Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Langkawi beserta dengan itinerary pada 2018

July 30, 2018 by Sabree Hussin 4 Comments

Pulau Langkawi merupakan sebuah pulau percutian yang amat popular di Malaysia. Bagi mereka yang pernah datang bercuti ke Langkawi sebelum ini, pasti bersetuju bahawa di pulau Langkawi terdapat banyak tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi dan pelbagai aktiviti boleh dilakukan.

 

Alhamdulillah, pada tahun ini saya sekali lagi berpeluang untuk menjejakkan kaki di pulau ini. Pada saya, pulau Langkawi merupakan salah satu destinasi percutian terbaik yang ada di Malaysia. Itu sebabnya saya akan pergi ke pulau ini hampir setiap tahun.

 

Ada ke pelawat dan pembaca blog ini, yang ada perancangan untuk bercuti di Langkawi namun masih tak pasti apa aktiviti atau tempat-tempat menarik yang bakal dikunjungi apabila tiba di pulau ini nanti? Kalau anda masih tak pasti macam mana nak susun jadual, apa kata anda baca perkongsian pengalaman saya bercuti di Pulau Langkawi ini.

 

Kalau anda rasa jadual yang saya susun ini ok, bolehlah ikut. Kalau rasa tak berapa sesuai, silalah ubah mengikut kesesuaian ya.

 

 

Hari pertama bercuti di Pulau Langkawi

Saya harap, anda telah bersiap sedia dengan segala persiapan yang diperlukan semasa bercuti nanti. Apa yang saya kongsikan dalam ini, mungkin tidak lengkap ataupun saya telah ringkaskan mana-mana bahagian yang saya rasa ianya common sense.

 

(1) Ambil flight paling awal dari KLIA 2

Saya menggunakan perkhidmatan penerbangan dengan syarikat tambang murah Air Asia. Biasanya kalau nak pergi bercuti ke Langkawi, saya dan keluarga akan pilih sekitar bulan Januari, April atau bulan September. Kadang-kadang kalau ada rezeki, dapat tiket zero fare, kami beli sahaja tiket tersebut tanpa mengira bulan apa.

 

Apa yang penting, elakkan pergi bercuti semasa Peak Season, seperti musim cuti sekolah, musim perayaan ataupun ketika diadakan sambutan tertentu di Langkawi seperti Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition (LIMA) dan Le Tour De Langkawi.

 

Pada peak season seperti ini, lazimnya kos percutian akan meningkat, sebabnya pada waktu tu, harga kereta sewa akan naik, tempat penginapan dan harga makanan juga akan lebih tinggi.

 

Biasanya saya akan bertolak ke KLIA 2 seawal jam 4 pagi.

restoran-starbuck

Sampai sahaja di airport, print boarding pass dan check in baggage. Masa yang masih ada tu, saya akan duduk lepak di Starbuck dulu.

 

Saya suka ambil flight paling awal untuk ke Langkawi, sebab kalau boleh nak sampai awal, dan nak pergi melawat banyak tempat. Maklumlah, percutian ke Langkawi kali ini, hanya 3 hari 2 malam sahaja. Jadi kenalah bergerak awal dan pantas.

 

(2) Melawat Kota Mahsuri

Bila dah sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, kita ambil beg dan waktu ini dah boleh mula bagitahu pengendali kereta sewa yang kita dah sampai. Biasanya, saya akan tempah kereta sewa melalui syarikat kereta sewa Anox Travel.

Baca juga: Panduan percutian ke Pulau Langkawi untuk pengunjung kali pertama

 

Jadikan satu tabiat, dua tiga hari sebelum pergi bercuti, bagi reminder dekat syarikat kereta sewa. Sehari sebelum pergi, sebelum naik flight dan bila dah sampai, hantar mesej untuk ingatkan tentang kereta yang kita nak sewa.

