Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Pengalaman Snorkeling di Pulau Payar Marine Park Langkawi

April 30, 2019 by Sabree Hussin 6 Comments

Dalam percutian selama 5 hari 4 malam saya ke Pulau Langkawi, aktiviti snorkeling di Pulau Payar adalah merupakan aktiviti utama yang saya dan isteri telah rancang untuk lakukan.

 

Kalau dalam percutian sebelum ini, kami buat aktiviti Island Hopping, kali ini kami nak cuba sesuatu yang berbeza.

pulau-payar-snorkeling

Tempat untuk snorkeling di Pulau Langkawi adalah di Pulau Payar. Untuk ke Pulau Payar, kita akan naik feri di Jeti Kuah.

feri-ke-pulau-payar

Perjalanan dengan feri ini mengambil masa lebih kurang satu jam. Kalau anda plan untuk tak tidur sepanjang perjalanan ke Pulau Payar tu nanti, sebaik-baiknya siap sedialah dengan bahan bacaan.

 

At least kalau nasib tak berapa baik dan anda tak dapat duduk dekat window seat, bolehlah baca buku yang dibawa.

 

Pakej Snorkeling ini saya beli daripada Malibest Resort. Dekat lobi Malibest Resort ada kaunter khas yang dibuka yang kita boleh berurusan untuk beli pakej-pakej aktiviti yang ditawarkan di Pulau Langkawi.

snorkeling-pulau-payar

Saya pilih untuk beli disini bukanlah sebab harganya murah, tetapi sebab sebelum ini saya pernah ada pengalaman berurusan dengan mereka untuk beli pakej Island Hopping. Kiranya sebab dah pernah berurusan sebelum ni, jadi lebih yakin nak beli dengan mereka.

 

Ini wristband yang perlu dipakai untuk masuk ke feri.

wristband-untuk-ke-pulau-payar

Dekat wristband ini ada barcode yang mengandungi maklumat tentang tempahan yang kita buat.

 

Kalau anda lebih suka untuk dapatkan pakej snorkeling ini lebih awal, anda sebenarnya boleh buat tempahan secara online. Disini ada beberapa laman web yang anda boleh cuba.

(1) Shopee – Masuk ke laman web shopee dan anda taip sahaja Pulau Payar. Akan keluar beberapa seller yang jual pakej ini.

(2) Adventoro – Melalui website ini anda boleh pilih macam-macam aktiviti untuk ditempah

(3) Travelog MY – Lebih kurang sama macam adventoro. Dari segi harga nampak kalau beli dari Travelog.MY boleh dapat lebih murah.

 

Pada masa catatan ini saya tulis, saya perhatikan harga untuk pakej snorkeling Pulau Payar yang dijual di laman web Travelog.com.my adalah bermula dengan harga serendah RM122 untuk seorang.

senarai-harga-pakej-snorkeling

Sebelum nak buat bayaran tu, kenalah pastikan apa sebenarnya yang terkandung dalam pakej tersebut. Macam contoh dekat atas ni, harganya lebih murah sebab tak termasuk dengan servis ambil dan hantar semula di hotel. Jadi anda kena pandu sendiri untuk ke jeti.

 

Terpulanglah pada anda nak beli dari mana satu yang anda suka, asalkan anda yakin. Jangan lupa dapatkan juga pengesahan daripada penjual, apa akan jadi dengan duit yang anda bayar sekiranya tarikh yang anda pilih untuk buat snorkeling tu nanti, berlaku cuaca buruk.

 

Adakah duit anda akan dipulangkan?

 

Feri akan berhenti di platform yang dekat bawah ini.

platform-ke-pulau-payar

Dari platform ini, pengunjung akan dibawa ke platform seterusnya menaiki sebuah bot khas. Bot tersebut tidak  membawa pengunjung terus ke pantai.

tempat-snorkeling-di-pulau-payar

Sebaliknya pengunjung perlu jalan kaki di laluan khas untuk ke pantai.

jambatan-ke-pulau-payar

Sepanjang perjalanan tu bolehlah lihat kehijauan dan kejernihan air laut yang terdapat di Pulau Payar ini. Kalau anda perhatikan betul-betul, dari laluan khas ini lagi kita dah boleh nampak ada banyak ikan-ikan berenang dalam laut.

pulau-payar-langkawi

Bot-bot tidak dibenarkan masuk sehingga ke kawasan pantai boleh jadi bagi memastikan bot tersebut tidak merosakkan terumbu karang dan juga kawasan pembiakan ikan yang berada berdekatan dengan pantai.

