Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Pengalaman menginap di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort Port Dickson

September 12, 2018 by Sabree Hussin 3 Comments

Bulan September 2018 ni, kita bertuah sebab dapat cuti yang banyak dan berturut-turut. Misalnya, baru-baru ni, kita telah lalui cuti sempena Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong yang jatuh pada 9 September 2018.

 

Oleh sebab tarikh tersebut jatuh pada hari Ahad, maka hari keesokkannya (Isnin) diisytiharkan sebagai cuti ganti. Kemudian pada hari Selasa, kita sambut pula hari cuti sempena Awal Muharram.

 

Sudah tentu, perkiraan cuti ini tak sama mengikut negeri yang bercuti pada Jumaat dan Sabtu.

 

Perancangan asal, cuma nak piknik di salah satu pantai yang menarik yang ada di Port Dickson. Setakat ini, saya dah kunjungi

(1) Pantai Tanjung Gemok – Tempat mandi semasa bercuti di Port Dickson

(2) Pantai Cahaya Negeri – Salah satu pantai POPULAR di Port Dickson

(3) Apa yang menarik di Pantai Corus Paradise Port Dickson?

(4) Seronoknya main air di Pantai Blue Lagoon Port Dickson!

(5) Pantai Bagan Pinang – Pantai pilihan untuk berkelah semasa bercuti di Port Dickson

 

Kalau sekadar nak piknik, mungkin saya akan pilih pantai Bagan Pinang, sebab ia dekat dengan tempat makan, dan tak jauh dari situ ada surau. Boleh tumpang mandi dan solat di Surau nanti.

 

Dari rumah, boleh bertolak awal pagi lepas subuh, lebih kurang dalam satu jam pemanduan, dah boleh sampai. Kemudian saya ada second thought. Saya rasa, daripada saya penatkan diri memandu ke Port Dickson, ada baiknya saya check in dekat mana-mana tempat penginapan yang tak terlalu mahal di Port Dickson.

 

Bagi membuat carian tempat penginapan di Port Dickson, saya menggunakan perkhidmatan dari laman web Airbnb.

 

Ada banyak laman web carian tempat penginapan yang anda boleh gunakan, misalnya trivago, Agoda, atau mungkin Traveloka.

 

Saya pilih untuk menggunakan Airbnb sebab saya ada travel credit yang saya boleh gunakan bagi tujuan membuat tempahan bilik hotel dan guesthouse. Kalau ini merupakan kali pertama anda dengar tentang Airbnb, anda boleh claim travel credit anda sendiri melalui pautan dibawah.

diskaun-airbnb

Sila ke halaman ini untuk buat tuntutan.

 

Tempat penginapan bawah RM200 semalaman di Port Dickson

Oleh sebab ini bukannya percutian yang dirancang, jadi saya tak cari tempat penginapan yang mahal-mahal. Kalau dapat yang harga bawah RM200, ok saya akan pergi bercuti ke Port Dickson sekali lagi.

 

Kalau tak ada, maknanya cuti kali ini saya akan duduk rumah dan buat kerja macam biasa. Saya tak terlalu mengharap akan dapat tempat menginap, memandangkan saya booking pun agak last minute.

apartment-murah-port-dickson

Mungkin sebab memang dah rezeki, saya jumpa satu tempat yang masih lagi available. Dekat bahagian yang saya tandakan dengan kotak warna merah tu adalah guesthouse yang saya pilih.

 

Stunning ocean views – Port Dickson. Kalau anda berkenan nak tengok listing, boleh ke halaman ini https://www.airbnb.com/rooms/9257569

 

Pada masa saya buat carian, banyak guesthouse yang murah-murah, dah di tempah oleh orang lain. Kiranya memang rezeki saya pada hari itu, masih ada satu lagi yang available. Dalam listing di Airbnb, kebanyakkan yang masih available adalah di sekitar Nilai dan Seremban.

pergi-bercuti-port-dickson

Masa buat booking tu kena baca betul-betul. Kadang-kadang kita tak perasan, bila dah terlalu excited, rupa-rupanya kita dah tersilap booking apartment atau kondo di Seremban pula.

