Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

August 18, 2022 by Sabree Hussin 3 Comments

Awal bulan Ogos 2022 yang lepas, saya bersama dengan keluarga pergi bercuti di Kota Bharu, Kelantan. Untuk percutian ini, kami memilih untuk menginap di salah sebuah homestay di sekitar Kota Bharu.

 

Sebagai kenang-kenangan, saya nak kongsikan pengalaman saya dan keluarga menginap selama 3 hari 2 malam di sebuah homestay di Kota Bharu yang diberi nama Rumah Tamu Ayahandabonda.

 

Homestay ini terletak di Kota Seribong, Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu. Seperti yang anda dapat lihat, unit homestay ini merupakan sebuah kediaman jenis teres dua tingkat.

homestay-di-kota-bharu

Kat dalam homestay ada 4 bilik tidur dan 3 bilik air yang boleh digunakan oleh tetamu yang menginap disini. Kalau anda nak datang ke sini sama ada atas urusan kerja, atau sebab nak bercuti di Kota Bharu, bolehlah saya cadangkan anda untuk menginap disini.

 

In Shaa Allah lebih jimat berbanding kalau duduk di hotel, dan dari segi kemudahan yang disediakan, saya boleh katakan ianya berkali ganda lebih baik berbanding apa yang anda bakal terima kalau menginap di hotel. Teruskan baca, nanti saya akan kongsikan lagi apa yang menarik dengan homestay ini.

 

Sebelum itu, untuk tempahan homestay ini, boleh dibuat melalui Agoda. Anda search sahaja nama “Rumah Tamu AyahandaBonda” ataupun boleh je search “homestay Kota Bharu“. Nanti pilih je dari senarai yang dipaparkan.

 

Untuk memudahkan anda saya dah sediakan link ini untuk anda buat tempahan.

Ataupun anda boleh juga tekan pada butang Select room seperti dalam gambar diatas.

(harga yang ditawarkan mungkin berbeza pada waktu anda membaca perkongsian ini)

 

Proses Check In yang sangat mudah

Prosedur untuk check in sangatlah mudah. Dekat homestay ini kita boleh lakukan self check in sahaja.

homestay-self-check-in

Bagi mereka yang biasa atau pernah ada pengalaman check in homestay menerusi Airbnb, mesti dah tak asing dengan konsep self check-in. Tuan rumah akan tinggalkan kunci di satu lokasi, sama ada didalam peti surat berkunci, di pondok pengawal keselamatan atau dimana-mana lokasi yang mudah untuk kita ambil kunci.

 

Sesetengah tempat, kita terpaksa lakukan aktiviti treasure hunt dulu, baru boleh dapat kunci. Especially kalau unit kediaman tu jenis kondominium. Mula-mula kena lapor diri dekat pondok pengawal, lepas tu kena pergi cari peti surat berkunci, ambil kunci kemudian kena cari unit rumah pula.

 

Tapi untuk masuk ke rumah ini, tuan rumah ada letakkan safety box betul-betul sebelah pintu. Memang senanglah untuk tetamu seperti saya ambil kunci.

 

Untuk proses check out pun sama. Guna kaedah self-check out. Sebelum keluar dari rumah, pastikan semua pintu dan tingkap yang ada telah pun ditutup, pastikan semua barang-barang yang kita bawa tak ada yang tertinggal, lepas tu boleh tinggalkan kunci dalam safety box.

 

Homestay di Kota Bharu dilengkapi dengan Internet Berkelajuan Tinggi

Saya kongsikan dulu keadaan dalam ruang tamu.

homestay-kota-bharu-ruang-tamu

Dekat bahagian ruang tamu ini seperti yang anda dapat lihat, ada sofa, televisyen, sedikit barang-barang hiasan, dan yang paling penting sekali ada moderm internet wifi!

 

Salah satu kelebihan yang ada pada homestay ini ialah, tuan rumah ada menyediakan kemudahan internet wifi. Kalau anda buat carian, sama ada di google atau di laman web booking seperti Agoda, Airbnb dan sebagainya, bukan semua homestay menyediakan sambungan internet wifi.

 

So ini merupakan salah satu kelebihan yang terdapat pada homestay ini. Sepanjang kami menginap disini, memang langsung tak ada masalah dengan sambungan internet.

 

Tapi bila keluar jalan-jalan tu, of course ada beberapa lokasi yang internet slow, tak ada line dan sebagainya. Misalnya ada satu hari tu, saya singgah di Pasir Mas, dekat situ langsung tak ada line. Kemudian saya dapat tahu, line yang elok cuma U-Mobile sahaja dekat area situ, itupun sebab ada pencawang dekat situ.

