Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Bagaimana cara berurusan di Airport KLIA 2 bagi penerbangan domestik Air Asia

November 15, 2017 by Sabree Hussin 23 Comments

Adakah anda sudah biasa menggunakan kapal terbang sebagai salah satu medium pengangkutan? Jika anda dah biasa menaiki pesawat untuk travel, maka saya kira anda pasti dah biasa dengan prosedur yang perlu dilalui sebelum memulakan perjalanan dan menaiki penerbangan tersebut.

 

Kalau yang tak biasa naik kapal terbang, mesti akan rasa kekok. Boleh jadi, masa di airport nanti, akan jadi sedikit kelam kabut, sebabnya tak berapa faham apa prosedur yang perlu dilalui dan mana satu yang perlu dilakukan terlebih dahulu.

 

Macam saya sendiri, sebelum ini, kalau nak kemana-mana, saya hanya memandu sendiri, naik tren ataupun naik bas.

Sila klik: Laman web tempahan tiket bas CatchThatBus (Ada tawaran menarik menanti anda!)

 

Paling jauh pernah pergi pun setakat Kuala Terengganu. Itupun saya naik bas. Sekarang ni, bila selalu balik kampung di Kedah, barulah saya mula menggunakan perkhidmatan kapal terbang bila nak balik.

 

Air Asia ni, kerap buat promosi zero fares atau free seat. Kadang-kadang tu, kalau bernasib baik, kita boleh dapat harga tiket yang berkali ganda lebih murah berbanding kalau kita naik tren, naik bas ataupun memandu sendiri ke tempat yang kita nak pergi.

 

Kalau memandu sendiri dari KL ke Kedah, paling kurang kena sediakan RM400. Ini untuk bayar petrol, tol, dan makan-makan sepanjang perjalanan. Tapi kalau naik flight, kadang-kadang tak sampai RM100 bagi penerbangan pergi dan balik untuk dua orang.

 

 

Bagaimana cara nak ke Lapangan Terbang KLIA 2

Anda boleh gunakan pengangkutan seperti

  1. Teksi
  2. GRAB/ UBER
  3. ETS
  4. Memandu sendiri – Kena fikir pasal parking, petrol dan tol.
  5. Naik Bas.

 

cara-jimat-ke-klia2

Biasanya, untuk ke KLIA 2, saya akan naik bas sahaja. Tiket bas boleh dibeli di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Bandar Tasik Selatan.

 

Selepas mempertimbangkan pelbagai alternatif, saya rasa, cara paling murah dan jimat untuk ke KLIA 2 adalah dengan menaiki bas sahaja.

kaedah-paling-murah-klia2

Harga tiket bas untuk ke KLIA 2 menggunakan perkhidmatan dari Jetbus adalah RM11 sahaja. Anda boleh guna laman web Catch That Bus ini jika nak cari alternatif lain dan buat perbandingan harga tiket bas.

 

klia2

Sebaik-baiknya, datanglah awal untuk ke lapangan terbang. Manalah tahu, anda tersilap. Patutnya pergi ke KLIA 2, tapi anda terlajak sampai ke KLIA. Bila datang awal, anda ada masa untuk patah balik.

 

apa-ada-di-klia2

Pemandangan di dalam KLIA 2 ni lebih kurang macam dalam shopping mall. Ada banyak kedai-kedai yang dibuka dalam ini. Tempat makan pun ada banyak, cuma harganya mungkin sedikit mahal kalau nak bandingkan dengan outlet lain.

 

Kalau ada masa terluang tu, bolehlah jalan-jalan kat dalam KLIA 2 ni.

 

pesawat-air-asia-delay

Di beberapa lokasi yang strategik dalam KLIA 2 ni, ada disediakan papan kenyataan seperti ini. Di sini anda boleh lihat status penerbangan anda. Sama ada flight tersebut on scheduled, DELAYED atau retime.

 

 

Apa beza antara flight yang kena retime dengan flight delay? Ini lain kalilah saya cerita. Apa seterusnya?

 

self-checkin-airasia

Kita pergi ke Self Check In Kiosk.

 

Kalau anda masih belum buat web check in, anda boleh gunakan mesin ini untuk berbuat demikian. Menggunakan mesin ini juga, anda boleh buat

  1. Print boarding pass
  2. Re-print boarding pass kalau sebelum ni pernah print tapi hilang
  3. Print baggage tag untuk diletakkan pada baggage

 

Paparan dia lebih kurang macam ni.

panduan-self-check-in

Jika anda membawa bagasi, kena Print Baggage Tag terlebih dahulu sebelum menuju ke kaunter bagasi (Baggage Drop Counter). Sila print jumlah tag yang mencukupi, ikut bilangan berapa banyak bagasi yang anda akan check in.