 

Biarlah nampak macam pushy, asalkan bila sampai masanya kita tak perlu tunggu lama untuk pihak syarikat uruskan kereta sewa untuk kita.

makam-mahsuri-pulau-langkawi

Destinasi pertama selepas touch down, ialah ke Kota Mahsuri. Saya masih ingat lagi, kali pertama saya datang ke Kota Mahsuri adalah pada tahun 2016 yang lepas. Kali ini bila datang, harga tiket masuk pun dah berubah. Ada peningkatan harga.

 

Dekat dalam ini, kita boleh lihat replika Makam Mahsuri. Betul ke Mahsuri di semadikan disini, atau ianya sekadar replika, buat tarikan pengunjung?

 

Dari pembacaan yang saya buat, diceritakan bahawa Mahsuri disemadikan di tempat yang sama, dimana beliau dihukum bunuh. Namun tiada siapa yang tahu, dimanakan lokasi yang tepat kejadian tersebut berlaku.

 

Dari inisiatif perdana menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman, pelbagai usaha telah dijalankan bagi mengesan dimana lokasi sebenar kubur Mahsuri. Akhirnya pencarian tersebut menemukan sebuah kubur lama yang dipercayai milik Mahsuri. Lalu disitu didirikan Kota Mahsuri, buat memperingati Lagenda Mahsuri.

 

(3) Lawatan ke MARDI Agrotechnology Park Langkawi

Serius MENYESAL! Kalau saya tahu keadaan sebenar kat dalam ni macam mana…

mardi-langkawi

Tak pernah terlintas dalam fikiran yang saya akan mula suka buat lawatan kat tempat-tempat macam ni. Maksud saya tempat yang ada perkataan MARDI.

 

Kali pertama saya ke tempat yang ada nama MARDI, adalah semasa saya bercuti di Cameron Highland sebelum ini.

Jemput baca: Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highland

 

MARDI dekat Cameron Highland ada banyak pokok-pokok dan spesies tumbuhan yang kita boleh lihat. Saya menjangkakan, MARDI dekat Pulau Langkawi ini, lebih kurang sama je. Rupa-rupanya saya silap! Ada perbezaan rupanya.

mardi-agrotechnology-pulau-langkawi

Bila masuk ke MARDI, macam biasa kita kena bayar tiket. Lepas tu, kita akan diminta untuk tunggu di tempat menunggu, bagi menanti ketibaan kenderaan khas yang akan bawa kita jalan-jalan dalam MARDI. MARDI dekat sini sangat luas, dan kalau jalan kaki memang sangat penat. Sebab tu kena naik kenderaan khas.

 

Kenderaan khas tersebut akan bawa pengunjung ke stesen yang berbeza. Stesen pertama, kami dibawa ke sebuah cafe yang menghidangkan pelbagai buah-buahan tempatan. Ada tembikai merah, tembikai kuning, tembikai susu, limau barli, nangka dan sebagainya. Buah yang dihidangkan adalah buah sepanjang tahun yang ditanam di MARDI itu sendiri.

 

Pengunjung boleh makan sepuas-puasnya, tanpa perlu bayar apa-apa. Konsepnya adalah seperti buffet yang menghidangkan buah-buahan sebagai sajian utama.

 

Kalau tahu boleh makan-makan macam ini, dari dulu lagi saya pasti akan singgah di MARDI dan makan buah sepuas-puasnya. Nanti saya buat entri khas tentang pengalaman saya di MARDI Agrotechnology Park Langkawi ini.

Baca juga: Lawatan ke MARDI Agrotechnology Park Langkawi semasa percutian ke Langkawi

 

(4) Makan tengahari di Restoran Seashells, Laman Padi

Saya pilih untuk makan disini, bukan sebab harganya murah ataupun sebab masakannya sedap sangat. Masa percutian ke Langkawi kali ini, saya bawa bersama keluarga kakak saya yang tak pernah bercuti di Langkawi.

 

Untuk bagi pengalaman istimewa yang lain daripada yang lain, saya bawa mereka kesini.

restoran-atas-sawah-padi-langkawi

So kat sini, kita boleh makan sambil menikmati pemandangan sawah padi. Makan pula, masakan ala-ala kampung dengan ulam-ulaman.

