Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu Sabah – Cara mudah nak berjimat apabila bercuti ke Sabah

January 16, 2018 by Sabree Hussin 18 Comments

Anda dah bersedia nak pergi bercuti ke Sabah? Bagaimana dengan persiapan untuk percutian anda tu nanti?

 

Adakah anda sudah ada tempat penginapan apabila bercuti di Sabah nanti? Bagaimana pula dengan kenderaan, yang bakal anda gunakan apabila berada di Sabah nanti? Semua sudah siap sedia ke?

 

Kalau dalam perkongsian saya tentang percutian ke Sabah yang lalu, saya ada menulis tentang tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar Kota Kinabalu dan Kundasang, kali ini saya nak kongsikan kepada anda semua tentang perkhidmatan kereta sewa pula.

bercuti-di-sabah

Bagi mereka yang dah pernah sampai ke Sabah, pasti akan rasa nak datang lagi. Pemandangan seperti ini, memang sukar untuk ditemui apabila berada di Semenanjung.

 

Mereka yang dah pernah bercuti di Sabah, pasti akan merindui udara sejuk lagi menyegarkan di Kundasang. Suasana kehijauan berlatarbelakangkan Banjaran Crocker di sekitar Desa Dairy Farm dan banyak lagi.

 

Dari satu destinasi percutian di Sabah ke tempat yang lain, ada yang memerlukan anda memandu sekitar 1 ke dua jam untuk sampai. Justeru, bagi memudahkan anda melawat dari satu kawasan ke satu kawasan, anda memerlukan kenderaan sendiri.

 

Memang ada banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu. Sesetengah syarikat kereta sewa, mereka turut membuka kaunter tempahan di dalam kawasan airport. Terpulang kepada anda untuk pilih mana-mana satu yang sesuai dengan bajet anda.

 

Jika anda ada masa, untuk survey harga dari satu kaunter ke satu kaunter, silakan. Tetapi, kalau anda mencari kaedah yang lebih mudah untuk dapatkan kereta sewa dengan harga yang kompetitif, maka anda boleh dapatkan perkhidmatan sewa kereta menerusi syarikat ED Holidays Travel & Car Rental Sdn Bhd.

ed-holidays-travel-car-rental

Rancang percutian anda di Sabah dan dapatkan harga terbaik bagi setiap perbelanjaan anda ketika berada disana. Ini termasuklah perbelanjaan untuk dapatkan

  1. Tempat penginapan di Kota Kinabalu
  2. Kereta sewa di Kota Kinabalu
  3. Perkhidmatan tour guide untuk melawat tempat-tempat menarik

 

Kesemua perkhidmatan ini, boleh diperolehi menerusi ED Holidays Travel & Car Rental Sdn Bhd. Apabila kesemua perkhidmatan ini kita boleh perolehi di tempat yang sama, dah tentu ini dapat menjimatkan masa dan memudahkan urusan kita.

 

Jadi nanti, tak perlulah nak berurusan dengan banyak pihak. Tempat penginapan dengan orang lain, kereta sewa dengan orang lain, dan kalau perlukan perkhidmatan tour, juga dengan orang lain.

 

Perkhidmatan kereta sewa di Airport Kota Kinabalu (KKIA)

Berurusan dengan pihak ED Holidays Travel & Car Rental Sdn Bhd ini mudah sebenarnya.

 

Selesai urusan dengan pihak imigresen, ambil bagasi anda, dan seterusnya anda dah boleh dapatkan kenderaan yang disewa dari mereka di Airport.

sewa-kereta-di-airport-kota-kinabalu

Bila dah dapat kenderaan tu, terpulanglah kepada anda nak pergi ke mana dulu. Sama ada nak singgah makan dulu, atau nak terus mulakan perjalanan ke Kundasang.

 

Kalau anda baca perkongsian saya sebelum ini, tentang rancangan perjalanan bagi percutian 4 hari 3 malam di Sabah, saya syorkan anda terus ke Kundasang.

