Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Restoran Taman Abang – Restoran Steamboat and Grill PILIHAN di Cameron Highland

February 15, 2018 by Sabree Hussin 2 Comments

Hari kedua percutian di Cameron Highland… waktu siangnya dihabiskan dengan aktiviti di Taman Agroteknoklogi MARDI. Itupun cuma separuh hari… bila hujan dah mula turun, kami terus bergegas balik ke homestay di Tanah Rata.

mardi-cameron-highland

Dalam hati rasa bersyukur sangat-sangat sebab hujan turun pada waktu tu. Setidak-tidaknya boleh balik ke rumah dan berehat je.

 

Hujan yang turun tu, sedikit sebanyak menambahkan lagi suasana sejuk di bumi Cameron Highland. Percutian di Cameron Highland kali ini, memang sengaja saya menginap dua malam. Dengan ini, saya ada masa yang cukup untuk berehat dan jalan-jalan di tempat-tempat menarik di Cameron Highland.

 

Kalau malam pertama di Cameron Highland, saya dah luangkan masa berkunjung ke Pasar Malam Cameron Highland yang terletak di Golden Hills, apa aktiviti yang sesuai untuk  dilakukan pada malam kedua di Cameron Highland?

 

Malam kedua ni istimewa sikit, sebabnya malam ini saya dan keluarga akan ke Restoran Taman Abang Steamboat n” Grill.

restoran-taman-abang

Kalau malam sebelum ini, saya dah jalan-jalan di Pasar Malam Cameron Highland, jadi untuk malam yang kedua ni, kami habiskan masa disini.

 

Saya pernah datang ke tempat ini sekitar tahun 2016 dulu. Masa tu nama dan papan tanda tempat ni juga berbeza. Saya masih ada lagi simpan gambar yang saya ambil pada waktu tu.

tempat-stimbot-di-cameron-highland

Dulu ia dikenali dengan nama Restoran Abang & Keluarga.

 

Tempat yang sama. Hanya nama sahaja yang bertukar.

 

Datang ke sini pada hari cuti, pergh… tempat ni memang ramai pengunjung. Kalau datang lewat, memang kena beratur dan ambil nombor.

steamboat-grill-cameron-highland

Selepas solat Maghrib saya dan keluarga terus ke sini. Ingatkan saya dah datang awal, rupanya dah ramai yang makan dekat restoran ni.

 

Sekarang terpaksa tunggu giliran.

makan-stimbot-cameron-highland

Dekat belakang nombor ni ada nota.

TERIMA KASIH KERANA MENUNGGU

(1) Sila berada di ruang menunggu di restoran ini sehingga nombor anda dipanggil

(2) Pulangkan nombor ini sewaktu membuat bayaran. Anda perlu membayar sebelum mengambil meja yang ditentukan.

(3) Sekiranya anda berhasrat untuk ke tempat lain, sila kembalikan nombor ini dan giliran anda akan terbatal. Anda perlu mengambil nombor giliran yang baru sekiranya anda ingin meneruskan giliran

 

Selepas kita dapat nombor ni, duduk je kat tempat menunggu dan jangan pergi ke mana-mana. Bila nombor kita dipanggil dan kita tak ada kat tempat menunggu, secara automatik nombor kita akan dibatalkan dan pengunjung seterusnya yang akan dapat giliran kita.

 

Macam tu la lebih kurang sistem menunggu yang dipraktikkan dekat restoran stimbot ni.

restoran-stimbot-cameron-highland

Sebenarnya dekat Cameron Highland ni memang ada beberapa restoran yang menghidangkan steamboat. Tetapi buat masa ni, saya hanya pernah cuba makan disini sahaja.

 

Mungkin, kalau ada kesempatan dan ada rezeki lain, saya akan cuba ditempat lain pula. By the way, restoran ni juga terletak di Tanah Rata. Tak berapa jauh dari homestay tempat kami menginap. Ia juga tak berapa jauh dengan Taman Agroteknologi MARDI.

 

Sekiranya anda menginap di SophiaRose Muslim House, anda boleh layan steamboat ni di homestay sahaja. Pihak tuan rumah ada menyediakan set steamboat untuk kemudahan para pengunjungnya.

 

Anda hanya perlu sediakan bahan-bahan sahaja dan lepas tu boleh menikmati steamboat hanya dari rumah. Kalau yang ada anak kecik ni, kadang-kadang mereka ni tak berapa selesa nak keluar rumah.

 

Maklumlah, kat luar tu kan sejuk. Jadi dengan adanya set steamboat dirumah, semua ini boleh disediakan dirumah sahaja. Cuma banyaklah kerjanya. Nak kena cari sup steamboat (boleh beli atau sediakan sendiri) dan juga bahan-bahan steamboat yang lain.

stimbot-di-cameron-highland

Dapur gas yang digunakan adalah jenis yang saiz kecil. Saya pun ada satu dapur gas macam ni. Dulu pernah beli dapur gas kecik macam tu sebab nak guna untuk camping di Taman Negeri Selangor, Hutan Lipur Sungai Tua.

 

Dalam keadaan yang sejuk macam ni, memang sesuai sangat kalau dapat makan steamboat.

steamboat-cameron-highland

Ini antara yang kami ambil. Biasanya untuk elakkan pembaziran, saya akan ambik sikit-sikit. Bila dah habis baru tambah.

 

Dulu-dulu pernah ada pengalaman, ambik sekali banyak, lepas tu makan tak habis. Itu dulu… masa tu masih tak berapa pandai makan kat steamboat yang amalkan konsep All You Can Eat Buffet.