 

Bila saya sampai dekat Pulau Payar ni, saya rasa agak terkejut juga sebab pemandangan dia sedikit berbeza dengan gambar-gambar yang dikongsikan oleh penulis blog sebelum ini.

 

Tempat ini nampak lebih simple dan tak banyak binaan. Ada beberapa bangku dan meja disediakan untuk kegunaan para pengunjung.

pulau-langkawi-snorkeling-diving

Selain itu, yang kita boleh saksikan hanyalah pokok-pokok, pasir dan batu-batu besar. Memang tiada kedai yang menjual makanan ringan terdapat disini.

 

Pengunjung yang nak datang kesini dinasihatkan untuk siap sedia dengan barangan keperluan. Air mineral dan makanan ringan tu kalau perlu bawa la secukupnya. Kita akan berada di Pulau Payar ni sampai jam 3 petang.

 

Paling penting, siap sedia dengan sunscreen atau sunblock yang bagus. Kita akan berada dekat pulau ni lebih kurang 4 atau 5 jam. Saya syorkan anda pakai sunscreen macam kat bawah ni.

Saya gunakan jenama Sunplay khas untuk sport activity. Apa yang saya suka dengan sunscreen ni, ia tak melekit dan tak nampak sangat kesan putih bila pakai benda ni.

 

Harga dia pun tak begitu mahal. Kalau nak cek harga boleh terus pergi ke halaman ini.

snorkeling-pulau-payar-langkawi

Dekat sini ada disediakan tandas dan juga bilik persalinan pakaian. Tapi dalam tandas tidak ada air paip (fresh water). Kalau perlukan air, kena ambil air laut (salt water) yang jernih tu.

 

Harap-harap waktu anda datang buat snorkeling dekat Pulau Payar nanti, tak ada lah yang tiba-tiba sakit perut nak buang air besar pulak ya.

pemandangan-pulau-payar-kedah-langkawi

Ini gambar jambatan terapung yang perlu dilalui oleh pengunjung yang nak masuk ke kawasan pantai tadi. Bot memang tak masuk sampai ke pantai.

 

Kena jalan kaki sedikit. Tapi tak ada la jauh sangat.

taklimat-snorkeling-pulau-payar

Sebelum mula aktiviti snorkeling, kita dengar dulu taklimat. Taklimat ini diberikan dalam Bahasa Inggeris kalau tak salah saya. Saya pun tak berapa ingat.

 

Dalam sesi taklimat ni biasalah, anda akan diberikan info-info seperti

  1. Had kawasan yang dibenarkan untuk buat snorkeling
  2. Berapa lama masa untuk buat aktiviti dan pada jam berapa akan keluar dari pulau Payar.
  3. Kemudahan yang disediakan
  4. Aspek keselamatan sepanjang buat aktiviti
  5. Penggunaan snorkeling mask dan sewaan locker berbayar

pakej-snorkeling-langkawi

Setiap orang akan dapat snorkeling mask secara percuma. Nanti bila dah habis aktiviti kena pulangkan semula. Kalau rasa-rasa macam snorkeling mask tu ada masalah, nanti boleh pulangkan semula dan gantikan dengan yang lain.

 

Ada juga pengunjung yang bawa kelengkapan untuk snorkeling sendiri. Ikutlah pada keselesaan masing-masing.

snorkeling-pulau-payar-langkawi

Try dulu snorkeling gear.

pengalaman-snorkeling-langkawi

Kalau nak buat snorkeling, saya syorkan anda pakai kasut khas untuk snorkeling. Contoh kasut snorkeling ni boleh tengok dekat halaman ini.

