Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

S’Corner Central Market – Tempat shopping di Cameron Highland

February 19, 2018 by Sabree Hussin 1 Comment

Cameron Highland yang terletak di negeri Pahang merupakan salah satu tempat percutian di Tanah Tinggi yang menarik untuk dikunjungi.

 

Bagi yang menggemari suasana sejuk dengan pemandangan sekeliling yang serba hijau, Cameron Highland pastinya dapat memberikan pengalaman percutian yang cukup bermakna untuk anda.

ladang-teh-boh-sungei-palas

Cuma satu je yang tak berapa best dengan Cameron Highland ni…

 

Kalau kita datang bercuti ke Cameron Highland sewaktu musim cuti, jalan di Cameron Highland memang sesak dengan kenderaan milik para pengunjung, yang datang dari KL, Kelantan, dan Utara tanah air. Itu sebabnya, dalam percutian ke Cameron baru-baru ini, saya memilih untuk menginap tiga hari dua malam disini.

 

Dalam posting yang lalu, saya dah kongsikan beberapa tempat-tempat menarik yang terdapat di Cameron Highland. Antaranya

  1. Cameron Valley Tea
  2. Cameron Lavender Garden
  3. Muzium Time Tunnel
  4. Pasar Malam Cameron Highland di Golden Hills
  5. Taman Agroteknologi MARDI
  6. Restoran Taman Abang
  7. Ladang Teh Boh Sungei Palas

 

Selain daripada tempat-tempat yang saya ceritakan di atas, saya juga berkesempatan untuk singgah di S’Corner Central Market ini.

tempat-shopping-cameron-highland

Saya memilih untuk singgah ke tempat ini pada hari terakhir berada di Cameron Highland. Masa ini, plan nak beli sedikit buah tangan untuk dibawa balik ke Kuala Lumpur.

 

Apa yang saya suka dengan tempat ini ialah, ia mempunyai beberapa ruangan didalamnya. Kalau nak shopping barang pun senang juga.

 

Saya nak kongsikan apa yang ada dekat dalam ni.

 

(1) Ada cafe untuk kita makan-makan atau minum-minum

Sekitar jalan untuk ke lokasi ini memang biasanya akan sesak. Agak-agak rasa stress dengan keadaan trafik tu, bolehlah terus masuk ke S’Corner ni dan minum-minum dulu.

tempat-shopping-cameron-highland

Saya pun pada mulanya memang tak merancang nak masuk ke sini. Tapi disebabkan jalan sesak teruk, saya pun bagi signal ke kanan dan terus masuk ke tempat ini.

 

Bila dah ada kat dalam ni, maka apa lagi… isi perut dulu. Lapar rupanya bila lama sangat tersekat dalam traffic jammed.

 

(2) Shopping pelbagai sayur-sayuran segar di Cameron Highland

Dekat tempat ini juga anda boleh beli pelbagai sayur-sayuran segar yang asalnya dari ladang di Cameron Highland.

sayur-murah-cameron-highland

Tengok pada harga yang ditawarkan tu.

4 paket RM10

9 paket RM20.

Peniaga disini jual murah-murah je.

 

(3) Masuk ke kebun strawberry dan petik sendiri

Disini juga ada strwaberry. Kalau anda masih belum berpeluang masuk ke kebun strawberry sepanjang berada di Cameron Highland, mungkin boleh pertimbangkan untuk masuk ke sini.

strawberry-murah-cameron-highland

Ada bayaran untuk masuk kebun strawberry ini.

 

Kalau nak senang, beli je strawberry yang dah siap di pack. Saya pun beli yang dah siap packing sahaja. Makan dengan coklat, pun sedap.

 

(4) Pelbagai jenis cendawan di Cameron Highland

Pada waktu saya datang, saya berpeluang melihat pelbagai jenis cendawan yang ditanam disini.

cendawan-murah-cameron-highland

Saya difahamkan, cendawan macam ni bukannya sentiasa ada. Kalau kebetulan masa tu bukan rezeki anda, anda mungkin tak berpeluang nak beli cendawan-cendawan ni semua.

