Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Pengalaman Pertama Kali Ke Zoo Melaka

October 31, 2017 by Juan 2 Comments

Kepada anda yang meminati haiwan binatang pasti suka kalau dapat pergi ke Zoo bukan? Saya pun begitu. Saya pernah ke Zoo Johor dan pada musim cuti tiba tiba terasa mahu melawat dan pergi ke Zoo di Melaka. Kenapa teringin mahu ke sana? Rasanya semua orang pasti bersetuju dengan saya iaitu kalau orang Malaysia bercakap tentang zoo di Malaysia ini, apa yang mereka akan fikir? Sudah tentulah tempat zoo seperti Zoo Taiping, Zoo Negara dan juga Zoo Melaka betul? Jadi secara umumnya saya sudah pasti terasa teruja untuk ke sana kerana berpendapat ianya pasti menyeronokkan kalau saya bawa seisi keluarga jalan jalan hari cuti ke negeri Melaka.

Kami sekeluarga bertolak pagi dari Kluang Johor. Dan perjalanan untuk sampai ke destinasi iaitu susur masuk toll Ayer Keroh Melaka adalah 1 Jam 30 minit sahaja dengan kelajuan purata 100KM/H. Dan zoo melaka tidaklah terlalu jauh selepas masuk ke toll ayer keroh Melaka itu. Dekat sahaja. Anda pandu lurus pasti akan bertemu dengan signboard bertanda “Zoo Melaka” dengan jelas sekali. Kami masuk dan terus cari parking kereta yang berdekatan. Lagi dekat lagi bagus. Ini kerana kawasan parking kereta berhadapan dengan kaunter tiket zoo melaka kalau penuh memang anda terpaksa parking agak jauh.

Pintu gerbang masuk ke kawasan Zoo Melaka
Pintu gerbang masuk ke kawasan Zoo Melaka

Apa Yang Menarik Di Zoo Melaka

Sebelum masuk sudah tentu kena beli tiket pass masuk ke zoo melaka. Harga tiket zoo melaka adalah seperti ini iaitu RM17.80 untuk individu berumur 13 tahun dan ke atas. Dan harga tiket RM7.10 untuk yang berumur 12 tahun ke bawah termasuk golongan warga tua. Kalau hendak lebih detail berkenaan harga tiket ini, sila semak sendiri di sini – [ Melaka Zoo Ticket ]. Harga tiket untuk ke zoo di Melaka ini bagi saya masih agak reasonable. Kami datang 6 orang pun baru habis RM100 sahaja. Bagi saya sudah sangat berbaloi dan juga murah. Selepas beli dan bayar harga tiket zoo, akan dapat pelekat di pergelangan tangan sebagai tanda sudah membeli tiket dan akan dibenarkan masuk ke kawasan zoo.

Masuk ke perkarangan kawasan zoo melaka
Masuk ke perkarangan kawasan zoo melaka

Awal awal masuk ke perkarangan kawasan dalam zoo nanti akan ada tempat rehat, tempat duduk, kedai menjual makanan dan minuman, ada tempat permainan untuk kanak kanak dan juga tandas awam. Kepada yang takut berasa haus berjalan penat tu belilah air mineral siap siap. Dan kepada yang takut nanti hendak terkencing dan tidak jumpa toilet, silalah buang air kecil siap siap. Ini kerana kawasan zoo melaka ini agak besar. Saya sendiri penat berjalan pusing satu kawasan zoo ini.

Biawak di zoo
Biawak di zoo
Mengkarung di zoo
Mengkarung di zoo

Sebenarnya saya sendiri pun tidak pasti nama binatang di atas ini. Ada yang kata biawak dan ada yang kata mengkarung. Kalau tidak silap saya anda nama lain bagi binatang di atas ini terutamanya yang berwarna merah ke perang perangan ini.