 

Kalau ada tiga bagasi, maka print tiga keping baggage tag.

contoh-boarding-pass-airasia

Atas ini merupakan contoh boarding pass yang anda akan perolehi dari mesin self check in. Selain guna mesin ini, anda juga boleh guna boarding pass yang anda print sendiri menggunakan printer anda sendiri.

 

Kalau print sendiri, saiznya ikut saiz kertas yang anda gunakan. Biasanya saiz A4.

 

Bawah ini pula adalah baggage tag.

contoh-baggage-tag-airasia

Print baggage tag ini mengikut bilangan bagasi yang anda ingin check in.

 

Bila dah ada boarding pass dan juga baggage tag, kita boleh menuju ke baggage drop. Untuk penerbangan domestik, kita boleh check in baggage kita seawal 4 jam sebelum penerbangan. Jangan pergi terlalu awal, sebabnya mungkin waktu tu, belum tiba giliran kita lagi. Senang cerita, kalau tak pasti, tanya pada staf yang bertugas.

 

 

Ada beberapa hentian yang anda perlu singgah sebelum ke Baggage Drop.

 

(1) Pemeriksaan keselamatan

Gambar ni saya ambil di lapangan terbang Alor Setar. Kalau kat KLIA 2 tak ada benda ni.

 

Bagasi yang anda bakal check in, perlu melalui pemeriksaan keselamatan terlebih dahulu. Selesai pemeriksaan ini, anda akan diberikan stiker clearance yang menandakan bagasi anda selamat untuk di check in.

 

Pemeriksaan keselamatan ini adalah untuk memastikan anda tidak membawa barangan larangan.

 

Selesai pemeriksaan keselamatan, kita pergi ke hentian seterusnya, iaitu

 

(2) Penimbang berat bagasi

Pastikan berat beg yang anda nak check in itu, tidak melebihi jumlah berat yang dibenarkan. Contohnya, kalau anda cuma beli baggage untuk 20kg sahaja, pastikan bagasi anda tidak terlebih berat.

 

Jika lebih, anda akan dikenakan bayaran tambahan (yang lebih mahal) semasa check in beg anda. Saya pun tak pasti, masa bila anda akan dikenakan bayaran, sebabnya saya tak pernah ada pengalaman terlebih berat.

 

Dari rumah lagi, saya akan pastikan yang beg yang saya bawa tidak lebih daripada berat yang dibenarkan. Kalau terlebih jugak, pandai-pandailah adjust supaya tak terlajak.

 

Contohnya, keluarkan sedikit barang dan masukkan dalam beg galas yang boleh kita bawa naik atas kapal sebagai cabin bag.

Beg ini adalah beg yang biasa saya bawa setiap kali nak travel. Setiap penumpang hanya dibenarkan bawa beg seberat 7kg sahaja dalam kabin.

 

Dalam beg ni saya letak laptop. Seperti yang anda lihat, beratnya baru 6.4kg, maknanya masih boleh masukkan 0.6kg atau 600 gram lagi dalam beg ni. Dalam beg ni, saya cuma letak buku, laptop, charger, ipad dan kamera. Itupun dah nak 7kg.

 

Sepanjang saya travel, saya kerap nampak ada penumpang yang bawa beg yang berkali ganda lagi besar dari beg saya ni, dan nampak lebih berat. Walaupun mereka diberi kelonggaran, namun tak bermakna, setiap masa mereka akan bernasib baik dan diberi pelepasan.

 

Saya juga pernah nampak, ada kumpulan yang kena tahan dan perlu bayar lebih mahal kalau nak bawa naik barang yang banyak tu. Maksud saya lebih 7kg. Lebih selamat, ikut saja peraturan. Jangan ikut orang lain, sebab kita tak tau, apa masalah yang bakal dia hadapi sebab dia tak ikut peraturan. Itu je la nak pesan.

 

Beg yang anda ingin bawa naik ke dalam kabin, perlu menepati saiz yang ditetapkan. Cuba masukkan dalam ruangan yang disediakan. Kalau boleh muat dalam tu, maknanya boleh bawa naik.

 

Saya pernah jumpa, ada satu ketika, pihak Air Asia tidak membenarkan penumpang untuk masuk ke boarding hall sebab beg yang ingin dibawa naik terlebih besar daripada saiz yang dibenarkan. Penumpang ini perlu check in beg yang dibawa sebagai check in baggage kalau nak naik flight tersebut.

