Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Homestay di Kota Kinabalu – ED Homestay menawarkan tempat penginapan berdekatan Airport Kota Kinabalu

January 17, 2018 by Sabree Hussin 8 Comments

Apabila merancang untuk pergi bercuti ke Sabah, salah satu perbelanjaan WAJIB yang anda perlu fikirkan adalah belanja untuk menyewa tempat penginapan sepanjang masa percutian anda di sana.

 

Bergantung kepada destinasi percutian pilihan anda, sekiranya anda bakal menghabiskan masa cuti anda tu nanti di Kota Kinabalu, maka dah tentu anda perlu cari tempat penginapan di sekitar Kota Kinabalu.

 

Ada ke cara nak berjimat cermat sepanjang masa bercuti di Sabah, dan pada masa yang sama, anda masih lagi boleh berseronok dan enjoy percutian anda disana?

 

Sudah tentulah ada cara. Sila teruskan pembacaan, sebab saya akan tunjukkan kepada anda cara untuk sewa sebuah homestay di Cyber City Apartment Kota Kinabalu dengan harga serendah RM42 sahaja semalaman.

 

Minat nak tahu, kan?

homestay-budget-kota-kinabalu

Di sekitar Kota Kinabalu, memang ada banyak tempat penginapan yang anda boleh tempah. Jika anda rujuk di laman web tempahan seperti Agoda misalnya, memang ada banyak juga hotel yang boleh ditempah dengan harga sewaan sekitar RM80 – RM200 untuk semalaman.

 

Harganya adalah berbeza-beza mengikut jenis hotel dan servis tambahan yang ditawarkan.

 

Sekiranya anda travel dalam kumpulan yang agak besar, saya syorkan anda sewa homestay di Kota Kinabalu yang dikendalikan oleh syarikat ED Holidays Travel & Car Rental Sdn Bhd.

 

Syarikat ini bukan sahaja mampu untuk menyediakan tempat penginapan untuk anda sepanjang anda bercuti di Kota Kinabalu, malahan, anda juga boleh dapatkan perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu dan juga servis tour guide.

pakej-kereta-sewa-homestay-murah

Homestay Kota Kinabalu berdekatan dengan Airport (Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu)

Dari homestay untuk ke airport Kota Kinabalu (KKIA), perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 5 minit sahaja. Jika hari terakhir anda di Sabah, anda akan menginap di Kota Kinabalu, ini pastinya akan memudahkan anda.

 

Tak perlu nak terkejar-kejar waktu.

 

ED Holidays Travel & Car Rental Sdn Bhd mempunyai unit homestay yang mempunyai 3 buah bilik dan juga unit homestay yang mempunyai 2 buah bilik.

 

Setiap homestay ini, boleh memuatkan sekitar 10 orang pengunjung dalam satu-satu masa. Katakanlah anda datang bercuti dalam kumpulan yang agak besar, anda mungkin perlu sewa sekitar 3 atau 4 buah hotel, namun kalau anda sewa homestay, satu unit homestay dah mencukupi.

 

Boleh minta Mr Eddy untuk aturkan supaya dapat homestay yang 3 bilik atau 2 bilik. Selain dekat dengan airport, homestay ini juga dekat dengan bandar KK. Kalau anda nak shopping di Pasar Pilipina atau Pasar Ikan Masin juga mudah nanti. Jaraknya lebih kurang dalam 5KM sahaja tau.

 

Disini, saya akan kongsikan kepada para pembaca sekalian gambar-gambar dalam homestay yang dimiliki oleh Mr Eddy sebagai pemilik syarikat ED Holidays Travel & Car Rental Sdn Bhd.

 

Masterbedroom

Ini adalah dibahagian masterbedroom.

homestay-kota-kinabalu-murah

Dalam bilik ini, telah dilengkapi dengan katil bersaiz queen dan juga almari pakaian.

 

Untuk keselesaan pengunjung, bilik ini telah dilengkapi dengan aircond dan juga kipas siling.

senarai-homestay-di-kota-kinabalu

Dalam masterbedroom ini tersedia sebuah bilik air, yang dilengkapi dengan water heater.

 

Bilik kedua

Dalam bilik ini juga dilengkapi dengan katil jenis besar (queen size) dan ada disediakan tilam tambahan bersaiz single.

homestay-kota-kinabalu-airport

Bilik ini boleh memuatkan 3 orang tetamu.