 

Kasut dia lembut je ala-ala stokin, tapi ada tapak yang agak keras. Bila berendam lama-lama dalam air, tak ada la rasa sejuk sangat dan paling penting, kalau ada terpijak benda tajam, sama ada batu atau terumbu karam, ia tidaklah mencederakan kaki kita.

pengalaman-snorkeling-pulau-payar

Semua dah ready? Jom eksplore pemandangan dalam air pula.

snorkeling-di-pulau-payar

Untuk gambar-gambar dalam air ini, saya menggunakan kamera jenama Eken.

pemandangan-dasar-lautan

Baru beberapa minit dalam air, saya rasa macam kena gigit. Rupa-rupanya ikan ini.

 

Memang gangster sungguh.

 

Saya ingatkan ada baby shark yang gigit, rupanya kerja ikan ni. Dia ni memang suka datang dekat lepas tu main langgar-langgar. Ada dalam dua tiga kali juga kena gigit dengan ikan ni.

seronoknya-snorkeling-pulau-payar

Ada macam-macam jenis dan spesies ikan dalam ni.

pulau-payar-marine-park

Ada yang berwarna-warni, belang-belang dan bintik-bintik pun ada.

spesies-ikan-di-pulau-payar

Rasa tenang je bila berada dalam air ni.

pakej-snorkeling-pulau-payar-langkawi

Just enjoy the panorama.

gamat-pulau-payar

Kalau tak salah saya, atas ini adalah gamat. Kalau anda pergi ke Nusantara Gamat, boleh tengok juga gamat yang telah dikeringkan. Bentuknya lebih kurang sama macam dalam gambar kat atas ni.

snorkeling-pulau-payar-marine-park

Ada pelbagai bentuk terumbu karang.

pulau-payar-marine-park-langkawi

Bentuk macam otak manusia pun ada.

terumbu-karang-pulau-payar

Kawasan ini memang hijau macam padang rumput.

pulau-payar-langkawi-marine-park

Cuma bezanya ini didasar laut dan ianya bukan rumput.

lunch-pack-pulau-payar

Ini menu makan tengahari yang disajikan kepada kami. Tak perlu bayar apa-apa sebab ia dah termasuk dalam pakej. Cuma agak kelakar juga bila saya tengok posting dari penulis blog lain, saya dapati menu yang sama telah dihidangkan sejak dari tahun 2015 lagi.

 

Nasi goreng yang agak kering dan keras. Nak kata sedap tu memang jauh sekali. Tapi kalau setakat nak isi perut yang lapar, bolehlah…

blog-tentang-pulau-payar

Sekitar jam 2.45 petang, waktu ini kita dah boleh siap-sedia untuk naik bot dan kembali ke platform. Masa tu feri untuk ke Pulau Langkawi pun dah siap sedia menanti.

 

Perjalanan balik pun ambil masa lebih kurang satu jam. Tapi maaflah, masa balik tu memang saya tidur je dalam feri. Penat buat snorkeling.

 

Seharian berenang bersama ikan-ikan yang pelbagai warna dan saiz, buat saya rasa teringin nak makan ikan bakar untuk dinner.

 

Mujurlah dekat Langkawi ada tempat bernama Medan Selera Nelayan Bukit Malut.

menu-makanan-restoran-nelayan

Payah betul… tengok ikan time snorkeling, terliur nak makan ikan bakar pulak.

 

 

Baca juga...

  • Percutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 MalamPercutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 Malam
  • Pengalaman menginap di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort Port DicksonPengalaman menginap di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort Port Dickson
  • Cara berjimat sehingga RM120 untuk tempat penginapan apabila pergi bercuti dalam dan luar negaraCara berjimat sehingga RM120 untuk tempat penginapan apabila pergi bercuti dalam dan luar negara
  • Travelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 – Hari pertama di PangkorTravelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 – Hari pertama di Pangkor
  • Royal Floria Putrajaya 2018 – 10 Wonders of FloriaRoyal Floria Putrajaya 2018 – 10 Wonders of Floria
  • Ada apa yang menarik di Kundasang War Memorial? Tempat mesti singgah bila ke KundasangAda apa yang menarik di Kundasang War Memorial? Tempat mesti singgah bila ke Kundasang
  • Pengalaman menginap di H Benjamin Residence semasa bercuti di Kundasang, SabahPengalaman menginap di H Benjamin Residence semasa bercuti di Kundasang, Sabah
  • Suatu petang di Pantai Pasir Bogak Pulau PangkorSuatu petang di Pantai Pasir Bogak Pulau Pangkor
  • Lawatan ke Muzium Lukut semasa bercuti ke Port DicksonLawatan ke Muzium Lukut semasa bercuti ke Port Dickson
  • Makan Lokan Bakar di Kampung Salut, Jalan Sulaman, Kota KinabaluMakan Lokan Bakar di Kampung Salut, Jalan Sulaman, Kota Kinabalu
  • SophiaRose Muslim House – Homestay PREMIUM Mesra Keluarga di Tanah Rata Cameron HighlandSophiaRose Muslim House – Homestay PREMIUM Mesra Keluarga di Tanah Rata Cameron Highland
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBondaPengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Pulau Tagged With: aktiviti snorkeling pulau payar, harga pakej snorkeling pulau payar, pakej snorkeling pulau payar, pakej snorkeling pulau payar murah, pengalaman snorkeling di pulau payar, tips snorkeling pulau payar

