Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Pengalaman menginap di Teluk Bayu Floating Chalet, Kota Kuala Muda, Kedah

July 11, 2018 by Sabree Hussin 2 Comments

Bila saya baca balik entry sebelum ni, baru saya perasan, yang saya banyak gunakan istilah Teluk Bayu Water Chalet! Patut la bila saya tulis pasal chalet ni, saya asyik teringat dekat pantai Port Dickson… mungkin sebab saya pernah tulis pasal Lexis Water Chalet Port Dickson sebelum ni.

 

Nak betulkan balik… rasa malas pulak. So, biarkan je la. Lepas ni saya akan guna nama Teluk Bayu Floating Chalet. Supaya sama dengan nama yang digunakan dalam listing di laman web Airbnb.

chalter-terapung-kota-kuala-muda

Ini pautan kalau nak buat tempahan menerusi laman web Airbnb.

 

Akhirnya sampai di Chalet Terapung Teluk Bayu!

Setelah menunggu lebih kurang 7 jam, akhirnya kami dapat check in ke chalet ni. Waktu standard untuk check in adalah pada jam 3.00 petang.

 

Tapi flight saya tiba di lapangan terbang Alor Setar sekitar jam 8.30 pagi. Dengan masa yang agak banyak tu, nak tunggu sampai ke pukul 3 petang, saya sempat ke Pasar Nelayan Kubang Rotan untuk beli makanan laut untuk makan malam dan singgah makan tengah hari di Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda.

 

Lepas dah bawak naik semua beg pakaian, dan bekalan makanan untuk malam nanti, abah terus sibuk dengan peralatan memancing dia.

memancing-di-teluk-bayu-floating-chalet

Ada dua fishing rod yang abah bawa. Satu abah yang guna, satu lagi untuk adik. Ok la, saya pun sebenarnya bukannya minat memancing haha

 

 

Datang bercuti kat sini pun, lebih kepada nak dapatkan pengalaman. Saya tak pernah lagi pergi tempat-tempat macam ni sebelum ni.

tempat-pancing-kota-kuala-muda

Dah siap letak umpan, boleh terus memancing dari beranda chalet. Tak payah susah-susah nak pergi jauh-jauh!

 

Kalau nak keluar juga pun tak ada masalah. Ada laluan untuk pergi ke tempat-tempat yang dirasakan sesuai.

floating-chalet-teluk-bayu

Laluan yang macam kat atas ni, bersambung antara setiap floating chalet dengan restoran terapung. Jadi, kalau nak beli makanan, atau nak beli ais, boleh pergi jalan kaki ke restoran terapung tu.

 

Kalau nak beli umpan dengan pemilik restoran pun boleh. Tapi itu pun bergantung kepada stok. Sebaik-baiknya, kalau nak mintak owner carikan umpan, buat tempahan lebih awal, ataupun cari je sendiri umpan sotong, udang, atau umpun-umpun dekat sekitar Kota Kuala Muda tu.

memancing-dengan-tenang

Akhirnya tempat ni jadi pilihan. Alah selang beberapa langkah je dari chalet. Dekat sangat…

 

Ok tak apa, kita tinggalkan dulu geng-geng yang nak memancing ni. Kita tengok apa yang ada dalam rumah ni. Ini dibahagian bilik tidur.

rumah-sewa-teluk-bayu

Bilik utama ada katil saiz besar dan atasnya ada satu katil saiz kecil. Boleh muat tiga orang dalam bilik ni. Untuk keselesaan, ada disediakan kipas angin.

 

Bilik kedua pula ada dua buah katil single double decker.

tempat-tidur-chalet-terapung

Boleh muat 4 orang tidur dalam ni. Kalau rasa tak selesa, boleh tidur dekat luar, kat anjung atau beranda pun ok. Kat luar pun ada disediakan kipas.

 

Bersebelahan dengan bilik tidur, ada bilik tv.

Bilik TV ni saya guna untuk solat je. Ada ruang yang luas dan selesa. Kalau nak tengok tv pun, gambar tak berapa terang. Lagi satu, kita datang sini sebab nak nikmati alam sekitar, buat aktiviti, rugi je kalau tengok tv, kan.

 

Kalau dari chalet, kita boleh lihat ada orang memancing di pelantar yang dibina.

port-memancing-teluk-bayu

Dekat tempat tu, ada dibina pondok-pondok untuk mereka-mereka yang minat nak pergi memancing. Kalau hujan atau cuaca panas, boleh berteduh dekat pondok-pondok tu. Tandas juga ada disediakan.

