Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Pakej Island Hopping dan snorkeling ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi Sabah

December 20, 2018 by Sabree Hussin 5 Comments

Aktiviti yang saya susun pada hari ketiga semasa bercuti di Sabah, adalah melakukan aktiviti Island Hopping dan juga snorkeling. Ada beberapa pulau yang popular untuk aktiviti ini namun dalam percutian kali ini kami pilih 2 buah pulau sahaja iaitu, Pulau Manukan dan Pulau Sapi.

 

Sebenarnya pada hari ketiga saya masih lagi berada di Kundasang dan menginap di H Benjamin Residence.

 

Bagi memastikan perjalanan program pada hari itu berjalan lancar, kami buat keputusan untuk check out lebih awal dari waktu yang sepatutnya.

 

Kami check out seawal jam 6 pagi. Proses untuk check out sangat mudah. Saya hanya perlu tinggalkan kunci di atas meja solek sahaja. Ini merupakan prosedur biasa untuk mana-mana tempat penginapan yang kita tempah melalui laman web Airbnb.

 

Tempahan melalui Airbnb lazimnya tidak memerlukan kita untuk membayar sekuriti deposit. Jadi bila kita nak check out, kita boleh keluar begitu saja. Tak perlu bersusah payah pergi ke kaunter untuk serahkan kunci dan dapatkan semula wang deposit.

 

Beginilah keadaan persekitaran di Kundasang pada jam 6 pagi.

pemandangan-kundasang

Pada masa ini keadaan memang dah terang dan suasana seperti ini memang sangat berbeza kalau dibandingkan dengan di Semenanjung. Biasanya kalau di Semenanjung, pada pukul 6 pagi suasana masih gelap.

 

Perjalanan dari Kundasang ke Kota Kinabalu mengambil masa sekurang-kurangnya dua jam. Kalau mulakan perjalanan seawal 6 pagi sepatutnya kami boleh sampai pada jam 8 pagi.

 

Tapi pada hari tersebut saya tersilap buat perkiraan. Hari itu merupakan hari bekerja dan kami terperangkap dalam kesesakan trafik bersama-sama dengan penduduk sekitar yang ingin keluar bekerja.

 

Perjalanan yang mengambil masa 2 jam bertambah menjadi hampir tiga jam. Nasib baiklah kami keluar pada 6.00 pagi, kalau kami keluar lebih lewat dari tu mungkin pukul 10 pun masih tak sampai lagi di jeti Jesselton Point.

jeti-ke-pulau-manukan

Sekitar jam 8.45 pagi kami sampai di Jesselton Point dan bersiap sedia untuk menaiki bot ke Pulau Manukan.

 

Pada waktu ini suasana sudah mulai sibuk di jeti ini. Sudah ada ramai kehadiran pelancong yang keluar masuk ke Jeti untuk menuju ke destinasi masing-masing.

 

Awal-awal lagi saya sudah menempah pakej Island Hopping bersama dengan syarikat Global Lepa. Untuk pengetahuan anda syarikat Global Lepa ini adalah syarikat yang sama yang saya gunakan untuk membuat tempahan kereta sewa sepanjang percutian ke Sabah.

 

Bagi yang belum membuat tempahan tiket Island Hopping lebih awal, anda perlu membuat pembelian tiket di Jesselton Point.

aktiviti-snorkeling-pulau-manukan

Pakej Island Hopping ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi ini saya ambil bersama dengan set makan tengahari dan juga seorang tour guide. Cik Fina ini adalah kami punya tour guide.

 

Saya tak pasti kalau anda dapatkan pakej Island Hopping ini daripada travel company yang lain sama ada mereka ada sediakan khidmat tour guide ataupun tidak. Bagusnya bila ada tour guide ini ialah dia boleh tolong tengok-tengokkan barang-barang kita sewaktu kita sedang seronok melakukan aktiviti air.

 

Waktu kita tengah seronok buat snorkeling tak perlulah kita asyik terfikir tentang kamera dan handphone yang kita tinggalkan dalam beg. Lainlah kalau kita ada seseorang yang akan tolong jaga barang-barang kita.

 

Tapi tak seronok lah kalau kita pergi bercuti kemudian kita suruh kawan kita jaga barang. Kota Kinabalu dengan Kuala Lumpur bukannya dekat dan kita bukannya boleh pergi setiap hari atau setiap minggu ke sini.

 

Kalau dapat pergi bercuti setahun sekali itu pun dah kira bagus, tiba-tiba kita nak suruh dia jadi tukang jaga barang pula. Mana boleh… kan. Untuk tidak menyusahkan sesiapa, kita ambillah khidmat dari tour guide. Anda juga boleh buat tempahan melalui Global Lepa seperti saya.

