Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Pengalaman menginap di Homestay Melaka Bukit Katil bersama keluarga

November 11, 2017 by Sabree Hussin 4 Comments

Awal bulan Februari 2017 yang lepas, saya ke Melaka bersama keluarga. Semua sekali tujuh orang yang ikut bersama trip tersebut.

 

Bila berkumpul ramai-ramai macam ni, sudah tentu lebih sesuai dan lebih jimat untuk menginap di homestay. Jadi, dalam percutian tersebut, kami menginap di salah sebuah homestay di Melaka yang letaknya di Bukit Katil.

homestay-melaka-di-bukit-katil

Semasa dalam perjalanan untuk mencari tempat ni, saya melalui beberapa tempat-tempat menarik yang ada di Melaka. Salah satu yang saya perasan, adalah Zoo Melaka. Memandangkan lawatan ke Zoo Melaka tak termasuk dalam perancangan, jadi kami tak singgah ke tempat tersebut.

 

Mungkin lain kali.

homestay-murah-bukit-katil

Kalau ikut perancangan asal, sepatutnya ada 9 orang yang akan ikut trip ke Melaka ni. Tapi last minute tak jadi ikut pulak.

 

homestay-melaka-bukit-katil-murah

Mujurlah kita menginap di homestay. Kalau pilih bilik hotel, kan rugi tu. Bahaya betul kalau ajak orang yang jenis suka cancel last minute. Kita dah sediakan bilik untuk dia, tiba-tiba tak jadi join pulak.

 

Tapi tak apa la. Memandangkan kita semua menginap di homestay yang sama, jadi tak terjejas sangat pun plan asal.

 

Bilik 1 – Master bedroom

homestay-bukit-katil

Dalam bilik pertama ni, ada kelengkapan seperti

  1. Katil queen size
  2. Almari pakaian
  3. Meja solek
  4. Pendingin udara
  5. Tandas dan bilik air dalam bilik

 

Bilik kedua

homestay-bukit-katil-murah

Bilik kedua pula dilengkapi dengan

  1. Katil queen size
  2. Almari
  3. Meja solek
  4. Penyaman udara

 

Bilik ketiga

Bilik ketiga sedikit berbeza dengan bilik-bilik yang lain. Dalam bilik ini ada

  1. Katil queen size
  2. Almari pakaian
  3. Kipas siling

 

Untuk mereka yang tak berapa suka tidur dengan penyaman udara, bolehlah guna bilik ini. Ye la, setengah orang kan, dia tak berapa selesa kalau tidur dengan aircond.

 

Kalau nak masak sendiri makanan di homestay ini juga boleh. Semua kelengkapan yang diperlukan untuk memasak ada disediakan.

memasak-di-homestay-bukit-katil

Tak jauh dari ruang memasak, ada ruang untuk makan.

 

Tuan rumah turut menyediakan meja makan yang boleh memuatkan 4 orang sekali makan.

homestay-bukit-katil

Sepanjang menginap di homestay ni, kami tak guna sangat pun ruangan makan ni. Kebanyakkan masa, kami akan berada di luar dan jalan-jalan melawat kawasan dan tempat-tempat menarik yang ada di Melaka.

 

Ruang tamu homestay ni juga luas. Kalau anda datang ke Melaka dengan jumlah yang agak ramai, dan tak cukup ruang di bilik, boleh juga guna kawasan ruang tamu ni untuk tidur.

 

Lagi satu yang bestnya, masa saya menginap di homestay ni, tuan rumah ada sediakan kerusi urut tau!

Sepanjang waktu berada di Melaka, kami memang banyak habiskan masa di tepi pantai. Saja duduk lepak-lepak dan bila dah petang sikit masing-masing terjun dalam laut.

 

Bila habis mandi, badan tu ada la terasa sakit-sakit, sengal-sengal sikit. Ada kerusi urut ni memang satu nikmat la.

 

homestay-melaka-bukit-katil-murah

Bahagian anjung rumah ni juga besar. Boleh muat dua buah kereta kalau nak parking kat dalam rumah. Jadi memang rasa selamat parking kereta disini.

 

Homestay ini terletak di kawasan kejiranan rumah jenis taman. Ia memang tak begitu jauh dengan kawasan bandar Melaka. Justeru, bagi mereka yang mencari tempat penginapan di Melaka yang berdekatan dengan kawasan bandar, bolehlah pilih untuk menginap di homestay ini.