 

Kalau line dari telco lain memang sangat teruk. So, kalau anda tak nak ada masalah internet slow, baik pilih homestay yang memang ada sediakan internet wifi macam homestay ini. Saya dah ada pengalaman stay dekat sini, and terbukti internet dia laju.

ruang-tamu-homestay-ayahandabonda

Televisyen ni pula ialah dari jenis android tv.

 

Anda boleh menonton pelbagai filem dan tv series melalui apps Netflix. Nak tengok Youtube pun puas hati. Almaklumlah, skrin besar.

 

Bab tv ni saya tak kisah sangat. Almaklumlah, kita datang jauh-jauh ketempat orang, takkan nak habiskan masa duduk dalam rumah, layan netflix semata-mata. Macamlah kat rumah sendiri tak ada netflix kan haha.

 

Ini pula ruang untuk makan.

dining-hall-homestay-kota-bharu

Dekat area sekitar Kota Bharu ni, ada banyak restoran yang anda boleh tuju untuk sarapan pagi, makan tengahari dan juga dinner. Besar kemungkinan, anda hanya akan duduk di ruang makan ini hanya untuk lepak-lepak atau untuk letak barang sahaja.

 

But its okay. It’s good to have one.

 

Kalau agak-agak macam kerusi tak cukup, boleh duduk dekat sofa.

homestay-murah-kota-bharu

Alright next kita tengok bahagian tempat tidur pula.

 

Bilik semua sekali ada 4 buah. Tiga bilik dekat bahagian tingkat atas, manakala satu bilik lagi dekat bahagian bawah.

 

Sebelum nak masuk bilik, ada ruang untuk kita seterika baju.

 

Soalan popular yang selalu geng isteri-isteri atau geng emak-emak yang akan tanya, “dekat homestay tu nanti ada seterika ke tak?”

seterika-homestay-kota-bharu

Tak apa. Biar saya tolong jawabkan. Ya, dekat homestay Ayahandabonda ni, memang ada disediakan seterika dan juga iron board.

 

“Akak-akak dan makcik-makcik tak perlu susah payah nak bawa saterika sendiri dari rumah ya.”

 

Masterbedroom

Ini adalah masterbedroom homestay ini.

masterbedroom

Ada disediakan

1. Katil jenis queen size

2. Aircond

3. Kipas siling

4. Ruang untuk bersolek

5. Ada lampu tidur (nampak macam beli kat Ikea… kenal sebab kat rumah saya pun ada lampu yang sama)

masterbedroom-luas-homestay-kota-bharu

Dalam masterbedroom ini ada bilik air ya.

 

Siapa yang dapat bilik master ini, kira untunglah tak perlu nak kongsi bilik air dengan orang lain.

 

Kita tengok sedikit pemandangan dalam bilik air.

homestay-bathroom-in-kota-bharu

Ada tandas jenis duduk, singki, dan shower. Bab kebersihan memang tak perlu dipertikaikan lagi. Maklumlah setiap kali ada tetamu yang akan check out, kerja-kerja pembersihan dan sanitasi akan terus dilakukan.

 

Kalau anda perhatikan, dekat dalam bilik air sebenarnya ada disediakan mesin pemanas air. Siapa yang tak biasa mandi dengan air sejuk setiap pagi, tak perlu risau. Boleh mandi dengan air panas dekat homestay. Semuanya berfungsi dengan sangat baik!

 

Bilik nombor 2

Soalan popular nombor dua.

“Dekat homestay ni ada disediakan tuala dengan sabun mandi tak? Perlu bawa tuala ke tak kalau nak check in sini?”

 

Ok jawapannya ialah, terpulang pada anda. Nak bawa tuala boleh, tak nak bawa tuala sendiri pun tak ada masalah.

homestay-inap-ayahandabonda

Dekat rumah ini memang ada disediakan tuala dan juga sabun mandi. Sejadah juga turut disediakan.

 

Dalam bilik yang nombor dua ini, ada

1. Katil bersaiz queen

2. Tempat simpanan barang

3. Kipas siling

4. Aircond

5. Tempat untuk sidai pakaian

 

Alright kita tengok bilik yang seterusnya pula.

 

Bilik nombor 3

Bawah ini pula bilik ketiga di Homestay Inap AyahandaBonda ini.

homestay-ada-4-bilik-tidur

Dekat dalam ni ada

1. Katil queen size

2. Kipas siling

3. Aircond

4. Tempat penyidai baju

 

Bilik nombor 4

Bilik nombor 4 ini sebenarnya dekat tingkat bawah.

homestay-4-bilik-tidur-kota-bharu

Dalam bilik ini ada katil jenis single. Untuk pengetahuan anda, waktu saya dan famili menginap disini, dalam bilik ini tak ada aircond, tapi ada kipas siling. Tapi kalau masa akan datang, tiba-tiba tuan rumah nak pasang aircond dalam bilik ini, itu rezeki tetamu seterusnyalah ya.

 

Baiklah, kita dah tengok ruang tamu dengan bilik air. Next kita tengok ruang dapur pula.

