Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Seronoknya main air di Pantai Blue Lagoon Port Dickson!

December 21, 2017 by Sabree Hussin Leave a Comment

Hari kedua bercuti di Port Dickson, pada waktu siang saya luangkan lebih kurang dua atau tiga jam sahaja melawat Muzium Tentera Darat.

 

Dengan cuaca yang agak panas, badan pun dah berpeluh, saya ambik keputusan untuk balik ke apartment kami di PD Paradise Lagoon Apartmet. Cadangannya cuma nak bersihkan diri dan solat zohor sahaja.

 

Tapi lepas mandi, mengantuk pulak. Akhirnya terpaksa layan tidur je. Dapatlah tidur lebih kurang dua jam. Bangun petang tu, terus keluar cari cendol bakar di Port Dickson.

 

Sayangnya, kedai cendol bakar tak bukak pada hari tu. Jadi, kami ke PD Famous Cendol Coconut Shake Power RM2.

Mungkin sebab kedai Cendol Bakar tutup pada hari ini, jadi banyak yang saya nak, dah habis. Cendol Durian dah habis, cendol kacang pun habis…

 

Jadi nak tak nak, order je la apa yang masih ada.

cendol-bakar-port-dickson

Ini dia cendol pulut yang dipesan.

 

Makan cendol ni, kejap je habis. Kalau nak lepak kat kedai ni sampai masa makan malam, rasa macam tak syok pulak. Tak kan nak order cendol sampai bermangkuk-mangkuk pulak kan?

 

Jadi, lepas habis makan ni, kami terus ke Pantai Blue Lagoon. Pantai Blue Lagoon ini juga dikenali dengan nama Pantai Tanjung Biru.

 

 

Kalau bernasib baik, mungkin dapat menikmati pemandangan matahari terbenam di Blue Lagoon nanti. Blue Lagoon ini pun sebenarnya tak berapa jauh dengan kedai PD Famous Cendol Coconut Shake Power ini.

 

pantai-tanjung-biru-port-dickson

Dari apa yang saya perhatikan, pantai di Blue Lagoon tidaklah begitu panjang.

 

Tetapi uniknya, tempat ini menjadi tumpuan ramai orang. Kalau lihat pada keadaan di tepi-tepi pantai, ada ramai juga pengunjung yang dah siap sedia dengan khemah masing-masing. Mungkin mereka datang untuk bermalam di Blue Lagoon.

berkhemah-di-blue-lagoon

Suasananya memang cukup meriah.

 

Mungkin satu hari nanti, saya juga akan datang bermalam di tepi pantai Blue Lagoon ini.

 

Aktiviti pantai disini nampak lebih meriah, kalau nak dibandingkan dengan aktiviti pantai di Pantai Bagan Pinang. Kat sini kita boleh main banana boat.

pantai-tanjung-biru-banana-boat

 

Selain nak main banana boat, boleh juga sewa kayak.

Saya yang tak pandai berkayak ni pun, rasa teringin nak mencuba aktiviti sukan air ni. Nampak macam tak susah sangat.

 

mandi-manda-di-tanjung-biru

Selain itu, kalau cuma nak mandi manda dan main air pun seronok juga kat tempat ni.

 

main-air-pantai-tanjung-biru

Saya rasa, air laut di Pantai Blue Lagoon ni lebih jernih berbanding kat pantai-pantai lain.

 

Kalau diperhatikan, kita boleh nampak apa yang ada dekat dasar laut.

 

kejernihan-pantai-tanjung-biru

Cuba perhatikan gambar kat atas ni. Boleh nampak dasar kan?

 

Kalau dari segi kemudahan, kat sini ada macam-macam kemudahan asas yang disediakan. Ada tandas awam berbayar, ada ramai penjual yang menjual barang-barang seperti pelampung, pakaian dan sebagainya.

 

 

Dekat sini juga ada medan selera.

pantai-tanjung-biru-blue-lagoon

Boleh juga kalau nak makan-makan kat sini, sambil menikmati suasana pantai.

 

Bila hari dah beransur senja ni, masing-masing dah mula berkemas untuk balik.

