Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Taman Negeri Selangor – Makan tengahari dan main air sungai di Hutan Lipur Sungai Tua

December 5, 2017 by Sabree Hussin 5 Comments

Pernah dengar nama Taman Negeri Selangor?

 

Pertama kali saya dengar tentang tempat ni adalah melalui kawan kepada kawan. Katanya, baru-baru ni dia ada pergi ke Taman Negeri Selangor dan piknik bersama keluarga. Tempatnya cantik, air sungainya jernih, dan kawasannya juga bersih serta dijaga dengan baik.

 

Lepas tu, dari segi kemudahan asas, semuanya dah disediakan.

selangor-state-park

Bila saya dengar cerita dari dia, saya pun apa lagi, mulalah susun jadual dan cari masa untuk datang sendiri dan melihat suasana di Taman Negeri Selangor ni.

 

Saya pun memang suka tempat-tempat macam ni. Rasa tenang dan damai je.

hutan-rekreasi-taman-negeri-selangor

Dari tepi jalan, kita akan jumpa sebuah pintu gerbang, yang tertulis Taman Negeri Selangor. Bila dah nampak pintu gerbang tu, masuk ke dalam dan boleh terus cari tempat parking. Dekat bahagian sini, ada juga gerai-gerai menjual makanan dan barang-barang seperti pakaian, pelampung dan sebagainya.

 

Sebenarnya, ada satu perkara yang saya agak confuse dengan tempat ini. Bila saya jalan-jalan di kawasan sekitar, saya dapati tempat ini dikenali dengan beberapa nama.

 

Ini pintu kedua untuk masuk ke Taman Negeri Selangor.

Kalau kita masuk ikut pintu sebelah sini, tempat ini dikenali dengan nama Taman Eko Rimba Sungai Tua.

 

Kemudian, bila kita gerak ke dalam sikit, kita akan jumpa satu papan tanda yang menunjukkan kawasan sekitar tempat ini. Pada papan tanda tu, ditulis nama Hutan Lipur Sungai Tua.

sungai-tua-recreational-forest

Maksudnya? Kalau ikut apa yang saya faham, Taman Negeri Selangor, Taman Eko Rimba Sungai Tua dan Hutan Lipur Sungai Tua adalah merujuk kepada tempat yang sama.

 

Bayaran masuk ke Taman Negeri Selangor

bayaran-masuk-taman-eko-rimba-sungai-tua

Seperti lain-lain tempat rekreasi, kalau nak masuk ke sini juga akan dikenakan bayaran. Untuk dewasa, bayarannya adalah RM1 sahaja, manakala untuk kanak-kanak ialah 50 sen.

 

Jom kita mulakan aktiviti jelajah tempat ini. Manalah tahu, tempat ni sesuai untuk anda jadikan tempat untuk beriadah bersama keluarga nanti.

 

Dari kaunter pembayaran, benda pertama yang menarik perhatian saya adalah jambatan ini.

 

Saya rasa, kalau datang ke sini, tapi tak ambik gambar dekat jambatan ni macam tak lengkap pula. Sebenarnya, pada hari saya datang ni, hujan baru lepas turun. Arus air sungai dia pun agak deras pada masa ini.

 

Walaupun arus agak deras, namun air sungai ni tak begitu dalam.

Ada juga pengunjung yang mandi kat sini. Saya sempat tanya kepada penjaga tempat ni. Katanya, tempat ni sebenarnya baru lepas mengalami fenomena kepala air. Namun, kepala air yang melalui kawasan ni tak begitu berbahaya, dan masih selamat kalau nak mandi.

 

Kalau tak minat nak mandi pun tak apa. Boleh habiskan masa dengan berehat-rehat di pondok-pondok yang disediakan. Ada beberapa jenis pondok yang disediakan.

 

Ada pondok yang dekat dengan tempat untuk memanggang.

Sambil-sambil memanggang, sambil tengok sungai. Kalau nak guna tempat panggang ni, seelok-eloknya bawa jaring pemanggang yang baru. Lebih terjamin dari segi kebersihan.

 

Tandas dan bilik air ada disediakan kat sini. Kalau nak mandi pun boleh kat dalam ni.

 

Kawasan hutan ni pun sebenarnya agak luas. Sekiranya anda datang awal ke sini, bolehlah terus jelajah kawasan ni. Ada banyak juga tempat-tempat yang nampak sesuai kalau nak buat piknik tepi sungai.

 

Ikut sahaja laluan yang disediakan.

Anda pasti tak akan sesat.

 

Kalau terus ikut laluan ni, anda akan bertemu dengan pintu kedua Taman Negeri Selangor ni. Sesetengah pengunjung, ada yang masuk menerusi pintu kedua ni.

 

Kat situ pun ada tempat parking. Manalah tau kalau kat pintu pertama tu petak parking dah penuh, anda boleh cuba cari tempat parking di pintu kedua, yang tertulis Taman Eko Rimba Sungai Tua tu.

 

Ada kawasan yang tak banyak batu. Aliran arus dia juga tak begitu deras. Saya rasa kalau hujung minggu, mesti ramai yang mandi kat sini.

 

Dari apa yang saya perhatikan, nampaknya air sungai kat sini (Hutan Lipur Sungai Tua) memang tak begitu dalam. Jadi memang sesuai kalau nak bawa anak-anak kecik untuk main air kat tempat ni.

 

Kebanyakkan kawasan dalam sungai, ada banyak batu-batu.

