Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak

November 15, 2017 by Juan Leave a Comment

Anda pasti bersetuju dengan saya kalau saya katakan yang haiwan seperti “OrangUtan” adalah salah satu haiwan yang dikenali oleh rakyat Malaysia. Akan tetapi, walaupun ramai yang kenal dan tahu akan haiwan ini, hanya sebilangan sahaja rakyat Malaysia yang pernah lihat depan depan. Majoriti memang tidak pernah tengok depan depan pun. Mungkin sebilangannya menganggap ianya hanyalah binatang liar yang hidup di negeri Sabah dan juga Sarawak. Walaupun ada benarnya, tetapi tahukah anda di semenanjung juga terdapat banyak pusat jagaan orang utan yang dikendalikan oleh agensi kerajaan. Salah satunya adalah seperti Orang Utan Island yang berada di Bukit Merah Perak.

Saya dan isteri telah ke Pulau Orang Utan yang terletak di Bukit Merah LakeTown Perak Malaysia. Saya mengambil peluang untuk melihat sendiri dari jarak depat bagaimana rupa, cara hidup dan penjagaan haiwan yang termasuk dalam kategori bakal pupus kalau tiada tindakkan diambil. Kalau anda ada anak, tempat ini sesuai untuk memberikan didikan dan pendedakan tentang alam sekitar dan juga dunia haiwan di dalam negara kita. Sayang kalau kita sendiri sebagai orang Malaysia pun tidak kenal dan tidak pernah tengok orang utan ini depan depan. Sangat rugi.

Jeti utama ke Pulau Orang Utan Perak
Jeti utama ke Pulau Orang Utan Perak

Melawat Orang Utan Di Bukit Merah Laketown Waterpark Perak

Haiwan orang utan ini telah di asingkan di sebuah pulau yang termasuk dalam kawasan Bukit Merah Laketown ini. Kalau tidak silap saya, ada sebanyak 12 orang utan diasingkan dan dijaga di sini. Ianya adalah kawasan penjagaan dan pemuliharaan bagi memastikan anak orang utan dapat membesar dan membiak dengan selamat tanpa apa apa ancaman kepada habitat dan sumber makanan mereka. Walaupun ianya bukan kawasan yang menarik seperti untuk berseronok seperti di Zoo Melaka, tetapi ianya tetap menarik lagi lagi kepada mereka yang sukakan sejarah dan hidupan binatang liar.

Bot yang kami naiki untuk ke pulau orang utan
Bot yang kami naiki untuk ke pulau orang utan
Kami sampai di jeti pulau orang utan
Kami sampai di jeti pulau orang utan

Bagaimana untuk pergi melawat orang utan ini? Anda pergi sahaja ke Bukit Merah Waterfront Laketown Perak ini. Dan terus ke jetty. Di situ ada sebuah pondok kecil yang menjual tiket. Harga tiket pada hari minggu adalah RM30 seorang, RM20 jika terdapat promosi diskaun. Dan RM10 pada hari biasa. Anda akan dibawa menaiki bot dan akan ke sebuah pulau di mana mereka menempatkan anak anak orang utan tersebut. Anda akan melihat orang utan dari jarak dekat dan bagaimanakah mereka berinteraksi dengan orang disekeliling mereka.

Pusat penjagaan orang utan di Orang Utan Island Bukit Merah
Pusat penjagaan orang utan di Orang Utan Island Bukit Merah

Semasa hendak sampai ke jeti di pulau orang utan, anda akan ternampak sebuah bangunan kayu. Ianya adalah sebuah pejabat operasi untuk menyelidik dan menjaga anak anak orang utan yang baru dilahirkan bagi memastikan ianya dapat hidup dengan baik. Ianya juga ada kedai yang menjual cenderahati, makanan ringkas dan juga bilik untuk menonton video tentang sejarah orang utan di Bukit Merah Perak Malaysia ini.

Sesi penerangan ringkas tentang hidupan orang utan
Sesi penerangan ringkas tentang hidupan orang utan

Sebelum masuk ke Pulau Orang Utan, akan ada pekerja (staff) yang akan memberikan taklimat ringkas tentang orang utan dan juga kawasan pulau ini. Dan beliau akan membawa kita pergi melihat dan juga menjadi seperti pemandu pelancong bagi kita.

