Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

February 11, 2020 by Sabree Hussin 3 Comments

Anda dah pernah bercuti ke Pulau Pangkor ke belum? 

 

Kalau jawapan anda belum pernah, kat sini saya nak kongsikan serba sedikit pengalaman saya dan isteri berbulan madu di Pulau Pangkor awal tahun ini.

 

Pulau Pangkor dipilih sebagai destinasi percutian sebabnya kali ini kami mahukan suasana percutian yang lebih santai dan relax. Apa yang penting tempat tersebut mesti ada pantai yang cantik dan lebih dekat dengan alam semulajadi.

 

Kebiasaannya kami akan bercuti ke Pulau Langkawi, tapi kali ini kami pilih untuk lalui pengalaman yang berbeza. In Shaa Allah tahun ini kami ke Langkawi, sama ada sebelum bulan puasa atau selepas raya. Langkawi ini macam destinasi wajib pergi setiap tahun.

 

Cara untuk pergi ke Pulau Pangkor

Dari rumah saya memandu melalui Lebuh Raya PLUS sampai ke Jeti Lumut. Bila dah sampai di Lumut, cari medan letak kereta bertingkat sebelum beli tiket untuk ke Pulau Pangkor di jeti.

tempat-parking-kereta-jeti-lumut

Saya parking kereta dekat Medan Tempat Letak Kereta ini selama 3 hari 2 malam, dan saya dikenakan caj sebanyak RM32 sahaja. Mujurlah tak kena sampai RM50, kira ok lah harga ini.

 

Harga tiket feri ke Pulau Pangkor

Tiket yang dibeli di Jeti Lumut ini adalah untuk perjalanan pergi dan balik.

tiket-feri-pulau-pangkor

Harga tiket untuk dewasa adalah RM14.00

 

Dari Jeti Lumut ke Jeti Pangkor, perjalanannya memakan masa lebih kurang 30 minit sahaja.

Saya ada baca dalam blog orang lain, yang dalam feri tu kita boleh duduk bahagian luar dan lihat pemandangan laut, ambil gambar berlatarbelakangkan awan biru dan laut yang kehijauan, tapi sayangnya feri yang saya naik tu, semua penumpang kena duduk dekat tempat yang disediakan sahaja.

 

Nampaknya apa yang saya bayangkan tak jadi kenyataan. Pengalaman naik feri ke Pangkor ini kiranya lebih kurang je dengan pengalaman saya sebelum ini naik feri dari Jeti Kuala Perlis nak ke Jeti Langkawi.

 

Pengangkutan dari Jeti Pangkor ke Hotel

Dekat jeti akan ada ejen-ejen yang akan tawarkan khidmat sewa kereta, sewa motosikal dan juga pakej aktiviti.

 

Hari pertama ini, biasanya saya akan berehat sahaja di hotel. Saya rasa macam agak rugi kalau ambik kereta pada waktu ini. Jadi untuk pengangkutan ke hotel, saya sewa teksi sahaja.

teksi-pulau-pangkor-harga-berapa

Dekat Pulau Pangkor, teksi yang dimaksudkan sebenarnya adalah van warna pink. Harga untuk kemana-mana destinasi memang telah ditetapkan dan tak boleh nak tawar-menawar.

 

Macam saya, saya nak ke Anjungan Beach Resort di Teluk Nipah, caj yang dikenakan adalah RM16 untuk satu hala. Dari Teluk Nipah kembali ke Jeti Pangkor juga caj yang sama.

 

Tak perlu risau kalau anda bawa beg bagasi yang besar, sebabnya ada banyak ruang dalam van ini untuk anda simpan bagasi anda.

 

Cuma bila naik van ini, saya syorkan anda cari tempat untuk berpaut sebab driver dekat sini bawa agak laju. Apa yang buat rasa seram ialah sebab jalan dekat Pangkor ini cuma ada satu lorong, dengan selekoh tajam dan berbukit-bukit.

