Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Rancang percutian pendek dengan mudah menerusi laman web Airbnb

March 1, 2018 by Sabree Hussin 1 Comment

Bulan Mac 2018 ini, merupakan bulan keenam bagi blog Xplorasi Destinasi beroperasi. Mengikut perancangan asal, saya bercadang untuk kongsikan pengalaman saya menjelajah tempat-tempat menarik yang terdapat di dalam dan luar negara.

 

Masih ada banyak lagi tempat-tempat menarik di Malaysia yang belum sempat saya kunjungi. Untuk menulis tentang sesuatu tempat dan tarikan yang ada disitu, bukannya mudah.

 

Saya perlu berada di situ dan alami sendiri pengalaman berada di tempat tersebut. Barulah mudah untuk saya dapatkan cetusan-cetusan idea bagi dijadikan konten dalam blog ini. Sudah tentu, ia perlukan MASA, TENAGA dan juga WANG RINGGIT bagi merealisasikan matlamat tersebut.

 

Biasanya, untuk merancang satu aktiviti percutian, saya akan gunakan laman web Airbnb. Bulan Mac, saya cadang nak ke Port Dickson sekali lagi.

tempat-best-untuk-menginap-di-port-dickson

Kali terakhir saya ke Port Dickson, saya dapati ada banyak juga pantai-pantai menarik yang ada disana. Tapi saya tak sempat nak kunjungi semua.

 

Antara pantai di Port Dickson yang sempat saya kunjungi hanyalah

1. Pantai Bagan Pinang

2. Pantai Corus

3. Pantai Blue Lagoon

main-air-pantai-tanjung-biru

Ada banyak lagi pantai-pantai di Port Dickson yang saya belum cerita lagi dalam blog ini. Mudah-mudahan apa yang dirancangkan, dapat dilaksanakan dengan jayanya.

 

Sebenarnya pergi bercuti… bukannya murah. Lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi keluarga dan negara yang tak berapa baik sekarang ini.

 

Kalau nak pergi bercuti tu memang boleh, tapi biarlah berbaloi dan ada hasil. Macam yang saya sendiri amalkan, saya akan pastikan, setiap kali pergi bercuti, saya akan ajak seberapa ramai yang boleh.

 

Kegembiraan perlu dikongsikan. Kos untuk menginap di mana-mana guesthouse yang disenaraikan di laman web Airbnb, boleh dijimatkan dengan menggunakan travel credit semasa membuat tempahan.

diskaun-airbnb

Anda juga boleh dapatkan travel credit yang anda boleh gunakan untuk buat tempahan di laman web Airbnb menerusi halaman ini.

 

Kemudian, bila pergi beramai-ramai, biasanya kos untuk makan akan dikongsi bersama. Kalau nak lebih jimat, pilihlah rumah yang ada kitchen, yang kita boleh gunakan untuk memasak.

 

Barang-barang memasak tu, kita boleh bawa dari rumah. Sampai di homestay, boleh sediakan makanan sendiri. Itu lebih jimat.

 

Kalau anda ada banyak travel credit, anda boleh buat tempahan di laman web Airbnb tanpa perlu keluarkan duit anda walau satu sen pun. Saya ada ceritakan pengalaman saya buat tempahan dari web Airbnb menggunakan travel credit 100% menerusi posting saya yang berjudul Pengalaman menginap di PD Paradise lagoon Apartment Port Dickson.

 

Oleh sebab sebelum ini, dah pernah duduk di PD Paradise, maka kali ini nak rasa pengalaman duduk ditempat lain pula. Tak perlu susah-susah nak cari, guna sahaja laman web Airbnb.

 

Bukan semua tempat penginapan yang disenaraikan di laman web Airbnb mahal-mahal semuanya.

Dengan menggunakan fungsi filter, anda boleh pilih harga yang anda sanggup bayar. Contohnya nak pilih rumah kediaman yang bawah RM200 sahaja pun boleh.

 

Kalau di Port Dickson, ada banyak yang harga bawah RM200.

 

Kalau anda guna travel credit, dari RM200 tu, anda hanya perlu bayar RM80 sahaja beserta dengan service fee. Travel credit tu memang betul-betul sangat membantu untuk menjimatkan kos penginapan di Airbnb.

 

Bagaimana cara anda buat perancangan percutian ya? Kalau saya, saya lebih suka guna web Airbnb. Anda pula bagaimana?  

 

Baca juga...

  • Cara berjimat sehingga RM120 untuk tempat penginapan apabila pergi bercuti dalam dan luar negaraCara berjimat sehingga RM120 untuk tempat penginapan apabila pergi bercuti dalam dan luar negara
  • Adakah buat tempahan di laman web Airbnb lebih murah berbanding laman web lain?Adakah buat tempahan di laman web Airbnb lebih murah berbanding laman web lain?
  • Panduan Airbnb – Perkara yang anda perlu berikan perhatian apabila membuat tempahan di laman web AirbnbPanduan Airbnb – Perkara yang anda perlu berikan perhatian apabila membuat tempahan di laman web Airbnb
  • Saya nak beri anda RM120 untuk anda pergi bercutiSaya nak beri anda RM120 untuk anda pergi bercuti
  • Pengalaman menginap di PD Paradise Lagoon Apartment di Port DicksonPengalaman menginap di PD Paradise Lagoon Apartment di Port Dickson
  • Travelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 – Hari pertama di PangkorTravelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 – Hari pertama di Pangkor
  • Windmill PD Farm – Tempat mesti pergi jika bawa anak-anak bercuti ke Port DicksonWindmill PD Farm – Tempat mesti pergi jika bawa anak-anak bercuti ke Port Dickson
  • Travelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 – Aktiviti Snorkeling Pada Hari kedua di PangkorTravelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 – Aktiviti Snorkeling Pada Hari kedua di Pangkor
  • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itineraryPercutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary
  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota BharuPengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Lawatan ke Muzium Tentera Darat di daerah Lukut, Port DicksonLawatan ke Muzium Tentera Darat di daerah Lukut, Port Dickson
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Tips Travel Tagged With: cara guna website airbnb, laman web airbnb, panduan airbnb, tips airbnb, travel credit airbnb

Trackbacks

  1. 3 Sebab untuk anda cuba pengalaman membuat tempahan tempat penginapan di Airbnb - Blog Sabree Hussin says:
    May 23, 2018 at 1:06 pm

    […] sekarang ni, semua itu dah berubah. Bila nak pergi bercuti, atau sekadar merancang untuk pergi bercuti, saya akan buka dulu laman web Airbnb. Kalau tempat yang saya nak pergi tu, ada guesthouse yang […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Strategi memberikan Pengalaman Penginapan TERBAIK kepada tetamu homestay - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Hard sell atau soft sell - Nak guna yang mana? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Adakah blog masih relevan? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Berkesan ke promosikan bisnes homestay menggunakan blog? - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in