 

Sambil makan tu, kita nikmati juga angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa, dan sesekali kelihatan burung bangau sedang mencari makanan disawah.

restoran-seashells-laman-padi

Pengalaman macam ni, memang agak sukar untuk ditemui. Selesai makan, terus kami check in ke hotel.

 

(5) Check in hotel di Malibest Resort, Pantai Cenang

Percutian ke Pulau Langkawi pada kali ini, kami menginap di Malibest Resort. Dekat sekitar Pantai Cenang ada banyak resort dan chalet yang boleh kita pilih.

 

Untuk tempahan, kami menggunakan laman web Agoda.

bercuti-ke-pulau-langkawi

Dari bilik hotel, kita boleh nampak pantai Cenang. Saya lebih suka, kalau dapat menginap disekitar Cenang kalau pergi bercuti di Pulau Langkawi.

 

Kalau nak pergi ke pantai, boleh jalan kaki sahaja. Kalau anda juga minat nak tempah Malibest Resort untuk percutian anda, boleh berbuat demikian menerusi pautan ini.

 

(6) Jalan-jalan dan makan malam di sekitar Cenang

Hari pertama di Langkawi, walaupun nampak seperti hanya lawat beberapa tempat, ia sebenarnya sangat memenatkan!

 

Lepas dah check in, kami berehat sampai malam. Lagi satu bila bercuti macam ni, tak perlu risau sangat tentang solat, sebab kita boleh buat jamak dan qasar. Itu bagusnya bermusafir. Ada keringanan yang diberikan kepada kita.

 

Waktu malam, kami sekadar jalan-jalan di sekitar Cenang.

apa-yang-menarik-di-langkawi

Jalan dari hujung sampai ke hujung. Bila dah penat, baru balik ke bilik. Masa ni, kami sempat juga singgah ke Cenang Mall dan beli sedikit bekalan untuk bawa ke aktiviti Island Hopping. Jangan lupa untuk beli sun protector atau sun block ye!

Setelah saya mencuba beberapa jenama untuk sun block, akhirnya saya jatuh suka dengan jenama Sunplay. Saya pilih yang SPF120 untuk sport activity. Ianya tak melekit dan senang dipakai.

 

Itu sahaja yang kami buat pada hari pertama. Hari kedua, kami khaskan untuk buat Island Hopping.

 

 

Hari kedua bercuti di Pulau Langkawi

Hari kedua, saya bangun dengan perut meragam. Aduhai… kacau betul.

 

Saya syak ni mesti efek daripada makan buah banyak sangat dekat MARDI. Buah nangka yang dihidangkan memang sedap, dan seingat saya, saya cuma makan sikit sahaja buah nangka tu. Tapi nampaknya, perut saya tak dapat terima buah nangka tu.

 

Apa pun, aktiviti kena tetap diteruskan! Pagi tu, lepas Subuh terus bersiap-siap dan cari tempat makan. Dekat Cenang, ada beberapa restoran Melayu yang menghidangkan menu sarapan pagi.

 

(7) Island Hopping

Pakej Island Hopping ni, saya beli dari pihak Malibest Resort. Rupa-rupanya mereka tawarkan pakej yang menarik untuk pengunjung yang menginap di hotel mereka. Harga lebih murah berbanding kalau beli ditempat lain.

pakej-island-hopping-langkawi-murah

Kalau nak ambik pakej Island Hopping ni, cubalah tanya dulu dengan pihak hotel tempat anda menginap. Siapa tahu, anda juga akan dapat special price khusus untuk mereka yang menginap dihotel tersebut.

 

(8) Tasik Dayang Bunting

Destinasi pertama aktiviti Island Hopping adalah ke Pulau Dayang Bunting.

aktiviti-tasik-dayang-bunting

Dekat pulau ini ada sebuah tasik yang dinamakan Tasik Dayang Bunting. Kita boleh mandi dekat dalam tasik ini, dengan syarat kena pakai jaket keselamatan.

