Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Percutian ala kampung 2 hari 1 malam di Sekinchan bersama keluarga

January 23, 2019 by Sabree Hussin 2 Comments

Tahun 2019, saya mulakan misi eksplorasi bumi tuhan dan percutian ke salah satu destinasi yang agak popular di Selangor, iaitu Sekinchan.

pemandangan-sawah-padi-sekinchan

Sekinchan terkenal dengan kawasan sawah padinya yang terbentang luas. Keadaan dan bentuk muka bumi yang kebanyakkannya adalah rata, membolehkan kita melihat sejauh mata memandang.

percutian-ke-sekinchan

Kalau sebelum ini, tempat percutian yang kami pilih biasanya berdekatan dengan kawasan sejuk, tempat peranginan di tanah tinggi dan juga di kawasan pantai, tapi kali ini, kami memilih untuk bercuti style kampung.

 

Kami sengaja memilih untuk masuk ke kawasan kampung yang ada sawah bendang untuk dijadikan lokasi percutian.

paddy-field-in-sekinchan

Kali ini dapatlah kami sekeluarga merasa suasana bermalam dikawasan sawah padi. Boleh lihat pemandangan saki baki sawah yang menghijau dan yang paling ketara, adalah pemandangan langit yang luas membiru.

 

Masuk dekat tempat ini, pemandangan yang kelihatan kebanyakkannya adalah pemandangan sawah padi.

sawah-padi-sekinchan

Sayangnya, tarikh yang kami pilih iaitu pada bulan Januari ini adalah tarikh dimana padi telah dituai dan sekarang ini dalam proses pembersihan.

 

Seterusnya padi akan mula ditanam semula pada bulan Februari. Kalau nak lihat pemandangan sawah padi yang sedang menguning, sepatunya kena pilih tarikh yang lain. Tapi apa boleh buat, saya pun tak tahu tentang jadual penanaman padi ini.

percutian-ke-sekinchan

Ada beberapa tempat yang sawah padi telah siap dibersihkan.

what-to-do-sekinchan

Misalnya macam dekat bawah ini, keadaan sawah sudah kering.

tmpat-menarik-sekinchan

Mungkin kalau ada rezeki dan ada peluang lain, saya akan datang sekali lagi ke Sekinchan dan bercuti disini. Kali ini saya nak pilih musim padi sudah masak dan kekuningan.

tempat-bercuti-di-sekinchan

Ada kawasan yang masih ada padi, dan ada kawasan yang dah lapang.

menarik-di-sekinchan

Sebenarnya pemilik bendang ini sedang tunggu giliran untuk sawah mereka dibersihkan.

percutian-ke-sekinchan

Masih ada lagi tempat yang masih ada padi. Cuma dah tak banyak dan tanah pun dah kering pada waktu ini.

aktiviti-percutian-sekinchan

Jadilah kan, daripada langsung tak ada padi.

percutian-style-kampung-sekinchan

Mana-mana tempat yang masih ada lagi saki-baki padi, kat situlah tempat yang saya pilih untuk bergambar.

bercuti-ke-sekinchan

Dekat Sekinchan ni, bukan sahaja terdapat kawasan sawah padi sahaja. Disini juga terdapat perkampungan nelayan dan tak berapa jauh dari sini juga ada pantai yang popular dalam kalangan penduduk setempat yang dikenali dengan nama Pantai Redang.

 

Kalau di Terengganu ada Pulau Redang, di Sekinchan ada Pantai Redang.

 

bercuti-bersama-keluarga-ke-sekinchan

Inilah dia tempat penginapan kami sekeluarga semasa bercuti ke Sekinchan baru-baru ini. Tempat ini diberi nama Anjung Pool Villa. Memandangkan kami bercuti dalam kumpulan yang agak besar, jadi kami sewa dua buah villa.

menarik-di-pantai-redang

Hari kedua percutian ke Sekinchan, selepas check out saya terus menuju ke Pantai Redang untuk melihat apa yang menarik yang terdapat disini.

