Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Perkhidmatan Kereta Sewa yang boleh dipercayai di Kota Kinabalu

October 11, 2018 by Sabree Hussin 2 Comments

Percutian ke Sabah ini merupakan percutian saya kali yang kedua. Kali pertama saya datang ke Sabah, adalah pada tahun 2017.

 

Tak sangka, bila dah datang ke sini, rasa macam tak boleh nak move on.

bercuti-di-sabah

Mungkin sebab saya ni secara semula jadi memang sukakan tempat-tempat macam ni. Berada di kawasan pergunungan, sesekali disapa angin bayu yang bertiup lembut, memang sangat memberikan ketenangan.

 

Bila dah habis bercuti, balik je semenanjung terus cari tiket murah untuk datang sekali lagi bercuti ke Sabah.

 

Apabila kita nak bercuti ke Sabah ni, salah satu perkara penting yang perlu ada ialah kenderaan. Untuk pergi melawat ke tempat-tempat tumpuan pelancong yang banyak terdapat di Sabah, kita memerlukan kereta sewa.

 

Kali pertama saya datang bercuti di Sabah, saya kena tipu dengan pengendali kereta sewa. Saya terpaksa tunggu berjam-jam lamanya dekat airport Kota Kinabalu untuk dapatkan kereta sewa yang dijanjikan. Duit deposit untuk kereta semua dah bayar.

 

Akhirnya bila dah terlalu lama menunggu, saya terpaksa cari kereta sewa lain. Saya pernah cerita dalam blog saya sebelum ini.

Baca disini: Pengalaman percutian ke Sabah (4) – Kereta sewa di Sabah

 

Syarikat kereta sewa yang boleh saya syorkan

Sejak saya kongsikan tentang pengalaman saya kena tipu dengan pengendali kereta sewa di Kota Kinabalu tu, saya mula dihubungi oleh beberapa pemilik syarikat kereta sewa.

 

Mereka beri jaminan, yang servis yang bakal mereka berikan adalah TERBAIK dan mereka adalah pemilik syarikat yang benar-benar serius untuk buat bisnes kereta sewa. Bukannya orang perseorangan, yang tidak mempunyai syarikat dan tidak mempunyai lesen.

 

Pesan saya, jangan cepat terpengaruh dengan harga yang murah. Ia mungkin ditawarkan oleh orang perseorangan yang tak mempunyai syarikat, lesen perniagaan dan juga premis perniagaan. Mereka memang boleh iklankan perniagaan mereka di internet dan tawarkan harga yang murah, tapi awas, kalau mereka dah mula menipu, bukan senang nak cari mereka semula tau!

 

Tiga syarikat kereta sewa di Sabah yang saya berani rekemen

(1) Borneo Express Rent a Car & Tours

016 – 886 0783/ 011 – 3166 3258 (Boyd)
http://borneocar.com/

Ini adalah syarikat kereta sewa yang saya gunakan masa percutian kali pertama di Sabah. Mereka ada kaunter di airport Kota Kinabalu. Bila saya cerita apa masalah yang saya sedang hadapi, dengan duit deposit yang dah bayar kepada penipu kereta sewa sebelum ini, mereka berbesar hati untuk tolong saya dan sewakan kereta dengan satu harga yang lebih rendah.

 

(2) ED Holidays Travel & Car Rental

Baca juga: Perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu Sabah – Cara mudah nak berjimat apabila bercuti ke Sabah 

sewa-kereta-murah-kota-kinabalu

Syarikat kereta sewa ini adalah dimiliki oleh Mr Eddy. Saya pernah jumpa dengan Mr Eddy ini sekali. Masa tu beliau ada kursus di sekitar KL. Sempatlah minum kopi dengan beliau.

 

Mr Eddy ini, melalui syarikat miliknya bukan sahaja menawarkan perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu, malahan beliau juga ada sediakan travel package, tour guide dan kalau anda perlukan tempat penginapan jenis homestay bajet juga boleh berurusan dengan beliau.

 

(3) Global Lepa Car Rental & Tours Sdn Bhd

kereta-sewa-sabah

Kalau menerusi syarikat Global Lepa, anda boleh buat tempahan terus menerusi laman web mereka di http://www.globallepa.com/

 

Saya tahu, di Sabah ada banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa. Saya tidak bermaksud perkhidmatan yang mereka sediakan, selain daripada tiga syarikat yang saya sebutkan disini tak bagus. Bukan begitu.

 

Sebenarnya, nama-nama yang saya kongsikan disini adalah berdasarkan kepada syarikat yang saya kenal pemiliknya dan pernah berurusan sahaja. Syarikat kereta sewa di Sabah yang saya tak pernah berurusan, tak beranilah saya nak rekemen disini.

 

Cara buat tempahan kereta sewa di Kota Kinabalu secara online

Dalam percutian kali ini, saya memilih syarikat kereta sewa Global Lepa sebagai penyedia perkhidmatan. Saya nak tunjukkan serba sedikit macam mana caranya nak buat tempahan secara online dengan syarikat mereka.

