Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Santapan tengah hari di Warong Udang Galah Kuala Selangor dengan harga bajet

November 17, 2017 by Sabree Hussin 1 Comment

Kuala Selangor mempunyai keunikkan dan keistimewaannya yang tersendiri. Bagi penggemar makanan laut, Kuala Selangor juga boleh dijadikan destinasi pilihan untuk mendapatkan hidangan berasaskan makanan laut yang segar.

 

Di sini, masih lagi terdapat perkampungan nelayan yang mana mereka menjadikan hasil laut sebagai sumber rezeki.

 

Baru-baru ni, saya berpeluang ke Kuala Selangor dan singgah makan tengah hari di Warong Udang Galah, yang terletak di Pasir Penambang, Kuala Selangor.

kuala-selangor-warong-udang-galah

Sila hubungi nombor yang tertera pada gambar diatas sekiranya anda ingin mengetahui lokasi yang tepat.

 

Saya jumpa tempat ni pun secara tak sengaja. Kebetulan masa tu, saya bersama NGO Generasi Warisan Prihatin ada jalankan sebuah program kebajikan di kawasan sekitar Kuala Selangor.

 

Pertama kali datang makan ke tempat ni, terus jatuh cinta. Rasa masakannya sedap, dan yang paling penting, harganya juga tak begitu mahal. Memang sesuailah dengan bajet saya.

 

warung-udang-galah

Warong Udang Galah ni memang agak tersorok. Kalau dari jalan utama, memang tak akan nampak tempat ni. Tapi tempat ni sebenarnya memang dah terkenal.

 

Kalau buat carian di google, “warong udang galah” memang akan jumpa banyak juga laman web yang dah pernah menulis pasal tempat ni. Ini secara tak langsung, memberi good exposure kepada pemilik kedai ni.

 

Mudah-mudahan bisnes mereka ni akan kekal lama.

 

jeti-nelayan-seri-penambang

Dikawasan berhampiran ada sebuah jeti. Biasanya jeti ini digunakan oleh para nelayan untuk turun ke laut.

 

Sepanjang berada kat sini, saya tak perasan sebarang papan tanda bagi menandakan nama tempat ini. Ada laman web yang saya baca, katanya nama jeti ini ialah Jeti Baru Kuala Selangor berdekatan dengan Jeti Pasir Penambang.

Warong Udang Galah,
3E, 489, Kampung Baru Pasir Penambang, Kuala Selangor

 

Dekat jeti ini, selalunya memang ada ramai yang datang untuk pancing ikan.

Tak perlu nak bayar apa-apa kalau nak memancing kat sini. Ada joran dah boleh jalan!

 

Ada beberapa spesies ikan yang boleh dipancing kat sini. Kebetulan masa ni ada pemancing yang berjaya naikkan ikan duri kat jeti ini.

pancing-ikan-duri-jeti-kuala

Ikan duri ni sedap masak apa ya?

 

Antara bot-bot kecil milik nelayan tempatan.

 

Warong Udang Galah ni, mendapatkan bekalan udang galah segar dari nelayan-nelayan tempatan. Udang galah yang digunakan adalah dari udang galah yang ditangkap di sungai, dan bukannya yang dibela.

 

pemandangan-sungai-kuala-selangor

Cuaca sangat baik pada masa ini.

 

Air pun tengah pasang. Jadi mudah untuk memancing kat sungai ni dari jeti sahaja.

Air yang tenang jangan sangka tiada buaya.

 

Agak-agak sungai kat Kuala Selangor ni ada buaya ke tak?

Tempat macam ni, mustahil kalau tak ada buaya kan.

 

Waktu tengah hari memang panas kat tempat ni.

 

Sambil tunggu makanan yang dipesan di Warong Udang Galah disiapkan, saya sempat pusing-pusing kawasan sekitar untuk bergambar dulu.

 

Selesai bergambar, makanan pun siap.

 

Ini nasi goreng udang galah. Harganya RM9 sahaja.

warong-udang-galah

Dalam satu pinggan nasi goreng ni, ada 3 ekor udang galah.

