Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Royal Floria Putrajaya 2018 – 10 Wonders of Floria

August 30, 2018 by Sabree Hussin 1 Comment

Bulan Ogos tahun ni, merupakan bulan yang agak sibuk bagi saya.

 

Walaupun pada bulan ini, kita sebenarnya ada cuti yang agak panjang dan bersambungan, misalnya cuti sempena Hari Raya Aidil Adha dan juga cuti sempena sambutan Hari Kemerdekaan, tapi nampaknya saya terpaksa lepaskan peluang ini untuk pergi bercuti.

 

Ada hal lain yang lebih penting yang perlu diuruskan.

 

Dalam kesibukkan tu, Alhamdulillah, saya sempat juga meluangkan sedikit masa untuk ke Royal Floria Putrajaya 2018.

floria-putrajaya-2018

Kalau dari rumah saya, untuk ke Royal Floria Putajaya ini, hanya ambil masa lebih kurang 30 minit sahaja dengan memandu kereta. Ya, memang tak jauh mana.

 

Bagi para peminat bunga, jangan lepaskan peluang untuk datang ke Floria ini. Festival ini akan berlangsung dari 25 Ogos hingga 2 September sahaja.

 

Kalau terlepas floria kali ini, terpaksa tunggu festival tahun hadapan. Setiap tahun, tema untuk floria ini adalah berbeza. Untuk Royal Floria 2018 ini, temanya ialah 10 Wonders of Floria atau 10 Kegemilangan Floria.   

pelbagai-bunga-floria

Pesta bunga penuh warna warni di Royal Floria Putrajaya.

 

Tiket masuk ke Royal Floria Putrajaya

Untuk masuk ke sini, anda perlu dapatkan tiket terlebih dahulu. Tiket tu pula, cuma boleh guna untuk sekali masuk sahaja. Bila dah keluar, tak boleh guna tiket yang sama untuk masuk sekali lagi.

 

Mungkin ini untuk elakkan, ada yang jadi cerdik main passing tiket dekat orang lain yang tak masuk lagi. Tiket ni boleh dapatkan dikaunter.

 

Tapi kalau nak lebih penjimatan dan dapatkan diskaun sebanyak 20%, saya syorkan beli sahaja secara online dilaman web http://floriaputrajaya.com.my/

 

Saya pergi ke Floria pada hari Sabtu. Harga dikira sebagai harga weekend. Kalau beli kat kaunter, kena bayar RM15. Tapi disebabkan beli online, harganya jadi RM12 sahaja.

festival-taman-bunga-diraja

Masuk je dalam floria ni, kita dah disajikan dengan pelbagai jenis bunga dengan macam-macam warna.

royal-floria-putrajaya

Bunga-bunga ini, ada yang hanya sekadar untuk pameran, dan ada juga bunga yang kita boleh beli.

taman-bunga-diraja-floria

Ada macam-macam jenis bunga yang saya pun tak kenal.

floria-di-putrajaya

Pelbagai jenis bunga dijual dengan harga RM35 sahaja.

periuk-kera-putrajaya

Pokok periuk kera juga ada dijual disini. Bahagian periuk tu boleh besar lagi sampai kebawah.

aktiviti-menarik-putrajaya

Rumah kampung ni memang menarik. Kebanyakkan pengunjung yang datang ke Floria ni, pasti akan singgah, naik atas dan bergambar. Dekat sini ada burung dan juga ayam.

pemandangan-floria-putrajaya

Kat atas ni salah satu tempat yang ramai pengunjung suka bergambar.

bunga-floria

Mungkin sebab dari sudut tu boleh nampak tulisan #ThisIsFloria2018 tu la agaknya.

floria-putrajaya

Taman bunga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kalau menurut Google Translate, perkataan Rendezvous tu bermaksud pertemuan. Mungkin dekat sini adalah “tempat pertemuan” atau “tempat berkumpul”.

festival-floria-putrajaya-2018

Konsep taman bunga pada musim salji.

anjung-floria-malaysia

Floria ini dibuka pada setiap hari (bermula 25 Ogos sampai 2 September).

 

Pengunjung boleh masuk ke tempat ini bermula jam 9.00 pagi hingga 10.30 malam pada hari isnin hingga khamis. Manakala pada hujung minggu, iaitu Jumaat hingga Ahad, tempat ini dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.

 

Silalah rancang betul-betul perjalanan anda nanti.

Saya datang ke sini sekitar jam 5.00 petang. Itupun masih panas lagi. Sepanjang masa berada dalam floria ni, memang tak buka cermin mata hitam. Silau sangat.

 

Sebaik-baiknya siap sedia dengan payung. Kanak-kanak mungkin tak tahan dengan keadaan panas macam tu.