Melihat badak sumbu
Melihat badak sumbu
Melihat zirafah yang jinak
Melihat zirafah yang jinak

Seronok dapat melihat pelbagai binatang dan haiwan. Badak sumbu kalau tengok depan depan mata anda akan merasakan ianya seekor haiwan yang sangat besar, berat dan berkulit tebal. Memang kalau kita sebagai manusia memang tidak boleh lawan haiwan seperti ini. Zirafah pula biasanya kita teruja untuk tengok kerana lehernya yang panjang dan juga satu spesis yang agak jinak. Anda kasi makan daun rumput ianya pasti akan makan di atas tangan anda. Cuma anda berani atau tidak berani sahaja.

Kawasan persekitaran zoo melaka yang luas
Kawasan persekitaran zoo melaka yang luas
Jalan jalan santai di melihat haiwan binatang di zoo melaka
Jalan jalan santai di melihat haiwan binatang di zoo melaka

Kawasan zoo melaka agak besar dan luas. Kalau boleh anda bersarapanlah dahulu takut anda lapar sahaja. Bagi saya air sangat penting. Cuaca Malaysia memang panas dan boleh menyebabkan kita dahaga. Walaupun banyak kawasan agak teduh kerana ada banyak tumbuhan besar, ada kawasan juga terdedah kepada matahari. Jadi rancang perjalanan anda ok.

Contoh kawasan rehat yang ada di dalam kawasan zoo melaka
Contoh kawasan rehat yang ada di dalam kawasan zoo melaka
Kawasan santai rehat atas tasik berdekatan zoo melaka
Kawasan santai rehat atas tasik berdekatan zoo melaka

Untuk pengetahuan anda, di tepi kawasan zoo melaka ini ada tasik yang agak cantik. Malah siap ada kawasan seperti kawasan rehat di atas tasik ini. Anda lihat gambar di atas ini. Memang menarik. Laluan atas tasik ini nanti akan masuk balik ke kawasan zoo.

Anak gajah meminta makanan
Anak gajah meminta makanan
Kijang yang agak pemalu dengan manusia
Kijang yang agak pemalu dengan manusia

Antara yang menarik yang ada di Zoo Melaka dari pengalaman saya adalah, ada sesi kasi makanan rumput kepada anak gajah. Anak gajah pun sudah sangat besar. Agak jinak tetapi risau juga kalau terlalu dekat. Sebenarnya ada sangat banyak haiwan dan binatang di sini. Cumanya saya tidak berkesempatan untuk ambil ke semua gambar. Ada binatang buas seperti harimau dan singa. Ada binatang dalam air seperti kura kura. Dan ada binatang terbang di udara seperti burung burung. Jadi memang ada sangat banyak yang boleh anda lihat di zoo melaka ini.

Santai makan makan setelah penat ke zoo melaka
Santai makan makan setelah penat ke zoo melaka

Selepas habis jalan jalan, seperti biasa sampai waktu makan makan. Perut pun sudah terasa lapar. Kami cari kawasan dan makan makanan yang emak sudah masak dari rumah. Jadi jimat sikit kos. Kami makan hidangan nasi lemak yang dimasak dan dibawa dari rumah sahaja. Apa yang boleh saya kongsikan dengan anda adalah, sila datang awal pagi. Kalau mahu lewat sedikit, lebih baik datang petang sedikit. Waktu tengah hari sangat panas. Bagi saya terasa penat dan haus kalau berjalan jalan tengah hari. Dan berkenaan dengan berbaloi atau tidak melawat zoo melaka ini. Dengan harga tiket semahal RM17.80 seorang, bagi saya ianya sudah lebih dari berbaloi. Keluarga saya happy dengan trip ringkas kami ini.

