Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Kisah perjalanan ke Teluk Bayu Water Chalet, Kota Kuala Muda, Kedah

July 11, 2018 by Sabree Hussin Leave a Comment

Dah selesai urusan dekat Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda. Sekarang ni, masa untuk check in di chalet terapung Teluk Bayu.

 

Dari Pantai Merdeka untuk ke chalet terapung Teluk Bayu, perjalanannya mengambil masa lebih kurang 35 minit. Kita perlu melalui kawasan kampung, sekolah dan sesekali melalui kawasan kebun kelapa sawit.

teluk-bayu-kuala-kedah

Untuk ke tempat ini, kami menggunakan waze. Lokasi yang kami set ialah ke Restoran Terapung Teluk Bayu. Bila kita cari Chalet Terapung Teluk Bayu, atau Teluk Bayu Water Chalet, tempat tu macam tak ada pulak dalam peta.

 

Mula-mula, saya ingatkan untuk ke tempat ini, saya akan ikut laluan pantai. Boleh tengok pemandangan pantai sambil memandu. Rupa-rupanya saya silap. Apa yang kelihatan adalah semak-samun macam kat atas ni.

 

 

Lepas tu, siap kena masuk ke kawasan kebun kelapa sawit pulak.

teluk-bayu-water-chalet

Sesat ke aku ni? Tak nampak pun bayang laut atau sungai. Ini siap masuk kawasan kebun orang pulak dah… Jalan kat depan, makin lama makin sempit.

 

Kalau kebetulan ada kereta dari arah bertentangan, salah satu kena mengalah. Jalan yang ada ini, memang tak muat kalau nak lalu dua buah kereta.

 

 

Rupa-rupanya, bila kita dah melepasi kawasan kebun kelapa sawit ni, barulah nampak bayang air.

kawasan-chalet-terapung-teluk-bayu

Bukan setakat nampak air, bot-bot pun ada banyak kat sini.

 

Bila dah sampai dekat jeti ini, tunggu staf untuk datang ambik kita dengan bot. Chalet terapung dekat sini, kita tak boleh pergi dengan berjalan kaki. Kena naik bot.

 

Sementara tunggu staf datang ambik, kita tengok-tengoklah ya pemandangan dekat kawasan sekitar sini.

makan-di-restoran-terapung-teluk-bayu

Ini signboard Restoran Terapung Chalet Teluk Bayu. Boleh tunggu sini, sementara staf datang dengan bot.

 

Inilah dia restoran terapung tu.

restoran-terapung-teluk-bayu-water-chalet

Kalau nak pergi ke restoran ni, pun tak boleh dengan berjalan kaki. Kena guna bot jugak. Melainkan kalau anda ada bot sendiri, bolehlah terus ke sini tanpa perlu call pemilik restoran ni.

 

 

Dari jeti, nak ke restoran terapung ni, kita kena guna bot. Tapi, bila kita dah berada di water chalet, boleh jalan kaki je untuk ke restoran ni. Kali pertama saya makan di restoran terapung macam ni, adalah masa pergi bercuti di Tangkak sebelum ni.

 

Tapi restoran terapung kat Tangkak tu, dibina tak berapa jauh dari tebing, dan tak perlu guna bot untuk ke situ.

teluk-bayu-water-chalet

Dekat jeti ini, ada banyak bot dan juga sampan.

bot-kegunaan-nelayan

Kalau saya tak silap, ada bot yang kita boleh sewa, kalau kita nak pergi memancing dekat tempat yang lebih jauh.

bot-untuk-nelayan

Pemilik bot-bot ni adalah orang yang berlainan. Mula-mula saya ingat semua bot ini dimiliki oleh pemilik chalet terapung ni juga. Rupanya bukan.

bot-ke-chalet-terapung

Dalam duk sibuk-sibuk tengok pemandangan sekeliling, tengok anak-anak ikan dan udang berenang-renang dalam air, bot kami pun sampai. Satu bot untuk satu famili.

 

Barang-barang semua kami letak di bahagian depan. Susun atur kedudukan dalam bot kena betul, supaya seimbang.

teluk-bayu-water-chalet

Seingat saya, dari jeti untuk ke chalet dalam 5 – 10 minit sahaja. Sekejap je. Tak sempat nak mabuk laut. Atas ini adalah pandangan dari belakang chalet terapung di Teluk Bayu, Kota Kuala Muda ini.

chalet-kota-kuala-muda

Ini pula pandangan dari bahagian hadapan. Kalau anda pergi dalam kumpulan yang besar, boleh sewa dua chalet terus. Kat tengah-tengah tu sebenarnya ada pintu yang menyambungkan dua buah chalet.