Baca juga: Ingin bercuti ke Sabah? Ini dia tentatif percutian 4 hari 3 malam ke Sabah dengan bajet minima

 

Senarai kereta yang anda boleh sewa

Setiap orang pasti mempunyai keperluan yang berbeza, apabila bercuti ke Sabah. Jika anda datang dengan kumpulan yang besar, anda mungkin akan perlukan kenderaan yang besar supaya lebih selesa.

 

Ataupun jika anda datang berdua sahaja, untuk tujuan honeymoon di Kundasang misalnya, mungkin sudah cukup kalau anda sewa kereta jenis sedan atau compact sahaja. Jadi, jom kita lihat apa jenis-jenis kereta yang anda boleh sewa.

 

Perodua Axia Auto

harga-kereta-sewa-kk

Adakah anda hanya akan bercuti di kawasan sekitar Kota Kinabalu sahaja dan tak akan pergi ke kawasan tanah tinggi? Jika ya, kenderaan jenis Perodua Axia ini sesuai dijadikan pilihan.

 

Dari segi penggunaan petrol, ianya juga sangat menjimatkan.

Harga RM120.

Harga promosi RM110 sahaja.

 

Perodua MyVi

sewa-kereta-myvi-kota-kinabalu

Bagi peminat kenderaan jenis Perodua Myvi, jangan risau, sebabnya model kenderaan ini juga ada ditawarkan.

 

Dengan bayaran RM140 sahaja, anda dah boleh menyewa kereta sewa jenis Myvi.

Harga promosi RM120 sahaja.

 

Proton Saga

kereta-sewa-bajet-kota-kinabalu-kundasang

Kereta jenis Proton Saga adalah salah satu kenderaan paling popular bagi mereka yang bercuti di Sabah. Sesuai digunakan untuk bersiar-siar dari satu destinasi ke satu destinasi di sekitar Kota Kinabalu.

 

Jika anda ingin memandu sehingga ke Kundasang juga tak ada masalah. Kereta jenis Proton Saga ini adalah salah satu kenderaan pilihan saya apabila bercuti ke Kundasang.

 

Kadar sewa sehari untuk kereta Proton Saga ialah RM140.

Harga promosi RM120 sahaja.

 

MPV Exora Auto Turbo CFE

perkhidmatan-kereta-sewa-kota-kinabalu

Jika anda mahukan kenderaan yang lebih besar, anda boleh dapatkan kereta sewa jenis Proton Exora ini. Mungkin anda inginkan lebih keselesaan, maka pemilihan kenderaan jenis ini adalah pilihan yang bijak.

 

Harga sewa ialah RM250 sehari.

Harga promosi RM200 sahaja.

 

Toyota Innova Auto

sewa-kereta-murah-kota-kinabalu

Anda lebih suka memandu kereta buatan Jepun? Apa kata anda sewa sahaja kereta jenis Toyota Innova ini. Kadar sewanya juga berpatutan.

 

Harga RM250.

Harga promosi RM200 sahaja. Jimat RM50.

 

Toyota Avanza

kereta-sewa-murah-kota-kinabalu

Kenderaan jenama Toyota jenis Avanza juga tersedia untuk anda. Ini juga salah satu pilihan yang popular bagi para pelancong yang pergi bercuti ke Sabah. Kalau anda nak jalan-jalan sekitar kawasan Taman Kinabalu, ini juga adalah pilihan yang sesuai.

 

Harga RM200 sahaja.

Harga promosi RM180 sahaja untuk penggunaan selama sehari.

 

Van Toyota Hiace

kereta-sewa-sabah-murah-2018

Anda datang bersama kumpulan yang agak ramai? Tak perlu sewa sampai dua kereta. Anda boleh pertimbangkan untuk sewa van sahaja.

