Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Sungai Kedondong Batang Kali Selangor – Tempat PILIHAN untuk luangkan hujung minggu bersama keluarga

October 25, 2017 by Sabree Hussin 3 Comments

“Hari Ahad ni ada program tak? Kalau tak ada program, jom kita piknik kat mana-mana…”

 

Menarik jugak idea tu. Dah lama tak berkumpul ramai-ramai dengan adik beradik, lebih-lebih lagi bila masing-masing sibuk dengan urusan kerja. Kalau ada masa nak jumpa dan berkumpul bersama pun, mungkin masa hari Raya. Itupun cuma setahun sekali.

 

Bila masing-masing dah bekerja, dengan hari cuti yang tak sama, jadi agak susah nak berkumpul dan lakukan aktiviti bersama. Ada seorang ni cuti tak menentu. Maklumlah kerja ikut syif. Ada syif pagi, ada syif petang, dan syif malam.

 

Ada yang cutinya setiap hari Ahad, dan kadang-kadang cuti Sabtu dan Ahad. Macam saya pulak, kerja setiap masa. Asalkan ada komputer dan internet, saya boleh bekerja. Kerja sebagai freelancer macam saya, setiap masa adalah masa bekerja, cuma kalau nak, saya boleh ambil cuti bila-bila masa yang saya mahu.

 

Walaupun cuti setiap orang berbeza, dalam setahun, mesti akan ada satu hari, yang kebetulan semua orang cuti pada hari yang sama, dan boleh buat aktiviti bersama. Isu lain pula timbul, kita nak lepak kat mana?

sungai-kedondong-ulu-yam

Bincang punya bincang, dan setelah muncul beberapa cadangan nama tempat, akhirnya kami buat keputusan untuk pilih Sungai Kedondong yang terletak di Batang Kali, Selangor sebagai destinasi pilihan.

 

Bukanlah nak kata tempat ni paling best, tetapi tempat ni dipilih sebab masing-masing tak pernah pergi. Kalau setakat lalu tepi jalan tu, mungkin pernah. Sungai Kedondong ni sebenarnya terletak di antara laluan Batang Kali ke Gohtong Jaya.

 

Tempat tak pernah pergi ni, hati ni berkobar-kobar nak tengok dan nak tahu, apa yang ada dekat Sungai Kedondong ni.

 

Sepanjang perjalanan, saya tak perasan kalau ada signboard yang menunjukkan arah ke Sungai Kedondong ni. Mungkin ada, cuma saya tak perasan. Apa pun, jika anda tak pernah sampai ke tempat ni, boleh guna koordinat ni. Koordinat ni adalah tempat saya parking kereta.

Sungai Kedondong, Batang Kali

E: 101° 42′ 54.6″ N: 3° 25′ 59.1″

 

tempat-makan-sedap-sungai-kedondong

Di tepi jalan, sebelum nak masuk kawasan sungai, anda boleh nampak ada deretan kedai. Kat sini ada tempat makan, kedai runcit dan ada juga kedai yang menjual pelbagai jenis cenderamata.

 

beli-makanan-di-sungai-kedondong

Tak cukup dengan kedai-kedai menjual makanan, ada juga beberapa gerai yang dibuka yang turut menjual air minuman dan makanan.

 

Tempat parking yang disediakan juga luas.

parking-area-sungai-kedondong

 

Kalau tak muat nak parking kat tempat ni, boleh juga parking di tepi-tepi jalan. Ataupun, pengunjung boleh bawak kereta masuk ke dalam sedikit berhampiran dengan tempat nak masuk ke kawasan sungai. Kat situ pun ada orang parking kereta.

 

Parking dia memang luas. Saya rasa kalau dilukis petak-petak parking akan lebih memudahkan pengunjung yang datang ke sini. Bila tak ada petak parking, akan ada kereta yang terlebih makan ruang.

 

parking-area-sungai-kedondong

Ada juga pengunjung yang parking kereta ditepi-tepi jalan. Ada ruang yang agak luas dan tak mengganggu laluan trafik.

 

tempat-solat-sungai-kedondong

Kemudahan seperti surau dan juga tandas awam (berbayar) turut disediakan. Walaupun begitu, pada masa saya datang ke Sungai Kedondong ni, saya tidak bersolat di Surau. Sebaliknya, saya hanya bersolat di tepi khemah sahaja. Ambil wudhu’ pun guna air sungai.

 

Teringat pula pada zaman-zaman camping masa sekolah menengah dulu. Waktu tu, kami semua ambil wudhu di Sungai, dan solat berjemaah di tepi sungai sahaja.

 

tempat-buang-sampah-sungai-kedondong

Kita fikir logik ya. Sungai Kedondong di Batang Kali Selangor ni adalah kawasan tumpuan dan tempat rekreasi. Jadi, sudah tentu tempat macam ni akan disediakan tempat untuk buang sampah. Betul tak? Boleh terima?