Comments

  1. rujukan says

    May 15, 2019 at 1:22 pm

    bro saya nak tanya satu benda boleh, saya teringin nak buat snorkeling ni dah lama, tapi satu benda ja jadi penghalang, banyak saya tengok video kat YouTube bila snorkeling jumpa ikan jerung, memang x gigit, tapi besar tu takut juga lah, pengalaman bro jumpa x ikan besar atau jerung tuh

    Reply
    • Sabree Hussin says

      May 20, 2019 at 12:19 pm

      Kalau kat Pulau Payar ini memang ada kawasan yang ada Baby Shark. Tapi waktu saya buat snorkeling dekat sini, tak nampak pulak kelibat baby shark tu. Mungkin ada masa-masa tertentu baru baby shark ni keluar.

      Sebelum buat aktiviti snorkeling ini, adalah guide yang beritahu untuk elakkan pakai barangan yang berkilat, macam barang kemas, sebab ikan mudah tertarik dengan barang-barang macam tu.

      So far memang tak pernah ada peluang jumpa ikan jerung waktu tengah buat snorkeling.

      Reply

Trackbacks

  1. Makan malam di Medan Selera Nelayan Bukit Malut Pulau Langkawi - Xplorasi Destinasi says:
    May 10, 2019 at 12:00 pm

    […] Aktiviti hari kedua semasa saya bercuti di Pulau Langkawi adalah snorkeling di Pulau Payar. […]

    Reply
  2. Shopping produk berasaskan gamat di Nusantara Maju Enterprise - Xplorasi Destinasi says:
    May 11, 2019 at 2:34 pm

    […] masih ingat lagi semasa saya snorkeling di Pulau Payar, saya beberapa kali terjumpa gamat di dasar lautan. Gambarnya adalah seperti […]

    Reply
  3. Masalah yang biasa dihadapi oleh Social Media Influencer - Sabree Hussin Dot Biz says:
    June 2, 2019 at 2:57 pm

    […] Malahan saya percaya, semua orang melakukan perkara ini, tak kira sama ada secara sedar ataupun tidak. Contohnya, pada satu hari anda buat satu posting di akaun media sosial dan anda tulis tentang betapa seronoknya buat snorkeling di Pulau Payar, Langkawi. […]

    Reply
  4. Pengalaman menginap di Royal Agate Beach Resort semasa bercuti di Pulau Langkawi - Xplorasi Destinasi says:
    June 15, 2022 at 3:29 am

    […] Pulau Payar Marine Park. Saya sendiri pernah cuba buat snorkeling di Pulau Payar, dan dalam artikel pengalaman snorkeling di Pulau Payar Marine Park saya ada kongsikan pengalaman saya buat aktiviti snorkeling […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Panduan Bisnes Homestay bagi orang yang baru nak bermula - Blog Sabree Hussin on Cameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum teh
  • Tempat Masuk Percuma Dan Shopping Murah di Cameron Highlands - Cuti Viral on S’Corner Central Market – Tempat shopping di Cameron Highland
  • Strategi memberikan Pengalaman Penginapan TERBAIK kepada tetamu homestay - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Hard sell atau soft sell - Nak guna yang mana? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in