 

Bila waktu arus tengah deras, kena lebih berhati-hati. Sebaik-baiknya, tunggulah aliran arus tu jadi tenang semula.

 

Masa ni, arus sungai masih agak laju. Walaupun tak begitu bahaya.

 

Masa ni arus dah mula perlahan. Air sungai pun dah mula kembali jernih.

 

taman-negeri-selangor

Jadi, apa pandangan anda tentang tempat ni?

 

Rasa-rasa ok tak kalau nak buat piknik atau aktiviti riadah bersama keluarga kat sini? Seingat saya, saya cuma luangkan masa sekitar 3 jam sahaja kat sini.

 

Sebelum keluar rumah, masak dulu. Masukkan dalam bekas elok-elok. Bila dah sampai kat tempat ni, terus cari pondok dan makan kat sini.

 

Sesekali buat macam ni, seronok jugak.

 

Baiklah, lepas ni saya akan cerita tentang tapak perkhemahan di Hutan Lipur Sungai Tua ini pula. Sebenarnya, salah satu sebab kenapa saya datang ke sini adalah nak tengok tapak perkhemahan kat Taman Negeri Selangor.

 

Dalam perancangan, saya nak bermalam style camping kat tempat ini. In Shaa Allah. 

 

Sebelum ni saya pernah tengok-tengok tempat camping di Hutan Rekreasi Sungai Tekala, rasa macam tak berapa menarik la pulak.

 

 

 

 

Baca juga...

  • Mencari tapak perkhemahan di Taman Negeri Selangor, Hutan Lipur Sungai TuaMencari tapak perkhemahan di Taman Negeri Selangor, Hutan Lipur Sungai Tua
  • Pakej percutian 4 hari 3 malam ke Phuket Thailand dengan kos yang jimatPakej percutian 4 hari 3 malam ke Phuket Thailand dengan kos yang jimat
  • Kisah voucher percutian PERCUMA yang tak lakuKisah voucher percutian PERCUMA yang tak laku
  • Windmill PD Farm – Tempat mesti pergi jika bawa anak-anak bercuti ke Port DicksonWindmill PD Farm – Tempat mesti pergi jika bawa anak-anak bercuti ke Port Dickson
  • Pengalaman menginap di Glory Beach Resort Port DicksonPengalaman menginap di Glory Beach Resort Port Dickson
  • Apa yang menarik di Pantai Corus Paradise Port Dickson?Apa yang menarik di Pantai Corus Paradise Port Dickson?
  • Travelog Bercuti ke Pulau Pangkor 2020 – Melawat Tempat Menarik di Pangkor pada hari ketigaTravelog Bercuti ke Pulau Pangkor 2020 – Melawat Tempat Menarik di Pangkor pada hari ketiga
  • Hutan Lipur Sungai Tua – Pengalaman camping tepi sungai di Taman Negeri SelangorHutan Lipur Sungai Tua – Pengalaman camping tepi sungai di Taman Negeri Selangor
  • Pantai Sri Purnama Port Dickson untuk percutian bersama keluargaPantai Sri Purnama Port Dickson untuk percutian bersama keluarga
  • Pantai Remis Kuala Selangor – Menikmati suasana waktu senja yang mendamaikanPantai Remis Kuala Selangor – Menikmati suasana waktu senja yang mendamaikan
  • Pengalaman menginap di Teluk Bayu Floating Chalet, Kota Kuala Muda, KedahPengalaman menginap di Teluk Bayu Floating Chalet, Kota Kuala Muda, Kedah
  • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah PerakPulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Kawasan Rekreasi Tagged With: apa yang menarik di taman negeri selangor, hutan lipur sungai tua, taman eko rimba sungai tua, ulu yam

Comments

  1. nor says

    November 18, 2020 at 8:04 am

    g p3 atas lagi air terjun dalam.permulaan sungai ni

    Reply

Trackbacks

  1. Makan tengahari di Taman Negeri Selangor says:
    December 6, 2017 at 10:20 am

    […] Taman Negeri Selangor – Makan tengahari dan main air sungai di Hutan Lipur Sungai Tua […]

    Reply
  2. Hutan Lipur Sungai Tua - Pengalaman camping tepi sungai di Taman Negeri Selangor - Xplorasi Destinasi says:
    March 13, 2018 at 3:08 pm

    […] 1. Taman Negeri Selangor – Makan tengahari dan main air sungai di Hutan Lipur Sungai Tua […]

    Reply
  3. ?? 10+ Tempat Menarik di Selangor Yang Percuma (Percutian Bajet 2019) says:
    January 6, 2020 at 1:08 pm

    […] pengalaman dari Sabree Hussin, tempatnya cantik, kawasannya bersih dan terjaga. Cuma katanya, air agak deras di sini. Sangat […]

    Reply
  4. Tempat Menarik di Selangor Yang Percuma & Best (2020) says:
    March 22, 2020 at 3:17 pm

    […] pengalaman dari Sabree Hussin, tempatnya cantik, kawasannya bersih dan terjaga. Cuma katanya, air agak deras di […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, Pahang
  • Pemilihan lokasi yang strategik untuk bisnes homestay - Blog Sabree Hussin on Percutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 Malam
  • Zul on Nasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, Selangor
  • munirah on Pengalaman menginap di Teluk Bayu Floating Chalet, Kota Kuala Muda, Kedah
  • FAUZIAH on Hutan Rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik?

Copyright © 2025 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in