 

Bukanlah saya nak kata yang keselamatan di pulau-pulau ini tidak baik ataupun ada pencuri yang akan mengambil kesempatan diatas kelekaan kita, cuma saya teringat peristiwa semasa di Pulau Dayang Bunting yang mana pada ketika itu ada monyet yang cuba nak curi barang yang kita bawa.

 

Ini adalah pakej yang ditawarkan oleh pihak Global Lepa

Island Trip Tour
Daily : 8am – 4pm

Island Package

Manukan
RM 55/pax (min 12 pax)
RM 60/pax (min 10 pax)
RM 65/pax (min 8 pax)
RM 70/pax (min 6 pax)
RM 75/pax (min 2 pax)

Child (3-12 years)
Less RM10 than adult rate.

Infant below 3 years is FREE

 

Package Include
– Boat fee
– Jetty Fee
– Snorkel Mask
– Life jacket

 

ADD-ON

Add Island (Sapi & Mamutik)
RM 5 / island

 

BBQ Lunch
Adult RM 40 / pax
Child RM 30 / pax

 

GUIDE
RM 50

 

WATER SPORT

Banana Boat : RM 30 / pax
– 10 mins play
– minimum 4 pax per session

Flying Fish : RM 65 / pax
– 10 mins
– minimum 4 pax per session

Parasailing : RM 75 / pax
– 10 mins

Jetski : RM 170 / pax
– 30 mins

Sebarang pertanyaan boleh terus berhubung dengan syarikat Global Lepa ditalian 60128440137 atau klik ke http://globallepa.wasap.my/

bot-ke-pulau-manukan

Destinasi pertama yang kami tuju adalah ke Pulau Manukan. Untuk ke Pulau ini kita akan menaiki sebuah bot laju. Perjalanan ke Pulau Manukan mengambil masa lebih kurang 15 ke 20 minit sahaja. Dari bot ini kita boleh lihat pemandangan sekitar Kota Kinabalu.

 

Alhamdulillah cuaca pada hari itu sangat baik.

 

Bila saya kata cuaca sangat baik sebenarnya keadaan cuaca sangat panas. Dalam keadaan cuaca begini,  semua aktiviti boleh dijalankan tanpa ada sebarang masalah. Saya syorkan sebelum anda mulakan aktiviti, siap sedia dengan sun protector dulu ya.

pulau-manukan-sabah

Itulah dia pulau-pulau yang bakal kita lawati. Kita akan mula mendarat di Pulau Manukan terlebih dahulu.

 

Kali ini saya dapat tempat duduk yang cukup strategik untuk tangkap gambar.

snorkeling-ke-pulau-manukan

Tak ada pengunjung lain yang sibuk nak block pemandangan, walaupun dia dah tahu kita sedang sibuk ambil gambar. Boleh pulak buat tak tau, dan tak nak bagi ruang untuk kita ambil gambar.

 

Dah nampak jeti untuk masuk ke Pulau Manukan.

pakej-snorkeling-pulau-manukan

Turun je dari bot, kita kena panjat tangga sikit.

pulau-manukan-aktiviti

Selepas tu ikut sahaja laluan yang tersedia untuk masuk ke pulau. Kemudian kita akan sampai ke satu pintu gerbang yang mengalu-alukan kedatangan kita semua ke pulau ini.

 

Sambil jalan atas jambatan ini, saya sempat ambil beberapa gambar.

best-ke-pulau-manukan

Dari atas jambatan ni kita boleh nampak dasar laut. Air dia memang jernih betul! 

keindahan-pulau-manukan

Ok kita dah sampai ke pintu masuk Pulau Manukan.

 

“Selamat datang ke Taman Tunku Abdul Rahman Pulau Manukan”

pulau-manukan-sabah

Anda akan dikenakan bayaran yuran konservasi apabila masuk ke pulau ini. Bayaran yang akan dikenakan adalah seperti di bawah ini.

bayaran-masuk-ke-pulau-manukan

Bayaran Yuran Konservasi Pulau Manukan

Bukan Warganegara

Dewasa 18 tahun ke atas RM20

Kanak-kanak  bawah 18 tahun  RM15

Bawah 6 tahun  RM10

Warga emas 60 tahun ke atas  RM15

 

Warganegara

Dewasa 18 tahun ke atas RM5

Kanak-kanak Bawah 18 tahun RM3

Bawah 6 tahun percuma

Warga emas 60 tahun ke atas  RM3

 

Orang kelainan Upaya (OKU) Percuma

 

Sewa perkhemahan
Dewasa RM5
Kanak-kanak RM2

 

Yuran menyelam
Luar negara RM50
Warganegara RM20

 

Memandangkan saya sudah ambil pakej Island Hopping dengan pihak Global Lepa jadi saya tidak perlu lagi buat sebarang bayaran apabila tiba di Pulau Manukan ini.

