Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Travelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 – Hari pertama di Pangkor

January 29, 2020 by Sabree Hussin 1 Comment

Beberapa bulan sebelum saya pergi bercuti ke Pulau Pangkor, saya menerima emel dari seseorang yang mewakili syarikat percutian. Mereka ini mempromosikan pakej percutian di pulau-pulau yang popular yang terdapat di Malaysia.

 

Oleh sebab saya memang ada plan nak pergi bercuti ke Pangkor, saya balaslah emel tersebut dan nyatakan yang saya bersedia nak jalinkan kerjasama. Tapi lepas tu mereka senyap pulak.

 

Maka tak jadilah saya nak dapatkan pakej percutian ke Pulau Pangkor ini melalui syarikat percutian mereka. Akhirnya saya tempah sahaja hotel melalui laman web Agoda. Kalau anda juga merancang untuk pergi bercuti ke Pulau Pangkor, boleh buat tempahan melalui pautan ini.

percutian-ke-pulau-pangkor

Dekat situ, anda boleh pilih sendiri nak hotel yang macam mana. Sama ada nak yang ada breakfast, ada free wifi, bilik mengadap laut, lokasi yang best dan menarik yang senang nak cari tempat makan, nak hotel yang paling murah pun ada dan lain-lain lagi.

 

Kadang-kadang bila kita nak tempah pakej percutian melalui travel agent ni, kita tak tahu apa nama hotel atau resort yang bakal kita perolehi. Dari segi harga, kita mungkin akan dapat harga yang murah, tapi masalahnya kita tak tau macam mana keadaan hotel yang kita akan dapat tu nanti.

 

Sebaliknya, kalau kita buat tempahan melalui laman web online travel agent (OTA) macam Agoda, booking.com, Airbnb dan sebagainya, kita boleh baca dulu review dari pengalaman pelanggan terdahulu.

Baca juga: Guna tips ini untuk dapatkan hotel murah ketika pergi bercuti

 

Ikut rancangan asal, kami nak pergi bercuti ke Pangkor ni pada tarikh 15hb sampai 17hb januari 2020. Tapi memandangkan ada cuti tahun baru yang agak panjang, jadi kami awalkan pada tarikh tersebut.

 

Sempena tahun baru 2020, destinasi percutian kami dimulakan dengan Pulau Pangkor. Tempahan hotel yang dah dibuat untuk tarikh 15hb tu kami batalkan. Oleh sebab buat booking sebelum ini pakai Agoda, jadi boleh cancel tanpa sebarang kos. Bayaran pun masih belum dibuat sebab pilih opsyen Pay Later.

 

Itu salah satu kelebihan yang ada pada Agoda. Kalau buat booking, boleh bayar kemudian (pay later). Kalau agak-agak pada tarikh nak travel tu tak jadi pergi, boleh cancel sahaja tempahan tersebut. Lihat contoh yang kat bawah ni ya.

booking-hotel-pangkor

Saya sengaja buat contoh booking untuk bulan Mac 2020. Masa buat booking ni tadi, Agoda tak minta pun untuk terus buat bayaran. Kalau nak bayar terus pun boleh, tapi dalam contoh ni Agoda bagi masa sampai 20 Feb 2020.

 

Tak perlu nak bayar deposit atau apa-apa. Kiranya ok la kan kalau booking melalui Agoda? Dalam contoh kat atas tu, saya buat booking di Anjungan Beach Resort Pulau Pangkor.

 

Hari saya nak pergi tu, baru saya packing barang-barang yang nak dibawa. Siap packing barang, keluar rumah dalam pukul 8.30 pagi.

 

Pagi tu kami breakfast ala kadar je. Just beli roti dan minum kopi yang beli dekat stesen minyak Petronas. Saya memang tak tau jalan, jadi saya hanya bergantung seratus peratus pada Waze.

jalan-ke-jeti-lumut

Saya guna lebuhraya PLUS dan lepas tu Waze suruh saya exit dekat Sungkai. Lepas tu terus ikut jalan lama. Jalan dia kira ok la, cuma tak boleh nak bawa laju. Speed limit 90KM/j.

 

Tapi kalau kebetulan jumpa lori atau kenderaan orang kampung, memang kena banyak bersabar.

Bawa slow-slow je la. Tak apalah… lagipun kita nak pergi bercuti, bukan nak pergi meeting. Biar lambat asalkan selamat.

 

Ikut perancangan, saya nak drive straight terus ke Jeti Lumut. Tapi baru sampai sekitar Teluk Intan, perut saya mula rasa meragam. Mujur ada tempat yang sesuai untuk berhenti.