 

Dapur

Besar kemungkinan, dapur adalah ruangan yang paling jarang untuk digunakan. Almaklumlah, anda mungkin akan luangkan lebih banyak masa diluar sepanjang bercuti ke sini.

 

Untuk pengetahuan anda, dekat dapur ini ada disediakan beberapa peralatan yang kita boleh gunakan.

dapur-homestay-kb

Antaranya

1. Ada pinggan mangkuk

2. Sudu garfu

3. Alat penapis dan pemanas air

4. Dapur memasak jenis induction cooker

5. Rice cooker

6. Periuk pengukus

 

Anda boleh buka setiap kabinet dan laci yang disediakan. Semua itu ada isi dalamnya, yang anda boleh gunakan.

 

Kemudahan mesin basuh dan peti sejuk

Satu lagi yang bagus dekat homestay ini ialah ada disediakan mesin basuh dan juga sebuah peti sejuk bersaiz sederhana.

mesin-basuh-peti-sejuk

Kalau ada tetamu yang mungkin akan menginap 2 malam atau lebih dari itu, boleh gunakan mesin basuh ini untuk mencuci pakaian.

 

Setidak-tidaknya nanti anda tak perlu nak bawa balik banyak pakaian yang kotor. Pakaian yang dah siap dicuci boleh dipacking semula dengan baju-baju lain yang masih bersih.

 

Akses ke playground

Sebenarnya selang beberapa meter dari homestay ini, ada taman permainan untuk kanak-kanak.

 

Kawasan playground ini agak luas juga.

Mungkin dekat sini, tak ramai kanak-kanak, jadi tak ada siapa yang bermain dekat playground ini waktu saya datang ke sini.

kota-bharu-homestay

Ada disediakan gelongsor, buaian, jongkang-jongkit dan ada la a few permainan yang saya sendiri pun tak tau apa namanya.

 

Masa hari kedua menginap di sini, saya ada sedikit masa untuk bawa anak saya bermain dekat playground ini.

homestay-ada-playground

Ini kalau dibiarkan ni, sampai maghrib dia tak nak balik.

 

Seronok sangat main gelongsor.

homestay-ada-taman

Kawasan taman ini pun cantik, semua peralatan dijaga dengan elok dan yang tak kurang pentingnya, tempatnya memang bersih.

 

Budak-budak nak main dekat sini pun memang selamat.

 

Aspek keselamatan yang terbaik

Ini pula pemandangan waktu malam dekat homestay ini.

tempat-parking-homestay

Kereta boleh parking dalam porch yang disediakan. Kalau anda dan keluarga yang menginap disini, dan menaiki dua buah kereta, kereta yang satu lagi boleh parking dihadapan rumah sahaja.

 

Kalau ada lebih dari dua kereta, boleh parking dekat tepi-tepi lorong atau mana-mana ruang kosong yang tak mengganggu laluan.

homestay-kota-bharu-waktu-malam

Suasana malam dekat sini pun tenang. Tak banyak kenderaan, terutama sekali motosikal yang lalu lalang. Tak macam sesetengah kawasan perumahan, yang mana kadang-kadang tu pukul 12 malam masih boleh dengar ada yang lalu-lalang.

 

Boleh jadi sebab ada pondok pengawal. Jadi orang luar yang bukan penduduk sini tak boleh sesuka hati nak keluar masuk. Dari segi keselamatan, In Shaa Allah harta benda anda akan terjaga.

 

Lagi satu kalau anda dapat perhatikan, selang beberapa buah rumah, ada lampu jalan yang dipasang. Keadaan waktu malam dekat sini memang terang-benderang. Ada masa-masa tertentu, pengawal keselamatan akan buat rondaan.

 

Last but not least, kami boleh katakan, ini merupakan homestay yang sangat bagus yang ada di Kota Bharu.

homestay-keluarga-kota-bharu

Memang sangat-sangat berbaloi pilih homestay ini.

 

Kalau anda juga memilih untuk menginap di homestay ini, pasti anda juga akan berpuas hati.

 

Tempahan boleh dilakukan melalui Agoda sahaja. Boleh klik sahaja pada link ini.

(harga mungkin sudah tak sama pada ketika anda membaca posting ini)

 

Ataupun kalau anda ingin berhubung terus dengan tuan rumah, boleh hubungi nombor dibawah ini ya.

Pn Suriya – 014-6093434

En Mizan – 014-6093435

 

Lokasi Homestay Kota Bharu – Rumah Tamu AyahandaBonda

Homestay ini terletak dikawasan perumahan. Saya rasa beruntung juga sebab dapat menginap di homestay ini. Dari segi lokasi, saya boleh katakan ianya terletak dikawasan yang strategik. Bila memandu, senang nak keluar masuk sebab ada sistem jalan yang baik.