 

Kalau cuma sewa sebuah je, owner akan kunci pintu tu. Jadi tak adalah ganggu privacy jiran sebelah.

tempat-memancing-teluk-bayu

Atas ini pula adalah chalet yang saya sewa. Chalet ni ditutup sedemikian rupa untuk elak air hujan masuk.

 

Nanti ada staf yang akan tolong gulung tirai tu. Kita tengok je, tak payah buat apa-apa. Nak tolong pun tak perlu ha3.

 

Silap-silap nanti jadi mengganggu je orang lain nak buat kerja.

tempat-memancing-di-teluk-bayu

Kalau nak lebih selesa, boleh sewa chalet terapung yang jenis ini. Dari segi saiz, ianya lebih besar. Dekat dalam rumah, ada ruang khas atas lantai yang terbuka dan boleh nampak permukaan laut.

 

Boleh nampak ikan berenang-renang. Memang unik la.

 

Chalet terapung di Teluk Bayu, Kota Kuala Muda ini, saya sewa menerusi laman web Airbnb.

diskaun-airbnb

Saya guna Airbnb ni pun, sebab saya ada travel credit. Jadi boleh dapat harga lebih murah. Kalau anda masih belum ada travel credit Airbnb, anda boleh dapatkan menerusi pautan ini.

 

Travel credit tu nanti anda boleh gunakan untuk buat tempahan untuk mana-mana chalet, homestay, condo, mahupun villa yang terdapat di laman web Airbnb.

 

Sekiranya anda nak buat tempahan menerusi Airbnb, ini pautannya.

 

Tetapi, kalau anda nak harga yang lebih murah, boleh terus hubungi pemilik chalet terapung ini. Kalau nak nombor telefon, anda ambil dari gambar signboard yang saya kongsikan dekat awal-awal artikel ini ya. (Scroll up balik ha3)

 

 

Baiklah, lepas ni saya akan kongsikan pula, pengalaman saya menginap di Chalet Terapung Teluk Bayu ini. In Shaa Allah.

 

 

Baca juga...

  • Pengalaman menginap di Teluk Bayu Floating Chalet, Kota Kuala Muda, KedahPengalaman menginap di Teluk Bayu Floating Chalet, Kota Kuala Muda, Kedah
  • Beli makanan laut di Pasar Nelayan Kubang RotanBeli makanan laut di Pasar Nelayan Kubang Rotan
  • Chalet Terapung di Kota Kuala MudaChalet Terapung di Kota Kuala Muda
  • Pantai yang selamat nak cari pepahat di Selangor?Pantai yang selamat nak cari pepahat di Selangor?
  • Senarai tempat menarik di Kota BharuSenarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Hutan Rekreasi Tanjung Tuan – Pengalaman sesat dalam hutanHutan Rekreasi Tanjung Tuan – Pengalaman sesat dalam hutan
  • Pengalaman bersiar-siar di Jambatan Gantung Tamparuli, SabahPengalaman bersiar-siar di Jambatan Gantung Tamparuli, Sabah
  • 7 Aktiviti BEST di Pantai Morib. Aktiviti No.7 paling ramai orang tak tau!7 Aktiviti BEST di Pantai Morib. Aktiviti No.7 paling ramai orang tak tau!
  • Kisah voucher percutian PERCUMA yang tak lakuKisah voucher percutian PERCUMA yang tak laku
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itineraryPercutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary
  • Cameron Lavender – Destinasi wajib singgah untuk melihat taman lavender yang indahCameron Lavender – Destinasi wajib singgah untuk melihat taman lavender yang indah
  • Aloha Suite – Guesthouse pilihan semasa bercuti di Bandaraya Kota KinabaluAloha Suite – Guesthouse pilihan semasa bercuti di Bandaraya Kota Kinabalu
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Chalet Tagged With: chalet terapung kota kuala muda, chalet terapung teluk bayu, tempat menarik di kota kuala muda, tempat menarik di sungai petani

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, Pahang
  • Pemilihan lokasi yang strategik untuk bisnes homestay - Blog Sabree Hussin on Percutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 Malam
  • Zul on Nasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, Selangor
  • munirah on Pengalaman menginap di Teluk Bayu Floating Chalet, Kota Kuala Muda, Kedah
  • FAUZIAH on Hutan Rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik?

Copyright © 2025 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in