 

Ada satu tempat ni namanya Bazar Nanas Kampung Selabak.

bazar-nanas-kampung-selabak

Dekat situ ada tempat untuk makan, ada tandas, dan ada juga tempat untuk beli barang-barang keperluan. Next time, kalau ada keperluan untuk saya pergi ke Jeti Lumut sekali lagi, saya akan set waze untuk ke tempat ni dulu.

 

Bolehlah alas perut dulu sebelum sampai ke destinasi.

 

Selesai apa yang patut dekat sini, saya teruskan semula perjalanan untuk ke Jeti Lumut. Mula-mula sekali kena cari dulu tempat untuk parking kereta.

 

Dari pembacaan yang saya buat, kalau nak parking kereta kita boleh parking di Medan Tempat Letak Kereta bertingkat. Tempat parking ini tak berapa jauh dengan jeti Lumut. Dari tempat parking ini kita boleh jalan kaki sahaja.

 

Senang je nak cari bangunan ini. Dari jauh lagi kita boleh nampak.

tempat-parking-kereta-jeti-lumut

Harganya tak terlalu mahal dan yang penting, tempat parking ini juga selamat.

 

Parking area dilengkapi dengan kamera cctv dan ada juga pengawal keselamatan yang bertugas. Selain itu, dekat bangunan ini juga ada kemudahan tandas.

 

Harga parking di Medan Tempat Letak Kereta, Lumut

Jam pertama hingga jam kedua  RM1.00

Jam ketiga hingga berikutnya  ++RM1.00 sejam

Kadar maksima harian RM15.00

15 minit yang pertama percuma (just in case selepas anda pusing-pusing dalam tu tapi tak jumpa petak parking, boleh keluar semula tanpa perlu bayar apa-apa)

Kadar bayaran ini adalah seperti yang tertulis pada notice board dan berkuat kuasa 1 Disember 2019. Pada waktu anda membaca catatan ini, harganya mungkin masih sama, ataupun telah berubah.

 

Selepas dapat tempat parking, saya terus ke jeti lumut.

jeti-di-lumut

Tiket feri boleh beli terus dari kaunter. Kita sendiri pilih nak ambil feri pukul berapa.

kaunter-tiket-lumut

Harga tiket feri untuk ke Pulau Pangkor dari Jeti Lumut ialah RM14.00 untuk dewasa. Tiket feri yang kita beli ini adalah untuk perjalanan pergi dan balik.

tiket-feri-pulau-pangkor

Nanti akan ada staf yang tanya, kita nak ambil feri balik pukul berapa. Lepas tu tiket feri tu akan di stamp (cop) untuk menandakan waktu balik yang kita pilih.

 

Feri gerak ke Pulau Pangkor pada jam 1.49 petang dan pada pukul 2.14 petang, saya dah mula nampak jeti Pulau Pangkor. Perjalanan ambil masa lebih kurang 30 minit sahaja. Tak sempat pun nak merasa mabuk laut.

 

Bila sampai je dekat jeti, masa ini akan ada ramai juga ejen-ejen yang akan cuba jual pada kita perkhidmatan sewa motor, sewa kereta, pakej aktiviti dan lain-lain. Terpulanglah pada anda sama ada nak ambil perkhidmatan tu dari mereka atau tidak.

 

Macam saya sendiri, saya ucap terima kasih sahaja.

 

Saya cuma perlukan khidmat teksi sahaja untuk ke hotel. Nanti akan ada orang yang akan tunjukkan pada kita, teksi mana satu yang kita patut naik.

 

Mula-mula tu saya ingatkan teksi yang dimaksudkan ialah kereta biasa, rupa-rupanya saya silap. Teksi dekat Pulau Pangkor ini sebenarnya adalah van yang dicat warna pink.

harga-teksi-pulau-pangkor

Semua teksi dekat sini warnanya sama.

teksi-pulau-pangkor-harga-berapa

Teksi dekat sini tak menggunakan sistem meter.

 

Untuk ke Anjungan Beach Resort, saya dikenakan caj RM16. Saya ada cuba mintak diskaun sikit, tapi tak dapat. Katanya tu merupakan harga standard.

 

Saya tak pasti, adakah harga RM16 itu untuk semua destinasi atau harga sekali naik. Apa-apa pun, anda standby je la dengan amaun tersebut ya.

 

Selepas siap check in, saya tidur dulu beberapa jam. Hilangkan dulu penat memandu. Lagipun kalau nak keluar kemana-mana, keadaan tak berapa sesuai dengan panasnya dekat luar sana tu.

 

Sekitar jam 5.30 petang, barulah saya keluar.

 

Anjungan Beach Resort ini terletak di Teluk Nipah. Pada saya secara peribadi, Teluk Nipah ini merupakan tempat yang paling bagus kalau nak bercuti dan menginap di Pulau Pangkor.