 

Saya bertolak ke Port Dickson, sekitar jam 5.00 petang. Biasalah, kena tunggu isteri habis kerja dulu, baru pergi. Rasanya macam tak berbaloi nak menginap satu malam sahaja di Port Dickson, memandangkan cuti sampai hari Selasa.

 

Jadi saya ambik dua malam. Check in hari Jumaat dan check out pada pagi ahad.

waktu-malam-tanjung-tuan

Masa sampai ini, lebih kurang jam 7.30 petang. Suasana memang dah gelap. Alhamdulillah, sempat solat Maghrib dalam guesthouse ni.

 

Guesthouse ini adalah di The Regency Tanjung Tuan. Selain menggunakan laman web Airbnb, kita juga boleh buat booking terus ke laman web mereka. Saya semak kat situ, harga semalaman, adalah bermula dari RM399.

 

Ya, mungkin termasuk room service dan lain-lain kemudahan.

cari-tempat-penginapan-murah-port-dickson

Ketibaan kami disambut oleh wakil tuan rumah, En Saiful dan anaknya, En Fikri. Mereka berdua memang orang tempatan, jadi memang faham benar selok belok dan tempat-tempat menarik yang ada di sekitar Tanjung Tuan.

 

Satu perkara yang menarik minat saya, apabila saya mula bertanya tentang Rumah Api Tanjung Tuan kepada Fikri. Saya ingatkan rumah api tu dekat je dengan The Regency. Saya membayangkan yang kita boleh jalan kaki ke Rumah Api Tanjung Tuan, kalau menginap di The Regency ini.

 

Maklumlah, kedua-duanya di Tanjung Tuan. Rupanya saya silap. Kedudukan rumah api tersebut kira-kira 6 KM dari The Regency.

 

Tapi Fikri ada pesan kat saya “rumah api tu keras tu… kalau boleh tak payah la pergi sana…”

cari-homestay-murah-pd

Ini pemandangan dalam guesthouse.

 

Tuan rumah ada sediakan kitchen table, peti sejuk, microwave dan beberapa peralatan untuk membantu memudahkan para pengunjung menyediakan makanan-makanan yang ringkas.

 

Kalau setakat nak masak megi, buat sandwich, itu tak jadi masalah.

bercuti-ke-port-dickson

Ruang tamunya agak luas. Kalau tengok di bahagian siling, memang dah disediakan penanda arah kiblat. Saya ada semak dengan apps untuk mencari arah kiblat, dan saya dapati, penanda arah tu tepat.

 

Boleh solat dekat ruang tamu sahaja. Rumah ini tak disediakan televisyen.

guesthouse-port-dickson-tepi-laut

Meja bulat ni, kami alihkan ke balkoni untuk lepak-lepak sambil tengok laut. Tapi bila nak check out, saya masukkan balik ke ruang tamu.

homestay-murah-tepi-pantai-port-dickson

Dalam rumah ini ada satu bilik tidur dan satu tandas.

homestay-tepi-pantai

Katil besar. Dalam bilik ada disediakan air cond yang sangat bagus dan cepat sejuk.

homestay-di-tanjung-tuan

Tandas dan bilik mandi yang dilengkapi dengan sistem pemanas air juga disediakan.

tempat-makan-tanjung-tuan

Waktu pagi, saya breakfast dalam rumah je. Duduk di balkoni sambil lihat ke arah laut. Memang satu pengalaman yang seronok.

homestay-port-dickson-ada-pool

Kalau anda nak tahu, dekat sini ada juga swimming pool. Tapi saya perhatikan, penjaga tempat ini tak begitu menitikberatkan soal pemakaian.

 

Pengunjung yang pakai t-shirt biasa pun boleh mandi dekat sini. Pool sentiasa ramai orang, dan ini buatkan saya tak ada mood sangat nak mandi dekat swimming pool.

 

Satu perkara yang best dengan tempat ini ialah, pantai sangat dekat. Hanya jalan beberapa meter, dan anda akan sampai ke pantai. Aktiviti air seperti banana boat dan jetski juga ada disediakan disini.

In Shaa Allah lepas ni saya akan tulis tentang Pantai Tanjung Tuan ini pula.

