Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Pulau Burung Pantai Cahaya Negeri Port Dickson – Jom Explore!

April 19, 2018 by Sabree Hussin 7 Comments

Cuaca pada awal pagi Sabtu itu memang cukup baik. Seawal jam 9 pagi lagi, saya dah tiba di Pantai Cahaya Negeri Port Dickson.

 

Pada waktu tu, saya perhatikan dah ramai pengunjung yang mula memulakan aktiviti riadah di pantai ini. Terdapat khemah-khemah yang dipasang berdekatan dengan kawasan pantai.

tempat-camping-port-dickson

Saya rasa mereka ni sebenarnya dah berada di Pantai Cahaya Negeri ini pada hari sebelumnya lagi. Mungkin, mereka datang ke sini pada lewat petang, pasang khemah dan sediakan apa-apa yang patut. Saya tak pernah lagi ada pengalaman bermalam di tepi pantai.

 

Kalau bermalam dalam hutan tu, pernah la juga. Saya pernah ceritakan dalam blog ini sebelum ini, iaitu pengalaman camping di Hutan Lipur Sungai Tua. Serius… pengalaman ini mengimbau kembali kenangan zaman sekolah dulu.

 

Dah puas pusing-pusing sekitar Pantai Cahaya Negeri, lokasi seterusnya yang dituju adalah ke Pulau Burung Port Dickson.

pulau-burung-pantai-cahaya-negeri

Pulau Burung ni letaknya di lokasi yang sama dengan Pantai Cahaya Negeri. Ianya merupakan sebuah pulau kecil, yang para pengunjung boleh kunjungi hanya dengan berjalan kaki sahaja.

 

Terdapat laluan khas yang dibina, yang menghubungkan antara Pulau Burung dengan Pantai Cahaya Negeri.

jambatan-pulau-burung

Kalau sewaktu air laut tengah surut, anda boleh jalan kaki melalui kawasan pantai sahaja. Pada waktu saya datang ke sini tempoh hari, ada pengunjung yang mandi laut sampai ke Pulau Burung.

 

Waktu ni air tak begitu dalam.

laluan-ke-pulau-burung-port-dickson

Kalau anda tak nak basahkan baju, nak jalan dengan tenang, apa kata just ikut sahaja laluan yang disediakan ni. Ia lebih selesa dan yang penting, selamat.

 

Sebelum ni saya pernah tengok dekat TV, waktu petang-petang dan malam, ada kaki pancing yang memancing ikan dekat sini.

apa-yang-menarik-di-pantai-cahaya-negeri

Alang-alang dah sampai di Pantai Cahaya Negeri, singgahlah sekejap ke Pulau Burung. Waktu ni sebenarnya baru sekitar jam 9 pagi, tapi dah mula terasa panas.

 

Sebelum ni, saya pernah ke Pantai Bagan Pinang, dan dekat situ juga ada pulau kecil yang diberi nama Pulau Bagan Pinang. Sewaktu air tengah surut, kita boleh jalan kaki sahaja untuk ke pulau tersebut. Tapi bila air dah mulai pasang, kita dah tak boleh pergi ke pulau tu.

 

Tapi kalau di Pulau Burung ni, tak kiralah sama ada air surut atau pasang, kita masih tetap boleh pergi, sebabnya ada laluan khas yang dibina ini.

pulau-burung-negeri-sembilan

Kalau dari bahagian ini, kita boleh lihat pemandangan laut yang luas terbentang. Dekat sini juga merupakan salah satu port memancing di Pantai Cahaya Negeri.

 

Pemandangan dekat sini tenang je… Kalau keadaan cuaca redup pada waktu tu, mungkin saya akan lepak dekat sini lama-lama. Dari sini, kita boleh nampak ada menara tinjau yang dibina di Pulau Burung.

menara-pulau-burung

Saya pun tak berapa arif sangat tentang apa fungsi sebenar sebuah menara tinjau. Apa yang pasti, bila saya nampak menara ni dari jauh, saya dah pasang niat nak naik menara ni.

 

Ada sedikit maklumat tentang Pulau Burung

tentang-pulau-burung-port-dickson

Pulau Burung
Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson

Pulau Burung mempunyai keluasan 2.5 hektar, merupakan salah satu daripada Hutan Paya Laut yang wujud di Port Dickson, Negeri Sembilan. Pulau Burung terbahagi kepada tiga fasa pembangunan bagi Projek Menaik Taraf Kemudahan Pelancongan.

Peruntukan bagi melaksanakan Projek Menaik Taraf Kemudahan Pelancongan Pantai Cahaya dan Pulau Burung telah disalurkan oleh Pihak Kementerian Pelancongan Malaysia dan Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus.

