Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Pengalaman menginap di PD Paradise Lagoon Apartment di Port Dickson

December 13, 2017 by Sabree Hussin 14 Comments

Bagaimana cara anda luangkan masa cuti? Apa aktiviti yang anda suka lakukan kalau ada cuti yang panjang?

 

Bagi saya, saya lebih suka berkumpul bersama keluarga. Beriadah, berpiknik dan berkelah bersama keluarga. Secara tak langsung, dapat mengeratkan hubungan silaturrahim bersama keluarga.

 

Baru-baru ni, saya telah menginap di PD Paradise Lagoon Apartment. Urusan tempahan, semuanya saya gunakan laman web Airbnb. Anda boleh baca pengalaman saya buat tempahan menerusi laman web Airbnb dalam blogpost saya yang berikut.

Klik untuk baca: Bagaimana cara membuat tempahan tempat penginapan menerusi laman web Airbnb

 

Dalam posting tersebut, saya ada tunjukkan cara bagaimana nak dapatkan potongan harga sehingga RM100++ untuk membuat tempahan bilik hotel, homestay ataupun guesthouse. Bacalah dulu ya.

 

Awal bulan December, kebetulan kita ada cuti yang agak panjang. 1hb December 2017 adalah tarikh Maulidur Rasul. Jadi, kita ada cuti Jumaat, Sabtu dan Ahad.

 

Memang sesuai sangat kalau nak buat aktiviti bersama keluarga. Kali ini, destinasi kami adalah ke Port Dickson.

PD Paradise Lagoon Apartment ni terletak di alamat

2 1/2 KM Jalan Pantai, Taman Haji Zainal, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

 

Saya rasa cari paling mudah untuk cari tempat ni, ialah cari bangunan Corus Paradise resort. Ia terletak dikawasan yang sama, cuma mungkin pengurusan sahaja yang berbeza.

PD-paradise-lagoon-apartment

Saya suka tempat ni sebab

  1. Dekat dengan pantai
  2. Dekat dengan masjid dan memudahkan untuk pergi solat Jumaat
  3. Ada tiga buah bilik yang lengkap dengan kipas angin dan aircond
  4. Ruang tamu pun selesa dan ada aircond
  5. Ada banyak kemudahan yang disediakan dalam rumah

 

Mari saya tunjukkan satu per satu ruangan bahagian dalam rumah di PD Paradise Lagoon Apartment ini.

 

Ini dibahagian Masterbedroom.

apartment-port-dickson-beachside

Ada katil saiz queen, kipas angin, aircond, dan ada juga meja solek.

 

Dari bilik ni, kita boleh tengok laut.

 

bilik-air-dalam-masterbedroom

Bilik mandi dan tandas juga ada tersedia di masterbedroom ini.

 

Dalam rumah ni sebenarnya ada dua bilik air dan tandas. Satu yang kat dalam master bedroom, dan satu lagi yang kat luar. Dalam bilik air juga ada disediakan pemanas air. Jadi waktu awal pagi kalau sejuk nak mandi, boleh gunakan pemanas air tu.

 

Setiap bilik juga ada disediakan tuala mandi, dan juga kelengkapan seperti sabun, syampu dan juga ubat gigi.

 

Ini pula bilik kedua.

Bilik kedua juga ada katil saiz queen, kipas dan juga aircond. Dari bilik kedua ni juga ada tingkap yang mengadap laut.

 

Dalam bilik kedua ni tak ada bilik mandi dan tandas, tapi tuan rumah ada sediakan meja kerusi ala-ala meja study.

 

Ini pula bilik yang ketiga.

Dalam bilik ni ada dua buah katil single, yang kita boleh rapatkan kalau nak.

 

Macam bilik-bilik yang lain, dalam bilik ketiga ini juga ada disediakan kipas angin dan juga penyaman udara. Kalau menginap kat sini, memang selesa.

 

Sebelum datang check in kat tempat ni, kami ada plan nak masak. Macam-macam jugak soalan yang kami tanyakan. Sama ada dalam rumah ni ada disediakan peti ais ke? Ada periuk dan kuali atau tak?

Ini di bahagian dapur.

 

Kelengkapan untuk memasak memang ada disediakan. Ada dua jenis dapur memasak yang disediakan. Satu jenis yang guna api gas dan satu lagi yang jenis induction cooker.

 

Untuk masak air, saya guna induction cooker.

Peti sejuk pun ada disediakan. Tuan rumah kata, peti sejuk ni baru dibeli.

 

Kalau nak buat air, tuan rumah ada sediakan nescafe 3 in 1 dan juga teh. Cuma buah-buahan tu tak boleh makan. Itu cuma perhiasan sahaja.

 

Ini pula ruang makan.

Ada meja bulat dan 4 buah kerusi.

