Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Makan tengahari di Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda

July 10, 2018 by Sabree Hussin 2 Comments

Saya dan keluarga habiskan masa lebih kurang satu jam dekat Giant Sungai Petani ni.

Jalan-jalan dekat dalam tu, tengok-tengok apa yang menarik. Ada singgah kedai kasut Bata, tapi tak beli apa-apa pun. Sekadar tengok-tengok. Kedai kasut Bata kat sini, tak sebesar seperti di The Mines.

 

Dekat dalam ni, ada juga tempat makan, tapi tak banyak pilihan. Kalau nak cari fast food, bolehlah makan di restoran KFC, ataupun Pizza Hut.

 

Tapi kalau nak cari nasi, kena pergi ke tempat lain.

 

 

Saya masih ada lebih kurang 3 jam lagi, untuk check in ke Teluk Bayu Water Chalet. Masa yang ada ni, saya gunakan untuk singgah ke Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda.

pantai-merdeka-kota-kuala-muda

Ini dikawasan tempat letak kereta. Waktu ni cuma ada dalam dua tiga buah kereta je. Maklumlah, datang pada hari bekerja. Saya difahamkan, kalau hari cuti, tempat ni memang ramai orang dan jadi tumpuan pengunjung dari Kedah dan juga Pulau Pinang untuk beriadah.

 

Pantai Merdeka ini jaraknya lebih kurang 28KM dari Giant Hypermarket Sungai Petani. Drive ke sini, mengambil masa lebih kurang 30 minit.

pantai-merdeka-kedah

Eloklah la tu. Saya pun memang tengah ada banyak masa. Daripada duduk menunggu saja-saja, lebih baik pergi jalan-jalan kan.

 

Salah satu tempat menarik di Kuala Kedah yang dapat saya kunjungi ialah di Pantai Merdeka ini. Ia terletak di daerah yang sama, dengan Teluk Bayu Water Chalet.

 

 

Sampai je tempat ni, terus pergi cari nasi ha ha.

pantai-merdeka-kota-kuala-muda

Nasi Ayam Herba. Alhamdulillah, dapat juga makan nasi.

 

 

Apa yang menarik di Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda?

Dah siap makan, masa untuk jalan-jalan di sekitar Pantai Merdeka.

 

Hari saya datang ke sini, adalah pada hari Khamis, waktu dia sekitar jam 1 petang. Waktu-waktu macam ni, memang biasanya tak ramai orang, walaupun di pusat-pusat peranginan.

 

Lagipun, sekarang ni bukannya musim cuti. Orang tengah kerja, dan budak-budak pun masih sekolah lagi. Jadi saya dapat jalan-jalan dengan tenang.

playground-pantai-merdeka

Dekat Pantai Merdeka ni, ada disediakan dua kawasan untuk kanak-kanak bermain. Satu dekat kawasan yang berumput macam kat atas ni.

 

Satu lagi dekat kawasan yang berpasir.

pantai-merdeka-kota-kuala-muda

Agak-agak kenapa ya perlu sediakan dua playground? Mungkin waktu hujung minggu, atau waktu cuti, ada banyak kanak-kanak datang bermain kat sini kot?

 

Ini pula antara tempat-tempat yang ada di Pantai Merdeka.

menarik-di-kota-kuala-muda

Kalau nak bercuti dan bermalam disini, boleh pilih sama ada nak bermalam di tapak perkhemahan ataupun menginap di Merdeka Beach Resort.

 

Boleh dipertimbangkan.

 

Ataupun kalau nak sewa homestay, boleh cuba buat carian di laman web Airbnb.

diskaun-airbnb

Kalau ada yang nak buat tempahan melalui Airbnb, boleh gunakan Travel Credit bernilai RM120 ini. Saya tengok buat masa ni, baru ada dua chalet yang berhampiran yang boleh disewa.

 

Satu di Teluk Bayu (tempat yang saya nak pergi) dan satu lagi Purnama Chalet, Kampung Teluk Nipah.

 

Saya tertarik dengan tanda amaran di Pantai Merdeka ni.

selamat-mandi-pantai-merdeka

Pada masa ini, bendera putih dikibarkan.

 

Maksudnya? Selamat untuk berenang.