 

Dekat sekitar Teluk Nipah ni, ada banyak kedai-kedai dan tempat makan. Dari hotel, kita boleh jalan kaki sahaja untuk cari tempat makan.

apa-yang-menarik-di-teluk-nipah

Petang tu, saya plan nak jalan-jalan dekat kawasan sekitar sambil-sambil tu nak cari pakej snorkeling dekat Pulau Pangkor.

 

Ada banyak beach boy yang offer pakej snorkeling. Kena pandai-pandai cari dan tanya.

giam-island-watersport

Saya tanya dua tempat. Tempat pertama, dia tawarkan RM80 pakej snorkeling untuk dua orang. Tapi saya tak terus setuju, dan bila saya tanya tempat lain, ada yang boleh offer RM60 untuk dua orang.

 

Pakej snorkeling dia sama sahaja. Apa yang kita bayar termasuk dengan perkhidmatan bot untuk hantar dan balik, set snorkeling, jaket keselamatan dan dalam pakej yang sama disertakan juga aktiviti bersiar-siar melawat pulau-pulau berhampiran.

 

Snorkeling tu kalau tak silap saya buat di Giam Island. Lepas tu kami dibawa untuk melihat pulau berhampiran untuk melihat tarikan di Pulau Pangkor, antaranya Whale Rock, Crocodile Rock, dan Turtle Rock.

 

Saya dah deal dengan salah seorang beach boy dan akan datang semula keesokkan hari untuk buat aktiviti snorkeling. Pakej snorkeling yang saya ambil ialah RM60 untuk dua orang. Bayaran saya buat masa nak pergi buat snorkeling tu nanti.

 

Hari pertama ini, saya just ambik gambar sahaja. Saya ambil juga gambar beach boy yang offer pakej snorkeling tu just in case kalau-kalau esok dia hilang ingatan yang dia bagi harga RM60, dan saya ambil gambar pemandangan pantai sekitar Teluk Nipah.

 

Ini pemandangan pantai dekat Teluk Nipah.

pantai-teluk-nipah-di-pangkor

Pasir dia putih.

pangkor-island-beach

Air laut dia pun nampak jernih.

teluk-nipah-beach

Kiranya tak salahlah pilihan kami memilih untuk cari tempat penginapan di Teluk Nipah.

teluk-nipah-beach-pulau-pangkor

Next time kalau saya nak datang bercuti sekali lagi ke Pulau Pangkor, saya rasa saya akan pilih Teluk Nipah sekali lagi.

best-ke-pulau-pangkor

Legalah juga bila dah dapat pakej snorkeling yang kena dengan bajet. Next, cari tempat makan sambil-sambil melihat matahari terbenam.

 

Untuk pengetahun anda, dekat area Teluk Nipah ini juga ada banyak kemudahan yang disediakan. Ada surau, mini market, kedai serbaneka, ada banyak tempat makan, dan tandas awam berbayar juga tersedia.

surau-teluk-nipah

Andai kata hotel tempat anda menginap terlalu sempit dan tak ada ruang untuk solat, boleh jalan kaki sahaja untuk ke Surau Haruniah ini.

 

Kedai runcit dan kedai serbaneka semua walking distant.

Jumpa satu kedai makan yang lokasi dia agak best.

 

Saya kata agak best sebab ada meja kosong yang mengadap laut. Kiranya sambil makan bolehlah menikmati pemandangan matahari terbenam.

 

Kami order mee sup, koe tiew goreng dan teh o ais dua. Semua ini harganya RM19.

Sambil makan tu sambil tengok pemandangan laut.

 

Dengar bunyi ombak, bunyi desiran angin, rasa macam semua masalah boleh dilupakan sejenak.

 

Lepas tu pulak dapat menikmati pemandangan matahari nak terbenam, memang terbaik.

teluk-nipah

nipah-bay

Lebih kurang pukul 7.30 macam tu saya balik ke bilik. Nak solat maghrib dan berehat. Esok siang nak sambung percutian di Pulau Pangkor ini dengan aktiviti snorkeling pulak.

 

Saya plan nak tidur awal malam tu.

 

Kemudian baru saya teringat, selipar yang saya pakai ni rasa kurang selesa. Masa keluar rumah tersilap pakai selipar.

 

Malam tu terpaksa keluar balik untuk beli selipar lain. Terbang RM26 untuk beli selipar baru.

aktiviti-malam-di-pulau-pangkor

Waktu malam di Teluk Nipah tak terlalu sunyi. Ada banyak kedai-kedai makan yang siangnya tutup, kini dibuka. Kalau nak makan seafood, ikan bakar segar, semuanya ada dekat sini.