Contoh penginapan rumah homestay untuk anda booking secara online
Contoh penginapan rumah homestay untuk anda booking secara online

Persediaan Melancong Ke Melaka

  • Agoda – gunakan website ini untuk mencari dan booking bilik hotel di Melaka
  • AirBnB – gunakan website ini untuk mencari rumah homestay murah
  • AirPaz – gunakan website ini untuk mencari tiket kapal terbang ke Melaka
  • BusTicket – gunakan website ini untuk mencari tiket bas express ke Melaka

Biasanya orang yang datang ke Melaka lebih kepada percutian. Jadi ramai yang ke Melaka kerana mahu berehat dan berjalan jalan lama di negeri Melaka ini. Anda mungkin mahu melawat Zoo Melaka, taman burung Melaka Bird Park, melihat melawat tempat bersejarah, mahu ke taman tema air, makan makan dan sebagainya. Jadi sudah tentu anda mahu merancang lawatan perjalanan anda lebih awal untuk keselesaan. Jadi di atas ini saya sudah sediakan laman laman website yang perlu anda tahu untuk merancang perjalanan perlancongan anda lebih awal. Apa apa pun selamat bercuti dan selamat melancong ke Melaka. Bye.

Baca juga...

  • Masjid Bandaraya Kota Kinabalu – juga dikenali sebagai Masjid Terapung LikasMasjid Bandaraya Kota Kinabalu – juga dikenali sebagai Masjid Terapung Likas
  • Tempat penginapan untuk pengunjung di Taman Alam Kuala SelangorTempat penginapan untuk pengunjung di Taman Alam Kuala Selangor
  • Pulau Burung Pantai Cahaya Negeri Port Dickson – Jom Explore!Pulau Burung Pantai Cahaya Negeri Port Dickson – Jom Explore!
  • Nak cari Hotel MURAH? Guna dan amalkan tips iniNak cari Hotel MURAH? Guna dan amalkan tips ini
  • Restoran Taman Abang – Restoran Steamboat and Grill PILIHAN di Cameron HighlandRestoran Taman Abang – Restoran Steamboat and Grill PILIHAN di Cameron Highland
  • Makan tengahari di Pantai Merdeka, Kota Kuala MudaMakan tengahari di Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda
  • Tips Cari Tiket Penerbangan Murah untuk percutian andaTips Cari Tiket Penerbangan Murah untuk percutian anda
  • Pengalaman menginap di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort Port DicksonPengalaman menginap di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort Port Dickson
  • Kisah perjalanan ke Teluk Bayu Water Chalet, Kota Kuala Muda, KedahKisah perjalanan ke Teluk Bayu Water Chalet, Kota Kuala Muda, Kedah
  • Homestay 3 bilik di Tanah Rata Cameron HighlandHomestay 3 bilik di Tanah Rata Cameron Highland
  • Diskaun sehingga RM165 untuk tempahan di laman web AirbnbDiskaun sehingga RM165 untuk tempahan di laman web Airbnb
  • Pakej Island Hopping dan snorkeling ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi SabahPakej Island Hopping dan snorkeling ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi Sabah
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Tempat Menarik Tagged With: apa yang ada di zoo melaka, bercuti ke zoo melaka, harga tiket zoo melaka, lawatan ke zoo melaka, melancong ke Melaka, melancong ke zoo melaka, pengalaman ke zoo melaka, trip ke zoo melaka, zoo di Malaysia, zoo melaka, zoo melaka Malaysia

Trackbacks

  1. Pengalaman menginap di Homestay Melaka Bukit Katil bersama keluarga - Xplorasi Destinasi says:
    November 11, 2017 at 10:13 am

    […] melalui beberapa tempat-tempat menarik yang ada di Melaka. Salah satu yang saya perasan, adalah Zoo Melaka. Memandangkan lawatan ke Zoo Melaka tak termasuk dalam perancangan, jadi kami tak singgah ke tempat […]

    Reply
  2. Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak - Xplorasi Destinasi says:
    November 15, 2017 at 12:55 pm

    […] makanan mereka. Walaupun ianya bukan kawasan yang menarik seperti untuk berseronok seperti di Zoo Melaka, tetapi ianya tetap menarik lagi lagi kepada mereka yang sukakan sejarah dan hidupan binatang […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Sabree Hussin on Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Beli Kereta Baru on Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, Pahang
  • Pemilihan lokasi yang strategik untuk bisnes homestay - Blog Sabree Hussin on Percutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 Malam
  • Zul on Nasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, Selangor

Copyright © 2025 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in