Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Time Tunnel – Terowong Masa Menggamit Kenangan Silam di Cameron Highland

February 12, 2018 by Sabree Hussin 1 Comment

Apabila saya buka laman web Jabatan Meteorologi Malaysia, untuk dapatkan maklumat tentang keadaan cuaca di Cameron Highland bagi bulan Februari 2018 ini, saya dapati cuaca disana lebih baik dan lebih sesuai kalau nak jalan-jalan berbanding bulan lepas (Januari).

keadaan-cuaca-cameron-highland

Kalau bulan lepas, sewaktu saya datang bercuti di Cameron Highland tempoh hari, cuaca cerah hanya disebelah pagi manakala disebelah petang hujan turun dengan agak lebat.

 

Jadi, bila berada di Cameron Highland nanti, kenalah rancang perjalanan dan aktiviti dengan sebaik mungkin. Waktu siang, kita boleh melawat tempat-tempat outdoor seperti ladang teh cameron valley atau ladang teh boh, manakala sebelah petang mungkin kita boleh buat aktiviti indoor.

 

Bagi mereka yang belum pernah sampai di Cameron Highland ni, mungkin ada yang belum tahu, yang dekat sini ada muzium yang menempatkan pelbagai barang-barang lama. Apa yang peliknya kalau dekat muzim ada barang-barang lama, betul tak?

 

Memanglah barang-barang lama ni, selalunya akan ditempatkan dalam muzium. Jadi, apa yang membuat Time Tunnel ini lebih istimewa berbanding lain-lain muzium? Pada saya, tempat ini, ada keunikkannya tersendiri. Barang-barang dalam ini adalah barang-barang dari era 60an – 80an.

tempat-menarik-cameron-higland

Ianya berasal dari satu masa yang tidak begitu lama dahulu. Kebanyakkan barang-barang yang ada dalam ni, pernah digunakan oleh mak ayah kita, terutama sekali kalau mereka sudah ada pada zaman tersebut. Setiap barang yang dipamerkan dalam ni, tak perlu nak letak description panjang-panjang.

 

Sesetengahnya memang langsung tak ada penerangan.

 

Setiap kali lalu dekat barang-barang lama yang kita kenal, kita sendiri yang akan memulakan cerita tentang barang tersebut. Barang ini dulu pernah ada kat rumah abah dulu… Masa tu abah kecik lagi… abah dulu guna barang ni masa… bla… bla… bla… Secara automatik, mode bercerita diaktifkan!

Time Tunnel – Terowong Masa menggamit Kenangan Silam

Take A Walk Down Memory Lane… A journey back in time not to be missed! More than 2,000 artifacts on display

Si anak yang baru pertama kali nampak sesuatu barang yang dipamerkan disini, secara tak langsung dapat mendengar si ayah bercerita, bukan sahaja tentang barang tersebut, tetapi termasuk juga pengalaman menggunakan barang-barang yang dimaksudkan.

 

Lepas habis jalan-jalan kat Cameron Valley Tea, saya terus ke homestay di Tanah Rata. Oleh kerana cuaca disebelah petang menunjukkan tanda-tanda yang hari akan hujan, jadi kami pun menuju ke destinasi yang kita dapat berlindung dari hujan.

 

Jika anda ingin menginap di Tanah Rata, bolehlah sewa Homestay Sophiarose Muslim House ini. Kadar sewanya juga tidak begitu mahal. Malahan anda boleh dapatkan travel credit bernilai RM120 dari saya, untuk lebih penjimatan menerusi pautan ini..

 

Maka petang itu, kami pilih untuk luangkan masa di Time Tunnel yang terletak di Brinchang, Cameron Highland.

 

Bayaran masuk ke Time Tunnel

Untuk masuk ke sini, ada bayaran masuk yang akan dikenakan. Ianya tidaklah begitu mahal.

tiket-masuk-time-tunnel

Dewasa – RM6

Kanak-kanak RM4

 

Tiket ni jangan dibuang pulak.

 

Ia boleh digunakan untuk dapatkan diskaun 20% untuk beli minuman dekat Time Tunnel Cafe nanti.

 

Masuk je tempat ni, abah terus ambik raket ni. Mungkin itu benda pertama yang berjaya menarik perhatian dia.

Sekarang ni, memang kita dah tak pakai raket jenis ni. Raket ni, dah la berat, diperbuat dari kayu dan tali tu pulak keras macam dawai. Zaman ni, kalau pakai lagi raket macam ni, memang confirm sakit tangan.

 

Masa nak masuk, ada digantung barang-barang lain dari era 80an.

Benda-benda ni semua, adalah benda-benda biasa yang ada dirumah kita, atau mungkin yang PERNAH ADA dirumah kita satu masa dulu. Cuma bezanya adalah sama ada kita masih simpan atau dah buang.