Terdapat tiga spesies pokok di kawasan ini antaranya Api-api Putih (Avecennia alba), Bakau Minyak (Rhizophora apiculata) dan Bakau Kurap (Rhizophora mucronata).

Kemudahan jeti rekreasi sepanjang 181.7 meter menghubungkan Pulau Burung dengan Pantai Cahaya Negeri, sekaligus mewujudkan kesinambungan laluan serta kemudahan dan keselesaan kepada pengunjung untuk beriadah dan berekreasi. Keunikkan hutan paya di Pulau Burung ini bukan sahaja memainkan peranan yang penting dalam pemuliharaan dan keseimbangan alam sekitar malahan turut mewujudkan ekosistem yang kompleks bagi hidupan laut pesisiran pantai.

 

Patutlah terasa penat jugak bila jalan ke Pulau Burung ni. Laluan yang dibina ni pun sebenarnya agak panjang. Sesekali bolehlah jalan-jalan ke sini.

 

Sambil jalan-jalan tu, saya suka tengok ke arah air laut.

Saya rasa airnya tak begitu keruh.

 

Ada di beberapa bahagian yang kita boleh nampak hingga ke dasar.

laut-bersih-di-port-dickson

Kalau diperhatikan betul-betul, mungkin kita boleh nampak kelibat hidupan laut pesisir pantai yang dinyatakan pada papan informasi sebelum ni.

Dekat kawasan sini, tak banyak pasir, sebaliknya ada banyak batu-batu.

Pemandangan yang lebih kurang sama macam ni, juga ada di Selangor. Kalau nak tengok, boleh berkunjung ke Taman Alam Kuala Selangor.

 

Cuma kalau nak kata sama serupa tu tidaklah. Adalah kelainannya.

Dekat Taman Alam Kuala Selangor tu, juga dibina laluan seperti ini. Dari tempat laluan ni, kita boleh tengok macam-macam spesies hidupan laut, seperti ketam, ikan tembakul dan sebagainya.

 

Dekat Pulau Burung ni, saya tak nampak pula ada ketam berlari-lari. By the way, kita dah nak sampai di menara tinjau di Pulau Burung.

menara-di-pulau-burung

Siapa yang larat naik, baik naik. Lepas ni, mungkin anda dah tak ada masa lagi nak datang ke sini.

 

Bila berada diatas nanti, bolehlah menyaksikan pemandangan sekitar Pantai Cahaya Negeri dan juga Pulau Burung dari kedudukan yang lebih tinggi.

Itu laluan yang kita gunakan tadi untuk sampai ke menara ini.

 

Dari menara ni juga boleh nampak pemandangan di Pantai Cahaya Negeri.

Sekejap lagi nak turun dari menara dan ikut laluan kat bawah ni untuk pusing satu pulau.

pulau-burung

Laluan ni bersambung dengan laluan yang dibina atas air macam kat bawah ni.

jalan-jalan-tengok-pulau-burung

Sambil jalan-jalan tu, saya tertarik dengan pokok ni.

Saya pun tak tahu, apa spesies pokok ni? Mungkin ia merupakan salah satu daripada 3 jenis spesies yang disebutkan sebelum ini.

 

Dah puas (dan dah penat) berada di Pulau Burung, boleh teruskan perjalanan ikut laluan yang disediakan dan ia akan bertembung semula dengan laluan masuk sebelum ini.

apa-ada-di-pulau-burung

Kalau nak jalan-jalan ke sini, saya rasa lebih sesuai kalau datang awal pagi ataupun lewat petang. Dari review yang saya baca, dari pelbagai sumber, pemandangan waktu senja dekat Pulau Burung ni sangat cantik.

 

Mungkin satu hari nanti, ada rezeki lebih dan ada peluang, saya akan datang ke sini waktu matahari terbenam pula.

 

Kenapa agaknya pulau ini dinamakan Pulau Burung ya? Persoalan ni timbul dalam fikiran saya semasa saya catatkan entri ini.

 

Mungkin pulau ini, menjadi tempat persinggahan pelbagai spesies burung setiap kali berlaku pertukaran musim. Menara tinjau yang dibina tu pula, mungkin untuk memudahkan golongan bird watcher atau ornithologists untuk membuat kajian dan pemerhatian terhadap pelbagai spesies burung.

 

Agaknyalah…

 

Lepas ini, In Shaa Allah saya akan share pengalaman saya ke Muzium Kota Lukut pula. Sebelum ni dah pernah sampai di Muzium Tentera Darat di Daerah Lukut, jadi kali ni saya ke Kota Lukut pula.