 

Sebab tu saya kata, ikut peraturan kalau tak nak ada masalah di airport.

 

Apabila dah yakin semua dah teratur, boleh terus pergi ke baggage drop. Pastikan anda berada di kaunter yang betul. Untuk penerbangan dalam negeri, kita pergi ke kaunter domestik.

 

Dah siap check in baggage. Kita boleh terus pergi ke Pintu Perlepasan Dalam Negeri.

Bila dah masuk dalam ni, kita akan melalui satu lagi pemeriksaan keselamatan. Masa ni, kena kosongkan poket seluar, letakkan beg dalam bekas yang disediakan, dan kita perlu jalan melalui pintu keselamatan untuk proses imbasan.

 

Jika kita ada bawa sebarang benda yang diperbuat dari besi atau logam, alat imbasan tersebut akan berbunyi. Sesetengah airport, pegawai keselamatan akan lakukan pemeriksaan badan.

 

Bagi yang memakai tali pinggang tu, bolehlah buka tali pinggang terlebih dahulu sebelum melalui prosedur pemeriksaan ini.

 

 

Baiklah, seterusnya kita dah boleh tunggu di boarding hall dan tunggu pihak Air Asia buat pengumuman yang kita dah boleh naik flight kita.

 

Akhir sekali, selepas tiba di destinasi, pastikan kita ambil balik bagasi yang telah kita check in.

Baiklah, itu sahaja prosedur yang perlu anda lalui kalau travel menggunakan kapal terbang. Senang je kan?

 

Anda ada sebarang soalan atau pertanyaan? Boleh tanyakan dibahagian komen. In Shaa Allah, jika saya tahu jawapannya, saya akan jawab pertanyaan tersebut.

 

Tahukah anda, dengan menggunakan laman web Airpaz ini, anda boleh dapatkan tiket penerbangan harga paling murah dengan cara paling pantas. Cubalah dulu. Ini akan menjimatkan anda buat perbandingan harga dan tak perlu nak buka banyak laman web dalam satu masa.

Laman web Airbnb ini pula adalah laman web pilihan saya ketika buat tempahan tempat penginapan. Saya suka gunakan Airbnb sebab boleh guna travel credit ini semasa buat tempahan.

 

 

 

Baca juga...

  • Pengalaman menginap di Glory Beach Resort Port DicksonPengalaman menginap di Glory Beach Resort Port Dickson
  • Pantai Bagan Pinang – Pantai pilihan untuk berkelah semasa bercuti di Port DicksonPantai Bagan Pinang – Pantai pilihan untuk berkelah semasa bercuti di Port Dickson
  • Pantai Redang Sekinchan tempat best untuk kutip remisPantai Redang Sekinchan tempat best untuk kutip remis
  • Desa Dairy Farm Kundasang – Rasa rugi kalau tak singgah bila dah bercuti di KundasangDesa Dairy Farm Kundasang – Rasa rugi kalau tak singgah bila dah bercuti di Kundasang
  • Perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu Sabah – Cara mudah nak berjimat apabila bercuti ke SabahPerkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu Sabah – Cara mudah nak berjimat apabila bercuti ke Sabah
  • Apa yang menarik di Pantai Corus Paradise Port Dickson?Apa yang menarik di Pantai Corus Paradise Port Dickson?
  • Nak cari Hotel MURAH? Guna dan amalkan tips iniNak cari Hotel MURAH? Guna dan amalkan tips ini
  • Pengalaman sewa kereta di Kota Kinabalu bersama dengan syarikat Global Lepa Car Rentals & Tours Sdn BhdPengalaman sewa kereta di Kota Kinabalu bersama dengan syarikat Global Lepa Car Rentals & Tours Sdn Bhd
  • Ingin bercuti ke Sabah? Ini dia tentatif percutian 4 hari 3 malam ke Sabah dengan bajet minimaIngin bercuti ke Sabah? Ini dia tentatif percutian 4 hari 3 malam ke Sabah dengan bajet minima
  • Pantai Remis Kuala Selangor – Menikmati suasana waktu senja yang mendamaikanPantai Remis Kuala Selangor – Menikmati suasana waktu senja yang mendamaikan
  • Bagaimana cara membuat tempahan tempat penginapan menerusi laman web AirbnbBagaimana cara membuat tempahan tempat penginapan menerusi laman web Airbnb
  • Mandi air panas di Kolam Air Panas Poring – Poring Hot SpringMandi air panas di Kolam Air Panas Poring – Poring Hot Spring
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Tips Travel Tagged With: cara berurusan di airport, klia2, penerbangan domestik air asia

Comments

  1. Nur says

    April 30, 2018 at 12:01 am

    Assalam,soalan
    Ada x cdangan transport yg paling ssuai utk first timer passanger dri Klia ke Klia2?
    Dan esspecially,jarak masa arrival n depart sgt dekat.
    Contoh: Arrival time di Klia 8.20pm -flight airasia (klia2) 11.20 pm.
    Mohon cadangan dan pandangan.
    **penumpang x de bawa bagasi.Just hand carry j.