Laluan untuk masuk ke gerbang pintu masuk pulau orang utan
Laluan untuk masuk ke gerbang pintu masuk pulau orang utan
Kawasan zon pendidikan untuk membaca mengenai orang utan
Kawasan zon pendidikan untuk membaca mengenai orang utan

Untuk pengetahuan anda, pulau orang utan ini berpagar. Ianya memang sengaja dibuat begitu bagi memastikan keselamatan pengunjung. Setakat dari yang saya faham, memang tidak dibenarkan sentuh orang utan untuk keselamatan. Dan laluan sepanjang masuk ke dalam pulau ini pun memang berpagar. Anda lihat gambar di atas ini.

Aksi orang utan yang dalam keadaan duduk berehat
Aksi orang utan yang dalam keadaan duduk berehat
Melihat gelagat orang utan ketika diberi makanan
Melihat gelagat orang utan ketika diberi makanan

Secara umumnya orang utan ini kelihatan pasif. Saya tidak pasti samada mereka aktif pada lain masa ataupun tidak. Cuma dari pengalaman yang sekejap, orang utan lebih banyak berehat sahaja. Di bawah ini saya kongsikan dengan anda akan rakaman video yang sempat saya tangkap ketika pekerja staff di pulau orang utan ini sedang memberikan minuman kepada salah satu orang utan yang ada disitu.

Apa pandangan saya terhadap Pulau Orang Utan ini? Ianya sebuah pulau yang kecil dan bilangan orang utan tidak begitu banyak. Malah anda mungkin akan berasa sedikit kecewa kerana anda tidak berjalan jalan terlalu lama dan sudah sampai ke penghujungnya. Anda mungkin akan menemui atau tidak dengan orang utan ini. Kalau mereka berada dekat dengan pagar, maka anda boleh melihat mereka secara langsung. Saya kasi 3 bintang dari 5 bintang sahaja. Ianya tidak begitu jauh dan tidak mengambil masa yang lama untuk berjalan ke sini. Jikalau anda sukakan haiwan dan teringin melihat habitat dan cara hidup orang utan, anda patut ke pulau orang utan di bukit merah Perak ini. Bye.


>>> Book Perak Hotel Here – [ Click Here ] <<<

Baca juga...

  • Hutan Rekreasi Tanjung Tuan – Pengalaman sesat dalam hutanHutan Rekreasi Tanjung Tuan – Pengalaman sesat dalam hutan
  • Travelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 – Hari pertama di PangkorTravelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 – Hari pertama di Pangkor
  • Mencari tapak perkhemahan di Taman Negeri Selangor, Hutan Lipur Sungai TuaMencari tapak perkhemahan di Taman Negeri Selangor, Hutan Lipur Sungai Tua
  • Pantai Sri Purnama Port Dickson untuk percutian bersama keluargaPantai Sri Purnama Port Dickson untuk percutian bersama keluarga
  • Adakah buat tempahan di laman web Airbnb lebih murah berbanding laman web lain?Adakah buat tempahan di laman web Airbnb lebih murah berbanding laman web lain?
  • Beli makanan laut di Pasar Nelayan Kubang RotanBeli makanan laut di Pasar Nelayan Kubang Rotan
  • Pengalaman Bercuti Di Hotel Century Pines ResortPengalaman Bercuti Di Hotel Century Pines Resort
  • Senarai Wishlist guesthouse dan homestay yang menarik di AirbnbSenarai Wishlist guesthouse dan homestay yang menarik di Airbnb
  • Padang Besar, Perlis – Jom Shopping dan tengok apa yang menarik disiniPadang Besar, Perlis – Jom Shopping dan tengok apa yang menarik disini
  • Pengalaman menginap di Ocean View Resort Port DicksonPengalaman menginap di Ocean View Resort Port Dickson
  • Panduan Airbnb – Perkara yang anda WAJIB TAHU apabila menyewa homestay dan guesthouse di AirbnbPanduan Airbnb – Perkara yang anda WAJIB TAHU apabila menyewa homestay dan guesthouse di Airbnb
  • Comfortable and affordable prices Homestay at TangkakComfortable and affordable prices Homestay at Tangkak
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Tempat Menarik Tagged With: harga tiket pulau orang utan, orang utan, orang utan bukit merah, orang utan island, orang utan Malaysia, orang utan perak, orang utan semenanjung, pulau orang utan, tentang orang utan, tiket ke orang utan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Strategi memberikan Pengalaman Penginapan TERBAIK kepada tetamu homestay - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Hard sell atau soft sell - Nak guna yang mana? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Adakah blog masih relevan? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Berkesan ke promosikan bisnes homestay menggunakan blog? - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in