Adakah anda memerlukan sebuah homestay di Tanah Rata, Cameron Highland untuk percutian anda ke Cameron Highland nanti?
Sudahkah anda memperolehi homestay yang anda cari-cari tu? Kalau masih belum lagi, saya ingin cadangkan kepada anda untuk buat tempahan homestay SophiaRose Muslim House ini.
Homestay ini merupakan sebuah kediaman jenis apartment di Cameron Highland.
Ia terletak di kawasan yang cukup strategik iaitu di Tanah Rata, Cameron Highland. Dari homestay ini, ada banyak juga tempat-tempat menarik yang terdapat di Cameron Highland yang anda boleh kunjungi.
Jaraknya juga tak begitu jauh. Untuk datang ke homestay ini, terdapat dua laluan yang anda boleh gunakan. Pertama, semasa memandu menuju ke Tanah Rata, anda boleh belok kanan masuk ke simpang menuju ke Golden Hills. Kalau terus, boleh pergi ke Pasar Malam Cameron Highland.
Selepas masuk ke simpang tu, kita akan terus belok ke kiri. Ikut kawasan lereng bukit untuk pergi ke homestay SophiaRose ini.
Ataupun kalau nak laluan yang lebih mudah, gunakan sahaja laluan di Tanah Rata. Sampai sahaja di Tanah Rata, ada simpang untuk masuk ke kanan. Itu laluan yang lebih mudah untuk ke homestay ini. Sepanjang laluan tu nanti anda akan lalu depan balai polis.
Saya tak nafikan, memang ada banyak juga homestay di Cameron Highland yang menawarkan harga sewaan yang murah. Namun demikian, saya percaya bukan mudah untuk dapatkan homestay premium dengan harga yang cukup menjimatkan seperti di SophiaRose ini.
Jom saya kongsikan gambar-gambar dibahagian dalam homestay ini untuk anda buat keputusan nanti.
Gambar di sekitar ruang tamu untuk ahli keluarga anda beristirehat dan bersantai-santai jika tidak kemana-mana.
Ini pula ruang makan untuk anda dan keluarga apabila menginap disini nanti.
Kalau anda nak tau, dekat homestay ini juga ada disediakan peralatan yang anda boleh gunakan untuk buat stimboat.
Anda hanya perlu cari bahan-bahan sahaja.
Kalau nak cari sayur-sayur segar, boleh ke Pasar Malam Cameron Highland.
Ataupun selain ke pasar malam, boleh juga tanyakan kepada tuan rumah nanti, dekat mana tempat terbaik untuk dapatkan bahan-bahan mentah untuk masak stimboat nanti.
Anda tak bercadang untuk makan stimboat, sebaliknya nak masak menu lain semasa menginap di homestay ini?
Boleh. Tak ada masalah.
Dalam homestay ini memang ada disediakan kelengkapan lain dan juga dapur yang anda boleh gunakan untuk memasak sepanjang anda menginap di homestay ini nanti.
Ini pula gambar dibilik tidur.
Ada bilik yang dilengkapi dengan katil bertingkat. Sekali 4 orang boleh tidur dalam bilik. Jadi tak perlulah nak tidur dekat ruang tamu.
Dalam satu-satu masa, homestay SophiaRose di Cameron Highland ini boleh memuatkan 8 orang pengunjung. Cukup sesuai untuk mereka yang pergi bercuti bersama keluarga yang besar.
Pemilik homestay ini, bukan sahaja menitikberatkan tentang aspek susun atur homestay semata-mata, malahan dari segi kemudahan, tuan rumah juga menyediakan macam-macam kemudahan lain.
Free wifi ada disediakan untuk anda.
Tempat untuk letak kenderaan juga ada banyak. Sepanjang saya bercuti 3 hari 2 malam di Cameron Highland tempoh hari, saya tak nampak pula kawasan parking ini penuh.
Jadi saya boleh katakan, dekat sini tak ada masalah untuk letak kenderaan.
Apa kata pengunjung terdahulu yang pernah menginap di SophiaRose Muslim House?
Untuk memudahkan urusan tempahan, anda boleh ke laman web Airbnb ini. Sambil-sambil anda membaca description tentang rumah ini nanti, jangan lupa untuk lihat di bahagian review.
Kalau diperhatikan, memang banyak juga review positif dari pengunjung sebelum ini.
Kiranya memang berpuas hati sebab dapat menginap disini. Anda boleh baca lain-lain review disini.
Dari segi harga, kos untuk sewaan satu malam disini juga tidak terlalu membebankan. Pada waktu catatan ini saya tulis, ianya tak sampai RM200 pun.
Dengan bayaran tak sampai RM200 untuk satu malam, anda boleh bawa 8 orang untuk pergi bercuti bersama anda. Bukankah ini sangat menguntungkan?
Potongan harga sebanyak RM105 untuk menginap di homestay SophiaRose di Tanah Rata
Ada satu lagi berita baik untuk anda yang ingin pergi bercuti ke Cameron Highland. Anda boleh tebus travel credit bernilai RM105 menerusi laman web ini.
Pastikan anda tebus dulu travel credit ini sebelum buat booking. Travel credit ini akan menjimatkan lagi kos penginapan anda apabila pergi bercuti nanti. Saya sendiri dah beberapa kali menggunakan travel credit apabila ingin buat tempahan rumah di laman web airbnb.
Ianya sangat mudah dan menjimatkan.
Bila dah sampai di Cameron Highland nanti, mungkin bolehlah anda kunjungi juga tempat-tempat berikut
- Cameron Valley Tea
- Cameron Lavender Garden
- Muzium Time Tunnel
- Pasar Malam Cameron Highland di Golden Hills
- Taman Agroteknologi MARDI
- Restoran Taman Abang
- Ladang Teh Boh Sungei Palas
- S’Corner Central Market
Apapun, saya ucapkan semoga percutian anda berjalan dengan lancar dan anda selamat pergi dan pulang. Jomlah menginap di SophiaRose Muslim House di Tanah Rata Cameron Highland ini.
[…] ada jalankan bisnes homestay di Cameron Highland. Boleh saya tahu, berkesan ke kalau nak promosikan homestay saya di blog […]