Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Pengalaman menginap di Anjung Pool Villa semasa bercuti di Sekinchan

February 13, 2019 by Sabree Hussin 2 Comments

Tak perlu drive jauh-jauh sampai ke utara tanah air untuk melihat pemandangan sawah padi!

 

Untuk pengetahuan anda, tak jauh dari Kuala Lumpur, disebuah tempat bernama Sekinchan, kita juga boleh nikmati suasana percutian ala kampung dikawasan sawah bendang.

anjung-pool-villa

Di sini, ada banyak kawasan yang ditanam dengan padi.

 

Sekiranya anda buat carian di laman web seperti Airbnb, anda akan dapat temui ada banyak chalet yang dibina atas kawasan sawah padi.

anjung-pool-villa

Bukan semua orang dapat rasa pengalaman seperti ini. Macam sesetengah orang, lahir-lahir memang dah duduk dekat kawasan bandar. Bila cerita tentang kehidupan kampung, yang ada sawah padi, mereka tak dapat nak hayati macam mana perasaan tersebut.

anjung-pool-villa-kuning

Macam mana saya boleh tahu? Saya cakap berdasarkan pengalaman peribadi saya sendiri. Walaupun saya ada kampung, tapi kampung saya tak ada sawah bendang.

homestay-sekinchan

Bila saya jumpa, ada tempat bernama Anjung Pool Villa di laman web Airbnb, saya terus buat rancangan untuk buat tempahan dan menginap satu malam disini.

sawah-padi-tepi-homestay-sekinchan

Cuma saya ni agak memilih. Kalau terlalu kekampungan pun, tak seronok juga. At least tempat yang bakal dipilih tu, kenalah ada penyaman udara. Maklumlah, cuaca yang panas di kawasan sawah padi, boleh membuatkan rasa kurang selesa pula nanti.

 

Apabila saya dah jumpa, chalet di tengah kawasan sawah padi yang menepati kriteria yang saya mahukan, apa lagi saya pun teruslah buat tempahan. Anjung Pool Villa ini sebenarnya ada dua buah semua sekali. Memandangkan jumlah ahli yang ikut percutian ini agak ramai, jadi kami sewa kedua-dua buah chalet sekaligus.

 

Dalam chalet ini, terdapat dua buah bilik untuk setiap villa. Satu bilik menghadap swimming pool. Dari bilik ini ada pintu khas yang menghubungkan tetamu dengan bilik air dan juga swimming pool.

chalet-tengah-sawah-sekinchan

Kalau kita selak langsir tu, bolehlah tengok aktiviti apa yang sedang berlaku di swimming pool. Kejap lagi saya tunjuk macam mana rupa swimming pool yang terdapat pada vila ini.

 

Bilik kedua pula menghadap pemandangan sawah padi.

bilik-pemandangan-sawah-padi

Bila kita selak sikit langsir, bolehlah nampak sawah padi.

 

Dalam banyak-banyak chalet yang terdapat di Sekinchan, saya pilih untuk menginap di Anjung Pool Villa sebabnya tempat ini ada swimming pool.

homestay-in-paddy-field-sekinchan

The best part tentang swimming pool ini ialah, ia terletak dalam rumah. Tak perlu risau orang tengok kita tengah mandi, tak perlu nak risau sangat tentang peraturan pakaian di kolam renang dan sebagainya.

 

Untuk orang dewasa, paras air dia lebih kurang paras pinggang sahaja.

homestay-with-swimming-pool-sekinchan

Percutian ke Sekinchan ni, ada budak-budak yang ikut sama. Mereka ini masih belum pandai menghayati pengalaman bercuti dikawasan kampung yang ada sawah padi.

 

Kalau kita cerita tentang betapa istimewanya menginap dikawasan bendang, melihat sawah padi yang terbentang luas dan langit biru yang ditaburi gemerlapan cahaya bintang, budak-budak ni bukannya faham.

 

Tapi kalau kata nak pergi tempat ada kolam, boleh mandi… barulah mereka tahu apa itu erti percutian yang menyeronokkan.

 

Kalau nak bawa budak-budak pergi bercuti, kami kena pastikan ada tempat boleh mandi. At least ada sungai, pantai dan setidak-tidaknya ada swimming pool. Kalau tak ada semua ini, kesian diorang rasa bosan pulak nanti.

 

Ini gambar diruang tamu.

anjung-pool-villa-sekinchan

Chalet ini menggunakan perabot yang dibuat sendiri style kayu pallet. Saya rasa rekaan seperti ini walaupun nampak lain dari yang lain, ia tak begitu selesa kalau nak duduk lama.

 

Lantai chalet ini diperbuat dari kayu. Saya agak mungkin perabot yang digunakan sebegini rupa supaya tak memberi beban yang terlalu besar pada lantai kayu.

televisyen-bercuti-sekinchan

Chalet ini tidak disediakan sambungan internet wifi, tapi ada channel astro nJoi.

villa-tepi-sawah-sekinchan

Ini pula dibahagian dapur. Ada peti sejuk dan kelengkapan memasak. Kalau anda ada perancangan untuk masak ketika menginap di chalet ini, saya syorkan anda beritahu dulu tuan rumah. Mungkin ada beberapa kelengkapan yang anda perlukan, yang mungkin tak disediakan dan anda kena bawa sendiri.

 

Style meja makan pun lebih kurang sama dengan perabot lain yang ada dirumah.

ruang-makan-anjung-pool-villa

Kalau anda lihat betul-betul pada gambar, dari tempat makan ini pun boleh nampak swimming pool. Sambil makan, boleh perhatikan anak-anak yang sedang seronok mandi dan main air di dalam pool.

