Saya rasa, tak salah kalau saya katakan, Pulau Langkawi ni adalah merupakan pulau yang paling best yang terdapat di Malaysia. Macam-macam ada di Pulau Langkawi.
Bagi yang meminati kawasan pantai, di Pulau Langkawi terdapat banyak pantai-pantai yang menarik, antaranya seperti di Pantai Cenang, Pantai Tengah, Pantai Kok, Pantai Tanjung Rhu, Pantai Pasir Tengkorak, Pantai Pasir Hitam (ya, pasir kat sini memang warna hitam), Pantai Teluk Yu, dan sebagainya.
Peminat aktiviti snorkeling dan diving, juga boleh enjoy disini. Kat sini ada tempat-tempat yang menarik kalau nak buat aktiviti seperti ini, iaitu di Pulau Payar Marine Park.
Selain itu, Langkawi juga ada tarikan seperti cable car yang akan membawa anda ke Gunung Mat Cinchang. Ataupun anda boleh memandu kereta hingga ke Puncak Gunung Raya.
Ada kawasan boleh buat aktiviti hiking dan ada juga kawasan sungai dan air terjun. Cakap pasal air terjun, kat Langkawi ada Air Terjun Telaga Tujuh, Durian Perangin dan juga Temurun. Nantilah kalau ada masa, saya cerita pasal air terjun di Langkawi.
Kalau nak shopping, kat sini juga boleh shopping macam-macam benda. Harga sudah tentu lebih murah kalau nak bandingkan jika beli dilain tempat. Kalau nak cari perfume, coklat, pinggan mangkuk, bolehlah datang ke Langkawi dan bandingkan sendiri harganya.
Ok itu antara tarikan yang terdapat di Pulau Langkawi.
Awal tahun 2017, saya ada datang ke Pulau Langkawi, dan dalam percutian ini, saya telah memilih untuk menginap di Royal Agate Beach Resort.
Saya pilih tempat ni sebab tertarik dengan gambar-gambar pemandangan yang dikongsi oleh rakan-rakan di media sosial sebelum ini. Selalunya, kalau saya datang ke Langkawi, saya akan menginap sama ada di Sandy Beach ataupun di AB Motel sahaja.
Kali ni, sengaja nak cari kelainan.
Masa ni, kawasan di sekitar Cenang tengah dalam construction. Saya pun tak pasti, apa benda yang nak diupgrade. Mungkin nak besarkan jalan, ataupun nak tukar jalan tu dengan batu-batu bagi menggantikan sistem jalan tar.
Dari rooftop Royal Agate ni boleh nampak Sandy Beach Resort, tempat yang biasa saya menginap kalau ke Langkawi.
Setiap kali saya datang ke Langkawi, mesti akan ada benda baru di Pulau ini. Boleh dikatakan pembangunan di pulau ini agak pesat juga. Mesti akan ada hotel baru yang dibina. Kawasan tarikan pelancongan yang baru sedang dibina.
Kita tengok dulu apa yang ada dalam bilik ya.
Ada katil jenis queen size, bilik ada penghawa dingin, ada cermin besar, almari untuk buat kopi. Ruang dalam bilik juga agak besar. Kalau nak solat dalam bilik juga selesa.
Nak buat kerja dalam bilik hotel juga selesa. Tapi saya rasa, kalau datang nak bercuti, lebih baik tak payah la buat kerja. Tinggalkan dulu kerja-kerja.
Tandas yang disediakan adalah jenis duduk. Ruang mandi dan ruang tandas tempat yang sama.
Pihak resort turut menyediakan peti simpanan untuk keselamatan. Bolehlah simpan barang-barang berharga dalam peti ini bila kita keluar dari bilik.
Jadi waktu room service, tak perlu risau barang hilang. Itupun kalau tak percaya dengan staf resort ni.
Yang saya suka dengan Royal Agate Beach Resort ni, kita boleh layan pemandangan yang cantik semasa berada disini. Nak duduk-duduk disini ketika matahari sedang terbenam juga best.
Dekat bahagian rooftop ni ada restoren. Ramai juga yang datang lepak kat atas ni. Kalau anda tak menginap di Royal Agate, anda juga boleh datang ke sini untuk lepak-lepak dan minum-minum kat sini.
Makanan pun ada dijual diatas ni. Order sahaja. Pekerja restoran ni, kebanyakkannya adalah orang Melayu.
Masa ni, sebenarnya baru lepas hujan. Kalau waktu tak hujan dan cuaca baik, akan diletak bantal-bantal dan payung kat sini. Macam dalam gambar ni. Saya ambil dari laman web Agoda.
Kat atas ni ada banyak meja dan kerusi disediakan. Jadi tak perlu risau nak lepak lama-lama kat sini. Cuma kalau nak lepak tu, belilah something. Air jus ke.
Kalau malas nak turun ke pantai, dari atas ni pun boleh nampak pantai.
Masih ramai lagi yang buat aktiviti pantai, walaupun hari dah senja.
Ini pula pemandangan di bahagian road side atau city view.
Boleh nampak rumah-rumah, motel, resort lain yang ada disekitarnya.
Pagi keesokkannya, saya breakfast di rooftop Royal Agate ni. Pakej bilik yang ditempah adalah termasuk dengan pakej breakfast.
Jadi pada hari saya check in disini, dapatlah saya lihat pemandangan waktu matahari nak terbenam dan juga waktu matahari baru nak terbit.
Waktu-waktu macam ni memang tak banyak aktiviti yang boleh dilihat. Mungkin kebanyakkan pengunjung yang datang bercuti di Langkawi, kebanyakkannya masih tidur lagi.
Nampak kan, gelap semacam je. Cuma ada satu dua bilik yang dah pasang lampu. Mungkin penghuninya dah bangun dan dah siap sedia nak mulakan hari tersebut.
Kalau bercuti di Pulau Langkawi, bangunlah awal pagi. Lagi awal anda bangun, lagi awal anda boleh siap sedia untuk melawati banyak lagi tempat-tempat menarik yang ada di Langkawi.
Jadi macam mana? Ada rasa berminat nak menginap di Royal Agate Beach Resort tak? Jika minat nak stay disini, bolehlah buat booking menerusi laman web Agoda. Klik sini untuk buat tempahan.
Ataupun boleh juga buat booking menerusi laman web Hotels.com. Tekan sini untuk buat perbandingan harga.
Selamat bercuti di Langkawi. Sekali datang ke sini, pasti nak datang lagi.
[…] Sebelum ini, semasa kami menginap di Royal Agate, tempat penginapan ini juga kami tempah melalui Agoda. Anda boleh baca pengalaman saya menginap di Royal Agate dalam posting yang ini. […]