 

Tapi sayang, rupa-rupanya ada jugak pengunjung yang bebal yang tak reti nak cari tong sampah. Tak apa, itu saya akan cerita di lain masa. Saya nak share apa yang menarik dulu kat tempat ni. Jom teruskan baca dengan mood happy ya.

 

Kat sini ada banyak daun-daun kering (dan yang nampak macam kering) yang boleh digunakan untuk hidupkan api. Tapi, saya tak galakkan anda hidupkan api guna daun-daun yang banyak bertaburan atas tanah tu. Lebih baik guna kertas, minyak masak dan arang sahaja.

 

Bila saya letak daun-daun, api tak nak hidup. Terpaksa buang semua dan mula sekali lagi. Kali ni, saya cuma guna kertas, minyak masak dan arang semata-mata. Baru senang nak hidupkan api.

 

Air dia best. Tak terlalu sejuk. Aliran air dia pun tak begitu deras.

 

Tak terlalu risau nak lepaskan anak-anak kecil main air disini. Walaupun begitu, masih lagi perlu ada kehadiran orang dewasa untuk tengok-tengokkan ya. Manalah tahu, kalau ada yang tergelincir dan terjatuh.

 

Air pada bahagian ni memang tak dalam. Just nice untuk budak-budak mandi dan berendam di bahagian ni. Batu-batu yang ada kat sini pun tak licin dan tak berlumut. Ada saya pernah jumpa, kawasan sungai macam ni, batu-batu dia sangat licin dan tajam juga. Jadi kena hati-hati.

 

lokasi-sungai-kedondong

Memang beruntung siapa yang tinggal tak berapa jauh dari tempat ini. Kawasan dia cantik, dan memang cukup sesuai untuk dijadikan destinasi riadah.

 

Mujurlah kami datang lebih awal, jadi pada hari tu dapatlah pilih tempat yang strategik. Redup, dan yang paling penting, dekat dengan sungai.

 

menarik-di-sungai-kedondong

Semua peringkat umur boleh nikmati keseronokkan bermain air di Sungai Kedondong ni. Dari yang kanak-kanak, remaja, belia dan yang dah berusia juga datang ke sini.

 

seronok-ke-sungai-kedondong

Bagi pengunjung yang suka lakukan aksi-aksi bahaya, kat sini ada satu kawasan yang agak dalam. Mungkin kedalaman dia lebih kurang 1.8 meter la kot. Kat tempat ni, bagi yang cukup berani, ada yang lakukan aksi terjun dari atas batu yang agak tinggi.

 

Nak mandi dikawasan ini, sebaik-baiknya anda pandai berenang. Kalau tak pandai berenang, tak digalakkan nak mandi kat sini.

 

Kalau nak mandi kat sini jugak, pastikan mandi bersama dengan kawan yang reti berenang, dan bersedia dengan peralatan keselamatan. Life jacket maybe? Macam over pulak kan…

 

tempat-menarik-sungai-kedondong

Saya rasa, ini adalah pintu masuk utama, sebabnya untuk masuk ke kawasan ini, ada dibina tangga yang nampak lebih proper berbanding tempat saya lepak. Tempat saya lepak tu, kena redah hutan sikit.

 

Kawasan ni, pada saya la kan, tak berapa menarik sebab banyak pasir, airnya tak berapa dalam, ada banyak batu, dan yes, terlalu ramai orang yang duduk disini.

 

Kat spot ni juga tak banyak pokok. Jadi agak panas kena sinaran cahaya matahari.

 

Bergerak ke sebelah kiri, dari pintu masuk utama, ada satu lagi tempat yang ada ramai orang mandi. Dari jauh saya tengok air dia macam tak sejernih tempat lepak yang saya pilih mula-mula. Mungkin sebab arah saya ambik gambar kot.

 

Kemudian baru saya perasan, rupa-rupanya ada jambatan yang menghubungkan antara dua tebing sungai. Saya nampak, ada pengunjung yang bersusah payah nak melintas sungai, sebab nak cari tempat yang sesuai di seberang sungai.

 

Rupa-rupanya ada jambatan disediakan. Mungkin pengunjung tu pun baru pertama kali datang ke Sungai Kedondong ni juga.

 

Jom kita explore dan lihat sendiri apa ada kat sebelah sana.

 

Disebelah sini, terdapat banyak juga pondok-pondok seperti yang saya tunjukkan dalam gambar ni dibina. Kalau anda ada bawa khemah, boleh pasang khemah di bawah pondok tersebut, ataupun kalau cuma nak tutup dengan canvas sahaja pun dah ok.

 

Kebanyakkan pondok yang saya jumpa, agak usang, dan tak ramai yang memilih untuk duduk di pondok tersebut. Mungkin sebab jarak dia dengan sungai agak jauh.

 

Ada juga tempat yang orang tak pergi pun. Contohnya macam kawasan yang kat atas ni. Ada banyak batu, dan nak turun ke situ pun nampak agak payah.

 

Pada bahagian lain, ada air sungai yang nampak lebih jernih.