 

Check in Hotel di Teluk Nipah

Hotel pilihan kami adalah Anjungan Beach Resort.

pengalaman-review-anjungan-beach

Baca juga: Pengalaman menginap di Anjungan Beach Resort Pulau Pangkor

 

Alhamdulillah selamat sampai di hotel. Kalau nak buat sebarang aktiviti pun macam tak berapa sesuai, dengan cuaca yang agak panas. Cukup terasa bahang matahari ketika itu.

 

Buat sementara, saya cuma berehat dibilik dan akan mula jelajah sekitar Pangkor selepas waktu Asar. Harap-harap waktu tu keadaan akan jadi lebih redup.

 

Itinerary Percutian ke Pulau Pangkor

Pulau Pangkor jauh beza dengan Pulau Langkawi.

 

Walaupun kedua-dua pulau ini adalah Pulau Bebas Cukai, tapi masih tetap tak sama. Ah… kenapa nak cerita pasal Langkawi, atau nak banding-bandingkan pulau ini dengan Langkawi pulak kan, so saya rasa lebih baik saya tak sentuh lagi pasal Langkawi.

 

Hari Pertama percutian di Pulau Pangkor

Hotel yang kami pilih ini lokasinya adalah di Teluk Nipah.

 

Dekat sini ada dua pantai yang popular dan cantik pemandangannya, iaitu Pantai Teluk Nipah dan juga Pantai Coral.

teluk-nipah-beach-pulau-pangkor

Kita boleh jalan kaki sahaja dari hotel untuk ke pantai ini.

 

Hari pertama ini, aktiviti lebih kepada duduk santai tepi pantai, jalan-jalan sekitar teluk nipah dan singgah di mana-mana gerai yang menyajikan makanan ikut selera tempatan.

Sambil-sambil tu melihat pemandangan matahari terbenam di Teluk Nipah.

 

Tak ada apa yang nak dikejarkan. Kita datang nak berehat, nak bercuti dan mungkin lapangkan fikiran. Bukan datang nak bekerja, atau nak create satu masalah baru, kan.

Just enjoy anugerah yang tuhan berikan kepada kita.

 

Bila suasana dah mula gelap, balik semula ke bilik. Solat Maghrib boleh di jamakkan dengan solat isya. Lepas tu waktu malam boleh keluar semula dan tengok apa-apa yang menarik di sekitar Teluk Nipah.

aktiviti-malam-di-pulau-pangkor

Waktu malam ada banyak kedai-kedai yang dibuka. Kedai menjual cenderahati, kedai runcit, kedai makan semua ada.

 

Hari kedua percutian di Pulau Pangkor

Apa-apa pun kita mulakan hari kedua ini dengan sarapan pagi.

menu-sarapan-anjungan-beach-resort

Ada macam-macam menu makanan untuk sarapan pagi yang dihidangkan.

sarapan-anjungan-beach-resort

Ada menu untuk selera tempatan dan ada juga menu untuk ala-ala barat. Maklumlah, dekat sini juga ada banyak pelancong dari negara asing.

menu-breakfast-anjungan-beach-resort

Menu sarapan pagi yang disediakan oleh pihak hotel ada macam-macam pilihan. Untuk itu, saya rasa sangat berpuas hati dengan hotel ini.

 

Aktiviti snorkeling dan Island Hopping di Pulau Pangkor

Agak rugi kalau datang bercuti ke Pangkor tapi tak buat sebarang aktiviti snorkeling. Jadi saya syorkan anda cubalah buat aktiviti ini.

 

Pulau Pangkor ini tidaklah begitu besar. Kalau nak bersiar-siar sekitar pulau, saya rasa dalam masa satu jam kita dah boleh pusing satu pulau. Jadi, bila kita buat snorkeling dekat Pangkor ni, at least kita boleh jelajah pulau-pulau kecil yang terdapat dalam kawasan Pangkor.

snorkeling-activities-in-pangkor

Pakej snorkeling di Pulau Pangkor ini boleh dapatkan dari beach boy di Teluk Nipah. Saya dapat harga RM60 untuk dua orang.