 

Macam biasa, benda pertama kita buat ialah cari tempat untuk letak barang-barang yang kita bawa.

port-lepak-pulau-manukan

Dekat sini ada banyak pokok-pokok yang kita boleh jadikan tempat untuk berteduh. Ada juga meja dan bangku disediakan cuma jumlahnya terhad. Siapa cepat, dia dapat.

 

Cuba perhatikan gambar ini betul-betul. Nampak tak macam ada tali dekat situ?

snorkeling-pulau-manukan

Ok ini pemandangan dari atas jambatan untuk lebih jelas lagi.

aktiviti-boleh-buat-di-pulau-manukan

Garisan ini merupakan sempadan untuk para pengunjung. Air laut dibahagian sebelah sana lebih dalam, dan ada juga saya tanya pada seorang lelaki yang bertugas menjaga keselamatan di pulau ini, katanya ini garisan sempadan ini juga bertujuan untuk elakkan pengunjung merosakkan terumbu karang yang terdapat disebelah sana.

 

Pulau Manukan ini memang sangat popular, dan sepanjang saya berada disini, saya lihat pengunjung datang tanpa henti.

melancong-pulau-manukan

Paling ramai ialah pelancong dari negara China.

 

Kalau anda ambil pakej Island Hopping beserta dengan set makan tengahari, makanan akan dihidangkan semasa anda berada di pulau ini.

 

Sementara menunggu makanan siap dihidangkan, saya jalan-jalan sekitar pulau dan ambil gambar buat kenang-kenangan.

pengalaman-menarik-pulau-manukan

Air dekat sini memang sangat jernih.

pulau-manukan-di-kota-kinabalu

Seolah-olah kita berada di sebuah swimming pool yang sangat besar.

air-laut-pulau-manukan

Airnya sangat jernih macam air paip.

kelebihan-pulau-manukan

Kalau ada kesempatan saya syorkan anda datanglah ke Pulau Manukan ini. Kalau anda tak nak buat snorkeling sekali pun, anda boleh jalan-jalan sekitar Pulau ini.

 

Pakej Island Hopping ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi ini saya ambil bersama dengan pakej makan tengah hari. Makanan adalah style buffet.

set-makanan-pulau-manukan

Boleh ambil sendiri berapa banyak kecuali lauk-pauk.

 

Hidangan nasi dan mi goreng anda boleh ambil mengikut kuantiti yang anda mahukan.

menu-makan-pulau-manukan

Kalau nak tambah nasi pun boleh. Tapi saya rasa dah kenyang dengan apa yang saya ambil ini.

Tiba masa untuk bergerak ke pulau seterusnya, iaitu Pulau Sapi.

 

Ini jeti Pulau Sapi.

pemandangan-jeti-pulau-sapi

Air laut dekat Pulau Sapi ini juga boleh tahan jernihnya.

pakej-pulau-sapi

Dari atas jeti kita boleh nampak ada banyak ikan berenang-renang.

selamat-datang-ke-pulau-sapi

Jom kita masuk. Untuk masuk ke Pulau Sapi, juga akan dikenakan bayaran. Tapi kalau anda sudah ambil pakej, semuanya akan termasuk dalam pakej.

 

Kita boleh terus masuk dan cari port yang sesuai untuk letak barang-barang.

pakej-pulau-sapi

Dekat Pulau Sapi ini, saya dapati pantainya tidak begitu luas, kalau nak bandingkan dengan Pulau Manukan.

aktiviti-menarik-pulau-sapi

Lepas tu kita boleh nampak macam ada rumah milik penduduk disitu.

aktiviti-menarik-pulau-sapi

Air ni nampak macam cetek, tapi sebenarnya dalam! Bagi yang tak pandai berenang tu, sila pastikan anda sentiasa pakai life jacket ya.

Dekat Pulau Sapi ini pun ada sempadan yang kita tak dibenarkan untuk pergi.

snorkeling-tepi-pantai

Baiklah, sampai masa untuk keluar dari pulau ini. Dalam sehari sebenarnya ada beberapa trip untuk kita keluar dan masuk ke pulau ini.