 

Tak perlu risau tentang keselesaan, sebabnya dalam bilik ini juga telah dipasang penyaman udara (aircond)

 

Bilik ketiga

Dalam bilik ketiga, tersedia katil jenis single.

homestay-kota-kinabalu-apartment

Dalam bilik ini juga, ada disediakan tilam tambahan bagi kegunaan pengunjung yang lain. Ada 2 – 3 tilam tambahan yang disediakan untuk tetamu.

 

Anda bolehlah bawa tilam-tilam tu semua dan bentangkan diruang tamu untuk kegunaan semasa tidur nanti.

 

Ruang tamu

Ini pula bahagian ruang tamu.

ruang-tamu-homestay-kota-kinabalu

Pengunjung yang nak check in di homestay ini nanti, bolehlah gunakan ruang ini untuk tidur, jika sudah tak ada ruang di bilik. Sebagai alternatif, jika bilangan tetamu agak ramai, mungkin boleh sewa dua buah homestay dari ED Holidays Travel.

 

Minta unit homestay yang berdekatan.

 

Tempat parking untuk para pengunjung

Di homestay ini, tersedia kawasan meletak kereta berbumbung. Parking kereta hanya depan rumah sahaja.

Bagi yang membawa kenderaan sendiri, dan bimbang dengan keselamatan kenderaan, sudah tak perlu risau lagi, apabila dapat parking depan rumah.

 

Satu lagi, kawasan ini juga mempunyai security guard yang selalu meronda.

 

Kemudahan tambahan yang bakal anda nikmati apabila Check in disini

Homestay di Kota Kinabalu yang ada swimming pool

homestay-kk-ada-swimming-pool

Andai kata, sepanjang percutian anda di Sabah nanti, anda tak berkesempatan untuk mandi laut, bolehlah layan swimming pool sahaja.

 

Kemudahan gymnasium untuk para pengunjung bersenam 

Kepada para tetamu yang mempunyai rutin harian yang memerlukan sentiasa bersenam, kat sini ada gym yang anda boleh kunjungi.

kemudahan-gym-untuk-pengunjung-homestay-kk

Peralatan dalam ni mungkin tidak selengkap gym yang biasa anda pergi, tapi memadai untuk lakukan senaman ringan. Orang yang biasa pergi gym, kalau lama tak pergi, nanti badan jadi malas pula.

 

Jadi, kalau ada gym ini, at least boleh kekalkan momentum senaman yang anda sedang amalkan.

 

Taman permainan (playground) untuk kanak-kanak juga tersedia

Waktu-waktu petang, kalau tak buat apa-apa, bolehlah bawa anak-anak bermain disini.

 

Apa feedback pengunjung homestay terdahulu?

Anda masih belum yakin ke nak menginap di homestay milik ED Holidays Travel?

senarai-homestay-kk

Saya faham. Anda pasti mahukan hanya yang terbaik untuk percutian anda nanti, betul?

 

Jadi, mungkin anda boleh lihat juga testimoni dan juga feedback dari pengunjung terdahulu. Untuk pengetahuan anda, semua review ini boleh dibaca di Fanpage ini.

 

Dibawah ini hanya sebahagian daripada feedback pelanggan yang pernah menginap disini.

homestay-di-bandar-kota-kinabalu

 

cyber-city-kota-kinabalu-for-rent

 

kota-kinabalu-homestay-apartment

 

Ada juga pengunjung yang sebelum ini pernah menginap disini, kali kedua datang bercuti, sekali lagi memilih ED Holidays Travel.

senarai-homestay-di-kota-kinabalu

 

Jika anda nak lebih penjimatan, sewa sekali dengan pakej kereta sewa dan juga pakej tour (jika perlu).

marina-court-kota-kinabalu

Pengunjung suka berurusan dengan ED Holidays Travel ini sebabnya ianya mudah. Boleh dapatkan tempat penginapan dan juga kereta sewa dari tempat yang sama. Tak perlu susah payah nak buat booking di banyak-banyak tempat.

 

Lagi satu, kalau semua booking dekat tempat yang sama, harga juga boleh dirunding.