 

Homestay ini diberi nama Homestay Melaka Casa Indah.

 

Sekiranya anda berkenan untuk menyewa dan menginap di homestay ini, bolehlah berurusan dengan pemilik atau pengurus homestay ni ditalian berikut.

Untuk tempahan, boleh hubungi

Puan Salmie – 017 3777491

En Hatta – 011 20648518

FB FAN Page – Homestay Melaka CASA INDAH

 

Apa lagi? Jom kita explore apa yang menarik di Melaka!

 

 

 

Baca juga...

  • Workshop Lazada Affiliate Program di Pullman Hotels Kuala LumpurWorkshop Lazada Affiliate Program di Pullman Hotels Kuala Lumpur
  • Cara berjimat sehingga RM120 untuk tempat penginapan apabila pergi bercuti dalam dan luar negaraCara berjimat sehingga RM120 untuk tempat penginapan apabila pergi bercuti dalam dan luar negara
  • Menjejaki kawasan penting pelbagai spesies burung di Taman Alam Kuala SelangorMenjejaki kawasan penting pelbagai spesies burung di Taman Alam Kuala Selangor
  • Makan Lokan Bakar di Kampung Salut, Jalan Sulaman, Kota KinabaluMakan Lokan Bakar di Kampung Salut, Jalan Sulaman, Kota Kinabalu
  • Tempat makan yang saya kunjungi semasa bercuti di Kundasang dan Kota KinabaluTempat makan yang saya kunjungi semasa bercuti di Kundasang dan Kota Kinabalu
  • Bolehkah Beli Tiket Bas Secara OnlineBolehkah Beli Tiket Bas Secara Online
  • Memburu Lok Ching di Kuala Perlis – Ramai yang tak tau, Lok Ching tu apa benda!Memburu Lok Ching di Kuala Perlis – Ramai yang tak tau, Lok Ching tu apa benda!
  • Terasa rindu nak pergi bercuti ke Cameron HighlandTerasa rindu nak pergi bercuti ke Cameron Highland
  • Mengejar mentari senja di Tanjung Harapan Port KlangMengejar mentari senja di Tanjung Harapan Port Klang
  • Diskaun sehingga RM165 untuk tempahan di laman web AirbnbDiskaun sehingga RM165 untuk tempahan di laman web Airbnb
  • Pengalaman Pertama Kali Ke Zoo MelakaPengalaman Pertama Kali Ke Zoo Melaka
  • Pantai Tanjung Gemok – Tempat mandi semasa bercuti di Port DicksonPantai Tanjung Gemok – Tempat mandi semasa bercuti di Port Dickson
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Homestay/ Guest House Tagged With: homestay ada swimming pool di melaka, homestay bukit katil, homestay bukit katil ayer keroh, homestay di bukit katil, homestay di melaka, homestay menarik di melaka, malacca homestay

Comments

  1. rujukan says

    November 11, 2017 at 7:24 pm

    homestay ni nampak menarik, cantik dan selesa. Insyaallah kalau saya pergi ke melaka nanti, homestay ni boleh dijadikan salah satu tempat pilihan

    Reply

Trackbacks

  1. Bagaimana blog boleh menghasilkan pendapatan kepada pemiliknya? - Soal Jawab .MY says:
    November 13, 2017 at 1:56 pm

    […] Contohnya artikel ini >> Pengalaman menginap di Homestay Melaka Bukit Katil bersama keluarga […]

    Reply
  2. Pengalaman menginap di D'Kebun Najibah Chalet & Homestay - Xplorasi Destinasi says:
    November 23, 2017 at 11:26 am

    […] Baca juga: Pengalaman menginap di Homestay Melaka Bukit Katil bersama keluarga  […]

    Reply
  3. Konsep Program Homestay sebenar yang selalu disalahertikan - Blog Sabree Hussin says:
    April 27, 2018 at 5:26 pm

    […] saya menginap di homestay Melaka di Bukit Katil, saya dan keluarga sewa seluruh rumah, dan bukannya tinggal bersama pemilik rumah […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Sabree Hussin on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • nazira binti jarib on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • Strategi Content Marketing untuk Bisnes - Panduan untuk orang baru - Sabree Hussin Dot Biz on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highland
  • Alfhonsus on Mengejar mentari senja di Tanjung Harapan Port Klang

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in