 

Mungkin ramai yang tak sangka, ada rupanya yang simpan benda-benda lama macam ni.

time-tunnel-gallery

Mujurlah masih ada yang simpan, setidak-tidaknya bila kita tengok barang-barang ni semua, kita dapat imbau kembali kenangan masa zaman silam dulu.

 

Sebelum ini, saya biasa tengok ada yang kumpul tin minuman coca-cola. Tapi kalau di Time Tunnel Cameron Highland ni, kita boleh lihat ada juga rupanya yang kumpul dan simpan tin milo.

 

Dekat sudut yang berbeza, ada rak yang menempatkan bateri jenama National.

tempat-menarik-cameron-highland

Peliknya bateri ni sebab saiznya yang sangat besar. Saya pun tak pasti, pada masa ianya dicipta dulu, sepatutnya ia digunakan untuk memberi kuasa kepada peralatan elektrik apa…

 

Saya yang lahir pada tahun 80an, pun ada banyak juga barang-barang yang saya tak pernah nampak.

Tetapi bila saya nampak bekas air ni, ha… yang ni saya masih ingat. Kat rumah dulu, memang pernah ada bekas air ni. Dulu kalau nak pergi kebun, mesti akan buat air kopi dan isi dalam bekas ni.

 

Ala… fungsi dia samalah macam termos sekarang ni.

 

Ini pula bahagian bagasi.

Dulu-dulu kalau nak travel mana-mana, bagasi seperti ini yang biasanya digunakan. Walaupun tanpa ada sebarang isi, ianya dah agak berat. Kalau tengok cerita P Ramlee, memang banyak babak yang menggunakan beg bagasi jenis macam ni.

 

Memang jauh beza dengan bagasi pada zaman sekarang ni.

 

Sesetengah barang yang pernah wujud pada zaman dahulu, sama ada ianya telah lenyap sama sekali, ataupun sekarang ia telah berubah bentuk.

time-tunnel-cameron-highland

Cuba tengok rekaan berus gigi pada zaman tu. Memang jauh berbeza dengan yang kita gunakan sekarang ni.

 

Sekarang ni, berus gigi itu sendiri ada macam-macam rekaan dan ada teknologi dia sendiri. Tak sesimple berus gigi pada zaman dulu.

 

Kalau anda jalan lagi di dalam Time Tunnel ni, ada satu tempat yang cukup menarik kalau nak buat sesi family photo.

family-photo-cameron-highland

Bergambar bersama keluarga dengan berlatarbelakangkan barang-barang dan perhiasan lama.

 

Masa kami berada di seksyen ini, ada seorang lelaki datang mendekati kami. Dia offer untuk tangkap gambar sekeluarga di tempat ini. Tapi kena bayar sejumlah wang. Dia akan cuci gambar tersebut ikut saiz yang kita nak.

 

Oleh sebab saya memang ada kemera sendiri, jadi rasanya tak perlulah kot.

 

Tetapi, kalau anda datang ke sini, dan tak bawa kamera bersama anda, bolehlah dapatkan perkhidmatan yang ditawarkan tu. Itupun kalau anda rasa mahu.

 

Saya agak tertarik dengan Loteri Kebajikan Masyarakat ini.

lembaga-loteri-perkhidmatan-masyarakat

Abah kata, pada masa ini, memang tiket-tiket loteri dijual secara bebas pada waktu era 80an. Malahan, jualannya diurus tadbir oleh pihak kerajaan Malaysia menerusi Lembaga Loteri Perkhidmatan Masyarakat dan Kebajikan.

 

Walaupun atas tujuan kebajikan, namun ianya adalah satu aktiviti judi yang jelas haram disisi agama Islam.

 

Sebelum penggunaan telefon bimbit, (sekarang smartphone) kita hanya bergantung harap pada telefon rumah sahaja.

Agak-agak orang yang lahir tahun 2000 ni tahu tak nak guna telefon jenis ni?

 

Sebahagian daripada peralatan memasak.

time-tunnel-cameron-highland

Dulu-dulu kalau nak memasak kena guna kayu api bagi yang tak ada dapur gas lagi. Memang macam ni la lebih kurang pemandangannya.

 

Koleksi majalah tentang movie.

Kualiti kertas yang digunakan memang jauh beza dengan kualiti kertas untuk majalah sekarang ni.

 

Ini pula bahagian yang menempatkan mercun dan bunga api.

mercun-time-tunnel-cameron

Sebahagiannya saya pernah main masa zaman kanak-kanak dulu.

 

Ini pula ada beberapa tempat dalam Time Tunnel yang cantik kalau nak bergambar.

Latar belakang adalah rumah yang diubahsuai menjadi warung atau kedai makan. Kalau tengok dari segi susun atur, nampak macam kedai makan cina.

 

Kat sini pun menarik kalau nak bergambar.