 

Van ini boleh memuatkan seramai 10 orang.

Harga RM350.

Harga promosi RM250 sahaja.

 

Van Nissan Urvan 14 orang penumpang

sewa-van-urvan-kota-kinabalu

Apa dia? Anda bakal datang dengan kumpulan yang lebih ramai dan perlu van yang lebih besar? Jangan risau, kerana anda boleh sewa van yang lebih besar. Saya syorkan anda sewa van Nissan Urvan yang boleh memuatkan kapasiti penumpang sehingga 14 orang ini.

 

Kadar sewanya juga tidak terlalu mahal, iaitu RM350 sahaja. Sama seperti anda sewa Toyota Hiace. Tetapi dengan menyewa van ini, anda boleh bawa lebih ramai penumpang bersama anda.

Harga promosi RM250 sahaja. Jimat sampai RM100 tu!

 

PERHATIAN

1. Sila hubungi pihak ED Holidays Travel & Car Rental untuk dapatkan sebut harga sebenar.

2. Harga promosi ini adalah untuk tempoh masa terhad sahaja. Ia mungkin ditarik balik atau digantikan dengan promosi lain pada bila-bila masa. Maklumat ini adalah benar pada waktu catatan ni ditulis sahaja.

3. Dapatkan info terkini dari ED Holidays Travel & Car Rental.

4. Sila beritahu, yang anda adalah pembaca blog Xplorasi Destinasi apabila berhubung dengan Mr Eddy nanti.

5. Bagi mendapatkan lebih penjimatan, sewa sekali dengan homestay. (Homestay ada swimming pool tau)

Baca juga: Homestay di Kota Kinabalu – ED Homestay menawarkan tempat penginapan berdekatan Airport Kota Kinabalu

homestay-budget-kota-kinabalu

Hubungi sahaja Mr Eddy menerusi whatsapp dan boleh bincang-bincang dengan dia. Jangan risau, kalau cuma nak tanya harga pun tak ada masalah.

Whatsapp – 016-8397143 (Mr Eddy)

Atau klik sahaja pautan http://www.wasap.my/60168397143/Mreddy

 

Tak semestinya apabila tanya, mesti wajib beli. Anda mungkin nak buat perbandingan tawaran terlebih dahulu kan.

 

Harga yang Mr Eddy tawarkan ini adalah termasuk dengan Extra Servis berikut,

  1. Penghantaran PERCUMA di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu & Airport
  2. Sokongan kerosakkan kereta on the spot

 

Ada pengendali kereta sewa di Kota Kinabalu, akan mengenakan bayaran tambahan, jika anda minta mereka hantar kenderaan di lokasi pilihan anda. Jadi, sila tanya dengan mereka dan minta mereka dedahkan jika terdapat sebarang caj-caj tersembunyi yang sengaja tidak diberitahu.

 

Anda nak bercuti di Sabah bersama kawan-kawan, tetapi tak ada yang pandai memandu?

Memang seronok kalau sesekali dapat buat plan nak pergi bercuti dengan kawan-kawan. Mungkin dengan kawan-kawan yang tinggal serumah, kawan-kawan masa zaman belajar, ataupun kawan-kawan tempat kerja.

 

Kalau dapat pergi ramai-ramai, sekali pergi dekat 10 orang, pun seronok jugak. Bukan selalu boleh dapat peluang macam ni. Nanti bila masing-masing dah berkeluarga, susah nak buat reunion macam ni. Jadi sementara masih ada peluang, rancanglah percutian ke Sabah dengan kawan-kawan tu.

 

Tapi… kalau tak ada yang pandai memandu, susah jugak kan? Ataupun, kalau ada yang pandai memandu, tetapi cuma pandai bawa kereta biasa. Tak kan nak sewa dua tiga kereta kan? Satu, ia akan membuatkan kos jadi tinggi secara kumpulan, dan kedua, bila ada dua tiga kenderaan, nanti mesti akan ada yang nak buat hal sendiri.

