Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu – juga dikenali sebagai Masjid Terapung Likas

December 28, 2018 by Sabree Hussin 1 Comment

Hari terakhir bercuti di Sabah, saya lebih suka untuk luangkan masa bersiar-siar disekitar bandaraya Kota Kinabalu. Kalau kebetulan ternampak mana-mana tempat yang saya rasa menarik, saya akan singgah sekejap.

 

Yang penting, pada hari terakhir, saya tak nak berada jauh dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

 

Kemana destinasi yang saya nak kongsikan lepas ni? Saya ni asyik cerita tentang tempat-tempat menarik, tempat untuk jalan-jalan bila pergi bercuti ke Sabah, kali ni saya nak ajak pembaca semua untuk pergi ke masjid pula.

 

Jom kita pergi masjid!

masjid-bandaraya-kota-kinabalu

Inilah dia masjid yang kita akan kunjungi.

 

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu ialah masjid utama kedua yang dibina di bandar Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia selepas Masjid Negeri. Masjid ini terletak di persisiran pantai Likas dengan keluasan 14.83 hektar.

Masjid ini boleh menampung 12,000 orang jemaah pada satu masa. Masjid tersebut telah dibuka dengan rasminya pada 18 Februari 2000 berikutan pengisytiharan bandar Kota Kinabalu sebagai sebuah bandar raya. Masjid ini mempunyai ciri-ciri Masjid Nabawi dengan hampir 70 peratus kawasan masjid dikelilingi air.

Sumber wikipedia

tempat-tumpuan-pelancong-likas

Masjid ini merupakan salah satu destinasi tumpuan para pelancong yang datang ke negeri di bawah bayu ini. Semasa saya berada disini, jelas kelihatan ada ramai pelancong dari luar negara yang turut meluangkan masa untuk melihat keindahan seni bina masjid ini.

masjid-bandar-kota-kinabalu

Kalau nampak ada pengunjung yang memakai jubah lengkap dengan songkok atau kopiah, manakala yang wanita juga memakai jubah dan tudung labuh yang agak senget, besar kemungkinan mereka itu sebenarnya bukan orang tempatan, dan boleh jadi juga mereka adalah non muslim.

 

Mereka tu sebenarnya adalah pelancong yang menyewa pakaian yang menutup aurat dari pihak masjid. Bagi non muslim, mereka perlu mengenakan pakaian yang menutup aurat jika ingin masuk ke kawasan perkarangan masjid.

 

Kita fikir begini. Kalau yang non muslim, sanggup susah payah nak singgah ke masjid ini, kita yang muslim, sepatutnya langsung tak ada masalah untuk ziarah ke tempat ini. Kan? Segan sikit dengan pelancong yang non muslim tu.

masjid-di-bandaraya-kota-kinabalu

Langit mulai gelap semasa saya sampai di masjid ini.

masjid-di-sabah

Papan tanda untuk mengingatkan dan mengajak orang Islam supaya berzakat.

masjid-terapung-bandaraya-kota-kinabalu

Untuk makluman anda, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu ini juga dikenali dengan nama masjid terapung. Kalau anda buat carian di laman web Google, anda boleh lihat pemandangan dari bahagian atas kelihatan seperti masjid ini terapung.

 

Saya nak kongsikan serba sedikit gambar-gambar yang saya ambil dibahagian dalam kawasan masjid.

masjid-jamek-bandaraya-kota-kinabalu

Kita baca dulu doa masuk ke masjid.

“Wahai Tuhanku! Bukakanlah untukku segala pintu rahmat Mu”

masjid-likas-kota-kinabalu

Pada masa ini, azan asar baru selesai berkumandang. Para pelajar tahfiz sedang bergegas untuk mengambil air sembahyang bagi menunaikan solat fardhu Asar.

masjid-jamek-terapung-likas

Saya pula datang ke masjid ini untuk buat solat jamak taqdim. Jadi tak dapatlah saya bersama-sama para jemaah, untuk menunaikan solat asar. Pada masa yang sama, saya juga perlu bergegas untuk ke destinasi seterusnya.

kampung-likas-masjid

Para pelancong yang bukan beragama Islam dibenarkan untuk berlegar disekitar kawasan ini sahaja.

masjid-likas

Seterusnya dibahagian dalam ini adalah dewan solat.

masjid-terapung-di-likas

Kipas besar untuk menyejukkan udara dan persekitaran masjid.

masjid-terapung-di-sabah

Pada masa gambar ini diambil, belum masuk waktu solat fardhu asar lagi. Jemaah yang ada disini juga belum ramai pada masa ini.

masjid-bandar-kota-kinabalu

Ruang dalam dewan solat ini juga luas.

masjid-likas-sabah

Tabung masjid sangat mudah dijumpai dalam masjid ini. Atas tabung ini pula dibuat seperti rak yang boleh kita letak buku-buku, kitab dan juga Al-Quran.