    Reply
    • Sabree Hussin says

      May 4, 2018 at 9:58 pm

      Wasalam, saya rasa pengangkutan ni boleh digunakan.
      – Grab, Teksi, Bas, KLIA Express

      Dari apa yang saya baca, saya rasa isunya bukan soal apa pengangkutan yang paling sesuai, tetapi tentang jarak masa antara connecting flight yang terlalu dekat. Cuma ada tiga jam, dan kalau jadi apa-apa pada flight yang awal, ada risiko akan terlepas flight yang kedua.

      Cuma kalau boleh, pastikan ada jarak sekurang-kurangnya 4 jam dan keatas minima. Apa pun, jarak dari KLIA ke KLIA 2 tak jauh pun, dan kalau naik KLIA Express juga sempat.

      Reply
  2. Lala says

    August 8, 2018 at 11:24 pm

    Utk penerbangan domestik, boleh bwk bahan liquid ke? Atau tidak boleh, sama seperti penerbangan antarabangsa?

    Reply
    • Sabree Hussin says

      August 15, 2018 at 10:21 am

      Sama sahaja peraturannya.

      Reply
  3. NURUL HAIZAD BIN SALIM says

    September 6, 2018 at 4:56 pm

    Salam Tuan,saya nak tanya,kalau luggage saya tak lebih 20kg,dan besar kena masuk kargo,memang kena beli ke checkin luggage tu?sebab sy tengok air asia die tulis luggage 20kg + checked luggage 20kg (RM67).
    jd saya keliru skit,maknanya kalau luggage yg berat lebih 20kg baru kena beli ataupun..luggage masuk kargo je memang kena beli?

    Reply
    • Sabree Hussin says

      September 12, 2018 at 9:18 am

      Wasalam, asalkan ada bawa bagasi, mesti kena BELI Check In Baggage. Kalau berat bagasi kurang dari 7Kg, dan ikut ukuran yang ditetapkan pihak Air Asia, (sila rujuk website rasmi mereka) yang itu tak payah beli pun tak apa. Boleh bawa naik dalam kabin.

      Jika masih kurang jelas, hubungi pihak Air Asia, dan mulakan Live Chat dengan mereka.

      Reply
  4. amni says

    January 21, 2019 at 5:21 pm

    salam…
    kalau penumpang 18 tahun ke bawah blh ke naik flight seorg diri tanpa parents atau penjaga?
    Then, dekat klia2 x perlu buat pemeriksaan keselamatan utk beg ke?

    Reply
    • Sabree Hussin says

      January 23, 2019 at 5:35 pm

      Wasalam, jika penumpang tersebut berumur 12-16 tahun, akan dikira sebagai Young Passenger Traveling Alone. Ada peraturan yang perlu diikuti, dan boleh baca disini https://support.airasia.com/s/article/Are-children-allowed-to-travel-alone?language=en_GB

      Reply
  5. Atikah Omar says

    March 21, 2019 at 9:18 pm

    Assalamualaikum, saya nak tanya
    Perjalanan menaiki bas dari tbs ke klia 2 ambik masa berapa lama?
    Terima kasih

    Reply
    • Sabree Hussin says

      March 22, 2019 at 2:33 am

      Sekitar 40 minit ke sejam macam tu lebih kurang

      Reply
    • Farzana says

      April 7, 2019 at 8:33 am

      saya nk tanya klu kita nk letak beg dkt atas cabin ,kene print baggage tag ke ?? and klu beg tu size beg hiking bleh ke bwk naik cabin walaupun under 7 kg ?

      Reply
      • Sabree Hussin says

        April 18, 2019 at 3:07 pm

        Saya jawab berdasarkan terma dan syarat Air Asia.

        1. Beg yang nak bawa masuk dalam kabin tak perlu print baggage tag. Beg tu boleh simpan di ruang simpanan beg di bahagian atas kepala atau dibawah kaki.

        2. Berkenaan dengan saiz, di airport ada tempat yang kita boleh ukur dimension beg tersebut. Asalkan beg boleh muat, maka boleh bawa masuk beg tersebut ke kabin.

