Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highland

February 15, 2018 by Sabree Hussin 6 Comments

Nama MARDI adalah singkatan bagi Malaysian Agricultural Research and Development Institute. Kalau dalam bahasa Melayu, ia juga dikenali dengan nama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia.

 

MARDI merupakan sebuah badan kerajaan dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA – Ministry of Agriculture and Agro-Based Industry Malaysia).

mardi-cameron-highland

Hari kedua percutian kami di Cameron Highland, destinasi yang dituju adalah ke Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highland.

 

Tempat ini, lokasinya adalah di Tanah Rata. Ianya memang tak jauh dari Homestay tempat kami menginap di Tanah Rata.

 

Jadi, kalau anda menginap di Tanah Rata, bolehlah singgah ke tempat ini. Di Tanah Rata ada sebuah homestay yang diberi nama SophiaRose Muslim House yang anda boleh sewa dengan kadar sewa yang sangat berpatutan.

 

Harga tiket masuk ke Taman Agroteknologi MARDI

 

Untuk masuk ke tempat ini, pengunjung akan dikenakan bayaran tiket. Untuk dewasa, bayarannya adalah RM5 sahaja.

bayaran-masuk-MARDI-cameron-highland

Tempat ini memang sangat luas, dan ia dibahagikan mengikut seksyen-seksyen tertentu.

 

Mungkin tak salah kalau saya katakan, semua jenis tumbuhan yang ada di Cameron Highland, boleh ditemui di Taman Agroteknologi MARDI ini.

 

Saya sendiri habiskan sekurang-kurangnya separuh hari untuk jalan-jalan dekat dalam taman ini. Satu lagi yang bagus tempat ini, kebanyakkan kawasan disini ada bumbung.

apa-yang-menarik-di-cameron-highland

Jadi pengunjung tak perlu bimbang kalau kebetulan pada hari mereka datang ke tempat ini, hujan turun.

 

Dekat MARDI Cameron Highland ni, ada macam-macam jenis tumbuhan seperti sayur-sayuran, bunga-bungaan, buah-buahan dan tumbuhan herba boleh ditemui. Saya boleh katakan, disini adalah tempat yang sangat baik untuk bawa anak-anak bagi mengenali jenis-jenis tumbuhan yang ada disekeliling.

 

Kalau selama ini, kita pergi ke supermarket dan beli sayur-sayuran yang dah sedia untuk dimasak, kali ini kita boleh lihat sendiri, bagaimana sebenarnya sayur-sayuran atau buah-buahan tu semua ditanam.

 

Kali pertama saya lihat sendiri bagaimana rupa pokok labu ini, saya juga rasa ianya amazing.

apa-ada-di-cameron-highland

Macam mana buah labu yang begitu berat, boleh tumbuh dengan cara memanjat seperti ini? Tapi itulah… kalau tak datang dan lihat sendiri disini, mungkin sampai sekarang saya tak akan dapat lihat bagaimana rupa pokok labu ini.

 

Batangnya kecik je, tapi ia cukup kuat untuk menampung berat buah labu yang begitu besar.

 

Bila kita masuk ke Taman Taman Agroteknologi MARDI di Cameron Highland ni, kita boleh lihat papan tanda seperti kat bawah ni.

mardi-cameron-highland

Dekat bahagian luar ada

  1. Taman Inggeris
  2. Rumah Inggeris
  3. Air Terjun
  4. Kolam ikan
  5. Taman Bunga Raya
  6. Kuarters
  7. Jungle Walk

 

Tempat ini memang dijaga dengan baik. Selain itu, pemandangan dekat sini pun cantik. Kiranya memang worth it la kena bayar RM5 untuk masuk ke tempat ini.

mardi-agroteknologi-park

Kalau tekaan saya tak silap, kat sinilah dia Taman Inggeris.

 

Dekat sini juga ada banyak bunga ditanam.

Saya cuma boleh katakan, bunga-bunga ni semua cantik. Itu sahaja. Apa nama bunga ni? Saya tak sempat pula nak check.

 

Nampak gaya kena datang sekali lagi bercuti ke Cameron Highland dan singgah lagi sekali ke tempat ini. Lepas ni, nak luangkan lebih banyak masa untuk belajar tentang topik botani pulak.

 

Selain ada pelbagai jenis tumbuhan disini, dekat Taman Agroteknologi MARDI ini juga ada banyak landskap yang menarik.

Ramai juga yang beratur nak bergambar bersama dengan kincir angin ni.

 

Dekat tempat lain juga ada pemandangan yang tak kurang menariknya.

mardi-tanah-rata

Masuk ke taman ini, kalau tak bawa kamera, memang satu kerugian. Banyak tau tempat-tempat yang menarik yang sesuai untuk bergambar kat dalam taman ni.

 

Rasa teringin nak bina satu rumah berkonsepkan Inggeris macam ni.

