Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Chalet Terapung di Kota Kuala Muda

June 26, 2018 by Sabree Hussin Leave a Comment

Sebelum ini, saya pernah siarkan satu wishlist senarai guesthouse dan homestay yang saya teringin nak kunjungi bila ada kesempatan nanti.

 

Salah satu yang saya senaraikan disitu adalah Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda yang terletak di negeri Kedah Darul Aman.

chalet-atas-laut-kota-kuala-muda

Anda boleh buat tempahan chalet terapung ini menerusi pautan ini.

 

Seperti yang anda boleh lihat pada gambar diatas, chalet ini terapung atas air. Saya sempat bertanya kepada pemilik chalet ini, dan katanya, untuk pergi ke sini perlu naik bot.

 

Kedudukan chalet terapung ini, adalah kira-kira 50 meter dari darat. Bila dah sampai ke tempat ini, boleh parking kereta dan seterusnya ada bot yang akan bawa kita ke chalet ini.

 

 

Berapa kos untuk menginap di chalet terapung Teluk Bayu Kota Kuala Muda ini?

Untuk buat tempahan, saya gunakan laman web Airbnb.

 

Ini harga yang ditawarkan buat masa catatan ini saya tulis.

chalter-terapung-kota-kuala-muda

Harganya ialah RM248 sahaja untuk satu malam. Oleh kerana laman web Airbnb ini menggunakan sistem smart pricing, anda mungkin akan lihat harga yang berbeza.

 

Mungkin antara RM240 – RM250. Saya pun tak berapa faham dengan sistem harga yang digunakan oleh Airbnb. Mungkin ada kena mengena dengan permintaan dan jumlah trafik yang melayari laman web ini. Kalau ada banyak sangat trafik, banyak pelawat, maka harga akan naik sedikit.

 

Satu lagi, bila nak buat tempahan, cuba bandingkan harga di desktop dengan harga yang ditawarkan jika buat tempahan menggunakan apps Airbnb melalui smartphone.

 

Dari pengalaman sebelum ini, saya dapati, harga ada perbezaan, dan jika bernasib baik, anda mungkin akan dapat harga lebih murah kalau buat booking menerusi apps berbanding menggunakan desktop.

 

Macam biasa, untuk lebih penjimatan, sila dapatkan kupon diskaun bernilai RM120 ini dulu sebelum buat tempahan ya.

diskaun-airbnb

Boleh ke halaman ini untuk tuntut kupon diskaun diatas.

 

Katakanlah, kos untuk menginap disini ialah RM250 untuk satu malam. Dengan menggunakan kupon diskaun bernilai RM120 tu nanti, anda hanya perlu bayar RM130 sahaja.

RM250 – RM120 (travel credit) = RM130 perlu bayar

 

Walaupun begitu, saya beritahu siap-siap, buat mereka yang baru pertama kali menggunakan laman web Airbnb untuk buat tempahan, setiap tempahan akan dikenakan caj tambahan iaitu service fee. Caj tambahan ini dikenakan kerana kita menggunakan servis yang disediakan oleh Airbnb.

 

 

Sambil menikmati suasana alam sekitar sambil memancing

Saya rasa, buat mereka yang nak menginap disini, seharusnya tak melepaskan peluang untuk memancing ikan disini. Kalau tengok pada gambar, kita boleh memancing dari beranda chalet ini.

teluk-bayu-chalet

Siapa yang datang ke sini, tapi tak bawa peralatan memancing, memang rugilah. Peluang dah ada depan mata, kan.

 

Cuma saya pun tak pasti, apa ikan yang ada dekat sini. Saya masih ingat lagi, semasa saya menginap di Lexis Water Chalet tempoh hari, pun ada yang memancing di beranda chalet.

 

Ada ikan ke?

Sungai dan laut ini kan memang tempat habitat semulajadi ikan. Sudah tentulah ada ikan. Cuma banyak atau sikit, besar atau kecik, dan dapat dengan tak je la…

 

 

Aktiviti di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda

Selain memancing, kita boleh buat aktiviti disini. Ini salah satu daripada aktiviti yang boleh dilakukan disini.