 

Untuk buat aktiviti di tasik ini, ada bayaran yang dikenakan. Untuk gunakan life jacket, juga akan dikenakan bayaran. Tapi kalau anda sekadar nak jalan-jalan, tengok-tengok pemandangan sekitar tanpa buat sebarang aktiviti, tiada sebarang bayaran akan dikenakan, kecuali bayaran masuk ke taman ini.

 

Dekat dalam ini, ada banyak monyet.

monyet-tasik-dayang-bunting

Monyet kat sini bukan jenis yang takut orang. Anda dinasihatkan untuk tak bawa sebarang beg plastik, sebab kalau kebetulan anda jumpa monyet yang saiznya agak besar, biasanya ia lebih biadap dan kurang ajar. Berani cuba nak rampas apa yang kita bawa.

 

(9) Melihat helang di Pulau Singa Besar

Aktiviti ini lebih dikenali dengan nama panggilan Eagle Feeding. Kita cuma perlu duduk sahaja dalam bot dan lihat pengemudi bot kita beri makan kepada helang.

bercuti-ke-pulau-langkawi

Dalam masa kurang 1 minit, terus ada banyak helang datang mengambil kulit dan isi perut ayam yang dicampakkan ke dalam laut. Cukup mencabar nak tangkap gambar ini.

 

(10) Mandi manda di Pulau Beras Basah

Pulau Beras Basah adalah destinasi seterusnya setelah selesai aktiviti Eagle Feeding.

pulau-beras-basah-langkawi

Air dekat sini memang jernih. Kita boleh lihat anak-anak ikan berenang ditepian pantai. Boleh jadi sebab tak ramai yang datang ke sini, jadi pantainya memang sangat bersih dan terjaga elok.

 

Dekat pulau ini juga ada banyak monyet. Jangan biarkan barang-barang anda dibiarkan tanpa penjaga.

 

Tahun berikutnya, saya sekali lagi datang bercuti ke Pulau Langkawi. Kali ini saya tak buat aktiviti Island Hopping sebaliknya saya gantikan dengan aktiviti snorkeling di Pulau Payar Marine Park.

Jemput baca pengalaman saya disini: Pengalaman Snorkeling di Pulau Payar Marine Park Langkawi

 

(11) Makan tengahari di Pekan Kuah

Habis lakukan aktiviti Island Hopping, kami berehat sekejap dalam setengah jam, lepas tu terus bersiap-siap untuk pergi makan tengahari. Masa ini, disiplin kena kuat. Kalau tak memang terbabas tidur sampai ke lewat petang.

 

Penat rupanya aktiviti island hopping ini. Lebih-lebih lagi bila kita buat aktiviti dekat setiap pulau yang kita singgah tu. Masa dekat Pulau Dayang Bunting, saya sempat main panel boat dan mandi di tasik tersebut. Bila di Pulau Beras Basah, masa yang ada tu saya mandi laut.

 

Memang penat. Bila kena aircond bilik hotel, memang rasa nak tidur je. Oleh sebab hari sebelumnya dah makan makanan yang mahal, kali ini kami makan yang murah-murah sahaja. Destinasi yang kami pilih ialah di Pekan Kuah, iaitu restoran HBL Food Corner.

makan-tengahari-murah

Restoran HBL Food Corner adalah salah satu restoran yang saya suka kunjungi apabila bercuti ke Pulau Langkawi. Terdapat banyak pilihan lauk pauk dan juga sayur-sayuran. Paling saya suka ialah, harganya yang sangat murah! At least saya rasa harga makanan dekat restoran ini berkali ganda lagi murah kalau nak bandingkan dengan harga di Kuala Lumpur.

 

(12) Jalan-jalan dan shopping di pekan Kuah

Dekat pekan Kuah, ada beberapa kedai perfume. Biasanya kalau nak beli perfume original, kami akan beli disini. Harga sudah tentu berkali ganda lagi murah berbanding beli di luar Langkawi.

shopping-perfume-murah-pulau-langkawi

Saya dah beberapa kali beli perfume dari kedai World of Perfumes ini. Dekat luar Langkawi juga ada kedai ini, cuma mungkin bezanya adalah harga yang ditawarkan.

