Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Pengalaman sewa kereta di Kota Kinabalu bersama dengan syarikat Global Lepa Car Rentals & Tours Sdn Bhd

October 18, 2018 by Sabree Hussin 2 Comments

Adakah anda akan pergi bercuti ke Sabah dalam masa terdekat nanti? Anda dah ada kereta sewa untuk kegunaan sepanjang percutian anda?

 

Kalau masih belum, saya cadangkan anda dapatkan khidmat kereta sewa di Kota Kinabalu bersama dengan syarikat Global Lepa Car Rentals & Tours Sdn Bhd.

 

Dalam percutian saya ke Kota Kinabalu & Kundasang baru-baru ini, saya juga sewa kereta dengan pihak Global Lepa.

kereta-sewa-sabah

Dalam posting ini, saya akan ceritakan serba sedikit pengalaman yang saya lalui apabila menggunakan perkhidmatan dari company ini. Sekiranya anda rasa apa yang saya cerita dalam ini baik untuk anda, anda juga dipersilakan untuk sewa kereta dengan syarikat ini.

 

Terdapat beberapa perkara yang saya rasa bagus dengan syarikat kereta sewa di Kota Kinabalu yang satu ini. Ini antaranya

 

(1) Tempahan boleh dilakukan secara online

Saya ada tunjukkan bagaimana cara nak buat tempahan kereta sewa secara step by step dalam posting saya yang sebelum ini. Sila baca artikel saya berjudul perkhidmatan kereta sewa yang boleh dipercayai di Kota Kinabalu.

 

Setelah tempahan secara online dilakukan, anda akan menerima booking number dan pada bila-bila masa, anda boleh semak semula details tempahan yang dilakukan sebelum ini.

 

Bila guna tempahan cara seperti ini, nampak lebih formal berbanding hanya berurusan melalui whatsapp. Kita pun ada rekod tempahan yang boleh dirujuk semula.

 

(2) Terdapat package bersama tour guide jika anda perlukan

Flight yang saya naik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sebelum jam 9.00 pagi. Bila saya cek whatsapp, dah ada mesej dari pihak Global Lepa yang mengatakan salah seorang staf syarikat dah tunggu ketibaan saya untuk serahkan kereta sewa.

kereta-sewa-murah-kota-kinabali

Bila dah dapat kereta tu, seperti biasa kena isi borang dulu. Bagi salinan IC dan juga lesen memandu. Sesetengah syarikat kereta sewa, akan minta salinan fotostat, tapi dengan Global Lepa ni, cukup sekadar ambil gambar sahaja.

 

Selepas siap isi borang, seterusnya buat pemeriksaan terhadap kereta. Ini untuk tujuan rekod sama ada kereta yang kita nak sewa tu ada calar atau tidak semasa kita ambil. Prosedur ini adalah bagi mengelakkan berlaku sebarang pertikaian semasa nak serah semula kereta.

 

Contohnya kereta yang kita nak sewa tu memang dah ada calar pada waktu kita dapat. Tapi disebabkan tak buat pemeriksaan bersama, jadi isu masa nak pulangkan kereta. Pihak yang beri sewa kata, kita yang perlu bertanggungjawab atas kerosakkan yang berlaku.

 

Ini patut dijadikan peringatan juga kepada semua. Tak kiralah sama ada anda nak sewa kereta dengan Global Lepa atau syarikat sewa kereta lain. Lebih-lebih lagi kalau anda nak sewa dengan orang perseorangan. Itu lagi bahaya. Awal-awal tu memang nampak macam MURAH dan MUDAH, tapi kalau jadi apa-apa di kemudian hari, sendiri kena tanggunglah ya.

 

Staf Global Lepa yang sambut ketibaan saya ini adalah En Zeejar. Masa ambik kereta tu, saya sempat berbual-bual dengan Zeejar dan dia kata, kalau perlukan tour guide juga boleh dapatkan khidmat tu dari Global Lepa.

 

Pada hari yang sama kami sampai, memang ada trip dari pelancong lain yang dapatkan khidmat tour guide.

 

Saya pula lebih suka kalau boleh pandu sendiri. Senang nak pergi ke mana-mana dan boleh berhenti bila-bila masa saya nak. Ikutlah pada keselesaan masing-masing ya.

 

(3) Banyak pilihan kereta

Pihak Global Lepa ini juga mempunyai banyak pilihan jenis kenderaan untuk anda pilih. Anda boleh pergi ke halaman ini untuk melihat model-model kereta yang anda boleh sewa.