 

Kalau nak datang ke sini, lebih sesuai kalau ada kenderaan sendiri. Ruang parking yang disediakan ni, muat untuk 4 buah kereta.

parking-space-for-anjung-pool-villa

Untuk makluman anda, ruang parking ini anda perlu kongsi dengan villa yang satu lagi, yang terdapat disini. Jadi kalau nak parking tu kenalah beringat sikit, dan jangan sampai orang lain tak dapat parking.

tempat-rehat-anjung-pool-villa

Dekat bahagian anjung ada disediakan tempat untuk lepak-lepak. Dekat sini boleh nikmati tiupan angin yang silir-semilir. Baring dekat sini, rasa macam baring dekat atas buaian.

bercuti-di-sekinchan

Bahagian bawah ada takungan air, dan boleh nampak anak ikan berenang-renang. Kalau waktu air tengah memenuhi sawah, kita boleh memancing dari anjung chalet ini sahaja.

 

Jenis ikan yang boleh kita dapat adalah seperti ikan sepat, ikan puyu dan ada juga ikan haruan.

anjung-pool-villa-sekinchan

Saya syorkan anda dapatkan dulu info dari mereka yang tinggal di Sekinchan, sebelum bercuti ke sini. Kalau matlamat anda nak bercuti semasa padi sedang menguning, sawah penuh dengan air dari tali air, dan nak memancing dari anjung, baik anda pilih waktu yang sesuai.

 

Macam dalam situasi kami, kami datang waktu padi dah dipotong dan dibersihkan. Jadi tak banyak aktiviti yang dapat dibuat. Nak memancing dikawasan sawah memang tak boleh pada masa ini.

bercuti-bersama-keluarga-ke-sekinchan

Alhamdulillah, percutian kali ini semua ahli keluarga dapat join. Saya rasa, itu lebih penting. Semua ahli keluarga dapat berkumpul dan luangkan masa bersama.

 

Anak-anak seronok dapat main air kolam.

 

Kalau anda rasa tempat ni macam best, cubalah sendiri rasai sendiri pengalaman bercuti disini.

 

Selain buat tempahan di Airbnb, anda juga boleh gunakan laman web Agoda untuk buat tempahan bagi penginapan di Anjung Pool Villa, Sekinchan ini.

 

Boleh terus ke pautan ini untuk melihat tawaran harga dari Agoda.

 

Buatlah perbandingan harga dulu sebelum buat booking. Mana tau anda akan dapat tawaran harga yang lebih menarik kalau buat tempahan melalui Agoda.

 

Selamat bercuti dan semoga anda seronok dengan percutian itu nanti.

 

 

Baca juga...

  • Percutian ala kampung 2 hari 1 malam di Sekinchan bersama keluargaPercutian ala kampung 2 hari 1 malam di Sekinchan bersama keluarga
  • Mesilou Cat’s Village tempat wajib pergi untuk para pencinta KucingMesilou Cat’s Village tempat wajib pergi untuk para pencinta Kucing
  • Hutan Lipur Sungai Gabai – Terokai keindahan alam dan piknik bersama keluargaHutan Lipur Sungai Gabai – Terokai keindahan alam dan piknik bersama keluarga
  • Pengalaman menginap di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort Port DicksonPengalaman menginap di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort Port Dickson
  • Makan malam di Medan Selera Nelayan Bukit Malut Pulau LangkawiMakan malam di Medan Selera Nelayan Bukit Malut Pulau Langkawi
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Langkawi beserta dengan itinerary pada 2018Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Langkawi beserta dengan itinerary pada 2018
  • Pengalaman Pertama Kali Ke Zoo MelakaPengalaman Pertama Kali Ke Zoo Melaka
  • Pengalaman sewa kereta di Kota Kinabalu bersama dengan syarikat Global Lepa Car Rentals & Tours Sdn BhdPengalaman sewa kereta di Kota Kinabalu bersama dengan syarikat Global Lepa Car Rentals & Tours Sdn Bhd
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBondaPengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Sungai Kedondong Batang Kali Selangor – Tempat PILIHAN untuk luangkan hujung minggu bersama keluargaSungai Kedondong Batang Kali Selangor – Tempat PILIHAN untuk luangkan hujung minggu bersama keluarga
  • Pantai Redang Sekinchan tempat best untuk kutip remisPantai Redang Sekinchan tempat best untuk kutip remis
  • Pengalaman menginap di D’Kebun Najibah Chalet & HomestayPengalaman menginap di D’Kebun Najibah Chalet & Homestay
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Chalet Tagged With: apa yang menarik di sekinchan, bercuti ke sekinchan, chalet di sekinchan, percutian ala kampung, percutian ke sekinchan, tempat bercuti di sekinchan

Comments

  1. Punitha says

    October 18, 2021 at 6:44 pm

    Is it available from 5/11 to 7/11?

    Reply

Trackbacks

  1. Minat nak belajar bisnes homestay - Blog Sabree Hussin says:
    February 11, 2022 at 2:53 am

    […] Baca juga: Pengalaman menginap di Anjung Pool Villa, Sekinchan […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, Pahang
  • Pemilihan lokasi yang strategik untuk bisnes homestay - Blog Sabree Hussin on Percutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 Malam
  • Zul on Nasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, Selangor
  • munirah on Pengalaman menginap di Teluk Bayu Floating Chalet, Kota Kuala Muda, Kedah
  • FAUZIAH on Hutan Rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik?

Copyright © 2025 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in