 

aktiviti-menarik-sungai-kedondong

Tak terasa kehangatan waktu tengahari apabila kita berendam di sungai seperti ini dan berada dibawah redupan pokok-pokok hutan yang merimbun.

 

sungai-kedondong-photo

In Shaa Allah, satu hari nanti plan nak datang sekali lagi ke sini. Next time, nak cuba bermalam di tepi Sungai Kedondong ni pulak.

 

Itupun kalau ada kawan yang sama-sama cukup berani nak bermalam kat tempat macam ni. Saya tengok, ada beberapa kumpulan yang bermalam di sungai ini, siap bawa joran sekali. Teringin juga nak rasai pengalaman seperti itu.

 

Lepas tinggalkan zaman sekolah, memang dah lama tak rasa pengalaman bermalam dihutan. Teringin nak mula balik aktiviti macam tu.

 

Berdekatan dengan Sungai Kedondong ni juga, ada tempat yang anda boleh menginap.

Anda hanya perlu search nama “Batang Kali” di laman web ini.

 

Semoga perkongsian saya tentang aktiviti saya di Sungai Kedondong ni bermanfaat untuk anda.

 

 

Baca juga...

  • Cari spot terbaik untuk pasang khemah di Sungai Kedondong, Batang KaliCari spot terbaik untuk pasang khemah di Sungai Kedondong, Batang Kali
  • Nasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, SelangorNasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, Selangor
  • Pantai Remis Kuala Selangor – Menikmati suasana waktu senja yang mendamaikanPantai Remis Kuala Selangor – Menikmati suasana waktu senja yang mendamaikan
  • Beriadah bersama keluarga di Pantai Bagan Lalang, SelangorBeriadah bersama keluarga di Pantai Bagan Lalang, Selangor
  • Homestay 3 bilik di Tanah Rata Cameron HighlandHomestay 3 bilik di Tanah Rata Cameron Highland
  • Lawatan ke Muzium Lukut semasa bercuti ke Port DicksonLawatan ke Muzium Lukut semasa bercuti ke Port Dickson
  • Hutan Lipur Sungai Tua – Pengalaman camping tepi sungai di Taman Negeri SelangorHutan Lipur Sungai Tua – Pengalaman camping tepi sungai di Taman Negeri Selangor
  • Panduan Airbnb – Perkara yang anda perlu berikan perhatian apabila membuat tempahan di laman web AirbnbPanduan Airbnb – Perkara yang anda perlu berikan perhatian apabila membuat tempahan di laman web Airbnb
  • SophiaRose Muslim House – Homestay PREMIUM Mesra Keluarga di Tanah Rata Cameron HighlandSophiaRose Muslim House – Homestay PREMIUM Mesra Keluarga di Tanah Rata Cameron Highland
  • Ada apa yang menarik di Kundasang War Memorial? Tempat mesti singgah bila ke KundasangAda apa yang menarik di Kundasang War Memorial? Tempat mesti singgah bila ke Kundasang
  • Pengalaman menginap di H Benjamin Residence semasa bercuti di Kundasang, SabahPengalaman menginap di H Benjamin Residence semasa bercuti di Kundasang, Sabah
  • Pengalaman menginap di Homestay Melaka Bukit Katil bersama keluargaPengalaman menginap di Homestay Melaka Bukit Katil bersama keluarga
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Kawasan Rekreasi Tagged With: air terjun sungai kedondong, air terjun sungai kedondong batang kali, lokasi sungai kedondong, sungai kedondong batang kali, sungai kedondong batang kali photo, sungai kedondong batang kali selangor, sungai kedondong batang kali selangor malaysia, sungai kedondong selangor, sungai kedondong ulu yam, tempat menarik di Selangor

Trackbacks

  1. Nasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, Selangor - Xplorasi Destinasi says:
    October 25, 2017 at 10:25 pm

    […] yang datang beriadah di Sungai Kedondong, Batang Kali ni ada macam-macam jenis. Bukan sahaja terdiri daripada pelbagai peringkat usia, […]

    Reply
  2. Cari spot terbaik untuk pasang khemah di Sungai Kedondong, Batang Kali - Xplorasi Destinasi says:
    October 26, 2017 at 2:58 pm

    […] (1) Sungai Kedondong Batang Kali, Selangor – Tempat pilihan untuk bersama keluarga di hujung mingg… […]

    Reply
  3. Hutan Rekreasi Sungai Tekala - Apa yang menarik? - Xplorasi Destinasi says:
    October 31, 2017 at 1:42 pm

    […] selepas saya dan keluarga beriadah di Sungai Kedondong, Batang Kali, saya ke Sungai Tekala pula. Niatnya nak cari lokasi air terjun atau sungai yang best […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • FAUZIAH on Hutan Rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik?
  • Kelebihan Bisnes Homestay kepada komuniti setempat - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Sabree Hussin on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • nazira binti jarib on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • Strategi Content Marketing untuk Bisnes - Panduan untuk orang baru - Sabree Hussin Dot Biz on Senarai tempat menarik di Kota Bharu

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in