 

Apa pun, saya rasa tempat penginapan ini, apabila kita ambil kira, kedudukan dan harganya, ianya memang berbaloi. Kebetulan saya masih ada travel credit dari Airbnb, jadi memang sangat berbaloi dapat menginap disini.

 

Mungkin satu hari nanti, saya akan kembali menginap disini lagi… Itupun lepas saya dah cuba semua tempat penginapan di Port Dickson.

 

Sampai jumpa lagi.

 

 

Baca juga...

  • Aktiviti mandi laut dan melihat penyu di Pantai Tanjung Gemok, Port DicksonAktiviti mandi laut dan melihat penyu di Pantai Tanjung Gemok, Port Dickson
  • Kelebihan menggunakan Laman web airbnb untuk buat tempahan berbanding laman web lainKelebihan menggunakan Laman web airbnb untuk buat tempahan berbanding laman web lain
  • Windmill PD Farm – Tempat mesti pergi jika bawa anak-anak bercuti ke Port DicksonWindmill PD Farm – Tempat mesti pergi jika bawa anak-anak bercuti ke Port Dickson
  • Pantai Tanjung Gemok – Tempat mandi semasa bercuti di Port DicksonPantai Tanjung Gemok – Tempat mandi semasa bercuti di Port Dickson
  • Pulau Burung Pantai Cahaya Negeri Port Dickson – Jom Explore!Pulau Burung Pantai Cahaya Negeri Port Dickson – Jom Explore!
  • Pantai Cahaya Negeri – Salah satu pantai POPULAR di Port DicksonPantai Cahaya Negeri – Salah satu pantai POPULAR di Port Dickson
  • Pengalaman menginap di Lexis Water Chalet Port DicksonPengalaman menginap di Lexis Water Chalet Port Dickson
  • Makan malam di Medan Selera Nelayan Bukit Malut Pulau LangkawiMakan malam di Medan Selera Nelayan Bukit Malut Pulau Langkawi
  • Travelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 – Aktiviti Snorkeling Pada Hari kedua di PangkorTravelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 – Aktiviti Snorkeling Pada Hari kedua di Pangkor
  • Pakej Island Hopping dan snorkeling ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi SabahPakej Island Hopping dan snorkeling ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi Sabah
  • Bolehkah Beli Tiket Bas Secara OnlineBolehkah Beli Tiket Bas Secara Online
  • Pengalaman menginap di Homestay Melaka Bukit Katil bersama keluargaPengalaman menginap di Homestay Melaka Bukit Katil bersama keluarga
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Homestay/ Guest House Tagged With: bercuti di port dickson, homestay murah di port dickson, homestay tepi pantai port dickson, percutian ke port dickson

Trackbacks

  1. Hutan Rekreasi Tanjung Tuan - Pengalaman sesat dalam hutan - Xplorasi Destinasi says:
    September 13, 2018 at 12:42 pm

    […] Akhirnya, saya berjaya sampai juga ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan ini setelah memandu lebih kurang selama 15 minit dari The Regency Tanjung Tuan Beach Resort. […]

    Reply
  2. Pantai Tanjung Tuan - Salah satu pantai menarik di Port Dickson - Xplorasi Destinasi says:
    September 16, 2018 at 7:28 pm

    […] pantai, bentang tikar dan sebagainya, tapi memandangkan guesthouse yang kami booking ini, iaitu The Regency Tanjung Tuan Beach Resort, letaknya memang dekat betul dengan pantai, so saya kira feeling dia sama macam bersarapan ditepi […]

    Reply
  3. Tips menghasilkan konten untuk projek blog anda - Blog Sabree Hussin says:
    November 29, 2018 at 12:35 pm

    […] Contoh: Pengalaman menginap di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort Port Dickson  […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Panduan Bisnes Homestay bagi orang yang baru nak bermula - Blog Sabree Hussin on Cameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum teh
  • Tempat Masuk Percuma Dan Shopping Murah di Cameron Highlands - Cuti Viral on S’Corner Central Market – Tempat shopping di Cameron Highland
  • Strategi memberikan Pengalaman Penginapan TERBAIK kepada tetamu homestay - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Hard sell atau soft sell - Nak guna yang mana? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in