Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands

November 16, 2017 by Juan Leave a Comment

Kalau dah berjalan ke Cameron Highlands memang tidak sah kalau tidak pergi melawat ke mana mana kedai makan bukan? Dan hasil carian saya di internet telah menemukan saya dengan kedai makan melayu yang bernama “200 Seeds Cafe” sebagai salah satu kedai makan yang mesti kena cuba. Dan saya pun memang terfikir hendak mencuba. Kalau ramai yang katakan sedap, jadi kita pergi sajalah. Lagipun saya memang kali pertama hendak jejakkan kaki ke sana. Jadi memang tidak tahu akan selok belok dan tempat menarik yang patut saya pergi dan lawati.

Dan sebelum ke Cameron Highlands, bilik hotel untuk penginapan kami bermalam adalah di Hotel Century Pines Resort. Anda boleh baca review saya berkenaan hotel berkenaan. Memang berbaloi. Berkenaan dengan tempat makan, maaf saya tidak dapat berkongsi dengan anda banyak info buat masa ini. Insyaallah kalau diberikan kesempatan lagi ke Cameron Highlands akan saya pergi ke banyak tempat. Ini kerana saya hanya sempat bercuti selama 2 hari satu malam sahaja. Dan hanya di 200 seeds cafe sahaja kedai makan yang “baik” yang saya sempat pergi.

Pandangan hadapan restoran nasi lemak abang strawberry di Cameron Highlands
Pandangan hadapan restoran nasi lemak abang strawberry di Cameron Highlands

Menikmati Nasi Lemak Sambal Strawberry Di 200 Seeds Cafe

Kita berbalik kepada topik kita, apakah kedai 200 seeds cafe ini? Sebenarnya, dalam dunia internet, ramai blogger menamakan restoran kedai makan ini dengan nama Restoran Nasi Lemak Abang Strawberry. Dan memang nama perkataan “Nasi Lemak Abang Strawberry” ini memang terpapar di hadapan kedai makan ini. Cumanya, nama rasmi official kedai makan ini adalah 200 Seeds Cafe. Saya tidak tahu kenapa ianya begitu. Mungkin kerana seeds itu sendiri senonim dengan buah strawberry agaknya. Betulkan saya kalau saya silap.

Permandangan meja makan di restoran kedai makan 200 seeds cafe
Permandangan meja makan di restoran kedai makan 200 seeds cafe

Menu makanan yang terdapat di restoran ini tidak terlalu banyak. Cumanya menu yang paling special sudah tentulah nasi lemak. Sebab itulah nama panggilan lain selain 200 seeds cafe ini adalah nasi lemak abang strawberry. Jadi saya dan isteri tidak memandang menu lain selain nasi lemak sahaja. Kami ingin tahu apakah rasa dan keunikkan nasi lemak di restoran abang strawberry ini. Selepas hidangan sampai dan saya membaca review dari pengunjung lain di internet. Barulah saya tahu rupa rupanya yang membuatkan nasi lemak abang strawberry ini special adalah kerana sambalnya.

Menu makanan yang ada di 200 Seeds Cafe Cameron Highlands
Menu makanan yang ada di 200 Seeds Cafe Cameron Highlands

Sambal kepada nasi lemak di 200 seeds cafe ini dibuat dari strawberry. Jadi ianya memang unik. Saya sendiri tidak pernah terbayang yang strawbery boleh dijadikan sebagai “sambal”. Malah di restoran 200 seeds cafe ini juga ada menjual sambal straberry dalam botol kecil kepada pengunjung yang mahukannya. Dan memang kena dengan tema Cameron Highlands yang terkenal dengan ladang teh dan juga ladang strawberry. Jadi tidak hairanlah kenapa ramai mencadangkan pelancong untuk pergi makan di 200 seeds cafe ini.

