Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Terasa rindu nak pergi bercuti ke Cameron Highland

June 3, 2019 by Sabree Hussin Leave a Comment

Dua tiga hari ini, saya asyik teringat dan terbayang suasana dan pengalaman percutian yang pernah saya lalui ketika berkunjung ke Cameron Highland.

 

Mungkin sebab cuaca di Kuala Lumpur yang tak menentu sejak kebelakangan ini, dan kadang-kadang terasa agak panas. Saya mengimpikan untuk berada di kawasan tanah tinggi yang lebih dingin dan nyaman udaranya.

 

Tahun ini saya masih belum berkesempatan untuk datang bercuti ke Cameron Highland. Saya rasa kalau boleh macam nak setiap tahun datang bercuti ke sini.

 

Kalau dapat datang bercuti ke Cameron Highland nanti, saya tak ada pun pasang niat nak buat lawatan ke tempat-tempat menarik yang ada disini, sebabnya hampir kebanyakkan tempat menarik di Cameron Highland telahpun saya kunjungi.

 

Kalau boleh cuma nak datang sini dan lepak-lepak santai sahaja. Tapi ada beberapa tempat yang saya pertimbangkan. Antaranya

 

(1) Ladang teh Cameron Valley Tea

Ladang teh ini terletak di laluan yang sama untuk menuju ke Tanah Rata. Lokasinya betul-betul ditepi jalan menjadikan tempat ini mudah untuk dikunjungi.

ladang-teh-cameron-tea-valley

Ladang Teh Cameron Valley Tea ini juga mempunyai pemandangan ladang teh yang tak kurang menariknya. Kalau kebetulan pada waktu itu cuaca agak redup, bolehlah jalan-jalan dalam kawasan ladang.

 

Kalau suasana agak panas, boleh lepak-lepak dekat cafe sahaja.

bharat-tea-cameron-highland

Sambil minum teh, kita boleh saksikan gelagat pelancong asing dan pengunjung yang seronok bergambar dan bersiar-siar dalam kawasan ladang.

Kalau nak lepak lama-lama dekat sini pun tak ada siapa yang nak kacau. Yang penting kenalah ada order something.

Baca juga: Cameron Valley Tea – Jalan-jalan dalam kawasan ladang dan minum teh

 

(2) Minum teh dan makan kek sambil menikmati pemandangan bunga-bungaan di Cameron Lavender

Kalau sebelum ini, kita minum teh sambil melihat pemandangan yang serba hijau, kali ini kita tukar pemandangan kepada sesuatu yang lebih berwarna-warni.

cameron-lavender-entrance-fee

Cameron Lavender Garden adalah salah satu tempat yang sesuai untuk dikunjungi.

cameron-lavender-garden-blog

Dekat sini terdapat bunga lavender dan lain-lain jenis bunga dengan warnanya yang pelbagai.

cameron-lavender-garden-blog

Dekat tingkat atas ada cafe yang kita boleh order teh dan lain-lain produk pastri.

Baca lagi: Cameron Lavender Garden – Taman Lavender yang indah di Cameron Highland

 

Oh ya, cuma yang tak berapa bestnya, kalau nak masuk ke Lavender Garden ini, kita akan dikenakan caj masuk RM10 seorang.

 

(3) Lepak santai di Time Tunnel Muzium

Bagi yang masih belum pernah sampai di Time Tunnel Muzium di Cameron Highland, untuk pengetahuan anda tempat ini sebenarnya mengumpulkan pelbagai produk antik dari era 60an ke 80an.

 

Kalau anda datang ke sini, bersama dengan seseorang yang lahir sekitar tahun 60an macam tu, pasti mereka sangat kenal dengan barang-barang yang dipamerkan disini.

 

Saya teringat makanan yang kami pernah order semasa berkunjung ke sini.

tempat-menarik-cameron-highland

Nanti kalau dapat datang bercuti ke sini sekali lagi, saya nak terus pergi ke cafe dia sahaja. Tak nak dah masuk dalam muzium sebab dah pernah pergi.

Kali ni nak lepak-lepak dekat cafe dia sahaja.

 

Kalau anda minat nak tahu apa yang menarik di Muzium Time Tunnel Cameron Highland, jemputlah baca posting saya yang sebelum ini – Time Tunnel – Terowong Masa Menggamit Kenangan Silam di Cameron Highland

 

(4) Jalan-jalan dekat Pasar Malam Cameron Highland

Apa yang menarik sangat dengan pasar malam di Cameron Highland?

 

Saya rasa pasar malam di sini biasa-biasa sahaja. Cuma kalau nak cari produk keluaran tempatan seperti strawberi, jagung dan sayur-sayuran boleh diperolehi dengan mudah disini.

