Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Rumah Terbalik – The Upside Down House of Borneo

November 15, 2017 by Sabree Hussin 2 Comments

Kali pertama menjejakkan kaki di bumi Sabah, saya dan keluarga menginap di Ayana Holiday Resort yang letaknya di Kundasang.

Baca juga: Pengalaman menginap di Ayana Holiday Resort semasa bercuti di Kundasang, Sabah 

 

Selepas dapat kereta sewa, maka bermulalah perjalanan saya di Bumi di Bawah Bayu ini. Perhentian pertama kami, adalah di Tamparuli, untuk melawat Rumah Terbalik atau juga dikenali sebagai The Upside Down House of Borneo.

rumah-terbalik-di-sabah

Memandangkan Rumah Terbalik ini, letaknya di laluan yang sama, untuk ke Kundasang, jadi kami ambil keputusan untuk singgah dulu ke sini.

 

Sebenarnya pada waktu tu, kami berbelah bahagi juga untuk singgah disini. Maklumlah, waktu dapat kereta sewa pun dah agak lewat. Kami juga bimbang kalau-kalau sampai lewat di Kundasang.

 

“Kalau ada parking, kita masuk dulu rumah terbalik ni ye…” Itu yang saya bagitahu kat semua orang. Kawasan parking dia pun tak begitu luas. Jadi, kalau tak dapat parking, ada la alasan untuk tak singgah di sini. Mungkin boleh singgah masa dalam perjalanan balik dari Kundasang nanti.

 

Lepas pusing kat tempat parking, tengok-tengok ada banyak pulak parking. Kenalah singgah kalau macam tu.

berapa-kena-bayar-masuk-rumah-terbalik

Satu lagi tarikan yang terdapat di Rumah Terbalik di Sabah ni ialah 3D Wonders Museum. Siap-sedia dengan kamera dan ambillah gambar sebanyak-banyaknya untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan apabila pulang ke Semenanjung nanti.

 

Saya tak masuk ke 3D Wonders Museum tu. Mungkin lain kali, kalau ada masa dan kesempatan untuk datang semula ke sini, saya akan masuk ke 3D Wonders Museum.

 

Pada waktu saya datang ke sini, sebenarnya ada promosi tiket 5 in 1. Lima tempat ini termasuk

  1. Rumah Terbalik di Tamparuli
  2. Lawatan ke Sabah Tea di Ranau
  3. Fish Spa di Tagal Sungai Moroli di Kampung Luanti
  4. Kundasang War Memorial
  5. Sabah Kraf

 

Tapi kami cuma dapatkan tiket untuk masuk ke Rumah Terbalik sahaja.

harga-tiket-masuk-rumah-terbalik

Bayaran masuk untuk ke Rumah Terbalik, bagi pemegang kad pengenalan Malaysia ialah sebanyak RM10 sahaja. Bayaran 60 sen tu adalah GST.

 

Ya, GST sememangnya membuatkan harga barang mahupun servis jadi lebih mahal. Sebagai pengguna, kita terpaksa bayar lebih untuk dapatkan sesuatu barangan atau perkhidmatan.

 

upside-down-house-of-borneo

Rumah Terbalik di Sabah ini, merupakan rumah terbalik pertama yang dibina di Malaysia.

 

Bangunan ini terletak di sepanjang lebuh raya utama menuju Gunung Kinabalu, Sungai Kiulu rafting dan semua daerah di pantai timur Sabah (iaitu Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan Tawau) di Kampung Telibong, Batu 21, Jalan Telibong, Tamparuli, daerah Tuaran.

 

Kalau anda tak pernah berkunjung ke mana-mana rumah yang dibina secara terbalik sebelum ini, ambillah peluang ini untuk melihat sendiri seni bina rumah ini. Kalau berkunjung ke Sabah, tak lengkap rasanya kalau tak singgah sebentar disini.

 

rumah-terbalik-pertama-dibina-di-malaysia

Ini adalah rumah utama. Dalam rumah ini, sama seperti kebanyakkan rumah-rumah lain yang ada di negara kita. Ada kipas siling, ada peti sejuk, bilik-bilik, meja makan, perabot dan sebagainya. Bezanya? Semuanya disusun atur secara terbalik.

 

Anda lihatlah sendiri bagaimana ianya disusun apabila berkunjung ke sini.

 

Pengunjung tak dibenarkan untuk mengambil gambar di bahagian dalam rumah terbalik ini. Kalau nak ambil gambar, cuma boleh ambil dibahagian luar sahaja.

 

Keluar dari Rumah Terbalik, kita akan jumpa gong ini dibahagian anjung. Apa lagi? Ketuk la gong tersebut. Saya pernah baca sebelum ini, dulu kalau nak masuk ke rumah ni, kita akan melalui pintu masuk yang ada gong ni.

 

Kita masuk ikut ruang hadapan. Jadi sebelum masuk tu, bolehlah ketuk gong dulu. Tapi waktu saya dan keluarga datang ke sini, kita ikut pintu belakang. Lepas dah habis jelajah satu rumah, keluar ikut pintu depan. Baru jumpa gong ni.

 

Ketuk je gong ni banyak-banyak kali. Ketuk sampai puas hati! Ha3

 

Selain hiasan dalaman di Rumah Terbalik yang semuanya disusun secara terbalik, susun atur dibahagian luar juga disusun sedemikian. Contohnya dibahagian taman. Semua kelengkapan untuk berkebun disusun secara terbalik juga.