 

(13) Dataran Lang

Tak lengkap percutian ke Pulau Langkawi, kalau tak singgah ke Dataran Lang.

eagle-square-langkawi

Saya pernah datang ke sini pada siang hari. Serius, sangat panas! Sebelum-sebelum ini, saya juga pernah datang pada waktu malam.

 

Kali ini, saya ke Dataran Lang pada waktu senja. Menikmati suasana waktu senja di Dataran Lang ini juga merupakan satu pengalaman yang menarik. Orang yang baru pertama kali nak bercuti di Langkawi, pastikan ada ambil gambar kenang-kenangan bersama dengan burung helang gergasi ini.

 

(14) Shopping coklat di Kompleks Haji Ismail Group (HIG)

Bad move. Itu sahaja yang saya boleh katakan.

 

Sebelum ini, saya akan shopping di HIG pada hari ketiga. Beberapa jam sebelum balik. Tapi dari pengalaman sebelum ini, saya rasa agak terkejar-kejar kalau hari nak balik baru nak shopping. Jadi saya cuba awalkan sehari.

tempat-shopping-pulau-langkawi

Memang ada masa yang panjang untuk shopping, tapi sayangnya, coklat yang dibeli banyak yang cair. Nampak gayanya, lepas ni kalau nak shopping coklat, kena buat masa hari terakhir di langkawi tu.

 

 

(15) Jalan-jalan di sekitar Pantai Cenang lagi

Habis je shopping, simpan coklat masuk dalam peti sejuk, saya terus turun ke tepi pantai. Ada ramai yang duduk-duduk santai di tepi pantai pada waktu malam.

 

Ada resort yang memang ada buat aktiviti dan persembahan untuk para pengunjungnya.

 

Hari ketiga bercuti di Pulau Langkawi

Hari ini, dah nak balik ke KL. Kalau anda perasan, ada banyak lagi tempat yang saya tak pergi dalam percutian kali ini. Percutian 3 hari 2 malam memang tak cukup kalau nak pergi ke semua tempat di Langkawi.

 

Satu lagi, kita tak boleh nak paksa diri untuk pergi seberapa tempat yang boleh dalam satu percutian. Nanti jadi tak seronok, dan terkejar-kejar. Satu lagi, kena jaga kesihatan badan juga. Kalau terlalu penat atau stress, bimbang nanti jatuh sakit pula.

 

Aktiviti hari ketiga, lebih kepada aktiviti santai sahaja. Pagi tu lepas sarapan pagi, saya balik ke hotel dan bersiap-siap untuk mandi di Pantai Cenang.

 

(16) Mandi di Pantai Cenang

Hari semalam dah mandi di Pulau Beras Basah. Hari ini mandi di Pantai Cenang pula.

cenang-beach

Masa ini saya rasa air tengah surut. Nampak macam boleh berenang untuk ke pulau sebelah. Kalau tak nak mandi, boleh lepak-lepak tepi pantai, sambil kutip remis. Kat sini pun ada banyak remis juga rupanya.

 

(17) Mandi di swimming pool Malibest Resort

Mandi laut ni tak boleh lama sangat. Panas!

hotel-ada-swimming-pool-cenang

Sebelum naik ke bilik, dan bersiap-siap untuk check out, saya layan dulu swimming pool kat Malibest Resort ini. Ini salah satu sebab kenapa kami pilih resort ini.

 

Dekat resort ini ada swimming pool yang best!

 

(18) Cari produk berasaskan gamat di Langkawi

Salah satu tempat yang anda patut singgah adalah di Minyak Gamat Warisan Herbanika ini.

gamat-langkawi

Tak susah nak cari tempat ini, sebab ia terletak di tepi jalan sahaja. Dari jauh lagi kita dah boleh nampak ada replika botol minyak gamat. Sambil jalan-jalan tu, boleh singgah ke sini untuk lihat pelbagai produk kesihatan berasaskan gamat dan herba.