 

Dekat sini anda boleh cuba minta kurang harga. Kalau tak dapat, boleh cuba beach boy lain. Saya sendiri mula-mula ditawarkan harga RM80. Bila saya pergi ke kaunter yang lain, baru dapat harga RM60 sahaja.

 

Snorkeling ini dibuat di Pulau Giam, yang tak jauh dari Teluk Nipah. Actually dari Teluk Nipah ini kita dah boleh nampak pulau ini.

aktiviti-snorkeling-pulau-pangkor

Naik bot rasanya tak sampai 10 minit pun dah sampai.

 

Aktiviti snorkeling ini kita boleh buat ikut masa kita. Bila rasa dah bosan dan rasa nak balik, boleh call sahaja beach boy yang bawa kita ke sini, dan dia akan datang jemput.

 

Nanti masa nak balik, barulah akan dibawa meninjau pulau-pulau lain yang berhampiran.

 

Ini adalah crocodile rock.

crocodile-rock

Ini pula adalah Turtle Rock.

turtle-rock-pangkor

Manakala yang dibawah ini pula adalah whale rock.

whale-rock-pangkor

Kita tak singgah di pulau ini, cuma bot akan berhenti dekat untuk bagi peluang kita ambil gambar

 

Sewa Motosikal di Pulau Pangkor

Pengangkutan yang popular untuk digunakan bila bercuti ke Pangkor adalah motosikal.

harga-motosikal-pangkor

Kos untuk sewa motosikal adalah RM50 sahaja untuk penggunaan selama 24 jam. Apa yang saya dapat katakan, pengendali perkhidmatan sewa motor di Pangkor ini bukanlah seorang yang berkira.

 

Saya tak follow pun sistem 24 jam cuma saya beritahu waktu jam berapa saya akan pulangkan motosikal. Harganya tetap sama. Saya tak pasti, adakah sebab waktu ini memang tak ramai yang nak sewa motor ataupun mereka memang mesra.

 

Bersiar-siar sekeliling pulau pangkor

Kata brader yang bagi sewa motor tu dekat saya, “ko jalan je mana-mana yang rasa boleh lalu, agak-agak jalan tu terputus atau jalan mati, baru patah balik. Selagi masih boleh lalu, nanti akan jumpa balik tempat mula-mula ko lalu”.

 

Dah nama pun pulau kan, macam manapun kita akan berpusing dekat tempat yang sama sahaja.

 

Pantai Pasir Bogak

Pantai ini merupakan satu lagi pantai peranginan yang popular di Pulau Pangkor. Dekat sini juga ada banyak tempat penginapan yang kita boleh pilih seperti Coral Bay Resort, Puteri Bayu dan juga Sandy Beach Pangkor.

pengalaman-pantai-pasir-bogak

Baca juga: Suatu petang di Pantai Bogak Pulau Pangkor

 

Cuaca petang tu nampak seperti akan hujan. Jadi saya tak dapat nak duduk lama-lama dekat pantai ini.

 

Makan malam menu Shell Out di Selera Teluk Dalam

Perancangan asal, saya sebenarnya nak makan ikan bakar. Ada banyak restoran yang menjual ikan bakar di Teluk Nipah. (cuma harganya mahal dan tak berbaloi la…)

shellout-pulau-pangkor

Tapi itulah, orang kata bukan rezeki.

 

Disebabkan tak dapat makan ikan bakar, saya terus cari tempat lain yang sesuai untuk makan malam. Jumpa restoran Selera Teluk Dalam menerusi carian di Google.

 

Saya pun terus start motor dan pergi ke sini.