 

Bagaimana cara nak buat tempahan homestay dengan ED Holidays Travel?

Mudah sahaja caranya. Anda hubungi sahaja Mr Eddy menerusi cara berikut.

Whatsapp – 016-8397143 (Mr Eddy)

Atau klik sahaja pautan http://www.wasap.my/60168397143/Mreddy

Email – edholidaystravel@gmail.com

FB – https://www.facebook.com/edholidaystravel/

Laman web – http://edholidaystravel.my/

 

Buat tempahan menerusi Airbnb

Untuk pengetahuan anda, sekiranya anda ingin buat tempahan homestay sahaja, tanpa membuat tempahan kereta sewa, anda juga boleh buat tempahan menerusi laman web Airbnb sahaja.

 

Bawah ini adalah pautan yang anda boleh gunakan untuk buat tempahan.

1. https://www.airbnb.com/rooms/22573716 (3 buah bilik)

2. https://www.airbnb.com/rooms/22573107 (3 buah bilik)

3. https://www.airbnb.com/rooms/22253440 (2 buah bilik)

4. https://www.airbnb.com/rooms/22003186 (2 buah bilik)

 

Apa kelebihan kalau buat tempahan menerusi laman web Airbnb?  

Sudah semestinya ada kelebihan. Ini ada berita baik buat mereka yang nak lebih banyak penjimatan.

senarai-homestay-kota-kinabalu

Khas buat mereka yang tak pernah lagi buat tempahan menggunakan laman web Airbnb, anda boleh dapatkan travel credit, yang anda boleh gunakan semasa tempahan bagi mendapatkan lebih banyak diskaun dengan menekan klik pada pautan ini.

 

Setelah anda klik pada pautan tersebut, anda akan dibawa ke halaman yang menawarkan anda travel credit bernilai RM105. Gunakan travel credit tersebut semasa membuat tempahan di Airbnb. Anda perlu daftar sebagai member Airbnb untuk melayakkan anda mendapatkan travel credit tersebut.

 

Katakanlah anda buat tempahan homestay yang berharga RM147, dengan menggunakan travel credit bernilai RM105 ini, harga untuk penginapan di homestay tersebut akan jadi RM42 sahaja untuk semalaman.

 

(Tempahan menggunakan web Airbnb akan dikenakan tambahan service fee)

 

Ini satu lagi cara yang anda boleh pertimbangkan, sekiranya anda serius mahukan lebih penjimatan. Baiklah, semoga maklumat yang saya kongsikan disini, dapat membantu memudahkan urusan anda merancang percutian di Sabah kelak.

 

Saya ucapkan, selamat bercuti ke Sabah! 

 

Baca juga artikel berkaitan

1. Tentatif percutian 4 hari 3 malam di Sabah dengan bajet yang minima

2. Perkhidmatan kereta sewa di Sabah – Cara mudah untuk berjimat ketika bercuti di Sabah

 

Baca juga...

  • Panduan Airbnb – Perkara yang anda WAJIB TAHU apabila menyewa homestay dan guesthouse di AirbnbPanduan Airbnb – Perkara yang anda WAJIB TAHU apabila menyewa homestay dan guesthouse di Airbnb
  • Perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu Sabah – Cara mudah nak berjimat apabila bercuti ke SabahPerkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu Sabah – Cara mudah nak berjimat apabila bercuti ke Sabah
  • Makan Lokan Bakar di Kampung Salut, Jalan Sulaman, Kota KinabaluMakan Lokan Bakar di Kampung Salut, Jalan Sulaman, Kota Kinabalu
  • Ladang Teh Sabah Tea – Jom bersiar-siar disekitar ladang tehLadang Teh Sabah Tea – Jom bersiar-siar disekitar ladang teh
  • Kinabalu Park – Jalan-jalan menikmati udara sejuk kawasan pergununganKinabalu Park – Jalan-jalan menikmati udara sejuk kawasan pergunungan
  • Mandi air panas di Kolam Air Panas Poring – Poring Hot SpringMandi air panas di Kolam Air Panas Poring – Poring Hot Spring
  • Pengalaman bersiar-siar di Jambatan Gantung Tamparuli, SabahPengalaman bersiar-siar di Jambatan Gantung Tamparuli, Sabah
  • Ingin bercuti ke Sabah? Ini dia tentatif percutian 4 hari 3 malam ke Sabah dengan bajet minimaIngin bercuti ke Sabah? Ini dia tentatif percutian 4 hari 3 malam ke Sabah dengan bajet minima
  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota BharuPengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di H Benjamin Residence semasa bercuti di Kundasang, SabahPengalaman menginap di H Benjamin Residence semasa bercuti di Kundasang, Sabah
  • Pantai Redang Sekinchan tempat best untuk kutip remisPantai Redang Sekinchan tempat best untuk kutip remis
  • Time Tunnel – Terowong Masa Menggamit Kenangan Silam di Cameron HighlandTime Tunnel – Terowong Masa Menggamit Kenangan Silam di Cameron Highland
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Homestay/ Guest House Tagged With: bercuti di kota kinabalu, bercuti ke sabah, homestay apartment kota kinabalu, homestay cyber city kota kinabalu, homestay kota kinabalu murah, homestay kota kinabalu muslim, percutian ke sabah, senarai homestay di kota kinabalu, tempat penginapan kota kinabalu