 

Kalau bendera merah, maksudnya “Bahaya. Tidak dibenarkan berenang.”

Dekat Pantai Merdeka ni, siap ada Menara Penyelamat Pantai 999 lagi.

 

Walaupun waktu ni, diklasifikasikan sebagai selamat untuk berenang, masa ni memang tak ada siapa yang buat aktiviti air.

apa-yang-menarik-pantai-merdeka

Yang nampak macam ada bot tu, itu sebenarnya jeti untuk ke Tanjung Dawai.

 

Dekat sebelah sini pun sama, tak ada siapa yang turun ke laut. Masa ni air tengah pasang.

apa-yang-best-pantai-merdeka

Saya pun tak dapat tengok keadaan permukaan pantai dia macam mana. Sama ada banyak batu ke, berpasir atau berselut.

mandi-pantai-merdeka

Tapi tak apa, at least boleh ambik gambar dan tengok-tengok kawasan sekitar sini.

Hampir jam 3 petang, baru kami keluar dari Pantai Merdeka ni.

 

Kali ini terus ke Teluk Bayu Water Chalet. Lepas ni dah tak singgah ke mana-mana lagi dah.

 

 

Baca juga...

  • S’Corner Central Market – Tempat shopping di Cameron HighlandS’Corner Central Market – Tempat shopping di Cameron Highland
  • Makan malam di Medan Selera Nelayan Bukit Malut Pulau LangkawiMakan malam di Medan Selera Nelayan Bukit Malut Pulau Langkawi
  • Santapan tengah hari di Warong Udang Galah Kuala Selangor dengan harga bajetSantapan tengah hari di Warong Udang Galah Kuala Selangor dengan harga bajet
  • Pengalaman menginap di Anjung Pool Villa semasa bercuti di SekinchanPengalaman menginap di Anjung Pool Villa semasa bercuti di Sekinchan
  • Pengalaman sewa kereta di Kota Kinabalu bersama dengan syarikat Global Lepa Car Rentals & Tours Sdn BhdPengalaman sewa kereta di Kota Kinabalu bersama dengan syarikat Global Lepa Car Rentals & Tours Sdn Bhd
  • Panduan Airbnb – Perkara yang anda perlu berikan perhatian apabila membuat tempahan di laman web AirbnbPanduan Airbnb – Perkara yang anda perlu berikan perhatian apabila membuat tempahan di laman web Airbnb
  • Senarai tempat menarik di Kota BharuSenarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Mengejar mentari senja di Tanjung Harapan Port KlangMengejar mentari senja di Tanjung Harapan Port Klang
  • Diskaun sehingga RM165 untuk tempahan di laman web AirbnbDiskaun sehingga RM165 untuk tempahan di laman web Airbnb
  • Pengalaman menginap di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort Port DicksonPengalaman menginap di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort Port Dickson
  • Pengalaman Snorkeling di Pulau Payar Marine Park LangkawiPengalaman Snorkeling di Pulau Payar Marine Park Langkawi
  • Pengalaman Pertama Kali Ke Zoo MelakaPengalaman Pertama Kali Ke Zoo Melaka
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Pantai Tagged With: apa yang menarik di kota kuala muda, apa yang menarik di pantai merdeka, chalet di pantai merdeka, resort pantai merdeka, tempat makan di pantai merdeka

Trackbacks

  1. Kisah perjalanan ke Teluk Bayu Water Chalet, Kota Kuala Muda, Kedah - Xplorasi Destinasi says:
    July 11, 2018 at 1:24 pm

    […] selesai urusan dekat Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda. Sekarang ni, masa untuk check in di chalet terapung Teluk […]

    Reply
  2. Pakej pengiklanan bisnes homestay di blog - Blog Sabree Hussin says:
    July 12, 2022 at 10:10 pm

    […] Baca: Makan tengahari di Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, Pahang
  • Pemilihan lokasi yang strategik untuk bisnes homestay - Blog Sabree Hussin on Percutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 Malam
  • Zul on Nasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, Selangor
  • munirah on Pengalaman menginap di Teluk Bayu Floating Chalet, Kota Kuala Muda, Kedah
  • FAUZIAH on Hutan Rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik?

Copyright © 2025 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in