Sila ke: http://www.globallepa.com/price

harga-kereta-sewa-sabah

Sebenarnya ada banyak lagi, dan kereta jenis Perodua dan Proton pun ada.

 

(4) Ada diskaun tambahan

Diskaun tambahan ini istimewa untuk pembaca blog ini. Masa nak buat tempahan tu, sila pastikan anda masukkan kod diskaun dibawah ini.

GLCRblog

 

Bila dah masukkan kod diskaun tersebut, tekan butang apply dan secara automatik anda akan dapat diskaun tambahan.

kereta-sewa-kota-kinabalu-murah

Asalnya kena bayar RM393.20 tapi lepas masukkan kod diskaun GLCRblog jumlah baru yang perlu dibayar adalah sebanyak RM373.30 sahaja.

 

(5) Package Island Hopping ke Pulau Manukan dan Sapi

Untuk pengetahuan pembaca, selain saya dapatkan khidmat kereta sewa, saya juga dapatkan khidmat Island Hopping dengan Global Lepa juga.

island-hopping-pulau-mamutik

Itu saya akan cerita di lain masa ya. Saya akan cerita dalam artikel tentang pakej Island Hopping di Pulau Manukan dan juga Pulau Sapi.

 

Tips memilih kereta sewa semasa bercuti ke Kundasang dan Kota Kinabalu

Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang, memakan masa lebih kurang dua jam perjalanan. Mungkin boleh hampir 3 jam, kalau anda singgah di beberapa tempat menarik di sepanjang perjalanan.

 

Misalnya, kalau anda nak singgah ke Rumah Terbalik – The Upside Down House of Borneo. Tempat ini terletak di laluan yang sama untuk ke Kundasang.

rumah-terbalik-di-sabah

Perjalanan untuk ke Kundasang ini, kita perlu lalui kawasan pergunungan. Sepanjang jalan tu memang kena mendaki dan perlu sentiasa gunakan gear rendah.

 

Bagi yang dapatkan khidmat pemandu atau tour, bolehlah duduk sambil menikmati pemandangan kawasan pergunungan yang memang sangat memukau.

pemandangan-untuk-ke-kundasang

Sambil-sambil tu boleh ambik gambar pemandangan yang cantik-cantik. Kalau anda yang kena memandu, susahlah sikit nak bergambar, kan.

 

Selain melihat pemandangan kawasan gunung, ada pemandangan lain yang bakal kita saksikan, misalnyan gerai sinalau bakas ini.

sinalau-bakas-kundasang

Gerai Sinalau Bakas ini sebenarnya adalah gerai yang menjual khinzir hutan yang telah disalai.

 

Selain itu, sepanjang jalan untuk naik ke Kundasang, kita juga akan melalui banyak gereja.

jalan-kundasang

Ada tempat yang cuma selang 100 meter lebih kurang macam tu, jumpa lagi papan tanda gereja seperti ini.

 

Saya rasa, satu je perkara yang tak berapa best bila kita memandu ke Kundasang.

trip-kundasang

Laluan yang ada, kebanyakkan adalah jenis satu lorong sahaja. Kalau sampai satu masa, terjumpa dengan lori… memang kena beratur panjang lah.

 

… dan ya, memang banyak juga lori yang melalui jalan ini.

 

Walaupun kebanyakkannya adalah jalan dari jenis satu lorong, tapi ada juga disediakan lorong untuk memotong.

perjalanan-ke-kundasang

Lorong memotong ni tak begitu panjang. Jadi anda perlulah bersiap sedia untuk ambik peluang ini untuk memotong kenderaan didepan anda.

 

Kalau anda sewa kereta Toyota Vios macam yang saya guna, In Shaa Allah tak ada masalah untuk memotong. Tapi kalau pakai kereta jenis lain, memang agak sakit sikit nak memotong.

 

Sebelum ini saya pernah pandu Proton Saga, agak semput jugak nak memotong kat tempat macam ni.

 

Apabila anda nak sewa kereta, ada beberapa perkara lain yang perlu diberi perhatian. Misalnya

(i) Ke mana anda akan pergi?

Kalau destinasi percutian anda adalah ke Kundasang hingga ke Ranau, yang mana kawasan tersebut memang kawasan tanah tinggi, lebih baik ambik kereta sewa yang mempunyai cc yang lebih tinggi.