Comments

  1. Ammar says

    July 23, 2019 at 12:43 pm

    Nak sewa homestay murah di Kota Kinabalu berdekatan Airport KKIA dan bandar? Boleh semak disini: https://profhariz.com/homestay-murah-di-kota-kinabalu/

    Reply

Trackbacks

  1. Perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu Sabah - Cara mudah nak berjimat apabila bercuti ke Sabah - Xplorasi Destinasi says:
    January 17, 2018 at 11:25 pm

    […] Baca juga: Homestay di Kota Kinabalu – ED Homestay menawarkan tempat penginapan berdekatan Airport Kota Kinab… […]

    Reply
  2. Panduan Airbnb - Perkara yang anda WAJIB TAHU apabila menyewa homestay dan guesthouse di Airbnb - Xplorasi Destinasi says:
    January 30, 2018 at 2:08 pm

    […] ambil contoh homestay yang dimiliki oleh ED Holidays ini. Boleh memuatkan seramai 10 orang […]

    Reply
  3. Bagaimana cara berkesan mempromosikan bisnes homestay menerusi teknik Search Engine Optimization (SEO) - Blog Sabree Hussin says:
    March 1, 2018 at 11:59 am

    […] untuk mereka yang memang ada bajet pengiklanan khas. Saya pernah bersembang dengan pemilik bisnes homestay di Kota Kinabalu Sabah, katanya dalam sebulan dia akan memperuntukkan sekurang-kurangnya RM3,000 hanya untuk tujuan buat […]

    Reply
  4. Berkesan ke promosikan bisnes homestay menggunakan blog? - Blog Sabree Hussin says:
    March 14, 2018 at 3:12 pm

    […] pengendali bisnes homestay tu berada di Perlis, maka tempatnya akan jadi di Perlis, dan kalau homestay di Kota Kinabalu, maka tempatnya akan mengikut lokasi orang yang […]

    Reply
  5. Masalah dengan bisnes homestay yang diusahakan oleh orang kita - Blog Sabree Hussin says:
    November 13, 2018 at 5:47 pm

    […] ni, saya nak iklankan homestay milik pelanggan saya. Jika anda ke Kota Kinanabalu dan mencari homestay murah di Kota Kinabalu, bolehlah buat tempahan dengan pelanggan saya ni […]

    Reply
  6. Boleh berjaya ke kalau buat bisnes homestay di kawasan kampung? - Soal Jawab .MY says:
    February 19, 2022 at 6:12 pm

    […] Lihat contoh dibawah ini, saya sedang mencari homestay di Kota Kinabalu. […]

    Reply
  7. 17 Tips Bisnes Homestay - Sabree Hussin Dot Biz says:
    February 24, 2022 at 2:44 pm

    […] Hasil carian menunjukkan terdapat banyak homestay di Kota Kinabalu. […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, Pahang
  • Pemilihan lokasi yang strategik untuk bisnes homestay - Blog Sabree Hussin on Percutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 Malam
  • Zul on Nasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, Selangor
  • munirah on Pengalaman menginap di Teluk Bayu Floating Chalet, Kota Kuala Muda, Kedah
  • FAUZIAH on Hutan Rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik?

Copyright © 2025 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in