 

Ada setengah orang, lebih suka datang ke tempat macam ni pada waktu malam. Masa ini dah tak panas sangat. Pemandangan pada waktu tu juga berbeza dengan limpahan cahaya lampu pelbagai warna.

 

Tapi macam saya sendiri, kalau pergi malam, saya rasa agak rugi. Nanti tak nampak kecantikkan bunga pelbagai warna yang ada disini.

 

Satu lagi, kalau waktu malam, saya tak berapa pandai nak ambil gambar yang menarik. Oleh sebab itu, saya pilih untuk datang waktu siang, dan kalau nak elak panas melampau, siap sedia dengan kelengkapan yang sepatutnya.

tempat-makan-floria

Bila dah penat jalan-jalan, dan kat depan mata, ada banyak sangat food truck, akhirnya saya tewas juga. Belilah something untuk isi perut.

 

Big Patty Burger dengan Janjangmyeon.

 

Bila dah on the way nak ke tempat parking, jumpa pulak gerai jual cendol durian ni.

tempat-makan-di-floria

Cendol Durian D24 harganya RM15.

 

Kalau Musang King, kena tambah lagi RM10… (terasa mahal sangat).

cendol-sedap-putrajaya

Beli yang D24 je. Dalam semangkuk cendol ada dalam 3 ulas durian. Nak kata sedap sangat cendol ni, tak juga. Nak kata tak sedap pun tak juga.

 

Rasanya biasa-biasa sahaja. Cuma yang buatkan ia istimewa mungkin sebab ada durian beberapa ulas tu. Baiklah, In Shaa Allah, jika ada kesempatan dan umur yang panjang, kita jumpa lagi dalam Floria Putrajaya 2019 pula!

 

Buat pembaca dan pelawat blog ni, yang masih belum pergi ke Floria, bolehlah cari masa untuk datang ke sini. Festival ni akan berlangsung sampai 2 September 2018 ni sahaja. Kalau terlepas, terpaksalah tunggu tahun depan.

 

 

 

Baca juga...

  • Lawatan ke MARDI Agrotechnology Park Langkawi semasa percutian ke LangkawiLawatan ke MARDI Agrotechnology Park Langkawi semasa percutian ke Langkawi
  • Apa Yang Menarik Di Taman Botani Pulau PinangApa Yang Menarik Di Taman Botani Pulau Pinang
  • Jalan Jalan Di Puncak Bukit Bendera PenangJalan Jalan Di Puncak Bukit Bendera Penang
  • Pengalaman menginap di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort Port DicksonPengalaman menginap di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort Port Dickson
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau PangkorSerius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Pengalaman Bercuti Di Hotel Century Pines ResortPengalaman Bercuti Di Hotel Century Pines Resort
  • Pengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, PahangPengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, Pahang
  • Cara berjimat sehingga RM120 untuk tempat penginapan apabila pergi bercuti dalam dan luar negaraCara berjimat sehingga RM120 untuk tempat penginapan apabila pergi bercuti dalam dan luar negara
  • Santapan tengah hari di Warong Udang Galah Kuala Selangor dengan harga bajetSantapan tengah hari di Warong Udang Galah Kuala Selangor dengan harga bajet
  • Easturia Vacation Club – Pengalaman dapat voucher penginapan PERCUMAEasturia Vacation Club – Pengalaman dapat voucher penginapan PERCUMA
  • Pengalaman menginap di Anjung Pool Villa semasa bercuti di SekinchanPengalaman menginap di Anjung Pool Villa semasa bercuti di Sekinchan
  • Homestay di Kota Kinabalu – ED Homestay menawarkan tempat penginapan berdekatan Airport Kota KinabaluHomestay di Kota Kinabalu – ED Homestay menawarkan tempat penginapan berdekatan Airport Kota Kinabalu
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Tempat Menarik Tagged With: floria putrajaya, royal floria putrajaya

Trackbacks

  1. Minta sumbangan untuk pusat kebajikan guna taktik menjual - Patut ke? - Blog Sabree Hussin says:
    August 30, 2018 at 7:45 pm

    […] 25 Ogos 2018 sampai 2 September 2018 ini, dekat Putrajaya ada diadakan festival Royal Floria Putrajaya 2018. Festival pada tahun ini, bertemakan 10 Wonders of […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, Pahang
  • Pemilihan lokasi yang strategik untuk bisnes homestay - Blog Sabree Hussin on Percutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 Malam
  • Zul on Nasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, Selangor
  • munirah on Pengalaman menginap di Teluk Bayu Floating Chalet, Kota Kuala Muda, Kedah
  • FAUZIAH on Hutan Rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik?

Copyright © 2025 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in