 

Dekat sini juga anda boleh lihat kilang minyak gamat.

 

Biasa pengunjung yang datang ke sini sebab nak beli produk berasaskan gamat dan lain-lain ubat-ubatan. Tapi ada sekali tu, saya datang ke sini atas sebab yang “berbeza”. Nak tau apa sebabnya?

Jemput baca perkongsian saya disini: Shopping Produk Gamat di Nusantara Maju Enterprise

 

(19) Beras Terbakar

Beras Terbakar adalah kawasan dimana satu ketika dulu, beras dikumpulkan lalu dibakar bagi mengelakkan ianya dirampas dan digunakan oleh tentera Siam.

beras-terbakar-lagenda

Dekat lokasi ini, masih terdapat kesan dan saki baki beras yang dipercayai daripada beras yang dibakar satu ketika dulu. Singgahlah ke sini untuk lihat apa lagi yang menarik ada disini.

 

(20) Telaga Ayer Hangat

Dekat sini ada kolam air hangat. Boleh rendam kaki untuk hilangkan lenguh-lenguh.

bercuti-di-langkawi

Tapi ini bukannya tujuan asal kami datang kesini.

 

Setiap tahun, kalau datang ke sini, kami mesti akan singgah ke pondok tempat mengurut ini.

Tempat urut ini diuruskan oleh Puan Azura.

Azura Indah

017- 419 6228

 

Masa kami datang ke sini, dia tak ada dipondok. Datang dari jauh (KL) semata-mata nak jumpa akak ni, tapi dia tak ada pulak. Mujur dia ada tinggalkan nombor telefon. Bila kita call, dia terus datang. Sebelum balik kl, dapatkan khidmat urut kaki, dan bahu dulu.

 

Dekat Cenang tu memang ada banyak tempat boleh urut, tapi tak akan sama dengan tempat akak ni. Kena cuba sendiri, kalau nak tau apa keistimewaannya.

 

Baiklah, dah agak panjang perkongsian saya kali ini. Jadi saya rasa baik saya stop sekarang. Nantilah saya cerita satu per satu dengan lebih details lagi, tentang percutian saya di Langkawi. Apa yang saya harapkan, semoga perkongsian saya ini, dapat beri anda gambaran tentang tempat-tempat menarik yang patut anda kunjungi dalam percutian ke Langkawi nanti.

 

Alang-alang saya dah bercerita tentang percutian ke Langkawi ini, saya nak kongsikan juga beberapa kaedah yang anda boleh lakukan untuk berjimat dari segi tempat untuk menginap. Oleh kerana percutian ke Langkawi ini biasanya masa kita akan banyak dihabiskan untuk aktiviti luar, jadi saya tak begitu berkira dalam bab tempahan bilik hotel.

 

Asalkan nampak cantik, ada review yang bagus, itu sudah memadai pada saya.

 

Cara pertama untuk berjimat dari segi pemilihan tempat penginapan adalah dengan membuat tempahan melalui laman web Airbnb. Tempahan melalui Airbnb, boleh guna travel credit.

percutian-percuma

Kalau anda nak tempah tempat penginapan melalui Airbnb, sila ke halaman ini untuk dapatkan travel credit bernilai RM120. Travel Credit ini akan memberikan anda penjimatan sebanyak RM120 untuk tempahan tempat penginapan anda nanti.

 

Cara kedua untuk berjimat, adalah dengan membuat tempahan menggunakan Apps OYO. Sila download apps ini melalui pautan yang saya berikan. Kalau nak menginap dua malam di Langkawi, mungkin saya boleh syorkan, satu malam booking melalui Agoda dan hari kedua, booking melalui OYO.

 

Kalau nak booking guna OYO untuk kedua-dua malam juga boleh. Di apps OYO ada banyak tawaran bilik hotel yang selesa dengan harga yang murah.

 

Nak tau cara lain boleh dapatkan hotel murah? Boleh baca dari laman web ini untuk ketahui teknik dapat bilik hotel dengan harga yang sangat murah.