 

Itu antara gambar-gambar yang dapat saya rakamkan. Selain itu, dekat S’Corner ni juga, anda boleh dapatkan pelbagai produk-produk seperti jagung mutiara, keledek, cenderahati, produk kraf tangan, madu dan sebagainya.

 

Pernah dengar Yacon?

Kalau baca dari penerangan yang diberikan tu, Yacon ni popular di Jepun, Eropah dan negara Amerika. Apa rasanya? Wallahua’lam.

 

Dekat dalam ni juga, anda boleh shopping produk teh keluaran Cameron Valley.

Produk-teh-boh-cameron-highland

Tetapi, kalau anda mencari produk teh keluaran BOH yang tu anda perlu pergi ke Sungei Palas.

 

Baiklah, rasanya tak lengkap percutian tu kalau tak beli buah tangan langsung kan. Jadi, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk singgah ke tempat ini nanti.

 

Anda dah jumpa tempat penginapan yang berkenan di hati untuk percutian Cameron Highland anda nanti?

homestay-murah-di-cameron-highland

Kalau masih belum jumpa tempat menginap yang sesuai, apa kata anda lihat senarai homestay dan guesthouse di Cameron Highland ini di laman web ini.

 

Di laman web tersebut, anda juga boleh dapatkan travel credit berjumlah RM120 untuk digunakan masa buat booking nanti.

 

Jadi murahlah nanti.

 

Contohnya, kalau homestay tu harganya RM148 semalaman, dengan menggunakan travel credit disini, jumlah yang perlu bayar cuma tinggal RM28 sahaja. Murah kan?

 

Walaupun begitu, tempahan menerusi web Airbnb adalah subject to service fee. Itu biasalah… Yang penting bila guna travel credit, kos penginapan jadi lebih jimat.

 

Jomlah bawa keluarga anda pergi bercuti di Cameron Highland!

 

 

 

Baca juga...

  • Terasa rindu nak pergi bercuti ke Cameron HighlandTerasa rindu nak pergi bercuti ke Cameron Highland
  • Melawat Ladang Teh Boh Sungei Palas Cameron HighlandMelawat Ladang Teh Boh Sungei Palas Cameron Highland
  • Time Tunnel – Terowong Masa Menggamit Kenangan Silam di Cameron HighlandTime Tunnel – Terowong Masa Menggamit Kenangan Silam di Cameron Highland
  • Cameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum tehCameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum teh
  • Rancang percutian pendek dengan mudah menerusi laman web AirbnbRancang percutian pendek dengan mudah menerusi laman web Airbnb
  • Mesilou Cat’s Village tempat wajib pergi untuk para pencinta KucingMesilou Cat’s Village tempat wajib pergi untuk para pencinta Kucing
  • Pengalaman menginap di Ayana Holiday Resort semasa bercuti di Kundasang, SabahPengalaman menginap di Ayana Holiday Resort semasa bercuti di Kundasang, Sabah
  • Pengalaman menginap di PD Paradise Lagoon Apartment di Port DicksonPengalaman menginap di PD Paradise Lagoon Apartment di Port Dickson
  • Nasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, SelangorNasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, Selangor
  • Taman Agroteknologi MARDI Cameron HighlandTaman Agroteknologi MARDI Cameron Highland
  • Beriadah bersama keluarga di Pantai Bagan Lalang, SelangorBeriadah bersama keluarga di Pantai Bagan Lalang, Selangor
  • Pengalaman menginap di Anjung Pool Villa semasa bercuti di SekinchanPengalaman menginap di Anjung Pool Villa semasa bercuti di Sekinchan
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Tempat Menarik Tagged With: apa yang ada di scorner central market, bercuti di cameron highland, percutian cameron highland, scorner central market, tempat shopping di cameron highland

Trackbacks

  1. Tempat Masuk Percuma Dan Shopping Murah di Cameron Highlands - Cuti Viral says:
    February 20, 2023 at 12:12 pm

    […] Sumber: xplorasidestinasi […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Sabree Hussin on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • nazira binti jarib on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • Strategi Content Marketing untuk Bisnes - Panduan untuk orang baru - Sabree Hussin Dot Biz on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highland
  • Alfhonsus on Mengejar mentari senja di Tanjung Harapan Port Klang

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in