Rumah di cat dengan warna putih. Ada pagar kayu juga dicat dengan warna putih, dan yang bestnya ada halaman yang sangat luas. Boleh buat macam-macam aktiviti bersama keluarga kalau ada halaman yang besar dan luas macam ni.

 

Lagi satu, taman Agroteknologi ni sangat luas. Pada hari kami datang ke sini, kami terpaksa keluar lebih awal, sebabnya keadaan cuaca yang tak begitu mengizinkan untuk kami lepak lama-lama dalam ni.

 

Namun kami masih sempat menjelajah beberapa tempat. Antaranya macam ladang teh ini.

ladang-teh-tanah-rata

Cuba perhatikan betul-betul gambar ni.

 

Dekat bahagian puncak bukit tu, ada pondok meninjau. Kalau anda larat, boleh panjat sampai ke atas tu.

pemandangan-sekitar-tanah-rata

Ada laluan bertangga yang disediakan untuk memudahkan pengunjung untuk naik sampai ke atas.

 

Menarik juga pemandangan dari atas ini. Boleh tengok pemandangan di sekitar Taman Agroteknologi MARDI dan tengok apa yang ada disekitarnya.

Dalam ni juga ada sebuah Kilang Teh.

 

Bagi yang bawa anak-anak tu, mungkin boleh singgah sekejap ke taman arnab.

Bagi anak-anak tu rasa pengalaman bagi makan kepada si arnab yang comel-comel tu.

 

Untung arnab-arnab dalam ni. Kalau waktu ramai pengunjung datang ke taman ni, mesti banyak kali dan kerap arnab-arnab ni makan.

taman-arnab-mardi

Memang patut pun arnab kat sini nampak gebu-gebu kebanyakkannya.

 

Ini antara beberapa gambar yang saya sempat rakamkan.

taman-agro-mardi-cameron-highland

Parsley yang biasanya dimasukkan dalam spaggeti.

Inilah rupa rosemary.

apa-yangbest-cameron-highland

Saya perhatikan, setiap pengunjung yang lalu kat sebelah pokok ni, mesti akan petik sehelai daun rosemary ni. Baunya memang sedap, dan biasanya dicampur dalam perapan kalau nak buat BBQ.

 

Ini dibahagian tanaman bunga berpasu.

Ini pula dibahagian semaian.

Sebenarnya ada banyak lagi yang saya nak kongsikan tentang tempat ni. Tapi, banyak sangat nanti takut jadi berat pulak blog ni.

 

Taman Agroteknologi MARDI ini lebih sesuai kalau dikunjungi pada sebelah pagi. Waktu tu lebih redup, pengunjung pun belum ramai.

 

Tapi kalau dah lewat sikit, masa ni pengunjung dah mula ramai masuk ke tempat ni, dan nanti mungkin anda akan ada sedikit masalah nak cari tempat parking. Tempat ini memang luas, dan kalau boleh peruntukkan dalam 1 – 2 jam dalam ni kalau jelajah semua tempat.

 

Satu lagi tempat ni tutup sekitar jam 5.00 petang. Lebih kurang macam waktu pejabat.

 

Baiklah, kat sini saya sempat beli strawberry kering. Ini pertama kali saya rasa strawberry kering. Rasanya sedap juga. Yang penting, ianya tahan lama, kalau nak bandingkan dengan strawberry segar.

 

Ikut selera masing-masinglah. Ada yang suka strawberry segar, ada yang lebih suka strawberry kering. Walaupun kedua-duanya saya boleh makan, tapi saya rasa saya lebih suka strawberry yang jenis kering. Dulu tak tau yang strawberry kering tu sedap, jadi tak pernah beli sebelum ini.

 

Sekarang ni, bila dah pernah rasa, bolehlah beli lagi kalau datang sekali lagi ke Cameron Highland.

 

Baiklah, untuk anda yang bakal pergi bercuti ke Cameron Highland nanti, saya nak kongsikan kepada anda travel credit bernilai RM120 yang anda boleh gunakan semasa membuat tempahan di laman web Airbnb nanti. Sila ke halaman ini untuk claim travel credit anda.

 

Apa nak buat dengan Travel Credit ni?

Travel credit tu, anda boleh gunakan untuk buat booking di mana-mana homestay, guesthouse mahupun bilik yang tersenarai di laman web Airbnb.

homestay-murah-di-cameron-highland

Jika anda tak tau mana satu homestay yang menarik, boleh cuba lihat homestay SophiaRose Muslim House ini.

 

Ia merupakan sebuah homestay premium mesra keluarga yang mempunyai tiga buah bilik. Homestay ini cukup luas dan boleh memuatkan 8 orang tetamu dalam satu-satu masa.

 

Kadar sewanya juga tidaklah begitu mahal. Pada waktu catatan ini saya tulis, kadar sewa satu malam ialah RM181 sahaja. Sekiranya anda menggunakan travel credit bernilai RM120 ini, anda hanya perlu bayar RM61 sahaja.

 

Murah, kan?

 

Kalau ada 8 orang, dan anda menginap disini, ibaratnya seperti setiap orang hanya perlu bayar RM7.64 sahaja untuk menginap satu malam di SophiaRose.