Atas ni pula adalah di ruang tamu. Bila malam, kami alihkan bangku kayu dan meja kopi tu. Serius meja tu berat. Ruang yang kosong tu kami bentang dengan toto dan juga tilam. Lagi seronok bila dapat baring-baring kat depan tv.

 

Kalau nak buat macam ni, pastikan sebelum nak check out tu nanti, kemas dulu ya.

 

Dari balkoni, kita boleh rehat-rehat sambil melihat pemandangan pantai.

 

Kebetulan pada hari kami menginap disini, ada kumpulan yang buat family day dekat sini. Dari rumah, kami dapat lihat aktiviti yang mereka jalankan. Ada yang buat sukaneka, dan ada juga yang main bola tampar.

 

Menarik jugak. Kiranya tempat ni memang salah satu lokasi yang kerap dijadikan pilihan untuk buat family day.

 

Inilah dia sedikit sebanyak yang dapat dikongsikan tentang tempat penginapan kami sepanjang berada di Port Dickson.

 

Pada saya, saya berpuas hati dengan servis yang disediakan oleh tuan rumah.

 

Untuk mengelakkan berlaku sebarang kekeliruan, guesthouse yang saya sewa ini adalah menerusi Airbnb dan ia dimiliki oleh Encik Sasi. Sila pastikan, sewaktu anda membuat tempahan di laman web Airbnb ni nanti, nama pemilik (host) bagi guesthouse ni ialah Sasi.

 

Kalau ada buat tempahan dari laman web lain, contohnya menerusi Agoda, atau berhubung terus dengan pihak pengurusan Corus Paradise resort, besar kemungkinan anda tak akan dapat guesthouse ini.

 

Dekat bangunan yang sama, ada juga pemilik apartment yang turut menyewakan rumah mereka untuk pengunjung yang mencari tempat penginapan di Port Dickson. Walaubagaimanapun, dari segi susun atur dalam rumah, ia mungkin berbeza, kalau nak banding dengan tempat yang saya menginap ini.

 

Saya diberitahu oleh penjaga rumah ni, dibangunan yang sama, bukan semua unit rumah ada tiga bilik seperti apartment yang kami sewa ini. Kemudahan dalam rumah yang disediakan juga mungkin tak sama.

 

Kalau anda masih belum ada sebarang perancangan dan tak tau nak menginap kat mana kalau pergi ke Port Dickson, mungkin boleh pertimbangkan tempat ini. Saya puas hati dengan tempat ini, dan In Shaa Allah jika ada peluang, saya plan nak datang ke sini lagi.

 

 

 

Baca juga...

  • Aktiviti mandi laut dan melihat penyu di Pantai Tanjung Gemok, Port DicksonAktiviti mandi laut dan melihat penyu di Pantai Tanjung Gemok, Port Dickson
  • Windmill PD Farm – Tempat mesti pergi jika bawa anak-anak bercuti ke Port DicksonWindmill PD Farm – Tempat mesti pergi jika bawa anak-anak bercuti ke Port Dickson
  • Hutan Rekreasi Tanjung Tuan – Pengalaman sesat dalam hutanHutan Rekreasi Tanjung Tuan – Pengalaman sesat dalam hutan
  • Pengalaman menginap di Lexis Water Chalet Port DicksonPengalaman menginap di Lexis Water Chalet Port Dickson
  • Mencari tapak perkhemahan di Taman Negeri Selangor, Hutan Lipur Sungai TuaMencari tapak perkhemahan di Taman Negeri Selangor, Hutan Lipur Sungai Tua
  • Perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu Sabah – Cara mudah nak berjimat apabila bercuti ke SabahPerkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu Sabah – Cara mudah nak berjimat apabila bercuti ke Sabah
  • Gunung Ledang Resort – Kawasan tumpuan keluarga di Tangkak JohorGunung Ledang Resort – Kawasan tumpuan keluarga di Tangkak Johor
  • Tips Cari Tiket Penerbangan Murah untuk percutian andaTips Cari Tiket Penerbangan Murah untuk percutian anda
  • Workshop Lazada Affiliate Program di Pullman Hotels Kuala LumpurWorkshop Lazada Affiliate Program di Pullman Hotels Kuala Lumpur
  • Royal Floria Putrajaya 2018 – 10 Wonders of FloriaRoyal Floria Putrajaya 2018 – 10 Wonders of Floria
  • Rancang percutian pendek dengan mudah menerusi laman web AirbnbRancang percutian pendek dengan mudah menerusi laman web Airbnb
  • Padang Besar, Perlis – Jom Shopping dan tengok apa yang menarik disiniPadang Besar, Perlis – Jom Shopping dan tengok apa yang menarik disini
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Homestay/ Guest House Tagged With: guesthouse port dickson, homestay port dickson, port dickson apartment, port dickson beach hotel, port dickson beach resort, port dickson blog, port dickson campsite, port dickson chalet tepi pantai, port dickson seaview private apartment, tempat menarik di Port Dickson

Comments

  1. Khairul Zamri says

    February 8, 2018 at 12:18 am

    Saya yang duduk negeri sembilan pun belum sempat pergi lagi pd paradise lagoon ni, nanti nak bawa family pergilah

    Reply
    • Sabree Hussin says

      February 8, 2018 at 9:13 am

      Situ ada banyak guesthouse boleh disewa. Private beach dia pun ok jugak 🙂

      Reply
  2. akubiomed says

    January 3, 2019 at 2:05 pm

    Wow, boleh masukkan salah satu senarai percutian keluarga.