 

(ii) Berapa banyak penumpang?

Banyak penumpang, maka kenderaan akan jadi lagi berat.

 

(iii) Berapa banyak beg yang anda bawa?

Setiap orang mesti ada bawa pakaian masing-masing. Ini juga akan jadi beban kepada kenderaan.

 

(iv) Souvenir yang bakal anda beli

Ini lagi beban tambahan untuk kenderaan anda.

 

Jika anda hanya akan memandu disekitar Kota Kinabalu, tak ada masalah untuk ambil kenderaan lebih ringan. Alhamdulillah, sepanjang saya guna khidmat dari Global Lepa ini, semuanya berjalan dengan lancar. Dari segi pengurusan masa pun mereka bagus.

 

In Shaa Allah jika ada peluang untuk bercuti ke Kundasang sekali lagi, saya akan gunakan khidmat mereka lagi. Jika anda juga ingin gunakan khidmat mereka, boleh terus buat tempahan di laman web rasmi mereka.

 

Nanti jangan lupa beritahu kepada Cik Liza (boss Global Lepa) yang saya yang rekemen untuk gunakan khidmat mereka ya.

 

 

 

Baca juga...

  • Perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu Sabah – Cara mudah nak berjimat apabila bercuti ke SabahPerkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu Sabah – Cara mudah nak berjimat apabila bercuti ke Sabah
  • Santapan tengah hari di Warong Udang Galah Kuala Selangor dengan harga bajetSantapan tengah hari di Warong Udang Galah Kuala Selangor dengan harga bajet
  • Homestay Murah Di Pulau Pinang Bawah RM200Homestay Murah Di Pulau Pinang Bawah RM200
  • Beli makanan laut di Pasar Nelayan Kubang RotanBeli makanan laut di Pasar Nelayan Kubang Rotan
  • Apa Yang Menarik Di Taman Botani Pulau PinangApa Yang Menarik Di Taman Botani Pulau Pinang
  • Apa yang menarik di Pantai Corus Paradise Port Dickson?Apa yang menarik di Pantai Corus Paradise Port Dickson?
  • Bagaimana cara berurusan di Airport KLIA 2 bagi penerbangan domestik Air AsiaBagaimana cara berurusan di Airport KLIA 2 bagi penerbangan domestik Air Asia
  • Pengalaman Bercuti Di Hotel Century Pines ResortPengalaman Bercuti Di Hotel Century Pines Resort
  • Nak cari Hotel MURAH? Guna dan amalkan tips iniNak cari Hotel MURAH? Guna dan amalkan tips ini
  • Masjid Bandaraya Kota Kinabalu – juga dikenali sebagai Masjid Terapung LikasMasjid Bandaraya Kota Kinabalu – juga dikenali sebagai Masjid Terapung Likas
  • Gunung Ledang Resort – Kawasan tumpuan keluarga di Tangkak JohorGunung Ledang Resort – Kawasan tumpuan keluarga di Tangkak Johor
  • Pakej percutian 4 hari 3 malam ke Phuket Thailand dengan kos yang jimatPakej percutian 4 hari 3 malam ke Phuket Thailand dengan kos yang jimat
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Perkhidmatan Tagged With: kereta sewa kota kinabalu, kereta sewa kota kinabalu murah, kereta sewa murah kota kinabalu, kereta sewa murah sabah

Trackbacks

  1. Makan Lokan Bakar di Kampung Salut, Jalan Sulaman, Kota Kinabalu - Xplorasi Destinasi says:
    December 28, 2018 at 2:23 pm

    […] Anda dah ada kereta sewa untuk bercuti ke Sabah nanti? Kalau masih belum ada kereta sewa lagi, boleh baca kisah pengalaman saya sewa kereta dengan syarikat kereta sewa Global Lepa. […]

    Reply
  2. Cara mudah menjadi ejen pemasaran Pakej Percutian - Blog Sabree Hussin says:
    March 4, 2019 at 3:54 pm

    […] (i) Pengalaman sewa kereta di Kota Kinabalu bersama dengan syarikat Global Lepa Car Rentals & Tours … […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • FAUZIAH on Hutan Rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik?
  • Kelebihan Bisnes Homestay kepada komuniti setempat - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Sabree Hussin on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • nazira binti jarib on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • Strategi Content Marketing untuk Bisnes - Panduan untuk orang baru - Sabree Hussin Dot Biz on Senarai tempat menarik di Kota Bharu

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in