 

Selesai makan malam, kami sempat pusing pulau pangkor satu round.

aktiviti-malam-pulau-pangkor

Memanglah ada banyak lampu jalan, tapi waktu saya pergi tu ada bahagian yang memang gelap sebab lampu jalan tak menyala. Fikir banyak kali. Kalau tak berani, baik jangan buat.

 

Kalau nak pusing pulau Pangkor waktu malam juga, hati-hati dengan keadaan jalan yang agak licin, berbukit-bukit dengan selekoh tajam. Satu lagi hati-hati juga dengan kehadiran anjing liar yang keluar mencari makanan diwaktu malam.

 

Hari ketiga percutian di Pulau Pangkor

Hari ketiga ini merupakan hari terakhir di Pulau Pangkor. Walaupun hari terakhir, kita masih ada lagi masa untuk jelajah pulau ini.

 

Apa pun, mulakan dengan breakfast dulu.

menu-breakfast-anjungan-beach-resort

Selesai breakfast, bolehlah bersiap sedia untuk check out.

 

Waktu check out di Anjungan Beach Resort ini adalah jam 11 pagi. Jadi lepas breakfast dah kena siap-siap untuk keluar. Lagipun pada waktu ini, saya ada beberapa tempat yang nak pergi tapi tak sempat.

 

Melawat tempat-tempat menarik di Pulau Pangkor

Aktiviti bersiar-siar dengan motor semalam, masih ada beberapa tempat yang tak sempat nak singgah. Ada beberapa tempat yang nampak menarik, tapi saya tak singgah pun.

Contohnya macam Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan Sate Ikan Pak Su Enterprise ini.

 

Saya sebenarnya plan nak shopping bila dah sampai di Lumut nanti. Jadi memang tak singgah ke tempat ini. Mungkin lain kali.

 

Masjid Al-Badr Seribu Selawat

Masjid ini juga dikenali dengan nama panggilan masjid terapung.

masjid-terapung-albadr

Dibina betul-betul atas air menjadikan ia kelihatan seperti terapung.

masjid-albadr-pemandangan

Singgahlah ke masjid ini untuk melihat keunikkan senibina masjid ini. Boleh ambil gambar kenang-kenangan apabila balik nanti.

 

Masjid ini juga menerima kunjungan pelancongan yang bukan beragama Islam. Tak kira walau siapa anda, dan apa latarbelakang kepercayaan anda, semuanya boleh singgah ke masjid ni.

 

Batu Bersurat

Tiada sebarang penerangan dapat ditemui tentang batu bersurat ini.

mesej-batu-bersurat-di-pangkor

Tapi ada macam-macam kisah diceritakan dari mulut ke mulut oleh masyarakat setempat.

 

Saya tertarik dengan perbincangan mengenai apakah sebenarnya haiwan yang diukir pada batu bersurat tersebut. Adakah ia sebenarnya seekor harimau yang sedang membaham sosok tubuh seorang kanak-kanak ataupun sebenarnya ia merupakan seekor singa?

 

Jika ia sebenarnya adalah gambar seekor singa, maka ia selari dengan Dutch coat of arm yang menggunakan seekor singa sebagai lambangnya.

 

Kota Belanda

Tak jauh dengan lokasi Batu Bersurat letaknya binaan yang sebelum ini merupakan saki baki tinggalan Kota Belanda.

dekoratif-menarik-kota-belanda

Kota Belanda pernah dijadikan tempat untuk mengumpulkan hasil bijih timah yang dilombong di Perak.

 

Namun kota ini dimusnahkan oleh penduduk setempat yang memberontak dan tak berpuas hati dengan cara pengurusan pihak Belanda.

melawat-kota-belanda

Saya percaya, buat mereka yang minat untuk mengetahui sejarah disebalik kota ini, pasti akan berminat juga untuk singgah ke sini.

 

Jeti Pangkor untuk kembali ke Lumut

Baik itu sahaja aktiviti yang sempat saya lakukan sepanjang percutian ke Pulau Pangkor.