 

Sebenarnya cara nak buat tempahan sangatlah mudah, tapi mungkin bagi yang tak biasa buat booking secara online, bolehlah rujuk posting saya ini ya.

 

Mula-mula sekali pergi ke laman web mereka di http://www.globallepa.com/

kereta-sewa-kota-kinabalu

Kita pilih dekat mana kita nak pick up kereta sewa tersebut. Oleh sebab saya datang dengan flight, maka tempat paling mudah untuk saya ambik kereta sewa ini dah tentunya di Airport Kota Kinabalu.

 

Kalau lihat pada senarai yang diberikan, anda ada tiga pilihan, iaitu

kereta-sewa-kota-kinabalu

Kota Kinabalu City Centre – Dekat sini ada banyak guesthouse dan banyak juga pilihan tempat makan yang menarik.

Kota Kinabalu International Airport 1 (KKIA)

Others, Please Specify. Ini anda kena nyatakan dekat mana kalau selain dua tempat diatas.

 

Kemudian anda perlu nyatakan juga, kat mana anda nak pulangkan kereta tersebut nanti. Kalau nak pulangkan kat tempat yang sama, tak perlu buat apa-apa. Tapi kalau nak pulangkan di lokasi yang berbeza, kena tick pada kotak Different return location macam kat bawah ni.

pakej-car-rental-sabah

Seterusnya nyatakan juga, pada jam berapa anda nak ambil kereta dan pada jam berapa anggaran anda nak pulangkan kereta.

 

Bila dah isi semua, tekan sahaja kotak search untuk melihat senarai kenderaan yang ada.

senarai-pakej-kereta-sewa-sabah

senarai-pakej-kereta-sewa-kota-kinabalu

Sebagai alternatif, anda juga boleh ke halaman http://www.globallepa.com/price bagi melihat harga kereta sewa yang ditawarkan.

 

Paparan seperti dibawah ini akan kelihatan.

harga-kereta-sewa-sabah

 

Semasa buat tempahan, sila beri perhatian kepada jumlah deposit yang perlu dibayar. Ada kenderaan yang hanya memerlukan deposit sebanyak RM50, dan ada yang perlu letak deposit lebih dari itu.

 

Bila dah jumpa model kereta yang anda berkenan, tekan sahaja butang Book Now. Dalam penerangan ini, saya akan pilih kereta jenis Bezza.

kereta-sewa-murah-kota-kinabalu

Atas ini adalah bahagian Add Ons. Sekiranya anda perlukan tambahan seperti baby car seat, sila nyatakan berapa kuantiti yang diperlukan. Kalau tak perlu, tekan sahaja continue.

 

Masukkan maklumat diri anda.

servis-kereta-sewa-kota-kinabalu

Bila dah siap isi, tekan lagi butang continue.

 

Lihat pada screenshot diatas, disebelah kiri ada dinyatakan berapa yang anda perlu bayar, dan jenis kereta yang anda tempah.

 

Kita akan dibawa ke halaman payment pula.

kereta-sewa-murah-kota-kinabalu

Sebelum buat sebarang bayaran, sila pastikan semua info adalah TEPAT.

 

Pada peringkat ini, kita hanya perlu buat bayaran untuk deposit sahaja. Bakinya kita akan bayar apabila dah berada di lokasi untuk ambik kereta sewa nanti.

 

Merujuk kepada contoh ini, jumlah yang perlu bayar sekarang ini ialah RM50 sahaja. Selebihnya, iaitu RM343.30 perlu bayar semasa ambik kereta nanti.

 

Gunakan KOD DISKAUN untuk buat tempahan kereta sewa secara online

Buat pembaca blog saya, apabila anda buat tempahan dengan Global Lepa, pastikan anda masukkan kod

GLCRblog

 

Apabila anda masukkan kod ini, anda akan dapat diskaun tambahan. Lihat buktinya ya.

Asalnya saya kena bayar RM343.30.

 

Selepas saya masukkan kod GLCRblog dan tekan Apply, jumlah yang saya perlu bayar berkurang menjadi …

kereta-sewa-kota-kinabalu-murah

New Total you need to pay there menjadi RM323.30

 

Dapat diskaun tambahan sebanyak RM20 dengan menggunakan kod diskaun GLCRblog. Penjimatan tu nanti, bolehlah guna untuk buat isi minyak.

 

Bila dah berjaya masukkan kod diskaun, seterusnya anda tekan butang confirm booking untuk teruskan dengan membuat pembayaran deposit.

kereta-sewa-sabah

Anda akan dibawa ke halaman billplz.com seperti screenshot diatas. Pada halaman ini, anda boleh pilih, sama ada nak buat bayaran menggunakan kaedah bank transfer, kad debit ataupun kad kredit.

 

Saya pilih untuk bayar menggunakan kaedah bank transfer dan pilih maybank2u. Seterusnya tekan butang PAY.

kereta-sewa-kota-kinabalu

Satu pop up akan muncul yang meminta kita untuk log in ke akaun maybank2u. Ini adalah laman web rasmi maybank ya.