 

Dari segi harga, saya tak berani nak kata harganya murah.

golden-hills-night-market

Tapi alang-alang dah berada disini, bolehlah luangkan sikit masa dan jalan-jalan dekat pasar malam ini.

 

Kali terakhir saya datang ke sini, sebelah malamnya ada kabus tebal mula menyelubungi kawasan ini.

apa-yang-menarik-di-cameron-highland

Sebelum nak borong strawberi saya syorkan buat dulu perbandingan harga dekat tempat lain.

senarai-harga-buah-strawberry-pasar-malam

Saya rasa kat tempat lain, mungkin boleh dapat harga lebih rendah berbanding dekat sini. Kalau setakat nak cuba satu dua pek, beli je dekat pasar malam ini. Senang.

Baca lagi: Pasar malam Cameron Highland – Apa yang menarik disini?

 

(5) Makan malam stimbot di Restoran Taman Abang

Percutian ke tempat sejuk seperti di Cameron Highland ni memang tak lengkap kalau tak makan steamboat!

restoran-taman-abang

Kat mana nak makan steamboat bila bercuti di Cameron Highland?

 

Biasanya saya akan pergi ke Restoran Taman Abang yang terletak di Tanah Rata.

steamboat-cameron-highland

Untuk tempat penginapan di Cameron Highland, biasanya saya juga akan pilih yang terdapat di sekitar Tanah Rata.

 

Satu lagi perkara yang saya suka dengan Cameron Highland ni ialah, kadar sewa untuk penginapan di Cameron Highland tidaklah terlalu mahal.

 

Kebiasaannya, saya akan buat semakan harga di laman web Airbnb. Kalau kebetulan jumpa tempat penginapan yang cantik dengan harga yang berpatutan, saya akan buat tempahan.

 

Lagi satu yang saya suka dengan Airbnb, kita boleh buat tempahan menggunakan Travel Credit. Bagi anda yang masih belum pernah jadi ahli di laman web Airbnb, boleh berbuat demikian dengan melayari halaman ini.

percutian-percuma

Setelah anda buat pendaftaran, anda boleh tebus Travel Credit bernilai RM165 yang boleh digunakan sebagai diskaun untuk tempahan anda.

 

Harap-harap dapat pergi dalam masa terdekat ini nanti.

 

 

Baca juga...

  • S’Corner Central Market – Tempat shopping di Cameron HighlandS’Corner Central Market – Tempat shopping di Cameron Highland
  • Melawat Ladang Teh Boh Sungei Palas Cameron HighlandMelawat Ladang Teh Boh Sungei Palas Cameron Highland
  • Cameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum tehCameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum teh
  • SophiaRose Muslim House – Homestay PREMIUM Mesra Keluarga di Tanah Rata Cameron HighlandSophiaRose Muslim House – Homestay PREMIUM Mesra Keluarga di Tanah Rata Cameron Highland
  • Pasar Malam Cameron Highland – Apa yang menarik ada disini?Pasar Malam Cameron Highland – Apa yang menarik ada disini?
  • Time Tunnel – Terowong Masa Menggamit Kenangan Silam di Cameron HighlandTime Tunnel – Terowong Masa Menggamit Kenangan Silam di Cameron Highland
  • Cameron Lavender – Destinasi wajib singgah untuk melihat taman lavender yang indahCameron Lavender – Destinasi wajib singgah untuk melihat taman lavender yang indah
  • Hutan Rekreasi Tanjung Tuan – Pengalaman sesat dalam hutanHutan Rekreasi Tanjung Tuan – Pengalaman sesat dalam hutan
  • Cari spot terbaik untuk pasang khemah di Sungai Kedondong, Batang KaliCari spot terbaik untuk pasang khemah di Sungai Kedondong, Batang Kali
  • Nak cari Hotel MURAH? Guna dan amalkan tips iniNak cari Hotel MURAH? Guna dan amalkan tips ini
  • Percutian ala kampung 2 hari 1 malam di Sekinchan bersama keluargaPercutian ala kampung 2 hari 1 malam di Sekinchan bersama keluarga
  • Mesilou Cat’s Village tempat wajib pergi untuk para pencinta KucingMesilou Cat’s Village tempat wajib pergi untuk para pencinta Kucing
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Umum Tagged With: bercuti di cameron highland, percutian cameron highland, tempat menarik di cameron highland

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Sabree Hussin on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • nazira binti jarib on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • Strategi Content Marketing untuk Bisnes - Panduan untuk orang baru - Sabree Hussin Dot Biz on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highland
  • Alfhonsus on Mengejar mentari senja di Tanjung Harapan Port Klang

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in