 

Percutian tu akan jadi tak berapa syok, kalau ada yang nak buat hal sendiri. Penyelesaiannya mudah sahaja sebenarnya.

 

Sewa sebuah van sekali dengan pemandu.

sewa-perkhidmatan-van-kota-kinabalu

Dengan ini, anda boleh pergi ke setiap destinasi percutian di Sabah bersama-sama, dan anda tak perlu risau nak suruh kawan anda jadi driver. Bagi yang tak pernah sampai ke KK, pasti tak biasa dengan jalan-jalan disana.

 

Dengan adanya bantuan pemandu, dari ED Holidays Travel & Car Rental, anda boleh nikmati percutian anda sepenuhnya.

 

Apa kata pelanggan terdahulu yang pernah dapatkan khidmat kereta sewa bersama ED?

Alhamdulillah, sepanjang menjalankan perniagaan kereta sewa ni, dah ramai yang berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan.

 

Maklumlah, senang berurusan dengan syarikat ED Holidays Travel & Car Rental. Anda bukan sahaja boleh buat tempahan kereta sewa dengan mereka, malahan pada masa yang sama, anda juga boleh tempah homestay dan juga servis tour dengan mereka.

 

Jadi tak perlu pening-pening kepala nak berurusan dengan banyak pihak. Cuma tiket flight sahaja yang mereka tak akan bantu buat tempahan.

 

Ini sebahagian daripada feedback pelanggan yang pernah berurusan dengan ED Holidays Travel & Car Rental. Anda boleh lihat lebih banyak feedback di laman Facebook milik syarikat ini dengan menekan pautan ini.

 

Pelanggan ini sewa kenderaan jenis Innova sekali dengan homestay di Kota Kinabalu.

feedback-pelanggan-kereta-sewa-kota-kinabalu

 

Pelanggan ini sewa kereta Proton Saga dengan homestay sekali.

 

Pelanggan yang sangat berpuas hati menyewa kereta Toyota Hiace. Pelanggan ni ambik pakej sewa kereta bersama dengan sewa homestay di Kota Kinabalu.

 

Ini pula feedback dari pelanggan yang ambil pakej kereta sewa sahaja. Yang penting kereta cukup power untuk lalui perjalanan berbukit bukau di sekitar Kundasang ke Ranau.

 

Ini pula dari pelanggan yang sewa van.

Lepas ini, anda dah tak perlu risau tentang kereta sewa sepanjang anda berada di Sabah nanti. Ini satu pilihan yang anda boleh pertimbangkan.

 

Kalau nak dapatkan lebih nilai, untuk setiap ringgit yang dibelanjakan, dapatkanlah perkhidmatan kereta sewa dan homestay dari ED Holidays Travel & Car Rental.

 

All in one place.

 

Soal harga juga boleh dibincangkan apabila ambil pakej dengan syarikat mereka.

 

Nak dapatkan Pakej Percutian Bajet Terbaik? Hubungi syarikat ini menerusi kaedah-kaedah berikut.

Whatsapp – 016-8397143 (Mr Eddy)

Atau klik sahaja pautan http://www.wasap.my/60168397143/Mreddy

Email – edholidaystravel@gmail.com

FB – https://www.facebook.com/edholidaystravel/

Laman web – http://edholidaystravel.my/

 

Jangan lupa beritahu yang anda adalah pembaca blog Xplorasi Destinasi apabila anda menghubungi mereka ya. Saya ucapkan Selamat bercuti ke Sabah!

 

Semoga perjalanan pergi dan pulang anda nanti, selamat dan berjalan lancar.

 

 

Baca juga...

