Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Sedikit Kenangan Kecil Rumah P Ramlee

October 26, 2017 by Juan 1 Comment

Orang kita terutamanya orang melayu yang lahir pada tahun 1985 dan ke bawah, memang dari kecil sudah menonton cerita P.Ramlee ini. Boleh dikatakan kalau kita tanya siapa P.Ramlee pasti ramai orang kenal. Cumanya, disebalik ramai yang kenal akan tokoh perfileman ini, tidak ramai yang tahu sejarah dan latar belakang keluarga P.Ramlee kerana ketiadaan sosial media ketika itu. Zaman sekarang memang ada sosial media tetapi tokoh P.Ramlee bukanlah seorang tokoh yang anak muda mahu kenal sekarang. Tidak hairan kalau majoriti tidak tahu sejarah keluarga tokoh ini. Saya sendiri tahu pun setelah melawat rumah P Ramlee beberapa tahun lalu.

Kisahnya begini, saya hendak bawa emak ayah saya yang datang ke Penang untuk melawat tempat yang menarik. Hasil carian saya di internet menemukan salah satu tempat yang dicadangkan oleh pengguna internet adalah rumah P Ramlee. Saya sendiri terkejut dan terfikir, apakah P Ramlee itu adalah orang Pulau Pinang. Ianya membuat saya tertanya tanya. Tanggapan saya P.Ramlee adalah orang Singapura yang mula popular sejak memperkenalkan filemnya ditonton oleh orang Malaysia (tanah melayu) ketika itu. Itu tanggapan sayalah pada awalnya.

Plat besar penanda Rumah P.Ramlee
Plat besar penanda Rumah P.Ramlee

Melawat Rumah P Ramlee Penang

Setelah datang ke rumah P Ramlee ini, barulah saya tahu yang P.Ramlee memang dibesarkan di Pulau Pinang. Dan rumah P Ramlee ini adalah rumah ibu bapa kepada P Ramlee. Sekarang, ianya sudah dijadikan sebagai muzeum dan salah satu tempat perlancongan untuk orang awam yang mahu tahu keadaan rumah dan cara bagaimana P.Ramlee dibesarkan ketika kecil. Terdapat banyak barangan yang berkaitan dengan keluarga dan P.Ramlee itu sendiri untuk tatapan ramai. Kepada anda yang meminati P.Ramlee dan sukakan sejarah bolehlah datang ke sini.

Gambar sebenar rumah kelahiran P.Ramlee
Gambar sebenar rumah kelahiran P.Ramlee

Info Ringkas Berkenaan Rumah Kelabiran P.Ramlee

  • Alamatnya adalah Lot 2180, Jalan P. Ramlee, Taman Kampar, 10460 George Town, Pulau Pinang
  • No tel untuk dihubungi adalah 04-281 7484 @ 04-263 1628
  • Waktu operasi – Isnin tutup. Selasa – Ahad : 9 pagi – 5.30 petang. Jumaat : 9 pagi – 12 tengahari. Rehat. 3 petang – 5.30 petang
  • Harga tiket adalah percuma. Tiada bayaran dikenakan
  • Rumah kelahiran P.Ramlee
  • Galeri P.Ramlee
Keadaan ruang dapur rumah P Ramlee
Potret gambar keluarga P.Ramlee
Potret gambar keluarga P.Ramlee

Persediaan Melancong Ke Penang

  • Agoda – gunakan website ini untuk mencari dan booking bilik hotel di Penang
  • AirBnB – gunakan website ini untuk mencari rumah homestay murah
  • AirPaz – gunakan website ini untuk mencari tiket kapal terbang ke Penang
  • BusTicket – gunakan website ini untuk mencari tiket bas express ke Penang
Biola milik P.Ramlee
Biola milik P.Ramlee
Mesin taip milik keluarga P.Ramlee
Mesin taip milik keluarga P.Ramlee

Jika anda tanya saya adakah tempat rumah P Ramlee ini sesuai untuk dilawati? Saya katakan YA! Dengan tidak dikenakan apa apa bayaran, sudah tentu ianya sudah lebih dari berbaloi. Cumanya, saya mencadangkan lawatan anda ke sini lebih baik sekiranya ianya sebuah lawatan keluarga atau lawatan sekolah. Ini kerana tidak semua orang mungkin suka dengan sejarah. Kepada yang sukakan sejarah, tempat ini adalah lokasi lawatan wajib anda jika ke Penang. Nasihat saya kepada anda yang baru pertama kali ke Pulau Pinang dan mahu melawat rumah P Ramlee, sila pastikan anda datang ke lokasi ini menggunakan sistem GPS seperti waze untuk memudahkan perjalanan anda. Selamat melancong.