Nasi Lemak Sambal Strawberry Dan Rendang Daging
Nasi Lemak Sambal Strawberry Dan Rendang Daging

Saya memilih menu Nasi Lemak Sambal Strawberry Dengan Rendang Daging dan isteri saya pula memilih Nasi Lemak Sambal Strawberry Dengan Ayam Berempah. Harga tidak terlalu mahal. Ianya cuma berharga RM9.90 sepinggan. Dan rasanya harga sebegini boleh dikatakan murah bagi sebuah kawasan perlancongan. Selain nasi lemak, nasi goreng dan juga makanan western juga ada di restoran 200 seeds cafe ini. Terpulang kepada selera anda. Review dari saya? Rasa dari nasi lemak abang strawberry ini biasa biasa sahaja. Rasa dari sambal strawberry pula boleh tahan ok. Saya bagi score 6/10. Orang kata, kalau pergi jalan jalan bercuti atau melancong, orang mahukan tempat makan yang menarik. Bagi saya, restoran kedai makan 200 Seeds Cafe memang salah satu tempat yang sesuai di cadangkan kalau anda ke Cameron Highlands. Bye


>>> Booking Bilik Hotel Cameron Highland – [ Click Here ] <<<

Baca juga...

  • Seronoknya main air di Pantai Blue Lagoon Port Dickson!Seronoknya main air di Pantai Blue Lagoon Port Dickson!
  • Gunung Ledang Resort – Kawasan tumpuan keluarga di Tangkak JohorGunung Ledang Resort – Kawasan tumpuan keluarga di Tangkak Johor
  • Pantai Remis Kuala Selangor – Menikmati suasana waktu senja yang mendamaikanPantai Remis Kuala Selangor – Menikmati suasana waktu senja yang mendamaikan
  • Homestay 3 bilik di Tanah Rata Cameron HighlandHomestay 3 bilik di Tanah Rata Cameron Highland
  • Aloha Suite – Guesthouse pilihan semasa bercuti di Bandaraya Kota KinabaluAloha Suite – Guesthouse pilihan semasa bercuti di Bandaraya Kota Kinabalu
  • Aktiviti Jungle Trekking di Hutan Lipur Sungai TekalaAktiviti Jungle Trekking di Hutan Lipur Sungai Tekala
  • Mencari tapak perkhemahan di Taman Negeri Selangor, Hutan Lipur Sungai TuaMencari tapak perkhemahan di Taman Negeri Selangor, Hutan Lipur Sungai Tua
  • Ada apa yang menarik di Kundasang War Memorial? Tempat mesti singgah bila ke KundasangAda apa yang menarik di Kundasang War Memorial? Tempat mesti singgah bila ke Kundasang
  • Fun Fair Teluk Kemang Port Dickson – Hiburan seisi keluarga pada waktu malam di PDFun Fair Teluk Kemang Port Dickson – Hiburan seisi keluarga pada waktu malam di PD
  • Cameron Lavender – Destinasi wajib singgah untuk melihat taman lavender yang indahCameron Lavender – Destinasi wajib singgah untuk melihat taman lavender yang indah
  • Bolehkah Beli Tiket Bas Secara OnlineBolehkah Beli Tiket Bas Secara Online
  • Menjejaki kawasan penting pelbagai spesies burung di Taman Alam Kuala SelangorMenjejaki kawasan penting pelbagai spesies burung di Taman Alam Kuala Selangor
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Tempat Makan Tagged With: 200 seeds cafe, 200 seeds cafe cameron highlands, kedai makan 200 seeds cafe, nasi lemak abang strawberry, nasi lemak abang strawberry cameron highlands, restoran 200 seeds cafe, review 200 seeds cafe, sambal strawberry, sambal strawberry cameron highlands

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Sabree Hussin on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • nazira binti jarib on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • Strategi Content Marketing untuk Bisnes - Panduan untuk orang baru - Sabree Hussin Dot Biz on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highland
  • Alfhonsus on Mengejar mentari senja di Tanjung Harapan Port Klang

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in