  • Kinabalu Park – Jalan-jalan menikmati udara sejuk kawasan pergununganKinabalu Park – Jalan-jalan menikmati udara sejuk kawasan pergunungan
  • Homestay di Kota Kinabalu – ED Homestay menawarkan tempat penginapan berdekatan Airport Kota KinabaluHomestay di Kota Kinabalu – ED Homestay menawarkan tempat penginapan berdekatan Airport Kota Kinabalu
  • Ingin bercuti ke Sabah? Ini dia tentatif percutian 4 hari 3 malam ke Sabah dengan bajet minimaIngin bercuti ke Sabah? Ini dia tentatif percutian 4 hari 3 malam ke Sabah dengan bajet minima
  • Makan Lokan Bakar di Kampung Salut, Jalan Sulaman, Kota KinabaluMakan Lokan Bakar di Kampung Salut, Jalan Sulaman, Kota Kinabalu
  • Ladang Teh Sabah Tea – Jom bersiar-siar disekitar ladang tehLadang Teh Sabah Tea – Jom bersiar-siar disekitar ladang teh
  • Mandi air panas di Kolam Air Panas Poring – Poring Hot SpringMandi air panas di Kolam Air Panas Poring – Poring Hot Spring
  • Mesilou Cat’s Village tempat wajib pergi untuk para pencinta KucingMesilou Cat’s Village tempat wajib pergi untuk para pencinta Kucing
  • Desa Dairy Farm Kundasang – Rasa rugi kalau tak singgah bila dah bercuti di KundasangDesa Dairy Farm Kundasang – Rasa rugi kalau tak singgah bila dah bercuti di Kundasang
  • Ada apa yang menarik di Kundasang War Memorial? Tempat mesti singgah bila ke KundasangAda apa yang menarik di Kundasang War Memorial? Tempat mesti singgah bila ke Kundasang
  • Pengalaman bersiar-siar di Jambatan Gantung Tamparuli, SabahPengalaman bersiar-siar di Jambatan Gantung Tamparuli, Sabah
  • Pengalaman sewa kereta di Kota Kinabalu bersama dengan syarikat Global Lepa Car Rentals & Tours Sdn BhdPengalaman sewa kereta di Kota Kinabalu bersama dengan syarikat Global Lepa Car Rentals & Tours Sdn Bhd
  • Panduan Airbnb – Perkara yang anda WAJIB TAHU apabila menyewa homestay dan guesthouse di AirbnbPanduan Airbnb – Perkara yang anda WAJIB TAHU apabila menyewa homestay dan guesthouse di Airbnb
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Perkhidmatan Tagged With: bercuti ke sabah, kereta sewa di kota kinabalu, kereta sewa kk, kereta sewa kota kinabalu murah, kereta sewa murah di kota kinabalu, kereta sewa sabah, percutian ke sabah, tempat menarik di kundasang, tips bercuti ke kundasang

Comments

  1. intan says

    August 27, 2018 at 9:41 am

    menarik ni…saya dah a few times ke KK,,,maybe bleh guna kemudahan ni next time

    Reply
  2. Muhamad Naim says

    August 28, 2018 at 9:13 am

    Info yang sangat berguna untuk bawa keluarga di sabah nanti. Alhamdulillah dah tahu kt mana boleh sewa kereta nanti.

    Bookmarked!

    Reply
  3. Rahimah Majid says

    August 28, 2018 at 1:07 pm

    Tengok gambar padang rumput tu rasa macam sedang berada di Mongolia pualk rasanya. Sabah pun tak sempat nak pergi lagi padahal dekat je.

    Reply
    • Sabree Hussin says

      August 28, 2018 at 6:38 pm

      Naik flight dari KLIA ambik masa dalam 2 jam lebih je dah boleh sampai hehe

      Reply
  4. Idziani says

    August 30, 2018 at 3:31 pm

    Info yang sgt membantu. Terima kasih.
    Percutian di Sabah dalam perancangan, insyaAllah 🙂

    Reply
  5. wan says

    September 3, 2018 at 3:26 pm

    memang terbaik percutiaan di sabah… banyak tempat yang boleh di tuju.. perkhidmatan kenderaan pun puas hati.. kereta masi baru..ahaha.. susah kalau ada masalah dari awal.. nanti penyewa pula yang kena.. info yang terbaik

    Reply
  6. Ema says

    September 19, 2018 at 12:59 pm

    Kalau nak pergi ke Sandakan pakai kereta sewa boleh ke…tapi bayar pakai LO.