Untuk balik ke jeti, saya gunakan khidmat teksi dengan caj RM16.

 

Bila dah sampai di Lumut barulah saya mula shopping dan beli sedikit buah tangan untuk dibawa pulang. In Shaa Allah, jika ada rezeki, ada kesihatan dan umur yang panjang, mudah-mudahan saya dapat datang sekali lagi bercuti di pulau ini.

 

Semoga perkongsian ringkas ini bermanfaat dan berguna untuk pembaca sekalian. Nak baca versi yang lebih panjang? Boleh mula dengan artikel dibawah ini ya.

Baca disini: Travelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 – Hari Pertama

 

Selamat bercuti ke Pulau Pangkor!

 

 

Baca juga...

  • Travelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 – Hari pertama di PangkorTravelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 – Hari pertama di Pangkor
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau PangkorSerius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Suatu petang di Pantai Pasir Bogak Pulau PangkorSuatu petang di Pantai Pasir Bogak Pulau Pangkor
  • Travelog Bercuti ke Pulau Pangkor 2020 – Melawat Tempat Menarik di Pangkor pada hari ketigaTravelog Bercuti ke Pulau Pangkor 2020 – Melawat Tempat Menarik di Pangkor pada hari ketiga
  • Travelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 – Aktiviti Snorkeling Pada Hari kedua di PangkorTravelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 – Aktiviti Snorkeling Pada Hari kedua di Pangkor
  • Saya nak beri anda RM120 untuk anda pergi bercutiSaya nak beri anda RM120 untuk anda pergi bercuti
  • Hutan Lipur Jeram Toi – Apa yang menarik menanti pengunjung disini?Hutan Lipur Jeram Toi – Apa yang menarik menanti pengunjung disini?
  • Percutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 MalamPercutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 Malam
  • Taman Negeri Selangor – Makan tengahari dan main air sungai di Hutan Lipur Sungai TuaTaman Negeri Selangor – Makan tengahari dan main air sungai di Hutan Lipur Sungai Tua
  • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah PerakPulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • Tempat makan yang saya kunjungi semasa bercuti di Kundasang dan Kota KinabaluTempat makan yang saya kunjungi semasa bercuti di Kundasang dan Kota Kinabalu
  • Pengalaman menginap di Anjungan Beach Resort semasa percutian di Pulau PangkorPengalaman menginap di Anjungan Beach Resort semasa percutian di Pulau Pangkor
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Pulau Tagged With: aktiviti di pulau pangkor, apa yang menarik di pulau pangkor, bercuti di pulau pangkor, pengalaman percutian di pulau pangkor

Comments

  1. rujukan says

    April 26, 2020 at 2:56 pm

    bro nak tanya, masa snorkeling tu, ada ikan besar besar x, saya gerun kalau ada ikan besar

    Reply
    • Sabree Hussin says

      May 14, 2020 at 6:50 pm

      Kat Pangkor ni tak nampak pulak ikan besar-besar. Semua besar tapak tangan je. Tapi kalau kat Manukan ada yang besar.

      Reply

Trackbacks

  1. Apa yang dimaksudkan dengan Artikel SEO Optimized? - Blog Sabree Hussin says:
    July 30, 2022 at 1:08 pm

    […] contoh, pelayar A bermula dengan membuat carian kata kunci tertentu misalnya “bercuti ke Pulau Pangkor” di search engine Google. Kemudian dia menemui beberapa laman web dan salah satunya ialah […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Panduan Bisnes Homestay bagi orang yang baru nak bermula - Blog Sabree Hussin on Cameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum teh
  • Tempat Masuk Percuma Dan Shopping Murah di Cameron Highlands - Cuti Viral on S’Corner Central Market – Tempat shopping di Cameron Highland
  • Strategi memberikan Pengalaman Penginapan TERBAIK kepada tetamu homestay - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Hard sell atau soft sell - Nak guna yang mana? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in