 

Tandas pun disusun secara terbalik juga. Harap-harap tak ada benda yang jatuh-jatuh dari mangkuk tandas tu.

 

Taman dah terbalik. Tandas pun terbalik. Eh! Garaj pun terbalik jugak. Ada sebuah kereta yang diparking di bahagian garaj. Kereta ni bernombor pendaftaran Johor pulak tu.

 

Kat sini adalah salah satu lokasi yang cukup menarik kalau nak tangkap gambar. Seolah-olah macam kita angkat kereta tu pulak.

 

Kalau nak masuk ke sini, sediakanlah bajet lebih, sebabnya anda mungkin berminat nak beli cenderamata disini. Sebagai tanda kenang-kenangan yang anda dah pernah sampai ke tempat ini.

 

rumah-terbalik-berhantu

Akhir kata, jika anda ingin atau merancang untuk bercuti di Sabah satu masa nanti, jangan lupa untuk masukkan Rumah Terbalik – The Upside Down House of Borneo sebagai salah satu tempat persinggahan anda ya.

 

Datanglah bercuti di Sabah pada hari biasa (weekdays) jika anda tak mahu bersesak-sesak dengan pengunjung lain. Ada banyak lagi tempat yang kami perlu kunjungi, jadi sampai sini dulu.

 

Nanti saya kongsikan tentang tempat lain atau tempat menarik lain yang ada di sekitar Kundasang, Sabah.

 

Anda dah ada tempat penginapan untuk bercuti ke Sabah? Kalau masih belum ada, cuba cari di laman web berikut.

(1) Laman web AirBNB – Sesuai kalau nak cari tempat menginap jenis homestay atau guesthouse. Ada travel kredit yang anda boleh gunakan tau. Klik sini untuk claim travel credit.

 

(2) Laman web Agoda.com – Saya suka Agoda sebab boleh booking dulu, tapi bayar kemudian. Bila dah dekat-dekat waktu nak travel, baru buat bayaran. Cari tempat menginap di Sabah di sini.

 

(3) Nak cari senarai hotel Murah di Sabah? Gunakanlah laman web Trivago ini.

 

 

Baca juga...

  • Menjejaki kawasan penting pelbagai spesies burung di Taman Alam Kuala SelangorMenjejaki kawasan penting pelbagai spesies burung di Taman Alam Kuala Selangor
  • Comfortable and affordable prices Homestay at TangkakComfortable and affordable prices Homestay at Tangkak
  • Tempat makan yang saya kunjungi semasa bercuti di Kundasang dan Kota KinabaluTempat makan yang saya kunjungi semasa bercuti di Kundasang dan Kota Kinabalu
  • Tempat penginapan untuk pengunjung di Taman Alam Kuala SelangorTempat penginapan untuk pengunjung di Taman Alam Kuala Selangor
  • Gunung Ledang Resort – Kawasan tumpuan keluarga di Tangkak JohorGunung Ledang Resort – Kawasan tumpuan keluarga di Tangkak Johor
  • Pantai Redang Sekinchan tempat best untuk kutip remisPantai Redang Sekinchan tempat best untuk kutip remis
  • Hutan Lipur Sungai Gabai – Terokai keindahan alam dan piknik bersama keluargaHutan Lipur Sungai Gabai – Terokai keindahan alam dan piknik bersama keluarga
  • Pantai Pasir Tengkorak dan Hutan Lipur Pasir Tengkorak, LangkawiPantai Pasir Tengkorak dan Hutan Lipur Pasir Tengkorak, Langkawi
  • Suatu petang di Pantai Pasir Bogak Pulau PangkorSuatu petang di Pantai Pasir Bogak Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Langkawi beserta dengan itinerary pada 2018Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Langkawi beserta dengan itinerary pada 2018
  • Masjid Bandaraya Kota Kinabalu – juga dikenali sebagai Masjid Terapung LikasMasjid Bandaraya Kota Kinabalu – juga dikenali sebagai Masjid Terapung Likas
  • Bagaimana cara solat dalam kapal terbang?Bagaimana cara solat dalam kapal terbang?
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Tempat Menarik Tagged With: bayaran masuk ke rumah terbalik sabah, rumah terbalik pertama di malaysia, rumah terbalik sabah, the upside down house of borneo, tiket masuk ke rumah terbalik

Trackbacks

  1. Ingin bercuti ke Sabah? Ini dia tentatif percutian 4 hari 3 malam ke Sabah dengan bajet minima - Xplorasi Destinasi says:
    January 14, 2018 at 2:37 am

    […] terus mulakan perjalanan ke Kundasang. Dalam perjalanan nak ke Kundasang, boleh singgah dulu ke Rumah Terbalik – The Upside Down House of Borneo […]

    Reply
  2. Pengalaman bersiar-siar di Jambatan Gantung Tamparuli, Sabah - Xplorasi Destinasi says:
    October 25, 2018 at 4:43 pm

    […] dah pernah singgah di Rumah Terbalik – The Upside Down House of Borneo sebelum ini, jadi kali ini saya tak bercadang untuk masuk sekali lagi ke tempat […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, Pahang
  • Pemilihan lokasi yang strategik untuk bisnes homestay - Blog Sabree Hussin on Percutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 Malam
  • Zul on Nasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, Selangor
  • munirah on Pengalaman menginap di Teluk Bayu Floating Chalet, Kota Kuala Muda, Kedah
  • FAUZIAH on Hutan Rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik?

Copyright © 2025 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in