 

Hari pertama, kami habiskan masa di villa dan berkumpul bersama keluarga sahaja. Masa yang ada memang kami manfaatkan dengan sebaiknya untuk aktiviti bersama dengan keluarga.

 

Percutian pendek ke Sekinchan ini jadi seronok sebab dekat villa yang kami duduk ini, ada disediakan swimming pool. Jadi bila waktu panas tu, boleh berendam je dalam swimming pool tersebut.

 

Urusan tempahan villa ini, saya buat melalui laman web Airbnb. Selain buat tempahan melalui Airbnb, anda juga boleh buat tempahan melalui Agoda. Saya syorkan anda buatlah perbandingan harga terlebih dahulu sebelum buat tempahan untuk dapatkan harga yang terbaik ya.

 

Anda boleh semak laman web Agoda disini untuk lihat tawaran harga untuk tarikh yang anda mahukan.

 

Jom bercuti ke Sekinchan!

 

 

Baca juga...

  • Pengalaman menginap di Anjung Pool Villa semasa bercuti di SekinchanPengalaman menginap di Anjung Pool Villa semasa bercuti di Sekinchan
  • Pengalaman menginap di Ocean View Resort Port DicksonPengalaman menginap di Ocean View Resort Port Dickson
  • Beriadah bersama keluarga di Pantai Bagan Lalang, SelangorBeriadah bersama keluarga di Pantai Bagan Lalang, Selangor
  • Masjid Bandaraya Kota Kinabalu – juga dikenali sebagai Masjid Terapung LikasMasjid Bandaraya Kota Kinabalu – juga dikenali sebagai Masjid Terapung Likas
  • Senarai Wishlist guesthouse dan homestay yang menarik di AirbnbSenarai Wishlist guesthouse dan homestay yang menarik di Airbnb
  • Nak cari Hotel MURAH? Guna dan amalkan tips iniNak cari Hotel MURAH? Guna dan amalkan tips ini
  • Mengejar mentari senja di Tanjung Harapan Port KlangMengejar mentari senja di Tanjung Harapan Port Klang
  • Travelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 – Hari pertama di PangkorTravelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 – Hari pertama di Pangkor
  • Pengalaman menginap di PD Paradise Lagoon Apartment di Port DicksonPengalaman menginap di PD Paradise Lagoon Apartment di Port Dickson
  • Bagaimana cara membuat tempahan tempat penginapan menerusi laman web AirbnbBagaimana cara membuat tempahan tempat penginapan menerusi laman web Airbnb
  • Hutan Lipur Sungai Gabai – Terokai keindahan alam dan piknik bersama keluargaHutan Lipur Sungai Gabai – Terokai keindahan alam dan piknik bersama keluarga
  • Royal Floria Putrajaya 2018 – 10 Wonders of FloriaRoyal Floria Putrajaya 2018 – 10 Wonders of Floria
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Tempat Menarik Tagged With: bercuti ke sekinchan, percutian ke sekinchan, percutian singkat ke sekinchan

Comments

  1. akubiomed says

    February 7, 2019 at 9:28 pm

    Sekinchan terkenal dengan bendang luas mata memandang. Ada homestay memudahkan untuk bersantai bersama keluarga dengan suasana kampung nikmati kesegaran udara dan makanan pun segar.

    Reply

Trackbacks

  1. Pengalaman menginap di Anjung Pool Villa semasa bercuti di Sekinchan - Xplorasi Destinasi says:
    February 13, 2019 at 1:41 am

    […] tak jauh dari Kuala Lumpur, disebuah tempat bernama Sekinchan, kita juga boleh nikmati suasana percutian ala kampung dikawasan sawah […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, Pahang
  • Pemilihan lokasi yang strategik untuk bisnes homestay - Blog Sabree Hussin on Percutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 Malam
  • Zul on Nasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, Selangor
  • munirah on Pengalaman menginap di Teluk Bayu Floating Chalet, Kota Kuala Muda, Kedah
  • FAUZIAH on Hutan Rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik?

Copyright © 2025 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in