 

Ini pulak Tom Yam Udang Galah. Harganya juga RM9 untuk satu mangkuk.

tomyam-udang-galah

Dalam satu mangkuk ni juga ada 3 ekor udang galah.

 

Untuk seorang makan, nasi goreng udang galah campur tom yam udang galah, baru RM18. Boleh enjoy 6 ekor udang galah. Memang kenyang!

 

Jadi, macam mana? Rasa berbaloi ke tidak?

 

Kalau teringin nak makan hidangan udang galah, bolehlah datang ke Warong Udang Galah ini. Warong ni dibuka dari hari Selasa hingga Ahad sahaja.

 

Sekiranya anda tak sure lokasi kedai ini, hubungi dulu nombor telefon yang tertera pada buku menu warung ni dulu ya.

 

Sekian dulu. In Shaa Allah lepas ni saya cerita pengalaman saya berkunjung ke Taman Alam Kuala Selangor pulak ya.

 

Anda memerlukan tempat penginapan di Kuala Selangor? Cuba cari di laman web ini. Ada travel credit bernilai RM105 menanti anda.  

 

 

Baca juga...

  • Makan tengahari di Pantai Merdeka, Kota Kuala MudaMakan tengahari di Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda
  • Hutan Lipur Sungai Gabai – Terokai keindahan alam dan piknik bersama keluargaHutan Lipur Sungai Gabai – Terokai keindahan alam dan piknik bersama keluarga
  • Time Tunnel – Terowong Masa Menggamit Kenangan Silam di Cameron HighlandTime Tunnel – Terowong Masa Menggamit Kenangan Silam di Cameron Highland
  • Comfortable and affordable prices Homestay at TangkakComfortable and affordable prices Homestay at Tangkak
  • Easturia Vacation Club – Pengalaman dapat voucher penginapan PERCUMAEasturia Vacation Club – Pengalaman dapat voucher penginapan PERCUMA
  • Homestay di Tangkak yang selesa dengan harga berpatutanHomestay di Tangkak yang selesa dengan harga berpatutan
  • Windmill PD Farm – Tempat mesti pergi jika bawa anak-anak bercuti ke Port DicksonWindmill PD Farm – Tempat mesti pergi jika bawa anak-anak bercuti ke Port Dickson
  • Diskaun sehingga RM165 untuk tempahan di laman web AirbnbDiskaun sehingga RM165 untuk tempahan di laman web Airbnb
  • Kinabalu Park – Jalan-jalan menikmati udara sejuk kawasan pergununganKinabalu Park – Jalan-jalan menikmati udara sejuk kawasan pergunungan
  • Pantai Tanjung Gemok – Tempat mandi semasa bercuti di Port DicksonPantai Tanjung Gemok – Tempat mandi semasa bercuti di Port Dickson
  • Panduan Airbnb – Perkara yang anda perlu berikan perhatian apabila membuat tempahan di laman web AirbnbPanduan Airbnb – Perkara yang anda perlu berikan perhatian apabila membuat tempahan di laman web Airbnb
  • Rancang percutian pendek dengan mudah menerusi laman web AirbnbRancang percutian pendek dengan mudah menerusi laman web Airbnb
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Tempat Makan Tagged With: jeti kuala selangor, tempat makan best di kuala selangor, tempat memancing di kuala selangor, tempat menarik di kuala selangor, warung udang galah

Trackbacks

  1. Menjejaki kawasan penting pelbagai spesies burung di Taman Alam Kuala Selangor - Xplorasi Destinasi says:
    November 19, 2017 at 7:44 pm

    […] Baca juga: Santapan ISTIMEWA waktu tengah hari di Warong Udang Galah Kuala Selangor […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • FAUZIAH on Hutan Rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik?
  • Kelebihan Bisnes Homestay kepada komuniti setempat - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Sabree Hussin on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • nazira binti jarib on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • Strategi Content Marketing untuk Bisnes - Panduan untuk orang baru - Sabree Hussin Dot Biz on Senarai tempat menarik di Kota Bharu

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in