Mungkin ini bar pada zaman dulu-dulu.

 

Susun atur dia lebih kurang macam tu lah…

 

Sebenarnya ada banyak lagi bahagian yang menarik dalam Time Tunnel ni. Saya rasa baik anda datang sendiri ke sini untuk melihat apa lagi yang menarik disini.

 

Selain melihat barangan dari era 60an, kita juga dapat baca serba sedikit sejarah tentang Cameron Highland di Time Tunnel ini.

 

Dah habis jalan-jalan, jelajah setiap pelusuk ruang yang ada dalam Time Tunnel ni, masa untuk ke Time Tunnel Cafe pula.

cameron-highland

Kebetulan pada masa ni memang tengah hujan lebat dekat luar. Tak boleh nak gerak kemana-mana pun.

 

Jadi kami pun singgah minum di Time Tunnel Cafe ni dulu.

Kami pilih meja paling hujung yang dekat dengan basikal tergantung dekat dinding ini.

 

Macam yang saya beritahu tadi, untuk minuman ada 20% diskaun, khas untuk pemegang tiket masuk ke Time Tunnel.

tempat-menarik-cameron-highland

Minuman, ada diskaun 20%.

 

Cuma makanan sahaja yang kena bayar harga penuh.

 

Alhamdulillah, selesai makan, hujan pun berhenti. Masa untuk balik ke Homestay kami di Tanah Rata. Sebelum balik, kami ada singgah di satu lagi lokasi yang cukup popular dan yang sering disebut-sebut oleh mereka yang biasa pergi bercuti di Cameron Highland.

 

Anda nak teka, kat mana saya singgah selepas ni? Ikuti perkongsian saya yang seterusnya tentang percutian ke Cameron Highland ini.

 

Baiklah, jika anda ingin bercuti ke Cameron Highland dan masih belum ada tempat untuk menginap, apa kata anda menginap di Tanah Rata. Ada sebuah homestay yang diberi nama SophiaRose Muslim House yang cukup selesa untuk anda.

 

Kadar sewa untuk satu malam hanyalah RM182 sahaja pada waktu catatan ini saya tulis. Anda boleh gunakan voucher diskaun bernilai RM120 khas dari saya dengan melayari pautan ini. Selamat bercuti!

Baca juga...

  • Terasa rindu nak pergi bercuti ke Cameron HighlandTerasa rindu nak pergi bercuti ke Cameron Highland
  • S’Corner Central Market – Tempat shopping di Cameron HighlandS’Corner Central Market – Tempat shopping di Cameron Highland
  • Melawat Ladang Teh Boh Sungei Palas Cameron HighlandMelawat Ladang Teh Boh Sungei Palas Cameron Highland
  • Cameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum tehCameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum teh
  • Mencari tapak perkhemahan di Taman Negeri Selangor, Hutan Lipur Sungai TuaMencari tapak perkhemahan di Taman Negeri Selangor, Hutan Lipur Sungai Tua
  • Pengalaman menginap di PD Paradise Lagoon Apartment di Port DicksonPengalaman menginap di PD Paradise Lagoon Apartment di Port Dickson
  • Panduan percutian ke Pulau Langkawi untuk pengunjung kali pertamaPanduan percutian ke Pulau Langkawi untuk pengunjung kali pertama
  • Travelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 – Aktiviti Snorkeling Pada Hari kedua di PangkorTravelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 – Aktiviti Snorkeling Pada Hari kedua di Pangkor
  • Perkhidmatan Kereta Sewa yang boleh dipercayai di Kota KinabaluPerkhidmatan Kereta Sewa yang boleh dipercayai di Kota Kinabalu
  • Pengalaman Bercuti Di Hotel Century Pines ResortPengalaman Bercuti Di Hotel Century Pines Resort
  • Lawatan ke Muzium Lukut semasa bercuti ke Port DicksonLawatan ke Muzium Lukut semasa bercuti ke Port Dickson
  • Pengalaman menginap di D’Kebun Najibah Chalet & HomestayPengalaman menginap di D’Kebun Najibah Chalet & Homestay
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Tempat Menarik Tagged With: bercuti di cameron highland, cuaca di Cameron Highland, Loteri Kebajikan Masyarakat

Trackbacks

  1. Pasar Malam Cameron Highland - Apa yang menarik ada disini? - Xplorasi Destinasi says:
    February 12, 2018 at 4:45 pm

    […] selesai aktiviti kami di Time Tunnel, kami terus bertolak balik ke homestay di Tanah Rata. Mengikut perancangan asal, kami akan penuhkan […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Strategi memberikan Pengalaman Penginapan TERBAIK kepada tetamu homestay - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Hard sell atau soft sell - Nak guna yang mana? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Adakah blog masih relevan? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Berkesan ke promosikan bisnes homestay menggunakan blog? - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in