 

Cuma sebelum nak order tu, jeling-jeling dulu harga yang ditawarkan. Saya rasa harga ikan bakar dekat sini agak mahal. Kalau setakat nak makan ikan siakap 3 rasa tu, rasa macam tak berbaloi, sebab boleh dapat harga lebih murah kalau di KL.

 

Ataupun kalau ada rezeki, lebih baik makan seafood dekat Kota Kinabalu. Dekat sana ada banyak pilihan seafood dan jenis ikan, dengan harga yang lebih murah. Oh… bilalah agaknya dapat pergi makan seafood dekat KK lagi.

 

Bila dah duduk luar, jalan-jalan sekitar Teluk Nipah di waktu malam, masa ni perut mula rasa lapar. Bukan selalu boleh luangkan waktu malam di tempat percutian macam ni kan.

Malam tu, saya beli burger sebungkus dan lepas tu lepak di kedai Mijuen Thai Food Project ini. Dalam banyak-banyak kedai makan, saya tengok kedai ni yang paling happening.

 

Kami order sangkaya, air ambik laichikang dengan lemon selasih. Air lemon selasih ni saja order sebab nak tau rasa dia macam mana.

supper-pulau-pangkor

Keluar malam tu, saya dapat selipar baru, dapat makan burger daging special, and dapat juga luangkan masa dengan yang tersayang.

 

Selesai buat semua tu, barulah balik ke bilik.

Siang nanti nak kena prepare apa yang patut dan kena keluar awal untuk sarapan pagi.

 

Untuk aktiviti hari kedua ni, saya sambung dalam perkongsian yang seterusnya. Nampak cantik kan pemandangan hotel yang kami pilih pada waktu malam kan?

 

Andai kata anda juga nak menginap disini, bolehlah buat booking melalui Agoda atau klik sahaja pautan ini ya. Kita jumpa lagi dalam entry seterusnya.

 

 

Baca juga...

  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itineraryPercutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary
  • Travelog Bercuti ke Pulau Pangkor 2020 – Melawat Tempat Menarik di Pangkor pada hari ketigaTravelog Bercuti ke Pulau Pangkor 2020 – Melawat Tempat Menarik di Pangkor pada hari ketiga
  • Travelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 – Aktiviti Snorkeling Pada Hari kedua di PangkorTravelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 – Aktiviti Snorkeling Pada Hari kedua di Pangkor
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau PangkorSerius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Pengalaman menginap di Anjungan Beach Resort semasa percutian di Pulau PangkorPengalaman menginap di Anjungan Beach Resort semasa percutian di Pulau Pangkor
  • Suatu petang di Pantai Pasir Bogak Pulau PangkorSuatu petang di Pantai Pasir Bogak Pulau Pangkor
  • Windmill PD Farm – Tempat mesti pergi jika bawa anak-anak bercuti ke Port DicksonWindmill PD Farm – Tempat mesti pergi jika bawa anak-anak bercuti ke Port Dickson
  • Homestay 3 bilik di Tanah Rata Cameron HighlandHomestay 3 bilik di Tanah Rata Cameron Highland
  • Pengalaman Bercuti Di Hotel Century Pines ResortPengalaman Bercuti Di Hotel Century Pines Resort
  • Kinabalu Park – Jalan-jalan menikmati udara sejuk kawasan pergununganKinabalu Park – Jalan-jalan menikmati udara sejuk kawasan pergunungan
  • Pengalaman Pertama Kali Ke Zoo MelakaPengalaman Pertama Kali Ke Zoo Melaka
  • Pengalaman menginap di Royal Agate Beach Resort semasa bercuti di Pulau LangkawiPengalaman menginap di Royal Agate Beach Resort semasa bercuti di Pulau Langkawi
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Pulau Tagged With: aktiviti di pulau pangkor, apa yang menarik di pulau pangkor, bercuti di pulau pangkor, pengalaman percutian ke pulau pangkor, percutian ke pulau pangkor

Trackbacks

  1. Travelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 - Aktiviti Snorkeling Pada Hari kedua di Pangkor - Xplorasi Destinasi says:
    January 31, 2020 at 10:11 pm

    […] nasi goreng paprik dan nasi goreng sotong. Saya makan dekat kedai yang sama macam hari semalam masa tengok pemandangan matahari terbenam. Harganya RM22 […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Sabree Hussin on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • nazira binti jarib on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • Strategi Content Marketing untuk Bisnes - Panduan untuk orang baru - Sabree Hussin Dot Biz on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highland
  • Alfhonsus on Mengejar mentari senja di Tanjung Harapan Port Klang

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in