 

Yang tadi duk berkayak pun dah boleh mula pulangkan balik kayak yang disewa tu.

Orang yang sewakan kayak ni pun nak balik jugak. Esok boleh sambung main lagi.

 

Matahari masih terlindung disebalik pokok-pokok tu. Kena cari angle lain kalau nak tengok matahari senja kat sini.

 

Apa rasanya ye mandi-manda kat laut waktu senja macam ni? Lagi syok ke? Tak pernah pulak saya buat sebelum ni.

 

senja-di-pantai-tanjung-biru

Jadi, jika anda bercuti ke Port Dickson dan lebih suka beriadah kat tempat yang ada ramai pengunjung, dengan pelbagai kemudahan, bolehlah datang ke Pantai Blue Lagoon ini.

 

Disekitar sini juga ada tempat untuk menginap.

 

Tetapi kalau anda lebih suka suasana yang lebih privasi dan tak begitu ramai orang, bolehlah ke Pantai Bagan Pinang sahaja. Saya rasa dua-dua pantai ni pun best.

 

Untuk berjimat ketika menempah tempat penginapan, bolehlah buat tempahan di laman web Airbnb sahaja. Saya juga buat tempahan tempat menginap menggunakan laman Airbnb dan saya dapat jimatkan banyak duit apabila gunakan laman web tersebut.

 

Sekian dulu.

 

 

Kita jumpa lagi dalam posting akan datang.

 

 

 

Baca juga...

  • Pantai Tanjung Gemok – Tempat mandi semasa bercuti di Port DicksonPantai Tanjung Gemok – Tempat mandi semasa bercuti di Port Dickson
  • Pantai Cahaya Negeri – Salah satu pantai POPULAR di Port DicksonPantai Cahaya Negeri – Salah satu pantai POPULAR di Port Dickson
  • Apa yang menarik di Pantai Corus Paradise Port Dickson?Apa yang menarik di Pantai Corus Paradise Port Dickson?
  • Pantai Tanjung Tuan – Salah satu pantai menarik di Port DicksonPantai Tanjung Tuan – Salah satu pantai menarik di Port Dickson
  • Pantai Bagan Pinang – Pantai pilihan untuk berkelah semasa bercuti di Port DicksonPantai Bagan Pinang – Pantai pilihan untuk berkelah semasa bercuti di Port Dickson
  • Kisah voucher percutian PERCUMA yang tak lakuKisah voucher percutian PERCUMA yang tak laku
  • Diskaun sehingga RM165 untuk tempahan di laman web AirbnbDiskaun sehingga RM165 untuk tempahan di laman web Airbnb
  • Aloha Suite – Guesthouse pilihan semasa bercuti di Bandaraya Kota KinabaluAloha Suite – Guesthouse pilihan semasa bercuti di Bandaraya Kota Kinabalu
  • Shopping produk berasaskan gamat di Nusantara Maju EnterpriseShopping produk berasaskan gamat di Nusantara Maju Enterprise
  • Lawatan ke Muzium Lukut semasa bercuti ke Port DicksonLawatan ke Muzium Lukut semasa bercuti ke Port Dickson
  • Pantai Pasir Tengkorak dan Hutan Lipur Pasir Tengkorak, LangkawiPantai Pasir Tengkorak dan Hutan Lipur Pasir Tengkorak, Langkawi
  • Lawatan ke MARDI Agrotechnology Park Langkawi semasa percutian ke LangkawiLawatan ke MARDI Agrotechnology Park Langkawi semasa percutian ke Langkawi
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Pantai Tagged With: apa yang menarik di blue lagoon port dickson, blue lagoon port dickson, pantai menarik di port dickson, pantai port dickson, pantai tanjung biru, pantai tanjung biru port dickson

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Panduan Bisnes Homestay bagi orang yang baru nak bermula - Blog Sabree Hussin on Cameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum teh
  • Tempat Masuk Percuma Dan Shopping Murah di Cameron Highlands - Cuti Viral on S’Corner Central Market – Tempat shopping di Cameron Highland
  • Strategi memberikan Pengalaman Penginapan TERBAIK kepada tetamu homestay - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Hard sell atau soft sell - Nak guna yang mana? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in