Baca juga...

  • Pengalaman bersiar-siar di Jambatan Gantung Tamparuli, SabahPengalaman bersiar-siar di Jambatan Gantung Tamparuli, Sabah
  • Taman Agroteknologi MARDI Cameron HighlandTaman Agroteknologi MARDI Cameron Highland
  • Nasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, SelangorNasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, Selangor
  • Kisah voucher percutian PERCUMA yang tak lakuKisah voucher percutian PERCUMA yang tak laku
  • Apa yang menarik ada di sekitar Bandar TangkakApa yang menarik ada di sekitar Bandar Tangkak
  • Beli makanan laut di Pasar Nelayan Kubang RotanBeli makanan laut di Pasar Nelayan Kubang Rotan
  • Homestay Seri iskandar Bota PerakHomestay Seri iskandar Bota Perak
  • Seronoknya main air di Pantai Blue Lagoon Port Dickson!Seronoknya main air di Pantai Blue Lagoon Port Dickson!
  • Tempat penginapan untuk pengunjung di Taman Alam Kuala SelangorTempat penginapan untuk pengunjung di Taman Alam Kuala Selangor
  • Pengalaman menginap di Ayana Holiday Resort semasa bercuti di Kundasang, SabahPengalaman menginap di Ayana Holiday Resort semasa bercuti di Kundasang, Sabah
  • Pantai Cahaya Negeri – Salah satu pantai POPULAR di Port DicksonPantai Cahaya Negeri – Salah satu pantai POPULAR di Port Dickson
  • Kelebihan menggunakan Laman web airbnb untuk buat tempahan berbanding laman web lainKelebihan menggunakan Laman web airbnb untuk buat tempahan berbanding laman web lain
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Umum Tagged With: alamat rumah P Ramlee, harga tiket rumah P Ramlee, kenangan rumah P Ramlee, lokasi rumah P Ramlee, melancong ke rumah P Ramlee, melawat rumah P Ramlee, muzium rumah P Ramlee, pengalaman ke rumah P Ramlee, rumah P Ramlee, rumah P Ramlee Penang, rumah P Ramlee Pulau Pinang, waktu berbuka rumah P Ramlee

Comments

  1. SRYATMAN says

    August 27, 2019 at 4:38 pm

    Saya sangat suka nonton film – film P. Ramlee sewaktu masih anak – anak lagi. Setiap waktu selalu menunggu cinema P. Ramlee dengan tajuk #PANGGUNG P. RAMLEE# yang disiarkan oleh RTM1 bagi kami – kami yang tinggal di kota P. Siantar dan sekitarnya. Berharap cuaca bagus dan tidak turun hujan sehingga siaran dari RTM1 dari Malaysia dapat kami tonton gambar dalam tivi bagus. Dari komedi Nujum Pak Belalang, Labi – Labi, Bujang Lapok sampai drama yang mengharu biru Mother in Law dengan sound track lagu yang mengharu biru “Engkau Laksana Bulan”. Kami di Indonesia tepatnya di kota P. Siantar dan sekitarnya di Propinsi Sumatera Utara pada tahun 1980an masih saya kecil kecil lagi dan menjelang remaja selalu menunggu dengan setia Panggung P. Ramlee

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Sabree Hussin on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • nazira binti jarib on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • Strategi Content Marketing untuk Bisnes - Panduan untuk orang baru - Sabree Hussin Dot Biz on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highland
  • Alfhonsus on Mengejar mentari senja di Tanjung Harapan Port Klang

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in