 

Anda nak pergi bercuti short vacation di Port Dickson tanpa perlu bimbang tentang kos penginapan?

diskaun-airbnb

Dapatkan Travel Credit dari Airbnb bernilai RM120 dari halaman ini. Gunakan ia untuk booking tempat penginapan untuk lebih penjimatan.

 

 

Baca juga...

  • Windmill PD Farm – Tempat mesti pergi jika bawa anak-anak bercuti ke Port DicksonWindmill PD Farm – Tempat mesti pergi jika bawa anak-anak bercuti ke Port Dickson
  • Pantai Cahaya Negeri – Salah satu pantai POPULAR di Port DicksonPantai Cahaya Negeri – Salah satu pantai POPULAR di Port Dickson
  • Pengalaman menginap di Lexis Water Chalet Port DicksonPengalaman menginap di Lexis Water Chalet Port Dickson
  • Kelebihan menggunakan Laman web airbnb untuk buat tempahan berbanding laman web lainKelebihan menggunakan Laman web airbnb untuk buat tempahan berbanding laman web lain
  • Fun Fair Teluk Kemang Port Dickson – Hiburan seisi keluarga pada waktu malam di PDFun Fair Teluk Kemang Port Dickson – Hiburan seisi keluarga pada waktu malam di PD
  • Pantai Sri Purnama Port Dickson untuk percutian bersama keluargaPantai Sri Purnama Port Dickson untuk percutian bersama keluarga
  • Pengalaman menginap di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort Port DicksonPengalaman menginap di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort Port Dickson
  • Pantai Tanjung Gemok – Tempat mandi semasa bercuti di Port DicksonPantai Tanjung Gemok – Tempat mandi semasa bercuti di Port Dickson
  • Lawatan ke Muzium Lukut semasa bercuti ke Port DicksonLawatan ke Muzium Lukut semasa bercuti ke Port Dickson
  • Apa yang menarik di Pantai Corus Paradise Port Dickson?Apa yang menarik di Pantai Corus Paradise Port Dickson?
  • Rancang percutian pendek dengan mudah menerusi laman web AirbnbRancang percutian pendek dengan mudah menerusi laman web Airbnb
  • Tempat makan yang saya kunjungi semasa bercuti di Kundasang dan Kota KinabaluTempat makan yang saya kunjungi semasa bercuti di Kundasang dan Kota Kinabalu
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Pulau Tagged With: apa yang menarik di pulau burung, bercuti ke port dickson, pantai cahaya negeri, percutian ke port dickson, pulau burung pantai cahaya negeri, pulau burung port dickson

Comments

  1. titan says

    April 21, 2018 at 4:39 am

    tak tahu plak ada pulau ni kat sana.

    leh la try nanti kalau pergi sana.

    Reply
    • Sabree Hussin says

      May 4, 2018 at 10:06 pm

      Try la datang ke Pulau Burung ni. Dengar cerita kalau waktu matahari terbenam, pemandangan kat sini memang lawa

      Reply
  2. Ainie says

    April 29, 2018 at 11:08 pm

    Tak pernah tau dekat Port Dickson terdapat pulau burung ni yang sungguh indah. Lain kali jika pergi ke PD mestilah ambil masa untuk kunjungi pulau itu.

    Reply
    • Sabree Hussin says

      May 4, 2018 at 9:58 pm

      Pulau dia kecik je, sesuai kalau nak jalan-jalan.

      Reply
  3. titan says

    May 24, 2018 at 4:43 am

    pulau ni tak pergi lagi.

    mandi kat port dickson aje pernah masa muda-muda dulu.

    Reply

Trackbacks

  1. Fun Fair Teluk Kemang Port Dickson - Hiburan seisi keluarga pada waktu malam di PD - Xplorasi Destinasi says:
    December 31, 2018 at 8:33 pm

    […] Boleh pergi memancing ikan di Pantai Cahaya Negeri. Waktu malam ada ramai yang memancing dari jambatan. Sama ada berjaya dapat ikan atau tidak, […]

    Reply
  2. Pantai Tanjung Gemok - Tempat mandi semasa bercuti di Port Dickson - Xplorasi Destinasi says:
    October 10, 2019 at 2:37 pm

    […] Pulau Burung Pantai Cahaya Negeri Port Dickson – Jom Explore! […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Sabree Hussin on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • nazira binti jarib on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • Strategi Content Marketing untuk Bisnes - Panduan untuk orang baru - Sabree Hussin Dot Biz on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highland
  • Alfhonsus on Mengejar mentari senja di Tanjung Harapan Port Klang

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in