Pengunjung yang datang ke sini, boleh buat aktiviti berkayak.

 

Untuk buat aktiviti ini, kena buat tempahan sekurang-kurangnya dua hari awal. Ini daripada apa yang diberitahu oleh pemilik tempat ini.

 

Saya rasa, saya nak tengok-tengok dulu. Memang ada rasa macam berminat nak buat aktiviti berkayak ni kat sini, tapi ada beberapa perkara yang saya nak pertimbangkan terlebih dahulu.

 

Pertama, cuaca. Kalau tempat ni panas sangat, saya rasa tak nak main kayak ni.

Kedua, kalau hujan. Dah tentu tak boleh main dan tak berapa selamat.

Ketiga, keadaan kesihatan saya nanti.

 

Lagipun, saya akan ke sini pada hari biasa. Bukannya waktu cuti. Kalau ada rezeki, ada banyak kayak yang belum ditempah, saya akan sewa masa tiba dekat sana nanti.

 

Alright, saya nak cerita lebih-lebih pun rasa macam tak syok, sebab belum sampai ke tempat ni lagi. Nanti la, bila dah sampai, dah menginap kat sini, saya cerita dengan lebih panjang lebar, siap dengan gambar-gambar lagi.

 

Tempahan dah dibuat (off course guna Travel Credit Airbnb) cuma nak tunggu masa untuk pergi je. Doakan saya selamat pergi dan selamat balik ya nanti.

 

 

Baca juga...

  • Kisah perjalanan ke Teluk Bayu Water Chalet, Kota Kuala Muda, KedahKisah perjalanan ke Teluk Bayu Water Chalet, Kota Kuala Muda, Kedah
  • Bagaimana cara solat dalam kapal terbang?Bagaimana cara solat dalam kapal terbang?
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBondaPengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Pengalaman menginap di Ayana Holiday Resort semasa bercuti di Kundasang, SabahPengalaman menginap di Ayana Holiday Resort semasa bercuti di Kundasang, Sabah
  • Workshop Lazada Affiliate Program di Pullman Hotels Kuala LumpurWorkshop Lazada Affiliate Program di Pullman Hotels Kuala Lumpur
  • Travelog Bercuti ke Pulau Pangkor 2020 – Melawat Tempat Menarik di Pangkor pada hari ketigaTravelog Bercuti ke Pulau Pangkor 2020 – Melawat Tempat Menarik di Pangkor pada hari ketiga
  • Aktiviti Jungle Trekking di Hutan Lipur Sungai TekalaAktiviti Jungle Trekking di Hutan Lipur Sungai Tekala
  • Mesilou Cat’s Village tempat wajib pergi untuk para pencinta KucingMesilou Cat’s Village tempat wajib pergi untuk para pencinta Kucing
  • Pengalaman menginap di Ocean View Resort Port DicksonPengalaman menginap di Ocean View Resort Port Dickson
  • Ladang Teh Sabah Tea – Jom bersiar-siar disekitar ladang tehLadang Teh Sabah Tea – Jom bersiar-siar disekitar ladang teh
  • Panduan Airbnb – Perkara yang anda WAJIB TAHU apabila menyewa homestay dan guesthouse di AirbnbPanduan Airbnb – Perkara yang anda WAJIB TAHU apabila menyewa homestay dan guesthouse di Airbnb
  • Bolehkah Beli Tiket Bas Secara OnlineBolehkah Beli Tiket Bas Secara Online
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Resort Tagged With: chalet terapung kedah, chalet terapung kota kuala muda, chalet terapung tempat memancing

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Strategi memberikan Pengalaman Penginapan TERBAIK kepada tetamu homestay - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Hard sell atau soft sell - Nak guna yang mana? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Adakah blog masih relevan? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Berkesan ke promosikan bisnes homestay menggunakan blog? - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in