 

Tahun 2019, saya sekali lagi datang bercuti ke Pulau Langkawi. Kali ini saya tambahkan masa percutian saya kepada 5 hari 4 malam. Saya ada kongsikan jadual percutian saya beserta dengan tempat-tempat menarik di Langkawi yang saya telah kunjungi.

Baca disini: Percutian ke Pulau Langkawi selama 5 hari 4 malam

 

 

 

 

Baca juga...

  • Hutan Rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik?Hutan Rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik?
  • Bagaimana cara solat dalam kapal terbang?Bagaimana cara solat dalam kapal terbang?
  • Fun Fair Teluk Kemang Port Dickson – Hiburan seisi keluarga pada waktu malam di PDFun Fair Teluk Kemang Port Dickson – Hiburan seisi keluarga pada waktu malam di PD
  • Lawatan ke Muzium Lukut semasa bercuti ke Port DicksonLawatan ke Muzium Lukut semasa bercuti ke Port Dickson
  • Workshop Lazada Affiliate Program di Pullman Hotels Kuala LumpurWorkshop Lazada Affiliate Program di Pullman Hotels Kuala Lumpur
  • Pengalaman menginap di PD Paradise Lagoon Apartment di Port DicksonPengalaman menginap di PD Paradise Lagoon Apartment di Port Dickson
  • Sedikit Kenangan Kecil Rumah P RamleeSedikit Kenangan Kecil Rumah P Ramlee
  • Windmill PD Farm – Tempat mesti pergi jika bawa anak-anak bercuti ke Port DicksonWindmill PD Farm – Tempat mesti pergi jika bawa anak-anak bercuti ke Port Dickson
  • Santapan tengah hari di Warong Udang Galah Kuala Selangor dengan harga bajetSantapan tengah hari di Warong Udang Galah Kuala Selangor dengan harga bajet
  • Pantai Pasir Tengkorak dan Hutan Lipur Pasir Tengkorak, LangkawiPantai Pasir Tengkorak dan Hutan Lipur Pasir Tengkorak, Langkawi
  • Cari spot terbaik untuk pasang khemah di Sungai Kedondong, Batang KaliCari spot terbaik untuk pasang khemah di Sungai Kedondong, Batang Kali
  • Padang Besar, Perlis – Jom Shopping dan tengok apa yang menarik disiniPadang Besar, Perlis – Jom Shopping dan tengok apa yang menarik disini
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Pulau Tagged With: itinerary 3 hari 2 malam pulau langkawi, percutian ke pulau langkawi, tips bercuti ke pulau langkawi, tips percutian ke pulau langkawi

Comments

  1. zara says

    August 25, 2018 at 11:24 am

    thanks itenerary boleh buat rujukan in future..dah lama sangat takke langkawi

    Reply
  2. mrhanafi says

    August 26, 2018 at 11:08 am

    Punyalah cantik Pulau Langkawi..

    suatu hari nanti memang saya akan menjejak kakui juga di sana..

    paling tidakpun untuk aktiviti berbulan madu

    Reply

Trackbacks

  1. Tips Cari Tiket Penerbangan Murah untuk percutian anda - Xplorasi Destinasi says:
    February 19, 2019 at 2:12 pm

    […] Baca juga: Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Langkawi beserta dengan itinerary pada 2018 […]

    Reply
  2. Percutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 Malam - Xplorasi Destinasi says:
    April 25, 2019 at 11:46 am

    […] di Pulau Lagenda ini, bolehlah cuba-cuba book ticket flight ke sini. Sama ada anda nak bercuti di Pulau Langkawi selama 3 hari 2 malam, atau kalau nak buat macam yang saya buat pun […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Sabree Hussin on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • nazira binti jarib on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • Strategi Content Marketing untuk Bisnes - Panduan untuk orang baru - Sabree Hussin Dot Biz on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highland
  • Alfhonsus on Mengejar mentari senja di Tanjung Harapan Port Klang

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in