 

Kalau nak memancing kat sini, ada perkhidmatan bot disediakan. Untuk gunakan kemudahan ini, cajnya ialah RM10 untuk satu orang. Boleh memancing puas-puas kat sini. Tak ada had masa, dan kalau nak bermalam kat situ pun boleh.

 

 

Cuma kalau nak lebih selesa, baik tempah chalet. Siapa yang tempah chalet pun boleh kalau nak memancing kat situ. Boleh minta owner tolong hantar ke situ. Kalau tak silap saya, untuk penyewa chalet, tiada bayaran tambahan dikenakan. Ini anda kena confirmkan semula dengan tuan chalet ni nanti ya.

 

Dekat chalet ini, kita boleh beli makanan dari restoran terapung.

Kalau nak buat tempahan chalet, atau apa-apa yang berkaitan, boleh call sahaja nombor kat atas ni.

 

Saya mula-mula ingatkan kalau beli makanan kat restoran terapung ni, harganya mesti mahal. Maklumlah, kat sini satu-satunya tempat kalau nak dapatkan makanan kan… tak mustahil kalau harga kerat leher. Tapi ternyata saya silap!

Pada saya, harganya berpatutan. Tak terlalu murah dan tak terlalu mahal. Saya beli tomyam untuk tiga orang makan dan kailan ikan masin untuk dua orang makan.

 

Dengan rasanya, saya rasa memang sesuai dengan harganya. Masakannya sedap. Dah beli dua ni, balik chalet terus siapkan api untuk bakar barang-barang makanan yang beli kat Pasar Nelayan Kubang Rotan sebelum ni.

bakar-ikan-di-floating-chalet

Arang tu kita kena bawa sendiri. Pihak chalet tak sediakan, dan rasanya mereka pun tak ada jual.

 

Mula-mula bakar ikan dulu.

bakar-ikan-teluk-bayu

Ikan geruk-geruk dua ekor, beli dekat pasar nelayan. Lagi seekor tu ikan siakap, beli dekat Giant Sungai Petani. Nampak macam hangus, sebenarnya tak hehe. Hitam tu dekat bahagian sisik je, isinya masak cantik.

 

Udang kertas yang sekilo RM55 tadi.

bbq-di-teluk-bayu-floating-chalet

Ini pula kerang bulu.

kerang-bakar-sedap-teluk-bayu

Kat sebelahnya saya bakar siput sudu.

kerang-nipah

Siput sudu ini juga dikenali dengan nama kerang nipah kat sesetengah tempat. Ini kali pertama saya makan kerang nipah yang dibakar. Selama ni, bila ke Seoul Garden, saya akan masukkan kerang ni dalam sup stimbot.

 

Rupa-rupanya bakar atas bara macam tu lagi sedap! Kalau tak pernah cuba tu, lepas ni silakan cuba ya.

tempat-makan-kota-kuala-muda

Dah siap semua hidangan.

Timun jepun, ikan geruk, siakap, udang, kerang semua tu beli kat Pasar Nelayan Kubang Rotan.

Tomyam dengan sayur Kailan Ikan Masin beli kat Restoran Terapung.

Nasi masak sendiri.

Semua kelengkapan ini, kami gunakan kelengkapan yang disediakan dekat chalet.

 

 

Apa lagi aktiviti menarik di Teluk Bayu Floating Chalet?

Kalau anda meminati aktiviti memancing, tempat ni memang best. Waktu malam tu, seronok juga tengok abah berjaya bawa naik ikan selang 5 – 10 minit!

 

Waktu petang tu, memang ada ikan yang berjaya dipancing.

Cuma saiznya tak berapa besar. Ada yang abah simpan untuk bawa balik, dan ada juga yang dilepaskan semula. Kiranya memancing kat sini tak bosan la… sebab boleh dapat banyak ikan.

 

Selain itu, bagi yang minat bergambar, kat sini pun boleh dapat banyak gambar-gambar yang menarik. Pemandangan kat sini pun boleh tahan cantiknya!

Ini pemandangan waktu subuh. Air laut tenang masa ni. (Air yang tenang jangan disangka tak ada buaya) Teringat pulak peribahasa ni.

aktiviti-menarik-kota-kuala-muda

Berlatarbelakangkan panorama hijau.

tempat-menarik-kota-kuala-muda

Bergambar romantik bersama yang tersayang.

tempat-menarik-kota-kuala-muda

Kalau dalam posting awal-awal tentang chalet terapung di Kota Kuala Muda ini, saya ada sebut tentang aktiviti kayak.

 

Inilah dia kayaknya.