 

Jika anda berpeluang untuk datang ke Sabah satu masa nanti, jangan lepaskan peluang untuk datang ke rumah Allah ini ya. Tak kisahlah sama ada anda akan mendirikan solat wajib atau sekadar ingin lakukan solat sunat.

 

Kemudian bila dah ada kat dalam ini, hulurkan sumbangan ke tabung masjid. Mudah-mudahan dengan sumbangan yang anda hulurkan nanti, Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik, dan perjalanan anda sepanjang bercuti di Sabah ini akan dilindungi dan diberkati.

 

Seandainya kita rasa tak ada masalah untuk sediakan duit untuk masuk ke tempat-tempat menarik, (ada yang mahal ada yang murah), tak rasa terbeban untuk sediakan duit untuk shopping, atau berbelanja untuk makan makanan yang sedap-sedap di restoran di Sabah, apalah salahnya untuk peruntukkan duit bagi tujuan sedekah dan ibadah.

 

In Shaa Allah, ia akan jadi satu pelaburan dan bekalan kita apabila di akhirat nanti.

 

 

Baca juga...

  • Mandi air panas di Kolam Air Panas Poring – Poring Hot SpringMandi air panas di Kolam Air Panas Poring – Poring Hot Spring
  • Apa Yang Menarik Di Taman Botani Pulau PinangApa Yang Menarik Di Taman Botani Pulau Pinang
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itineraryPercutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary
  • Shopping produk berasaskan gamat di Nusantara Maju EnterpriseShopping produk berasaskan gamat di Nusantara Maju Enterprise
  • Pengalaman menginap di Royal Agate Beach Resort semasa bercuti di Pulau LangkawiPengalaman menginap di Royal Agate Beach Resort semasa bercuti di Pulau Langkawi
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBondaPengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Saya nak beri anda RM120 untuk anda pergi bercutiSaya nak beri anda RM120 untuk anda pergi bercuti
  • Percutian ala kampung 2 hari 1 malam di Sekinchan bersama keluargaPercutian ala kampung 2 hari 1 malam di Sekinchan bersama keluarga
  • Pantai Tanjung Gemok – Tempat mandi semasa bercuti di Port DicksonPantai Tanjung Gemok – Tempat mandi semasa bercuti di Port Dickson
  • Jalan Jalan Di Puncak Bukit Bendera PenangJalan Jalan Di Puncak Bukit Bendera Penang
  • Ingin bercuti ke Sabah? Ini dia tentatif percutian 4 hari 3 malam ke Sabah dengan bajet minimaIngin bercuti ke Sabah? Ini dia tentatif percutian 4 hari 3 malam ke Sabah dengan bajet minima
  • Pakej percutian 4 hari 3 malam ke Phuket Thailand dengan kos yang jimatPakej percutian 4 hari 3 malam ke Phuket Thailand dengan kos yang jimat
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Masjid Tagged With: masjid bandaraya kota kinabalu, masjid likas, masjid terapung likas, tempat menarik di sabah, tempat tumpuan pelancong di sabah

Trackbacks

  1. Travelog Bercuti ke Pulau Pangkor 2020 - Melawat Tempat Menarik di Pangkor pada hari ketiga - Xplorasi Destinasi says:
    February 5, 2020 at 6:06 pm

    […] Badr Seribu Selawat ini membuatkan saya teringat pada pengalaman saya yang lalu ketika mengunjungi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (dikenali juga dengan nama Masjid Terapung Likas). Terdapat sedikit persamaan antara kedua-dua […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • FAUZIAH on Hutan Rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik?
  • Kelebihan Bisnes Homestay kepada komuniti setempat - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Sabree Hussin on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • nazira binti jarib on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • Strategi Content Marketing untuk Bisnes - Panduan untuk orang baru - Sabree Hussin Dot Biz on Senarai tempat menarik di Kota Bharu

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in