 

Teruskan dengan proses pembayaran.

kereta-sewa-kota-kinabalu

Setelah siap buat bayaran, anda akan dibawa ke halaman seperti diatas.

 

Kita akan dapat booking number untuk tempahan sebagai rujukan, bagi menandakan yang tempahan kita telah pun confirm.

 

Sila simpan nombor booking tersebut untuk rujukan anda dimasa akan datang. Katakanlah, anda terlupa tentang maklumat booking ini, anda boleh rujuk semula di laman web global lepa dengan cara dibawah ini.

 

Pergi ke laman web global lepa dan seterusnya klik pada butang My Booking.

booking-kereta-sewa-kota-kinabalu

Masukkan semula booking number yang kita dapat sebelum ini beserta dengan alamat emel yang sama, yang kita gunakan untuk buat tempahan. Tekan butang search.

 

Paparan seperti dibawah ini akan kelihatan.

kereta-sewa-kota-kinabalu-2018

Maklumat penuh tentang kereta yang kita sewa boleh dicari semula dengan mudah. 

 

Itu yang saya suka dengan Global Lepa. Mereka mempunyai sistem tempahan yang sistematik. In Shaa Allah lepas ini saya akan cerita pengalaman saya menggunakan khidmat kereta sewa dari Global Lepa pula.

 

Baiklah dalam posting ini, saya telah berikan kepada anda tiga syarikat kereta sewa di Kota Kinabalu yang anda boleh pilih. Anda buatlah pilihan mana satu yang berkenan dihati dan sesuai dengan bajet anda.

 

Jika anda ada sebarang pertanyaan, tentang servis tambahan, khidmat tour guide dan sebagainya, boleh terus tanyakan kepada pengendali syarikat kereta sewa ini ya.

 

Semoga percutian anda ke Sabah nanti berjalan lancar dan memandulah dengan selamat ya.

 

 

 

Baca juga...

  • Pengalaman menginap di Lexis Water Chalet Port DicksonPengalaman menginap di Lexis Water Chalet Port Dickson
  • Nak cari Hotel MURAH? Guna dan amalkan tips iniNak cari Hotel MURAH? Guna dan amalkan tips ini
  • Pakej Island Hopping dan snorkeling ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi SabahPakej Island Hopping dan snorkeling ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi Sabah
  • Terasa rindu nak pergi bercuti ke Cameron HighlandTerasa rindu nak pergi bercuti ke Cameron Highland
  • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah PerakPulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • Cari spot terbaik untuk pasang khemah di Sungai Kedondong, Batang KaliCari spot terbaik untuk pasang khemah di Sungai Kedondong, Batang Kali
  • Makan tengahari di Eddy Cowboy Style Nasi Kukus Ayam PanggangMakan tengahari di Eddy Cowboy Style Nasi Kukus Ayam Panggang
  • Adakah buat tempahan di laman web Airbnb lebih murah berbanding laman web lain?Adakah buat tempahan di laman web Airbnb lebih murah berbanding laman web lain?
  • Aloha Suite – Guesthouse pilihan semasa bercuti di Bandaraya Kota KinabaluAloha Suite – Guesthouse pilihan semasa bercuti di Bandaraya Kota Kinabalu
  • Pengalaman Snorkeling di Pulau Payar Marine Park LangkawiPengalaman Snorkeling di Pulau Payar Marine Park Langkawi
  • Kisah perjalanan ke Teluk Bayu Water Chalet, Kota Kuala Muda, KedahKisah perjalanan ke Teluk Bayu Water Chalet, Kota Kuala Muda, Kedah
  • Shopping produk berasaskan gamat di Nusantara Maju EnterpriseShopping produk berasaskan gamat di Nusantara Maju Enterprise
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Perkhidmatan

Trackbacks

  1. Pengalaman sewa kereta di Kota Kinabalu bersama dengan syarikat Global Lepa Car Rentals & Tours Sdn Bhd - Xplorasi Destinasi says:
    October 18, 2018 at 6:27 pm

    […] Saya ada tunjukkan bagaimana cara nak buat tempahan kereta sewa secara step by step dalam posting saya yang sebelum ini. Sila baca artikel saya berjudul perkhidmatan kereta sewa yang boleh dipercayai di Kota Kinabalu. […]

    Reply
  2. 10 Tips sebelum anda memulakan blog dalam niche Travel dan Percutian - Blog Sabree Hussin says:
    March 14, 2019 at 12:51 am

    […] yang berkaitan dengan percutian. Bermula dari saat itu, saya mula menulis beberapa perkara seperti perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu, Pakej Island Hopping ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi serta beberapa review tempat penginapan yang […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Strategi memberikan Pengalaman Penginapan TERBAIK kepada tetamu homestay - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Hard sell atau soft sell - Nak guna yang mana? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Adakah blog masih relevan? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Berkesan ke promosikan bisnes homestay menggunakan blog? - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in