) Tempat dituju: Kundasang

Tempat makan: Puteri Nabalu Restaurant

 

Masa ini, merata juga saya dan keluarga cari restoran untuk makan steamboat. Pada waktu tu, kami menginap di Ayana Resort dan dekat situ tak ada restoran. Jadi kami kena keluar untuk cari tempat makan.

steamboat-puteri-nabalu

Akhirnya jumpa tempat ini. Dapat juga makan steamboat di Kundasang.

 

(12) Tempat dituju: Bandar Kota Kinabalu

Tempat makan: Amin Jaya Restoran & Katering

 

Sekali tengok, saya ingatkan ini restoran mamak. Tapi sebenarnya bukan.

Gambar ini saya ambil masa pagi hari kami cari tempat untuk sarapan pagi di KK. Menu yang ditawarkan pada masa ini ialah seperti nasi lemak, nasi goreng, bihun goreng dan mi goreng.

 

Baiklah, ini antara kedai dan juga tempat makan yang saya kunjungi semasa bercuti di Sabah. Pada waktu catatan ini saya tulis, tempat yang saya pergi hanyalah sekitar Kota Kinabalu, Kundasang dan Ranau sahaja.

 

Mungkin satu hari nanti, jika ada kesempatan dan ada rezeki, saya akan ke area Tawau, Sempoerna dan sebagainya. Waktu itu nanti, saya akan tambah lagi senarai tempat makan yang saya kunjungi. In Shaa Allah.

 

Adakah anda ada merancang untuk bercuti ke Sabah dalam masa terdekat nanti? Kalau anda perlukan khidmat kereta sewa di Kota Kinabalu, saya syorkan anda sewa dengan syarikat ED Holidays Travel.

Sila baca tentang khidmat yang mereka tawarkan disini: Perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu Sabah – Cara mudah nak berjimat apabila bercuti ke Sabah

 

Selamat bercuti dan semoga anda menikmati percutian anda disana.

 

 

Baca juga...

  • Makan malam di Medan Selera Nelayan Bukit Malut Pulau LangkawiMakan malam di Medan Selera Nelayan Bukit Malut Pulau Langkawi
  • Aloha Suite – Guesthouse pilihan semasa bercuti di Bandaraya Kota KinabaluAloha Suite – Guesthouse pilihan semasa bercuti di Bandaraya Kota Kinabalu
  • Panduan Airbnb – Perkara yang anda WAJIB TAHU apabila menyewa homestay dan guesthouse di AirbnbPanduan Airbnb – Perkara yang anda WAJIB TAHU apabila menyewa homestay dan guesthouse di Airbnb
  • Pantai Remis Kuala Selangor – Menikmati suasana waktu senja yang mendamaikanPantai Remis Kuala Selangor – Menikmati suasana waktu senja yang mendamaikan
  • Hutan Rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik?Hutan Rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik?
  • Pengalaman menginap di PD Paradise Lagoon Apartment di Port DicksonPengalaman menginap di PD Paradise Lagoon Apartment di Port Dickson
  • Mengejar mentari senja di Tanjung Harapan Port KlangMengejar mentari senja di Tanjung Harapan Port Klang
  • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
  • Pengalaman menginap di Ayana Holiday Resort semasa bercuti di Kundasang, SabahPengalaman menginap di Ayana Holiday Resort semasa bercuti di Kundasang, Sabah
  • Nasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, SelangorNasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, Selangor
  • Apa yang menarik ada di sekitar Bandar TangkakApa yang menarik ada di sekitar Bandar Tangkak
  • Kisah voucher percutian PERCUMA yang tak lakuKisah voucher percutian PERCUMA yang tak laku
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Tempat Makan Tagged With: restoran seafood kota kinabalu, tempat makan di kundasang, tempat makan seafood kota kinabalu

Comments

  1. saps says

    November 22, 2018 at 3:28 pm

    semua makanan nampak sedap … udang bakar , sotong bakar, lokan dan burger tu buat air meleleh.. hahahaa…

    Reply
    • Sabree Hussin says

      December 6, 2018 at 1:30 pm

      Memang sedap. Harga pun lebih murah berbanding kalau di semenanjung ni. Maklumlah Kota Kinabalu kan dekat dengan laut

      Reply
  2. mrhanafi says

    January 9, 2019 at 11:17 am

    amat menyelerakan…

    dulu saya pernah ke Sabah dan menikmati pemandangan yang begitu indah…

    ada peluang memang nak datang lagi selepas ini..

    Reply

Trackbacks

  1. Travelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 - Hari pertama di Pangkor - Xplorasi Destinasi says:
    January 30, 2020 at 2:05 pm

    […] seafood dan jenis ikan, dengan harga yang lebih murah. Oh… bilalah agaknya dapat pergi makan seafood dekat KK […]

    Reply
  2. Pakej pengiklanan bisnes homestay di blog - Blog Sabree Hussin says:
    July 12, 2022 at 10:10 pm

    […] ii. Tempat makan yang saya kunjungi semasa bercuti di Kundasang […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • FAUZIAH on Hutan Rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik?
  • Kelebihan Bisnes Homestay kepada komuniti setempat - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Sabree Hussin on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • nazira binti jarib on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • Strategi Content Marketing untuk Bisnes - Panduan untuk orang baru - Sabree Hussin Dot Biz on Senarai tempat menarik di Kota Bharu

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in