Saya rasa, kalau nak buat semua benda, kena duduk sini at least dua malam, baru puas hati.

 

Aktiviti berkayak ni, memang saya tak sempat nak cuba. Mungkin lain kali, kalau ada kesempatan dan ada rezeki untuk datang semula ke sini, waktu tu boleh cuba berkayak. Tempahan sebelum ni, saya guna Airbnb. Kalau nak datang sekali lagi ke sini, mungkin saya akan deal terus dengan owner tempat ni.

 

 

Sebab dah kenal kan. Sebelum ni, masih belum kenal, jadi tak berapa yakin nak booking (dan tak tau nak contact siapa). Itu yang saya booking melalui Airbnb.

 

Last but not least, sebelum balik, boleh jalan-jalan tengok sangkar ikan kat sini.

Ikan dalam sangkar ni, ada macam-macam jenis, macam-macam warna dan macam-macam saiz.

 

Kalau anda berkenan dengan ikan-ikan kat sini, boleh beli. Harga dia kena tanya tuan kedai ya. Boleh mintak tuan kedai masak kalau nak rasa ikan laut fresh.

 

Baiklah sampai sini dulu perkongsian saya mengenai Teluk Bayu Floating Chalet ini. Terima kasih saya ucapkan buat anda yang sudi ikuti travelog saya ini.

 

In Shaa Allah, saya akan kongsikan perjalanan saya ke tempat-tempat menarik yang lain pula lepas ini.

 

Peralatan perlu bawa jika ingin ke sini

  1. Peralatan memancing
  2. Umpan secukupnya
  3. Tempat simpan ikan
  4. Ubat nyamuk – bila malam banyak nyamuk!
  5. Arang – kalau nak buat BBQ
  6. Topi
  7. Kamera

 

Baca juga...

  • Kisah perjalanan ke Teluk Bayu Water Chalet, Kota Kuala Muda, KedahKisah perjalanan ke Teluk Bayu Water Chalet, Kota Kuala Muda, Kedah
  • Percutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 MalamPercutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 Malam
  • Pengalaman bersiar-siar di Jambatan Gantung Tamparuli, SabahPengalaman bersiar-siar di Jambatan Gantung Tamparuli, Sabah
  • Mengejar mentari senja di Tanjung Harapan Port KlangMengejar mentari senja di Tanjung Harapan Port Klang
  • Aloha Suite – Guesthouse pilihan semasa bercuti di Bandaraya Kota KinabaluAloha Suite – Guesthouse pilihan semasa bercuti di Bandaraya Kota Kinabalu
  • Pengalaman menginap di H Benjamin Residence semasa bercuti di Kundasang, SabahPengalaman menginap di H Benjamin Residence semasa bercuti di Kundasang, Sabah
  • Pengalaman menginap di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort Port DicksonPengalaman menginap di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort Port Dickson
  • Panduan Airbnb – Perkara yang anda perlu berikan perhatian apabila membuat tempahan di laman web AirbnbPanduan Airbnb – Perkara yang anda perlu berikan perhatian apabila membuat tempahan di laman web Airbnb
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Langkawi beserta dengan itinerary pada 2018Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Langkawi beserta dengan itinerary pada 2018
  • Hutan Lipur Jeram Toi – Apa yang menarik menanti pengunjung disini?Hutan Lipur Jeram Toi – Apa yang menarik menanti pengunjung disini?
  • Rumah Terbalik – The Upside Down House of BorneoRumah Terbalik – The Upside Down House of Borneo
  • Pengalaman menginap di PD Paradise Lagoon Apartment di Port DicksonPengalaman menginap di PD Paradise Lagoon Apartment di Port Dickson
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Chalet Tagged With: apa yang menarik di teluk bayu, chalet terapung teluk bayu, teluk bayu floating chalet review, tempat menarik di kuala kedah, tempat menarik di teluk bayu

Comments

  1. Asyraf says

    May 14, 2019 at 5:53 pm

    Nice review. Keep writing!

    Reply
    • Sabree Hussin says

      May 20, 2019 at 12:20 pm

      Thank you En Asyraf

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Panduan Bisnes Homestay bagi orang yang baru nak bermula - Blog Sabree Hussin on Cameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum teh
  • Tempat Masuk Percuma Dan Shopping Murah di Cameron Highlands - Cuti Viral on S’Corner Central Market – Tempat shopping di Cameron Highland
  • Strategi memberikan Pengalaman Penginapan TERBAIK kepada tetamu homestay - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Hard sell atau soft sell - Nak guna yang mana? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in