 

Sepanjang saya bersiar-siar di Kota Bharu, kadang-kadang waze buat hal. Dia bagi kita laluan alternatif yang sempit macam dalam gambar ni.

laluan-masuk-homestay

Laluan macam ni kalau untuk motosikal, tak ada masalah.

 

Tapi kalau kereta yang lalu, memang cuma muat satu buah sahaja. Dia jadi masalah bila kebetulan bertembung dengan kereta lain dekat bahagian depan. Salah seorang kena mengalah, kena undur sikit dan bagi kenderaan yang satu lagi untuk lalu.

Entahlah, saya tak berapa suka keadaan macam ni. Bagi saya, benda-benda macam ni adakalanya memang boleh buatkan rasa hilang mood nak terus jalan-jalan.

 

Kemudian saya terfikir, actually bila kita memilih nak menginap di homestay, at least kita kena tahu dekat kawasan yang bagaimana lokasi homestay yang bakal kita pilih.

 

Kalau jauh dikawasan pedalaman, memang seronok sebab kita boleh menikmati suasana kampung, rasa tenang dan sebagainya. Tapi bila fikir semula bab sistem jalan, ada jalan yang sempit, ada bahagian yang rosak, buat saya fikir… tak apalah. Lebih baik pilih homestay di kawasan perumahan macam homestay Ayahandabonda ni.

 

Tak ada masa nak sakit kepala fikir bab jalan.

 

Yang penting, dari homestay ini nak keluar ke jalan besar, sangat mudah. Lokasi pun sangat baik, sebab homestay ini terletak berdekatan dengan banyak tempat menarik di Kota Bharu.

 

 

 

Baca juga...

  • Apa Yang Menarik Di Taman Botani Pulau PinangApa Yang Menarik Di Taman Botani Pulau Pinang
  • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah PerakPulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • Pakej Island Hopping dan snorkeling ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi SabahPakej Island Hopping dan snorkeling ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi Sabah
  • SophiaRose Muslim House – Homestay PREMIUM Mesra Keluarga di Tanah Rata Cameron HighlandSophiaRose Muslim House – Homestay PREMIUM Mesra Keluarga di Tanah Rata Cameron Highland
  • Ingin bercuti ke Sabah? Ini dia tentatif percutian 4 hari 3 malam ke Sabah dengan bajet minimaIngin bercuti ke Sabah? Ini dia tentatif percutian 4 hari 3 malam ke Sabah dengan bajet minima
  • Kinabalu Park – Jalan-jalan menikmati udara sejuk kawasan pergununganKinabalu Park – Jalan-jalan menikmati udara sejuk kawasan pergunungan
  • Nasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, SelangorNasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, Selangor
  • Menjejaki kawasan penting pelbagai spesies burung di Taman Alam Kuala SelangorMenjejaki kawasan penting pelbagai spesies burung di Taman Alam Kuala Selangor
  • Seronoknya main air di Pantai Blue Lagoon Port Dickson!Seronoknya main air di Pantai Blue Lagoon Port Dickson!
  • Pengalaman menginap di Ocean View Resort Port DicksonPengalaman menginap di Ocean View Resort Port Dickson
  • Aktiviti Jungle Trekking di Hutan Lipur Sungai TekalaAktiviti Jungle Trekking di Hutan Lipur Sungai Tekala
  • Hutan Lipur Jeram Toi – Apa yang menarik menanti pengunjung disini?Hutan Lipur Jeram Toi – Apa yang menarik menanti pengunjung disini?
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Homestay/ Guest House Tagged With: family homestay kota bharu, homestay di kota bharu, homestay kota bharu 4 bilik, Rumah Tamu Ayahandabonda

Comments

  1. rujukan says

    August 19, 2022 at 8:17 am

    menarik tempat ni

    Reply

Trackbacks

  1. Berkesan ke promosikan bisnes homestay menggunakan blog? - Blog Sabree Hussin says:
    September 2, 2022 at 4:39 am

    […] anda menjalankan bisnes homestay di Kota Bharu, sudah tentu anda mahukan bakal tetamu yang ingin ke Kota Bharu sama ada atas tujuan bercuti […]

    Reply
  2. Strategi memberikan Pengalaman Penginapan TERBAIK kepada tetamu homestay - Blog Sabree Hussin says:
    January 14, 2023 at 4:52 pm

    […] Contoh: Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap Ayahandabonda […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Panduan Bisnes Homestay bagi orang yang baru nak bermula - Blog Sabree Hussin on Cameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum teh
  • Tempat Masuk Percuma Dan Shopping Murah di Cameron Highlands - Cuti Viral on S’Corner Central Market – Tempat shopping di Cameron Highland
  • Strategi memberikan Pengalaman Penginapan TERBAIK kepada tetamu homestay - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Hard sell atau soft sell - Nak guna yang mana? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in