    Reply

Trackbacks

  1. Pantai Bagan Pinang - Pantai pilihan untuk berkelah semasa bercuti di Port Dickson - Xplorasi Destinasi says:
    December 14, 2017 at 2:12 pm

    […] Baca juga: Pengalaman menginap di PD Paradise Lagoon Apartment semasa bercuti di Port Dickson […]

    Reply
  2. Seronoknya main air di Pantai Blue Lagoon Port Dickson! - Xplorasi Destinasi says:
    December 21, 2017 at 5:35 pm

    […] yang agak panas, badan pun dah berpeluh, saya ambik keputusan untuk balik ke apartment kami di PD Paradise Lagoon Apartmet. Cadangannya cuma nak bersihkan diri dan solat zohor […]

    Reply
  3. Apa yang menarik di Pantai Corus Paradise Port Dickson? - Xplorasi Destinasi says:
    December 22, 2017 at 9:01 am

    […] saya, private beach kat sini pun boleh tahan jugak. Kiranya tak rugilah menginap kat PD Paradise Lagoon Apartment […]

    Reply
  4. Masalah parking TERHAD yang sering berlaku di rumah flat - Sabree Hussin Dot Biz says:
    December 23, 2017 at 11:32 am

    […] nak menghina atau nak merendah-rendahkan orang yang tinggal kat rumah flat, atau rumah apartment. Kalau saya berniat nak menghina, bermakna, saya juga sedang menghina diri saya […]

    Reply
  5. Kenapa pengunjung memilih untuk menginap di homestay berbanding hotel? - Blog Sabree Hussin says:
    December 23, 2017 at 1:31 pm

    […] 4. Pengalaman menginap di PD Paradise Lagoon Apartment di Port Dickson […]

    Reply
  6. Bagaimana cara menggunakan laman web Airbnb untuk merancang percutian bersama keluarga? - Soal Jawab .MY says:
    December 28, 2017 at 9:58 am

    […] Dalam percutian sebelum ini, saya telah memilih untuk menginap di PD Paradise Lagoon Apartment. […]

    Reply
  7. Saya nak beri anda RM120 untuk anda pergi bercuti - Xplorasi Destinasi says:
    February 19, 2018 at 6:39 pm

    […] Boleh baca tentang guesthouse yang saya tempah pada posting saya yang lalu bertajuk Pengalaman menginap di PD Paradise Lagoon Apartment Port Dickson. […]

    Reply
  8. Pengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, Pahang - Xplorasi Destinasi says:
    February 20, 2018 at 9:19 am

    […] Silatiga untuk acara family gathering. Kalau tahun lepas, saya dan semua ahli keluarga dapat pergi bercuti ke Port Dickson, tahun ini mungkin agak […]

    Reply
  9. Pengalaman menginap di Lexis Water Chalet Port Dickson - Xplorasi Destinasi says:
    March 28, 2018 at 5:21 pm

    […] Kali terakhir saya pergi bercuti ke Port Dickson adalah pada bulan December tahun lepas. Pada waktu tu, saya menginap di PD Paradise Lagoon Apartment. […]

    Reply
  10. Lawatan ke Muzium Lukut semasa bercuti ke Port Dickson - Xplorasi Destinasi says:
    July 13, 2018 at 12:36 pm

    […] Mengikut perancangan awal, selepas melawat Muzium Tentera Darat, saya nak terus menuju ke Muzium Kota Lukut. Tapi disebabkan cuaca yang agak panas, dengan perut yang dah lapar, saya tangguhkan niat tersebut dan terus balik ke homestay. Waktu tu, saya menginap di PD Paradise Lagoon Apartment. […]

    Reply
  11. Kelebihan menggunakan Laman web airbnb untuk buat tempahan berbanding laman web lain - Xplorasi Destinasi says:
    January 14, 2019 at 6:22 pm

    […] Baca disini: Pengalaman menginap di PD Paradise Lagoon Apartment di Port Dickson […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Sabree Hussin on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • nazira binti jarib on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • Strategi Content Marketing untuk Bisnes - Panduan untuk orang baru - Sabree Hussin Dot Biz on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highland
  • Alfhonsus on Mengejar mentari senja di Tanjung Harapan Port Klang

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in