        3. Bagaimana kalau terlebih saiz? Boleh ke bawa naik? Saya beberapa kali nampak ada yang bawa naik walaupun saiz beg besar. Tapi perbuatan ini sangat berisiko. Anda boleh dihalang untuk bawa naik beg tersebut, dan kena check in beg tersebut. Ketika itu, caj untuk check in baggage akan ikut rate yang lebih mahal berbanding rate pre book baggage.

        Reply
  6. Gerald Austin says

    March 29, 2019 at 1:21 am

    Hai.. Nak tanya. Saya sbenarnya dari Sarawak.. Saya x tahu sngt jalan kat dalam airport klia2 tu . Boleh bantu saya tak?

    Reply
    • Sabree Hussin says

      April 4, 2019 at 2:22 pm

      Tak perlu risau, ada banyak papan tanda yang anda boleh rujuk. Selain itu, ada banyak juga polis peronda, staff syarikat lapangan terbang yang anda boleh approach kalau perlukan sebarang bantuan.

      Reply
  7. iman says

    April 19, 2019 at 1:21 pm

    mcm mana nk tau tempat nk ambil balik bagasi selepas tiba. destinasi? contoh ada tempat bagasi no J/K/Q? ada print kat boarding pass ke?

    Reply
    • Sabree Hussin says

      April 23, 2019 at 3:11 pm

      Senang je. Pergi dekat tempat ambil bagasi. Walaupun ada banyak conveyor, dekat situ akan ada skrin yang akan beritahu conveyor tersebut untuk flight dari destinasi mana.

      Reply
  8. faizal says

    March 9, 2020 at 10:18 am

    assalamualikum…stroller baby perlu ambik tag khas utuk stroller ke?? tag khas stroller perlu ambik kt mane??

    Reply
  9. azhan says

    April 29, 2020 at 9:51 pm

    Tuan, boleh tak ajarkan saya untuk ke klia2 daripada klia (ketibaan penerbangan antarabangsa) dgn menggunakan tren dari klia ke klia2. dimana utk beli tiket, dimana untuk naik tren di klia dan dimana tempat tren berhenti di klia2? terima kasih tuan.

    Reply
  10. Faridah says

    December 29, 2020 at 10:13 am

    Assalamualaikum tuan..
    Skg ni dh musim covid.. Nk tnya hnya passengers saja yg boleh masuk atau org lain pon boleh. Cth anak nk hntar mak dua sampai ke pintu boarding..
    Satu lg.. Skg ni akak nk naik k/terbang pd jumaat ini.. Check in boarding pass tu.. Boleh dibuat di rumah kan.. Nanti kita thick utk pergi dan balik sekali ke mcm mna.. Akak kurang bab yg ni.. Tq..

    Reply

Trackbacks

  1. Seronoknya berbisnes apabila dibina atas dasar saling percaya - Blog Sabree Hussin says:
    April 20, 2018 at 6:13 pm

    […] Dekat luar sana, memang ada macam-macam design. Pernah dulu hampir-hampir terbeli di kedai Duty Free di Lapangan Terbang KLIA 2. […]

    Reply
  2. Beli makanan laut di Pasar Nelayan Kubang Rotan - Xplorasi Destinasi says:
    July 9, 2018 at 3:44 pm

    […] jam 2.30 pagi, saya dah kena bangun dan bersiap untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2). Sepatutnya, kena bangun 2.15 pagi… tapi tu la… asyik snooze je, tau-tau dah pukul 2.30 […]

    Reply
  3. Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia - Xplorasi Destinasi says:
    July 24, 2018 at 12:15 pm

    […] Baiklah, semoga dengan penerangan ini, dapat membantu anda menyelesaikan masalah kesalahan ejaan pada tiket penerbangan anda. Jemput juga baca perkongsian saya sebelum ini tentang proses dan prosedur apabila anda berada di KLIA 2. […]

    Reply
  4. Pakej percutian 4 hari 3 malam ke Phuket Thailand dengan kos yang jimat - Xplorasi Destinasi says:
    November 9, 2018 at 5:16 pm

    […] Ada beberapa syarikat penerbangan yang anda boleh pilih untuk pergi bercuti ke Phuket, antaranya Air Asia, MAS Airlines, Scoot Airlines, dan Malindo […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, Pahang
  • Pemilihan lokasi yang strategik untuk bisnes homestay - Blog Sabree Hussin on Percutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 Malam
  • Zul on Nasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, Selangor
  • munirah on Pengalaman menginap di Teluk Bayu Floating Chalet, Kota Kuala Muda, Kedah
  • FAUZIAH on Hutan Rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik?

Copyright © 2025 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in