    Reply
    • Sabree Hussin says

      September 24, 2018 at 6:27 pm

      Boleh… tapi tak jauh ke dari KK ke Sandakan tu nak drive

      Reply
  7. Adam Roslan says

    December 3, 2018 at 1:03 am

    Next time pegi Sabah saya boleh book kereta dengan Tuan.

    Reply
    • Sabree Hussin says

      December 6, 2018 at 1:27 pm

      Boleh2 🙂

      Reply
  8. Suparman says

    January 4, 2019 at 2:45 am

    Nak tanya ni tuan itu kadar sewa sma pemandu sekali ka? ….?

    Reply
    • Sabree Hussin says

      January 8, 2019 at 4:43 pm

      Ini harga kereta sewa pandu sendiri tuan Suparman

      Reply
  9. Sani says

    April 17, 2019 at 7:05 am

    Bercuti di Sabah memang memerlukan pengangkutan yang bersesuai terutamanya bila bercuti disana. Servis yang terbaik dan harga yang berpatutan akan menyebabkan pelanggan melekat, apatah lagi bila menerima rekemondasi dari pelanggan itu sendiri.

    Reply

Trackbacks

  1. Homestay di Kota Kinabalu - ED Homestay menawarkan tempat penginapan berdekatan Airport Kota Kinabalu - Xplorasi Destinasi says:
    January 17, 2018 at 11:20 pm

    […] penginapan untuk anda sepanjang anda bercuti di Kota Kinabalu, malahan, anda juga boleh dapatkan perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu dan juga servis tour […]

    Reply
  2. Idea untuk memulakan perniagaan dalam industri pelancongan dan percutian - Blog Sabree Hussin says:
    February 23, 2018 at 1:11 pm

    […] macam yang dilakukan oleh syarikat ED Holidays Travel & Car Rental Sdn Bhd. Selain tawarkan perkhidmatan kereta sewa pandu sendiri di Kota Kinabalu, mereka juga ada sediakan khidmat tour guide bagi yang mungkin tak berapa yakin […]

    Reply
  3. Perkhidmatan Kereta Sewa yang boleh dipercayai di Kota Kinabalu - Xplorasi Destinasi says:
    October 11, 2018 at 11:36 pm

    […] Baca juga: Perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu Sabah – Cara mudah nak berjimat apabila bercuti ke Sabah  […]

    Reply
  4. Kerja Part Time sebagai penulis blog boleh dapat income RM100 - RM500 setiap bulan - Blog Sabree Hussin says:
    December 6, 2018 at 12:43 pm

    […] Dipendekkan cerita, mereka mula hubungi saya untuk meminta bantuan saya supaya menulis tentang perniagaan yang mereka jalankan. Salah satu bisnes yang mereka lakukan adalah bisnes kereta sewa Kota Kinabalu. […]

    Reply
  5. Cara mudah menjadi ejen pemasaran Pakej Percutian | Blog Sabree Hussin says:
    January 13, 2020 at 5:43 pm

    […] (ii) Perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu Sabah – Cara mudah nak berjimat apabila bercuti ke Sabah […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, Pahang
  • Pemilihan lokasi yang strategik untuk bisnes homestay - Blog Sabree Hussin on Percutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 Malam
  • Zul on Nasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, Selangor
  • munirah on Pengalaman menginap di Teluk Bayu Floating Chalet, Kota Kuala Muda, Kedah
  • FAUZIAH on Hutan Rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik?

Copyright © 2025 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in