 

Saya suka ratah udang. Cuma sayangnya, udang yang digunakan dekat sini tak berapa besar, tapi yang lain-lain semuanya okay.

 

Rasanya restoran ni dah jadi destinasi pilihan untuk makan steamboat setiap kali datang ke Cameron Highland ni.

 

Berapa harga Steamboat di Restoran Taman Abang ni?

Mungkin ada antara pembaca yang nak buat bajet kan. Baiklah, ini harga untuk makan steamboat.

Dewasa – RM39 nett

Warga Emas (50 tahun keatas) – RM33 nett

Kanak-kanak (6 tahun – 12 tahun) – RM29 nett

Kanak-kanak 5 tahun dan kebawah – PERCUMA

Harga ni semua termasuk air. Air pun ada pelbagai. Boleh pilih sama ada nak yang sejuk atau yang panas.

 

Sebelum balik tu, saya ada terjumpa Apple Cameron ni.

cameron-highland-apple

Macam mana ya rasanya epal ni?

 

Saya tak pernah rasa lagi epal ni. Mula-mula datang sini, memang ada rasa nak beli. Tapi bila dah kenyang makan steamboat, terus hilang nafsu nak membeli.

 

Hari kedua percutian saya di Cameron Highland, saya cuma sempat melawat dua tempat sahaja. Taman Agroteknologi MARDI disebelah siang dan Restoran Taman Abang di sebelah malam. Selebihnya, saya hanya duduk di homestay dan berehat sahaja…

 

Ok saya tidur. Tak apalah, esok masih ada satu hari lagi di Cameron Highland.

 

Baiklah, sekiranya anda mencari tempat menginap di Cameron Highland jenis homestay, anda boleh ke laman web ini untuk melihat senarai homestay yang ada di Cameron Highland.

homestay-murah-di-cameron-highland

Jangan bimbang tentang harga sebabnya kadar sewa homestay di Cameron Highland tidaklah begitu tinggi.

 

Untuk lebih penjimatan, saya syorkan anda dapatkan travel credit yang anda boleh gunakan ketika buat booking dari halaman ini.

 

Saya ucapkan, selamat bercuti dan rancanglah perjalanan percutian anda di Cameron Highland nanti dengan tersusun.

 

 

Baca juga...

  • Windmill PD Farm – Tempat mesti pergi jika bawa anak-anak bercuti ke Port DicksonWindmill PD Farm – Tempat mesti pergi jika bawa anak-anak bercuti ke Port Dickson
  • Cara berjimat sehingga RM120 untuk tempat penginapan apabila pergi bercuti dalam dan luar negaraCara berjimat sehingga RM120 untuk tempat penginapan apabila pergi bercuti dalam dan luar negara
  • 7 Aktiviti BEST di Pantai Morib. Aktiviti No.7 paling ramai orang tak tau!7 Aktiviti BEST di Pantai Morib. Aktiviti No.7 paling ramai orang tak tau!
  • Adakah buat tempahan di laman web Airbnb lebih murah berbanding laman web lain?Adakah buat tempahan di laman web Airbnb lebih murah berbanding laman web lain?
  • Homestay di Tangkak yang selesa dengan harga berpatutanHomestay di Tangkak yang selesa dengan harga berpatutan
  • Time Tunnel – Terowong Masa Menggamit Kenangan Silam di Cameron HighlandTime Tunnel – Terowong Masa Menggamit Kenangan Silam di Cameron Highland
  • Panduan Airbnb – Perkara yang anda perlu berikan perhatian apabila membuat tempahan di laman web AirbnbPanduan Airbnb – Perkara yang anda perlu berikan perhatian apabila membuat tempahan di laman web Airbnb
  • Homestay di Kota Kinabalu – ED Homestay menawarkan tempat penginapan berdekatan Airport Kota KinabaluHomestay di Kota Kinabalu – ED Homestay menawarkan tempat penginapan berdekatan Airport Kota Kinabalu
  • Pengalaman menginap di Ayana Holiday Resort semasa bercuti di Kundasang, SabahPengalaman menginap di Ayana Holiday Resort semasa bercuti di Kundasang, Sabah
  • Santapan tengah hari di Warong Udang Galah Kuala Selangor dengan harga bajetSantapan tengah hari di Warong Udang Galah Kuala Selangor dengan harga bajet
  • Senarai tempat menarik di Kota BharuSenarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Hutan Lipur Sungai Tua – Pengalaman camping tepi sungai di Taman Negeri SelangorHutan Lipur Sungai Tua – Pengalaman camping tepi sungai di Taman Negeri Selangor
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Tempat Makan Tagged With: restoran steamboat di cameron highland, restoran stimbot cameron highland, steamboat and grill cameron highland, tempat makan best di cameron highland, tempat makan steamboat di cameron highland

Trackbacks

  1. S'Corner Central Market - Tempat shopping di Cameron Highland - Xplorasi Destinasi says:
    February 19, 2018 at 1:08 pm

    […] Restoran Taman Abang […]

    Reply
  2. Cadangan tempat menarik untuk anda kunjungi apabila bercuti ke Cameron Highland - Blog Sabree Hussin says:
    May 30, 2018 at 12:58 pm

    […] Baca lagi tentang tempat ini disini: Restoran Taman Abang – Restoran Steamboat and Grill PILIHAN di Cameron Highland […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, Pahang
  • Pemilihan lokasi yang strategik untuk bisnes homestay - Blog Sabree Hussin on Percutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 Malam
  • Zul on Nasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, Selangor
  • munirah on Pengalaman menginap di Teluk Bayu Floating Chalet, Kota Kuala Muda, Kedah
  • FAUZIAH on Hutan Rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik?

Copyright © 2025 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in