 

Masa saya berada di pulau ini, saya juga ada pilihan sama ada nak keluar pada jam 3.30 petang atau trip yang lagi lewat dari itu.

bot-ke-pulau-sapi

Tapi saya pilih untuk keluar awal. Rasa dah cukup penat main air dan kalau lama sangat nanti makin teruk pulak kulit kena sun burn. In Shaa Allah, jika ada rezeki, mungkin saya boleh datang ke tempat ini sekali lagi.

 

Macam mana? Apa pendapat anda? Boleh masukkan Pulau Manukan dan Pulau Sapi dalam itinerary percutian ke Sabah anda tak?

 

 

Baca juga...

  • Senarai Wishlist guesthouse dan homestay yang menarik di AirbnbSenarai Wishlist guesthouse dan homestay yang menarik di Airbnb
  • Pengalaman menginap di H Benjamin Residence semasa bercuti di Kundasang, SabahPengalaman menginap di H Benjamin Residence semasa bercuti di Kundasang, Sabah
  • Pengalaman menginap di Lexis Water Chalet Port DicksonPengalaman menginap di Lexis Water Chalet Port Dickson
  • Percutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 MalamPercutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 Malam
  • Ingin bercuti ke Sabah? Ini dia tentatif percutian 4 hari 3 malam ke Sabah dengan bajet minimaIngin bercuti ke Sabah? Ini dia tentatif percutian 4 hari 3 malam ke Sabah dengan bajet minima
  • Kisah voucher percutian PERCUMA yang tak lakuKisah voucher percutian PERCUMA yang tak laku
  • Kisah perjalanan ke Teluk Bayu Water Chalet, Kota Kuala Muda, KedahKisah perjalanan ke Teluk Bayu Water Chalet, Kota Kuala Muda, Kedah
  • Bagaimana cara solat dalam kapal terbang?Bagaimana cara solat dalam kapal terbang?
  • Rancang percutian pendek dengan mudah menerusi laman web AirbnbRancang percutian pendek dengan mudah menerusi laman web Airbnb
  • Apa Yang Menarik Di Taman Botani Pulau PinangApa Yang Menarik Di Taman Botani Pulau Pinang
  • Aktiviti mandi laut dan melihat penyu di Pantai Tanjung Gemok, Port DicksonAktiviti mandi laut dan melihat penyu di Pantai Tanjung Gemok, Port Dickson
  • Aktiviti Jungle Trekking di Hutan Lipur Sungai TekalaAktiviti Jungle Trekking di Hutan Lipur Sungai Tekala
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Pulau Tagged With: apa yang menarik di pulau manukan, apa yang menarik di pulau sapi, pakej island hopping ke pulau manukan dan pulau sapi, pakej island hopping sabah, pengalaman ke pulau manukan dan pulau sapi

Comments

  1. Mat Drat says

    January 2, 2019 at 7:47 am

    2019 rasa mcm nak repeat ke KK n Kundasang lagi… Lama tak snorkeling kat Manukan / Sapi

    Reply
    • Sabree Hussin says

      January 3, 2019 at 3:42 pm

      Tiket flight dah cari ke Mat Drat 🙂

      Reply

Trackbacks

  1. 5 Niche blog yang bagus kalau nak buat duit pada tahun 2019 - Blog Sabree Hussin says:
    March 20, 2019 at 6:42 pm

    […] pembaca blog ini. Kemudian tak lama selepas itu, saya juga pernah diminta untuk menulis tentang pakej Island Hopping di Pulau Manukan dan Pulau Sapi di […]

    Reply
  2. Percutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 Malam - Xplorasi Destinasi says:
    May 2, 2019 at 10:16 pm

    […] Saya ada cerita dalam posting saya sebelum ni, aktiviti snorkeling di Pulau Manukan dan Pulau Sapi. […]

    Reply
  3. Penipuan kerja sambilan melipat risalah - Anda mungkin mangsa seterusnya! - Sabree Hussin Dot Biz says:
    May 12, 2019 at 10:29 am

    […] bisnes kereta sewa dan juga bisnes pakej Island Hopping dan Snorkeling di Sabah juga saya pernah promosikan di blog saya. Saya doakan dengan usaha yang saya telah lakukan ini, […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Panduan Bisnes Homestay bagi orang yang baru nak bermula - Blog Sabree Hussin on Cameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum teh
  • Tempat Masuk Percuma Dan Shopping Murah di Cameron Highlands - Cuti Viral on S’Corner Central Market – Tempat shopping di Cameron Highland
  • Strategi memberikan Pengalaman Penginapan TERBAIK kepada tetamu homestay - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Hard sell atau soft sell - Nak guna yang mana? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in