 

Walaubagaimanapun, tempahan menerusi Airbnb adalah tertakluk kepada caj perkhidmatan (service charge). Namun, ianya masih lagi murah, dengan syarat anda menggunakan travel credit semasa membuat tempahan.

 

Baiklah, jom kita pergi bercuti ke Cameron Highland!

 

 

Baca juga...

  • SophiaRose Muslim House – Homestay PREMIUM Mesra Keluarga di Tanah Rata Cameron HighlandSophiaRose Muslim House – Homestay PREMIUM Mesra Keluarga di Tanah Rata Cameron Highland
  • Cameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum tehCameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum teh
  • Pengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, PahangPengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, Pahang
  • Hutan Lipur Sungai Tua – Pengalaman camping tepi sungai di Taman Negeri SelangorHutan Lipur Sungai Tua – Pengalaman camping tepi sungai di Taman Negeri Selangor
  • Hutan Lipur Sungai Gabai – Terokai keindahan alam dan piknik bersama keluargaHutan Lipur Sungai Gabai – Terokai keindahan alam dan piknik bersama keluarga
  • Time Tunnel – Terowong Masa Menggamit Kenangan Silam di Cameron HighlandTime Tunnel – Terowong Masa Menggamit Kenangan Silam di Cameron Highland
  • 7 Aktiviti BEST di Pantai Morib. Aktiviti No.7 paling ramai orang tak tau!7 Aktiviti BEST di Pantai Morib. Aktiviti No.7 paling ramai orang tak tau!
  • Pasar Kemboja Permatang Tok Mahat Parit BuntarPasar Kemboja Permatang Tok Mahat Parit Buntar
  • Hutan Lipur Jeram Toi – Apa yang menarik menanti pengunjung disini?Hutan Lipur Jeram Toi – Apa yang menarik menanti pengunjung disini?
  • Panduan Airbnb – Perkara yang anda perlu berikan perhatian apabila membuat tempahan di laman web AirbnbPanduan Airbnb – Perkara yang anda perlu berikan perhatian apabila membuat tempahan di laman web Airbnb
  • Pengalaman sewa kereta di Kota Kinabalu bersama dengan syarikat Global Lepa Car Rentals & Tours Sdn BhdPengalaman sewa kereta di Kota Kinabalu bersama dengan syarikat Global Lepa Car Rentals & Tours Sdn Bhd
  • Pantai Cahaya Negeri – Salah satu pantai POPULAR di Port DicksonPantai Cahaya Negeri – Salah satu pantai POPULAR di Port Dickson
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Tempat Menarik Tagged With: apa yang menarik di cameron highland, apa yang menarik di mardi cameron highland, bayaran masuk ke mardi cameron highland, bercuti ke cameron highland, homestay murah di tanah rata, mardi cameron highland, tempat menarik di tanah rata

Trackbacks

  1. Restoran Taman Abang - Restoran Steamboat and Grill PILIHAN di Cameron Highland - Xplorasi Destinasi says:
    February 15, 2018 at 8:05 pm

    […] kedua percutian di Cameron Highland… waktu siangnya dihabiskan dengan aktiviti di Taman Agroteknoklogi MARDI. Itupun cuma separuh hari… bila hujan dah mula turun, kami terus bergegas balik ke homestay […]

    Reply
  2. SophiaRose Muslim House - Homestay PREMIUM Mesra Keluarga di Tanah Rata Cameron Highland - Xplorasi Destinasi says:
    February 26, 2018 at 2:46 pm

    […] Taman Agroteknologi MARDI […]

    Reply
  3. Seronoknya Bercuti Di Cameron Highland. Ini 18 Tempat Menarik Yang Anda Boleh Kunjungi. - Ammboi Media says:
    November 23, 2018 at 7:02 pm

    […] Imej via xplorasidestinasi […]

    Reply
  4. 18 Tempat Menarik Di Cameron Highland Yang Anda Boleh Kunjungi.Seronok Cuti! - Ammboi Media says:
    December 12, 2018 at 4:14 am

    […] Imej via xplorasidestinasi […]

    Reply
  5. Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Langkawi beserta dengan itinerary pada 2018 - Xplorasi Destinasi says:
    May 20, 2019 at 12:38 pm

    […] Jemput baca: Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highland […]

    Reply
  6. Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin says:
    April 25, 2023 at 2:02 pm

    […] sepanjang saya pergi bercuti di Cameron Highland atau mana-mana kawasan tanah tinggi, memang tak pernah lagi saya jumpa tempat penginapan yang tak […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, Pahang
  • Pemilihan lokasi yang strategik untuk bisnes homestay - Blog Sabree Hussin on Percutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 Malam
  • Zul on Nasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, Selangor
  • munirah on Pengalaman menginap di Teluk Bayu Floating Chalet, Kota Kuala Muda, Kedah
  • FAUZIAH on Hutan Rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik?

Copyright © 2025 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in